Thursday, August 25, 2011

KETUANAN MELAYU VS KETUANAN CINA

…OR WAS IT A SLOGAN INVENTED BY SOME OUTSIDE AND INSIDE FORCES TO FORCE THE SPILLITING OF THE MELAYU AND CAUSING THE CHINESE AND INDIANS TO FEEL SUSPICIOUS OF THEM?
By Mansor Puteh



‘Ketuanan Melayu’ is an empty slogan. It had caused a lot of consternation from amongst the non-Melayu. But did the Melayu themselves created this hullabaloo?

I doubt it.

Why should they do that? But again, why can’t they do that? It is the right of any race to cry out such a slogan however empty it is.

But that does not mean that they are committing a crime or a sin.

The other races, especially the Chinese do not have the ‘ketuanan Cina’ slogan, but they have the ‘ketuanan Cina’ attitude.

The Indians, being a small minority, can never come up with a slogan like that. But they had ‘makkal shakti’ which is close to shouting ‘ketuanan India’.

Worse, when they carry blow-up portraits of Mahatma Gandhi everywhere like they are still citizens of Mother India and not of Malaysia when they should at least carry portraits of Sambanthan, if not of Tunku Abdul Rahman.

But they chose Gandhi instead.

But again, when we look at the whole thing, isn’t having the fascination for things China, Hong Kong or Taiwan and India the same as shouting such slogans?

After so long, their cultural and psychological umbilical chords to their motherlands have not been severed.

This is far worse than the Melayu shouting ‘ketuanan Melayu’ even if they have not once said it. some of them had only carried the keris above their heads, or a giant one in a political party convention, which is for drama.

Most likely the ‘ketuanan Melayu’ was not created by the Melayu but by agents who want to try and use it to create fiction between the Melayu and non-Melayu. With the Melayu and non-Melayu reacting to it, the whole drama became discolored and non-dramatic.

However, over the years, the sloganeering and accusations by the non-Melayu against the Melayu on matters concerning the pride of the Melayu, which is enshrined in the Constitution, had died down.

But this does not mean that the Melayu are still what they are, without or without the slogan and sloganeering?

Their special status is enshrined in the Constitution as much as the special rights of the Melayu in Singapura which is also enshrined in the Constitution of that country.

Not many non-Melayu in Malaysia realizes that Singapura also has the Article l52 and 153 like those in the Constitution of Malaysia, which protects the rights of the Melayu in the republic. They are not in any hurry to repeal them.

Or was it created secretly by forces which are behind our backs to create such a confusion and push the Melayu in Malaysia until they feel guilty for being Melayu?

Who stands to benefit from all this?

And all this is happening at a time when the population of the Melayu inMalaysia is already in the comfort zone at around 60%, and the percentage is expected to rise to more than 70% in the next two decades.

At the same time, the Melayu are also in full control of the government and opposition.

Why do the Melayu have to shout about something which they already have, especially when it is obvious that Malaysia is definitely a Melayu and Islamic Kingdom by virtue of it having a King – a Melayu and Muslim one?

And this slogan, ‘Ketuanan Melayu’ or Melayu Supremacy is no more an empty slogan which the Melayu may not have created it themselves. If they did, why do it now?

There was no need for the Melayu to shout ‘Ketuanan Melayu’, when they can express it in many other ways, i.e. by using methods used by the other countries which also have minorities which are sizeable and can become sources for irritation.

Look at the United Kingdom, France, Siam, Myanmar, the Philippines and the other countries that also have Chinese and Indians amongst its population.

They force the immigrants to conform and send their kids to their national schools. Some of them even forbid the Chinese and Indians and others in their countries to adopt local ways including their names.

The Melayu in South Siam are not allowed to have their own names. Worse; the Muslims in Myanmar are not allowed to even build masjid. Many of the masjid which had been standing for decades or centuries have been demolished.

And how come the Chinese and Indians in these countries did not cry foul?

Wednesday, August 24, 2011

METHOD SAINTIFIK MENUJU KEBENARAN

UTUSAN, 23 OGOS 2011 OlEH NORDIN KARDI


KEBENARAN ATAU KEJAHILAN

Oleh: Nordin Kardi[1]

Pada hujung minggu saya menerima pesanan melaui rakan saya Kori bahawa seorang rakan lama yang mengikuti siri tulisan saya di Utusan mencadangkan supaya saya menulis mengenai tradisi ilmu Islam bagi menentukan ketepatan sesuatu maklumat yang sekufu dengan kaedah saintifik modern.

Rakan yang saya maksudkan ialah Wahab Jusoh, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang sekarang diletakkan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia setelah ditukar serta-merta dari sebuah jabatan yang lain. Saya kenali Wahab sebagai pegawai PTD yang sangat berdedikasi, jujur, setia kepada pemerintah semasa dan tahap kesedaran tentang kesejahteraan negara Malaysia adalah tinggi melampaui keghairahan rakan-rakan PTD lain yang saya pernah temui. Ini diakui oleh bukan sahaja ketua-ketua beliau yang saya pernah berbual tetapi juga oleh rakan-rakan sebaya beliau. Demikian juga pengakuan mereka yang pernah bekerja di bawah beliau. Jika beliau melalui Ujian Prestasi 360 Darjah yang saya pernah lalui di Universiti Harvard, saya yakin skor beliau akan lebih tinggi daripada skor saya. Namun, Wahab seperti tidak dianugerahi pelbagai nikmat atas wibawanya itu dan pendakian kerjayanya seperti melalui jalan sukar. Mungkin nasib beliau sama dengan gagalnya kami semasa remaja mendaki puncak Tahan di Banjaran Titiwangsa tetapi dengan mudah menakluk puncak Kinabalu yang jauh lebih tinggi. Demikianlah iktibar kehidupan yang perlu direnung: bukan semua usaha mendapatkan yang rendah itu mudah dan semua yang tinggi itu pula susah. Suatu paradoks tentang kebenaran.

Panjang saya bercakap mengenai Wahab. Penting sangatkah beliau? Mungkin tidak penting kepada kebanyakan orang tetapi penting kepada saya dalam konteks isu yang beliau bawa dan kebolehpercayaan tubuh yang membawa isu itu. Wahab bimbang dengan keadaan semasa segolongan rakyat Malaysia yang begitu mengambil ringan tentang kesahihan maklumat, rumusan dan kesudahannya membina pendirian tentang sesuatu kebenaran. Wahab risau adakah golongan itu mempunyai apa-apa kaedah dalam memastikan apa yang mereka percayai sebagai benar itu memang betul-betul benar? Atau, ‘kebenaran’ mereka itu hanyalah suatu elusi, delusi atau tahyul. Tidakkah mereka takut nanti akan menjadi perosak, bukan pejuang kebaikan di muka bumi? Tidakkah mereka takut bahawa kebebasan abadi yang mereka perjuangkan itu rupa-rupanya suatu perjuangan menjerumuskan diri menjadi abdi kepada kuasa kezaliman yang jauh menyimpang dari pengabdian suci kepada Tuhan. Demikian fikiran Wahab yang saya dapat baca.

Golongan yang dimaksudkan oleh Wahab ini selalu pula menyeru bahawa kebenaran hanya boleh ditegakkan jika semua orang kembali kepada Quran dan Sunnah. Namun sangat sedikit yang rajin meneliti bagaimanakah tradisi ilmu mengumpul himpunan Sunnah itu sendiri. Pemimpin mereka pula seperti dengan sengaja tidak mendorong ahli yang dipimpin mempelajari dan menyemak bagaimana cara mencari kebenaran. Mungkin mereka pun tidak pernah mendengar bagaimana hadis Bukhari dikumpul selama 16 tahun oleh seorang manusia dengan menapis kira-kira 600,000 riwayat, yang kesudahannya, hanya tinggal kira-kira 2,600 riwayat sahaja.

Demikianlah rapinya tradisi mencari kebenaran hadis walaupun yang diriwayatkan itu berkaitan dengan perbuatan dan kata-kata seorang manusia yang maksum. Sudah tentu daripada 600,000 riwayat itu terdapat ribuan riwayat yang baik-baik mengenai Nabi tetapi ditolak. Adakah tradisi ini dipegang oleh golongan ini, termasuk oleh ilmuan mereka yang terdiri daripada ahli-ahli teologi dan saintis? Atau, adakah mereka hanya fasih menyebut prinsip dan metodologi teologi dan sains di makmal atau semasa menghadap kitab, sebaliknya apabila berada di jalan raya atau di pasar mereka menjadi bomoh yang terikat dengan tradisi pasaran perbomohan dan perdukunan yang berminat dengan cerita hantu dan tahyul bagi mengikat pelanggan-pelanggan.

Sains menekankan tentang pentingnya metodologi yang tepat dan boleh dipercayai bagi memastikan sesuatu rumusan, kesimpulan dan dapatan itu diterima sebagai betul dan benar. Sama ada kaedah kualitatif atau kuantitatif dalam sains, kedua-duanya meletakkan kepentingan pembuktian sesuatu penemuan itu melalui proses yang ‘rigor’, tepat dan boleh dipercayai. Juga, ada prinsip-prinsip yang ketat untuk menolak atau menerima sesuatu anggapan kebenaran.

Dalam hal ini, saya selalu bercakap mengenai ketepatan ukuran statistik di dalam sains yang kadangkala gagal dilihat dalam sesuatu konteks. Seorang penyelidik sains sosial misalnya sudah cukup berpuas hati jika darjah kemungkinan salah (degree of error) berada pada tahap hanya lima peratus. Maksudnya dalam seratus kejadian, sembilan puluh lima daripadanya adalah benar seperti diramal. Namun, saya kerap menyoal, jika di KLIA itu ‘degree of error’ yang dipakai ialah 95 peratus tepat, saya pasti tidak akan ada sesiapa lagi yang berani berangkat terbang dari lapangan terbang tersebut. Maksud saya, dalam seratus keberangkatan terbang, lima kapal terbang akan kebarangkalian jatuh. Demikian pentingnya kebenaran dan ketepatan tafsiran statistik dilihat dalam konteks walaupun angka-angka yang dikemukakan seperti amat meyakinkan.

Tradisi mencari kebenaran dalam dunia Islam biasanya merujuk tradisi pengumpulan hadis kerana ia dikumpul oleh manusia biasa sedangkan al-Quran itu pula disampaikan oleh manusia yang maksum. Prinsipnya menyamai atau melebihi daripada tradisi sains yang saya ketengahkan secara ringkas sebentar tadi. Pengumpulan hadis Bukhari, misalnya, dikatakan mempunyai sifat ‘al-jamil’ kerana himpunan itu meliputi pelbagai perkara atau mengikut bahasa ilmu sekarang dipanggil sebagai komprehensif. Dalam konteks ini kita perhatikan bagaimana ahli ilmu di Malaysia sanggup bertegang urat, bahkan ada kalanya menjulang lengan ke udara, untuk menegakkan pendapat yang dianggapnya benar. Pada hal, kebenaran yang dimilikinya itu sangat terhad kepada disiplin kecil ilmu yang dikuasainya, bukan kebenaran memenuhi ciri ilmu komprehensif. Dia pula dengan berani memetik cebisan hadis atau ayat-ayat Quran yang dipilih-pilih bagi memenangkan hujahnya.

Jika tradisi sains menekankan tentang ketepatan atau ‘validity’, tradisi hadis juga ada istilah yang dipanggil ‘sahih’. Menentukan ‘sahih’ dalam tradisi hadis bermaksud bahawa sesuatu riwayat itu telah melalui tapisan yang sangat ketat dari segi dokumen, periwayat, konteks riwayat itu dicatat atau didengar dan pelbagai lagi. Dalam kaedah kualitatif sains sosial kesahihan dilakukan dengan kaedah seperti analisis kandungan, analisis dokumen, pengesanan tarikh, saksi-saksi kejadian dan triangulasi atau proses saling melengkapi antara dapatan dengan menggunakan pelbagai sumber dan kaedah pengumpulan dan analisis data bagi memastikan sesuatu itu benar-benar sahih.

Tepat semata-mata masih belum mencukupi di dalam tradisi hadis, sebaliknya riwayat itu ditapis lagi dengan apa yang dipanggil sebagai ‘al-musnad’ . Di dalam sains istilah itu boleh disamakan dengan ukuran ‘reliability’. Al-musnad’ melengkapkan ketepatan sesuatu riwayat dengan memastikan susur galur riwayat itu benar-benar rantaiannya sampai kepada Nabi. Jika putus, maka riwayat itu ditolak. Selepas dipastikan rantaian itu sampai kepada Nabi, disemak pula peribadi periwayat. Jika periwayat itu biasa bercakap bohong dan kerap meninggalkan tanggungjawabnya kepada Tuhan, maka riwayat itu ditolak. Demikian ketatnya mencari kebenaran di dalam tradisi ilmu Islam, sedangkan dalam dunia sains sosial peribadi setiap responden daripada sesuatu sampel yang dipilih daripada sesuatu populasi yang besar tidaklah disemak sebegitu rapi dari satu individu ke satu individu. Jika adapun kaedah statistik untuk mengesan ‘pembohongan’ ukuran itu hanya dibuat setakat mengukur kemungkinan pembohongan berdasarkan ‘respons’ pada suatu ketika dan pada lokasi itu sahaja. Statistik sains sosial biasanya tidak melakukan penyiasatan terperinci mengenai peribadi seseorang responden dalam konteks keseluruhan sejarah kehidupannya.

Demikianlah kebimbangan seorang bernama Wahab terhadap masa depan negara yang dicintainya. Dia bimbang melihat rakyat Malaysia yang mendabik dada hendak menegakkan kebenaran di tanah tumpah darahnya tetapi hanya merujuk sumber peperangan blog atau laman-laman sosial yang tidak mengetengahkan bagaimana sesuatu pendirian itu dibina. Wahab tidak pernah takut dengan perubahan sebaliknya dia bimbang perubahan yang dibawa tidak ditegakkan di atas lantai yang kukuh dan dengan itu panji-panji kebenaran yang akan ditegakkan nanti akan mudah rebah. Setelah rebah, panji-panji lain dicari lagi dalam kegelapan yang panjang dan tidak berkesudahan.

Sambil terkenangkan nasib kejaya Wahab, teringat saya dan dia dulu selalu berbincang untuk memahami maksud wawasan 2020 Mahathir yang menyebutkan, antara lain, ‘Malaysia hendaklah melahirkan masyarakat saintifik’ dan ‘maju dengan acuan sendiri’. Apakah masyarakat saintifik memadai jika ditafsir sebagai melahirkan sebanyak mungkin graduan dalam bidang sains dan bolehkah Malaysia maju dengan acuan sendiri yang ditegakkan di luar konteksnya melalui tafsiran kebenaran dan kebebasan yang di import? Atau, dia lebih dari itu. Adakah nasib Wahab ditentukan oleh proses saintifik atau oleh kebenaran mengikut tradisi ilmu dan dalam konteksnya? Biarlah begitu kerana Wahab tidak penting.



[1] Tan Sri Dr Nordin Kardi, Penyandang Kursi Za’ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris






Tuesday, August 16, 2011

PERSEPSI SELUBUNGI KEBENARAN

PM NAJIB ketika berbuka puasa dengan agensi BERNAMA semalam ada berkata " ....
we have to adjust ourselves in this modern era, where perception is bigger than the truth."

Dulupun begitu. Kita mudah terpukau. Sejarah pun banyak kali merakamkan bahawa persepsi biasanya boleh mengelabui kebenaran, meski kebenaran tetap kebenaran, seumpama mentari yang tetap mengeluarkan cahaya, meskipun bumi ini kadang-kala cerah, kadang-kala mendung.

Dalam persepsi kita tak mungkin seorang yang boleh berkhutbah dan bercakap agama tetapi minat kepada kegiatan homoseksual. Kontradik. Sesuatu yang kontras tak mungkin boleh wujud dalam dunia yang harmoni ini, kata akal kita.

Dalam dunia politik, propaganda dan perang saraf menggunakan kepercayaan ini - bahawa persepsi itu boleh menutup kebenaran.

Masih dalam kerangka yang sama, misalnya parti politik dibajukan dengan Islam. Agar persepsi orang Melayu, tidak mungkin parti Islam berbohong. Tidak mungkin parti Islam melakukan perbuatan mungkar. Tidak mungkin parti berkenaan melakukan perbuatan yang salah.

Memang betul parti berkenaan tidak berdosa, tidak bersalah, tidak berbohong tetapi manusia di dalamnya melakukan perbuatan yang sama sama ada parti cap ayam, cap itik atau berlambangkan mata jin.

Namun begitu, patutkah kita hanya berpegang pada persepsi yang merupakan ilusi kepada hakikat, seumpama sekumpulan lelaki dalam gua yang hanya melihat pantulan cahaya matahari seperti digambarkan oleh Plato dalam allegori of the cave.

Tuesday, August 9, 2011

BERKUBURNYA KUASA UMNO...

UMNO mungkin tidak mati.

Sekurang-kurangnya dalam 10 tahun ini, UMNO akan terus hidup. Namun, adakah wujudnya sekadar wujud secara tradisi, ber roh dan bertenaga, ada hanya sekadar di pinggiran.

Mari lihat petikan artikel Tan Sri Dr Nordin Kardi, Penyandang kerusi Zaaba UPSI dalam utusan hari ini:

"Sekali lagi UMNO dilihat perlu menstrukturkan dirinya bagi mencipta pengkhususan untuk membolehkannya mencipta pasar-pasar baru untuk mencipta pula pelanggan baru dan berulang. Untuk mencipta pasar baru kapten pemasaran mesti sangat kreatif dan penuh taktikal.

Jika pasukan bola Harimau Malaysia sudah mula memikirkan untuk mengadakan pasukan pakar taktikal, mungkinkah UMNO juga demikian atau UMNO memang sudah memilikinya?"

Jika sesuatu tidak dilakukan, kuasa UMNO akan mengecil dan mengecil....

Wednesday, July 20, 2011

MEMAHAMI KEBENARAN MELALUI KASSIM AHMAD

MASIH teringat cebisan sajak Kassim ketika membaca karyanya dulu-dulu. Nadanya begini:

Perlu satu-satunya dihitungkan kembali,
Hari ini kita dewasa
Mungkin esok dah terlalu lewat
Kerana kiamat yang ditangguhkan.
.........................

MASALAH KEBENARAN: DARI PALING MUDAH
KE PALING KOMPLEKS

Oleh: Kassim Ahmad
Darul_hikmah33@yahoo.com.my

16 Jun, 2011

1. Takrif kebenaran

“Apakah kebenaran?” tanya Pilate.
Lalu Quran melontarkan jawapannya: “Pada hari itu ... mereka akan tahu bahwa Tuhan – Dia itulah Kebenaran Yang Nyata.”
Dalam esei ini, saya akan mengkaji masalah kebenaran dari pelbagai aspek, dan pada pelbagai tahap. Tidak syak lagi, ini suatu kerja yang amat payah. Kebenaran bukan saja wujud pada tahap terendah – sesuatu perkataan dan ayat, tetapi juga pada tahap tertinggi – tahap sains dan falsafah. Ayat suci yang saya petik di atas nyata pengertian kebenaran pada tahap tertinggi
Dalam pada itu, kebenaran dari pelbagai aspek dan pada pelbagai tahap itu kait-mengait antara satu dengan lain dalam satu kesatuan yang berasaskan kepada kesatuan Tuhan Yang Esa dan juga kesatuan Alam Raya.
Kebenaran bermakna persamaan ilmu atau pengetahuan dengan realiti atau wujud. Ambil makna perkataan ‘esei’. Saya ingin mendefinasikannya: “Sebuah karangan bersifat seni tersusun rapi dari segi logika, bermula dari permulaan dan berakhir pada kesudahannya.” Definasi ini mesti selaras atau sama dengan apa terdapat pada halaman-halamn esei yang tertulis itu.
Lebih mudah, ambil perkataan ‘putih’. Ia merujuk kepada realiti warna putih. Demikian dengan semua perkataan dan semua ayat. Ambil ayat: “Tidak diketahui siapa pengarang buku klasik Sejarah Melayu”: ia merujuk kepada hakikat atau realiti bahawa karangan klasik Melayu masyhur itu tidak diketahui siapa pengarangnya.
Di atas, contoh-contoh mudah yang tidak memerlukan huraian. Kita katakan mereka merujuk kepada fakta-fakta yang dengan sendirinya jelas. Tetapi, kita akan melihat contoh-contoh yang memerlukan huraian yang panjang, kerana mereka tidak jelas dengan sendirinya. Contoh ayat suci yang telah saya petik di atas (“Tuhan – Dia itulah Kebenaran yang Nyata.”) satu contoh yang tentunya paling sukar untuk dihuraikan. Pertama, kerana Tuhan itu tersembunyi. Kita hanya tahu sifat-sifat Dia melalui kitab suci al-Quran. Huraian-hurain yang telah ditulis oleh ahli-falsafah zaman dulu dan moden banyak dan berbeza-beza pula!

2. Manusia perlu berani mendepani masalahnya

Inilah kesukaran permasalahan ini. Saya coba untuk menghuraikan, kerana saya percaya tiap masalah kita harus berani kita hadapi berdepan. Tidak terbilang banyaknya tragedi dan kerosakan yang telah dilalui oleh masyarakat manusia dalam masa lima ribu tahun tamadun dari tamudun pertama Mesopotamia hingga ke tamadun moden kini, kerana kita takut dan mengelak menghadapi kebenaran berdepan!
Ambil contoh umat Islam pada zaman Nabi Muhammad. Beliau membawa kitab suci al-Quran kepada bangsa Arab Abad ke-7 dan, melalui bangsa Arab, kepada dunia. Seperti yang kita tahu, al-Quran kitab suci Tuhan yang akhir kepada manusia. Ia “mensahkan dan mengatasi” semua kitab suci lain, malah semua ilmu sebelum dan selepasnya.
Quran memberi amaran bahawa bangsa Arab akan mengabaikannya. Jika cerdik-pandai Arab pada waktu itu memberi perhatian berat kepada amaran ini serta mengelaknya, amaran ini akan memberi manfaat kepada generasi-generasi kemudian. Malangnya, amaran ini gagal didepani dengan berani, maka penyelewengan-penyelewengan berlaku. Banyak hadis palsu timbul. Musuh-musuh Islam menggunakan nama besar Nabi Muhammad untuk memesongkan mereka dari jalan lurus yang Tuhan ajarkan kepada mereka. Melalui institusi Hadis, Nabi Muhammad telah didewa-dewakan, berlawan dengan ajaran belaiu, dan ini akhirnya membawa kepada kejatuhan umat Islam.
Kita melihat banyak contoh umat-umat lain -- Yahudia, Kristian, Hindu, Bhuddist - yang percaya dan menyembah banyak Tuhan, sedangkan mereka semuanya dikirim nabi dan rasul yang mengajar mereka ajaran Tuhan yang sama, iaitu: “Tiada tuhan melainkan Tuhan Yang Esa. Sembahlah Dia saja.” Contoh Nabi Isa suatu contoh yang baik bagaimana beliau ditukar menjadi anak Tuhan dalam satu doktrin Tritunggal oleh yang dibuat oleh Paul setelah beliau mati. Semua masyarakat agama yang menyembah banyak tuhan, seperti Hindu, melalui proses pemerosotan konsep Tuhan Yang Esa yang asal. Malah umat Islam sendiri, dengan pendewaan mereka terhadap Nabi Muhammad dan terhadap pemimpin-pemimpin agama, tidak terkecuali daripada proses ini.
Hal ini telah diterangkan dalam al-Quran. Kebanyakan manusia, tegas al-Quran, tidak beriman. Dalam pada itu, tegas al-Quran lagi, kebanyakan yang beriman tidak beriman tanpa menyengutukan Tuhan! Ini tidak bermakna Tuhan telah menetukan perkara-perkara ini. Jika masyarakat menjadikan ayat-ayat suci ini sebagai amaran yang perlu dielak, maka perkara-perkara itu tidak akan terjadi. Perkara-perkara buruk ini terjadi, kerana tarikan kejiawaan manusia yang rendah (nafs’ul-amarah). Jika kita mendengar semua pendapat dan ikut yang paling baik, seperti yang diajar kepada kita oleh Quran, kita tidak akan jatuh ke lubuk syirik itu!

3. Realiti itu minda

Saya menulis esei ini dalam bahasa Melayu, kerana saya ingin membuktikan bahawa bahasa Melayu juga boleh mengendalikan konsep-konsep abstrak, seperti bahasa Inggeris. Perhatikan masalah bahasa juga tidak dapat dipisahkan dari masalah kebenaran. Ilmu itu tersimpan dalam bahasa. Bahasa-bahasa ilmu yang masyhur termasuk bahasa-bahasa Yunani, Latin (Romawi) (zaman pra-sains), dan Arab dan Inggeris (zaman moden). Contoh-contoh yang telah saya berikan di atas boleh diberikan juga dalam bahasa-bahasa lain. Bahasa pula hasil perkembangan otak dan kesedaraan manusia. Makhluk-makhluk lain, seperti logam, pokok dan binatang, tidak punya kebolehan berbahasa dan berfikir. Jadi, kebenaran itu refleksi realiti dalam minda atau kesedaran manusia. Sabjektiviti dan objektiviti itu kait-mengait antara satu sama lain, tidak boleh dipsahkan, dan malah sama!
Bayangkan apa yang sedang saya katakan ini! Alam Raya yang tidak terkira besarnya yang mengelilingi kita dari semua sudut – timur-barat, utara-selatan, kiri-kanan, atas-bawah itu -- tidak lain dari fikiran, Minda Mutlak failasuf Jerman, Hegel!
Minda manusia itu tidak lain dari Alam Semula Jadi pada peringkat tertinggi! Alam Semula Jadi berkembang melalui suatu evolusi yang lama dari peringkat terendah, tidak bernyawa – logam --, kepada peringkat bernyawa -- pokok dan binatang -- meningkat lagi kepada Homo sapiens, manusia (dalam istilah Quran, khalifah) satu juta tahun dulu. Masyarakat manusia mencipta tamadun pertama di Mesopotamia 5,000 tahun dulu. Sekarang kita berada pada zaman Kampung Sejagat dan akan terus meningkat, menghuni angkasa lepas, dari peringkat ke peringkat sehingga – lama lagi – tenaga dalam Alam Raya habis dan Alam Raya akan runtuh dan hancur, meninggalkan Wajah Tuhan saja, * yang kekal abadi, tiada permulaan dan kesudahan!

4. Pelbagai jenis kebenaran

Ringkasnya, kebenaran itu ada yang bersifat mudah dan ada yang bersifat kompleks, seperti yang telah kita lihat. Pada masa yang sama, ada kebenaran yang bersifat mutlak dan universal; ada yang bersifat relatif dan dikandung sejarah. Umpamanya, Tuhan itu kebenaran yang bersifat mutlak dan universal. Ia tidak dikandung masa dan ruang. Ia wujud diluar ruang dan masa dan dalam suatu sekarang yang serentak, kalau kita boleh banyangkan keadaan itu! Tetapi seorang individu, seperti Nabi Muhammad atau Einstein, itu kebenaran yang relatif. Nabi Muhammad dan Einstein itu tergolong ke dalam makhluk yang kita namakan manusia. Katogari manusia ini kebenaran yang lebih kompleks tetapi masih relatif kepada kategori makhluk-makhluk lain. Begitu juga dengan tamadun tua Yunani. Ia wujud dalam satu zaman, dan tidak wujud lagi sekarang, kecuali sebagai suatu warisan.
Saya akan petik sekarang ayat-ayat suci lain yang memperkatakan kebenaran yang lebih kompleks. Perhatikan:-
(a) “Katakanlah, ‘Kebenaran telah datang dan kepalsuan hapus. Pastilah kepalsuan itu senantiasa akan hapus.’” (17: 81)
(b) “... Kami jadikan semua yang hidup dari air...” (21: 30)
(c) “Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin ...” (57: 3)
Ayat-ayat (a) dan (b) bersifat sains dan juga falsafah. Kita kena mengkaji sains dan falsafah untuk memahami ayat-ayat ini. Ayat (b) bersifat sains. Ilmu sains akan memberitahu kita bahawa ayat itu benar. Banyak sekali ayat Quran tergolong ke dalam kedua-dua kategori ini. Ayat-ayat ini berhubung dengan kejadian alam dan kejadian manusia. Inilah sebabnya Quran menyatkan ia “mengatasi” semua kitab-kitab suci dulu serta mengandungi jauh lebih banyak ilmu dari yang terkandung dalam kitab-kitab suci dulu. Inilah yang menyebabkan ramai cerdik-pandai Barat memasuki Islam.

5. Ketahanan tamadun Barat

Tamadun Islam bertahan selama enam abad, dikira dari Abad ke-8 hingga Abad ke-13. Tamadun Barat, sebenarnya tamadun moden, telah bertahan selama tujuh abad, dikira dari Abad ke-14 hingga sekarang. Satu soalan besar harus kita jawab. Dari ayat suci 4 (a) di atas, kita tahu bahawa kepalsuan tidak boleh bertahan lama. Lambat-laun ia akan hapus, dan digantikan oleh kebenaran. Mengapa doktrin Trituggal yang palsu, rekaan Paul, boleh bertahan selama hampir 17 abad di Barat Kristian?
Pertama, kita harus ingat bahawa negara Kristian Eropah telah melalui suatu reformasi gerejanya apabila banyak negara Eropah bertukar dari mazhab Katolik ke mazhab Protestant. Kedua, Barat itu termasuk republik Amerika Syarikat yang telah ditubuhkan oleh orang-orang Eropah yang lari dari penindasan Gereja untuk membangunkan sebuah kehidupan bebas yang baru. Ketiga, Revolusi Amerika suatu peristiwa baru dalm sejarah manusia dengan misi mencari kebebasan di bawah suatu kepercayaan kepada Tuhan. Ini menjadikan doktrin Trituggal tiada bermakna apa-apa. Sebenarnya, ini tidak lain daripada manifestasi ajaran Tuhan yang asal kepada semua masyarakat, seperti yang diterangkan dalam Quran.
Robert Briffault, dalam bukunya, The Making of Humanity, menyebut tiga jenis fikiran, iaitu (a) fikiran rasional, (b) fikiran adat, dan (c) fikiran kuasa. Doktrin Tritunggal tergolong ke dalam (c) dan (b). Mula-mula ia dipaksakan melalui kuasa Gereja dan Negara; setelah itu, ia menjadi (b), fikiran yang dipegang sebagai suatu adat yang diwarisi turun-temurun. Apabila sampai masanya, fikiran palsu ini akan terdedah sebagai pembohongan, dan kebenaran (fikiran rasional) akan muncul. Saya tidak ragu sedikit pun bahawa perkara ini akan berlaku tidak lama lagi.
Demikian juga bagi penyelewengan-penyelewengan dalam Islam sendiri. Perpecahan kepada mazhab, dan munculnya Hadis sebagai suatu kuasa setaraf dengan Quran – kedua-dua ini bercanggah dengan ajaran Quran yang dibawa oleh Muhammad. Koreksi terhadap penyelewengan-penyelewengan ini pasti akan berlaku tidak lama lagi, selaras dengan apa yang terkandung dalam ayat suci dalam 4 (a) di atas.

6. Kebenaran Quran terjamin

Berbeza dengan kitab-kitan suci lain, Quran dipelihara oleh Tuhan Sendiri dari korupsi manusia. Ini dilakukan melalui suatu kaedah metamatik yang hebat, yang dikenali sebagai Kod 19. Perkara ini telah dikaji dan dibuktikan kebenaranya oleh seorang sarjana Perancis. Namun demikian, sarjana-sarjana Islam klasik telah membekukan pengertian Quran dengan menyatakan bahawa tafsiran mereka muktamad! Inilah kesilapan mereka yang besar. Ia tidak lain daripada suatu pendewaan terhadap sarjana-sarjana itu – satu kesilapan syirik! Generasi sekarang perlu merungkai kesilapan ini dengan meletakkan keseluruhan tafsiran mereka di bawah kritikan saintifik. Ini saja yang boleh membebaskan umat Islam dari penjara yang telah mereka bina sendiri.

7. Masalah epistemologi dan keterbatasan kaedah empiris

Bagaimana kita mengetahui? Ini masalah epistemologi. Lengkap dan sempurnanya Quran terbukti dari hal ini. Quran menyebut perkara yang penting ini secara bersahaja. Frasa-frasa ain’ul-yaqin (kesaksian deria),ilm’ul-yaqin (kesaksian logika) dan haqqa’al-yaqin (kesaksian langsung) merujuk kepada ilmu ini. Perkara ini langsung tidak disentuh dalam tafsir klasik. Malah Imam Ghazzali sendiri menafikan kesaksian pertama dan kedua atas alasan kedua-duanya tidak memberi pengetahuan yang sebenar.
Ambil contoh sebuah pena. Kita menyaksikan kewujudan pena itu melalu pancaindera kita, lalu kita mengatakan: “Ini sebuah pena.” Kemudian, kita membuat pertanyaan kedua: “Pena ini dibuat oleh seorang tukang atau dalam sebuah kilang,” walaupun kita tidak melihat perkara itu. Ini kesaksian logika atau ilmu. Akhir sekali, kita bertanya: “Dari bahan apa pena itu dibuat? Dari mana datangnya tukang atau kilang itu?” Jawapannya: “Dari bumi atau dunia.” Jawapan ini tidak lengkap, kerana dunia itu dijadikan juga. Jawapan yang sebenar: “Tuhan atau Wujud Wajib.” Digabungkan ketiga-tiga kesaksian ini maka kita dapat sebuah epistemologi yang lengkap. Demikianlah kita mengetahui.
Tidak syak lagi, manusia tidak boleh mengetahui semuanya sekaligus. Pengetahuannya datang berperingkat-peringkat, seperti semestinya. Apa yang perlu mereka lakukan itu menyemak semula warisan serta membuat tafsiran baru terhadap Quran. Ini kerana warisan dari generasi dulu perlu dinilai semula dan tafsiran terhadap Quran perlu diperbaharui untuk mengambil manfaat dari perkembangan ilmu.

8. Dua perspektif

Tiap perkara ada dua perspektif: kandungan sejarah, dan universal. Demikianlah ajaran Quran. Ada ajaran yang terikat kepada sejarah; ada ajaran yang terbuka dan bersifat universal. Umpamanya, hukum potong tangan bagi pencuri itu hukuman yang terikat kepada sejarah. Hukuman universal prinsipnya dua saja: kesaksamaan, dan ihsan. Sekali lagi, para peguam klasik gagal melihat dan memahami hal ini. Maka itu timbul kesilapan besar yang mendakwa konon ada hukuman tetap, iaitu hukuman hudud! Perkataan ‘hudud’ berlaku 14 kali dalam Quran dan tiada satu pun perkataan itu merujuk kepada hukuman! Mereka semuanya merujuk kepada konsep ‘sempadan’ yang abstrak – satu konsep jalan pertengahan.
Dalam hal kewujudan realiti ini, saya ingin menyebut teori Lembaga Plato. Mengikut teori ini, bentuk universal itu tidak wujud. Semua benda wujud sebagai suatu manifestasi Lembaga yang hanya wujud sebagai suatu andaian semata-mata. Lembaga ini didakwa statik dan tidak berubah. Tetapi sains dan falsafah moden sudah menemui hakikat bahawa realiti itu suatu proses yang bergerak dari satu tesis kepada lawannya sintesis lalu mencapai harmoni dalam satu sentisis, yang kemudian menjadi tesis lagi, dan demikianlah seterusnya – suatu proses evolusi yang tidak berhenti-henti.

9. Dengan semua pendapat, ikut yang paling baik

Pengajaran kepada kita semua dari kesilapan-kesilapan yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh dari generasi-generasi dulu, yang telah saya sebut di atas: “Jangan sekali-sekali bertqlid kepada mereka. Mereka manusia dan boleh melakukan kesilapan. Generasi-generasi kemudian harus menilai semula warisan-warisan yang mereka tinggalkan kepada kita.” Ini selaras dengan arahan Tuhan dalam Quran: “Dengar semua pendapat. Ikut yang paling baik.” Lagipun, kita juga disuruh “menyeru kepada kebaikan dan melarang kejahatan”. Ini arahan Tuhan yang tetap kepada kita. Jika ini kita lakukan, semua kesilapan dapat diperbetulkan, dan kebenaran dapat kita capai.
----------------------
Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

Wednesday, July 13, 2011

UNTUNGNYA ANWAR

UNTUNGNYA menjadi Anwar.

Boleh tangguh-tangguhkan kes berkali-kali. Boleh mempunyai senarai peguam yang ramai. Hebat-hebat pulak tu. Seperti tiada yang berani 'sentuhi'nya.

Buat laporan palsu kononnya bukan dia dalam video dengan amoi, tidak didakwa.

Dakwaan meliwat Saiful, tidak dikenakan tahanan. Boleh bergerak ke mana-mana. Hatta, boleh ke luar negara. Pasport tidak ditahan.

Bayangkan, jika seorang orang kampung didakwa meliwat (bukanpun meliwat lagi, dan tak ada sejarah peliwatan), akan dimasukkan dalam lokap, dan tidak diberikan bebas ataqs jaminan. Merengkoklah orang kampung itu dalam penjara.

Anwar untung.

Jika orang lain, apa lagi orang berbaju UMNO yang sudah jelas bukti DNA dan video tulen, dah lama orang ramai mencemuh. Orang ramai tak percayainya lagi. Sebaliknya, Anwar memang anugerah.

Walaupun ada sejarah peliwatan terhadap Azizan, pemandu isterinya dan disahkan oleh ketiga-tiga hakim dalam Mahkamah Persekutuan, dan kini sekali lagi, orang ramai masih tidak percayai Anwar buat.

"Mustahil Anwar buat....beliau dah berusia 64 tahun,' kata orang ramai.

Anwar boleh buat apa sahaja yang ia sukai - mencuri dan orang ramai tak akan mempercayai dia mencuri; merompak - orang tak akan mempercayai dia akan tergamak melakukan perbuatan itu, meliwat dan berzina sesuka hati - orang tak akan mempercayainya.





MAKLUMAT NEGARA BOCOR

(Sumber: Malaysia-today)

YB Datuk,

Attached please find the guidance/messaging on the Bersih issue for your attention and action, where necessary.
This follows the UMNO Political Bureau meeting where this issue was also discussed and that this material be circulated to all bureau members.
Please note that the usual confidentiality rule applies.
Please do not forward or disseminate it to unauthorised person/persons.
Thank you and best regards
Jalil Hamid
Head, National Communications Team, PMO
*************************************
GUIDANCE ON KEY ISSUES No 8/2011
Issue: BERSIH 2.0

By most accounts, the Bersih 2.0 protest on July 9 could turn out to be massive and will certainly go beyond issues of fair and free elections. With over 100 political, NGO and right groups could be joining the “March for Democracy”, we expect them to champion a slew of issues ranging from inflation to Teoh Beng Hock and Lynas. The protest, if not countered, could undermine the government, the economy and national security. This note sets out the policy guidance and the do’s and don’ts in managing the issue.

Advisory

The process of mind-conditioning will continue in the run-up to July 9. The process will include:
1. Discredit the organisation and its key leaders. Bersih is neither registered with ROS nor ROC. It is NOT an election watchdog but a group of politicians and politically inclined individuals who lack credibility.
2. Label the rally as “perhimpunan haram” or “illegal assembly”, and that the people behind Bersih are trouble shooters and going against the Constitution and the law to gain political mileage.
3. That they are just a front for the opposition.
4. Since DSAI is already “out of the race” for premiership, he has to resort to street protests because PR can’t win GE13 through ballot boxes. He is seeking a “short-cut” to Putrajaya via undemocratic and unconstitutional means. Remind people about his Sept 16 bluff.
5. DSAI is also using this to shift the public attention away from his legal and moral woes.
6. Create anxiety that Bersih is working for the interests of foreign elements, who are out to destabilise the country.
7. That BERSIH is not bersih (clean) after all as it is an illegal group out to create havoc.

Do’s and Don’ts

1. KDN Minister, IGP, DIG and Internal Security and Public Order Director to brief media editors at KDN. Use the meeting to reinforce the branding as “perhimpunan haram”, that Bersih is an unlawful organisation and the perpetrators are out to create chaos.
2. KDN, which has jurisdiction over all print media, needs to exert its authority in ensuring the press toe the line.
3. Confine politicians to just making political statements. Let the police do their job.
4. PDRM can start calling up Bersih organisers based on the hundreds of police reports lodged so far.
5. Encourage the use of 3rd party validators.
6. Pre-empt chaos and disorder (fear paradigm). The “show of force” by UMNO or silat groups well before July 9 may be imperative to deter demonstrators.
7. The soundbytes in our favour MUST come from across the country and across the ethnic lines. The soundbytes should not just be confined to the Malays or those residing in the Klang Valley.
8. We must not allow the rally to be exploited by international elements.
9. As a pre-emptive measure, the authorities should stop the launch of Perhimpunan Bersih 2.0 scheduled for 19 June at the Chinese Assembly Hall. Likewise, a related Perkasa event called “Lawan Perhimpunan Bersih” at the Sultan Sulaiman Club on the same day should also be halted.
10. SPR should counter Bersih demands for free and fair elections by highlighting the various initiatives it has undertaken so far. Use the highly successful Sarawak PRN as its model. It should not meet up with Bersih people.

Recommended media treatment

1. Media to highlight stories of how businesses, retailers, tourists, shoppers, motorists and ordinary people will be affected. (July is the peak month for Arab tourist arrivals; plus the top three EPL teams will also be in town in July). Malaysia will be in bad light if the teams skip KL on security grounds.
2. Question the source of funding for Bersih.
3. The media will primarily be targeting the trio: DSAI (who is capitalising on this ahead of his July 15 Sodomy 2 trial), the newly minted PAS deputy chief Mat Sabu (who is the budak suruhan DSAI and tali barut DAP) and Ambiga.
4. We will encourage the media to use file photos of Ambiga with PR leaders to highlight her close association with them. Ambiga has the history of leading street protests when she was Bar Council president.
5. The media to use less of the same old faces (eg Zul Nordin, Zahrain, Ibrahim Ali) as “attack dogs.” Try to tap fresh faces (eg BN Youth leaders, some NGOs).
6. Friendly bloggers and cybertroopers will continue to be mobilised.
7. TV stations to constantly play up images of ugly demos in other countries.

Desired outcome

1. Neutralise the opposition noise.
2. Reinforce the view that public sentiment is NOT with Bersih and the opposition.
3. Send a strong message that the government is full control of the situation, that it will not tolerate trouble makers and those who undermine the rule of law.
4. No apparent adverse impact on investor confidence or Malaysia’s political risks.

17 June 2011

PROGRAM 'SENTUHAN HATI"

KEBETULAN sesungut ada membicarakan akan pemberian budi, untuk melawan propaganda pembangkang, TPM Muhyiddin juga bercakap perkara hampir sama di Ledang, semalam agar program UMNO/BN mestilah ada unsur 'sentuhan hati'.

Muhyiddin mencadangkan program berbentuk 'turun padang'.

Sesungut ingin membawa cadangan lain iaitu kelas-kelas tuisyen kepada anak-anak di kampung, pinggir bandar dan bandar. Dengan cara ini, ibu bapa akan merasai sentuhan berkenaan, apa lagi apabila berlaku peningkatan pencapaian peperiksaan anak-anak mereka.

Methodologinya melalui penubuhan jawatankuasa berbentuk pendidikan. Misalnya, Kelab Pendidikan Kedah. Elok juga jika tidak terlalu nampak UMNO. Tapi, jika menggunakan baju UMNO sepenuhnya tidak mengapa, kerana tujuannya untuk memberi khidmat pendidikan.

Elok diberhentikan kaedah lama seperti mengutamakan hal-hal kompang, berbanding dengan pendidikan itu sendiri.

Kursus-kursus bahasa Inggeris diperhebatkan.

Cari juga kaedah agar peluang pekerjaan, sambung belajar diberikan kepada mereka....

Inilah 'gerakan'.....

UMNO sudah hampir mati 'gerakan' ....dulu, 'gerakan seperti ini digerakkan oleh GPMS.

Tuesday, July 12, 2011

PERANG POLITIK vs BUDI

SEMALAM, guru berkata, undi tidak menang dengan hujah. Betapa baiknya hujah tidak semestinya akan mengubah seseorang itu. Menang hujah logik dan akal tidak semestinya mengubah pendirian seseorang.

Yang sokong Bersih akan terus sokong. Yang beriklinasi kerajaan akan menolak Bersih. Kedua-dua ada hujah. Masing-masing menggunakan kepintaran. Jika kumpulan proBersih menggunakan Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan kepada rakyat untyuk berhimpin secara aman, kumpulan prokerajaan menggunakan Perkara 10 (2) Perlembagaan yang menyatakan perhimpunan juga mesti ada batas-batasnya.

Guru juga berkata, rata-rata rakyat ada kecenderungan untuk antiestablishment. Jelas terpancar dalam Generasi Y. Anak-anak muda tidak mahu dikongkong. Anak-anak muda mahu bebas pemikiran. Anak-anak muda mahukan pendirian sendiri.

Menariknya, kecederungan itu dimanfaatkan oleh pembangkang, dipropagandakan, disuap, dan diindoktrinasi semahu-mahunya.

Tidak ramai yang mampu mempunyai fikiran sendiri dan dalam masa sama tidak menyokong pembangkang.

Jika begitu, guru, apakah tiada jalan penyelesaian?

"Budi," Budi mesti diberikan, bukan hujah. Budi tidak semestinya duit. Budi ialah sesuatu yang bermakna dan memberi kesan mendalam kepada kemanusiaan seseorang.

UMNO telah bertapak lama. UMNO pernah suatu ketika dilihat, dirasai dan diyakini memberi 'budi' kepada seluruh orang Melayu. Tun Razak begitu jelas akan hal ini. Tun Razak begitu menonjol akan perkara ini dan Tun Razak telah memberikan contoh yang amat baik.

Puteri UMNO suatu ketika, zaman Kak Aza, telah muncul dan kelihatan memberi budi yang luar biasa kepada rakyat. Sentuhannya dirasai. Buat kerja-kerja kebajikan. Buat tuisyen merata-rata. Buat English-on-wheels. Kesannya tidak sedikit. Keputusan anak-anak orang kampung dalam UPSR meningkat. Ibu bapa suka hati.

Roh ini semakin sirna. Semakin hilang dalam 'rasaan' rakyat. Ibu bapa kurang lagi merasai sentuhan berkenaan.

Pemuda dah begitu 'tua'. Sentiasa sibuk mencari sen. Hormat masyarakat bukan terhadap seseorang yang begitu cepat dapat mengumpul kekayaan. Hormat masyarakat bukan terhadap hujah intelektual seseorang.

Masyarakat akan 'tunduk' apabila budi ikhlas memasuki ruang perasaannya.

Thursday, March 31, 2011

SCIENTIFIC WAY OF LIFE vs GERAK HATI

PETANG tadi aku bersms dengan seorang wartawan kanan. Aku bertanyakannya dah lihat ka video lelaki Y dengan amoi dari China?

"Belum lagi," katanya.

"Mengikut gerak hati saya, saya tak percayakan Y," sambungnya.

Aku terus membantah, mana mungkin boleh mengikut gerak hati.

"Bukankah kita mesti hidup berpaksikan kebenaran. Dan, methodologi kebenaran setakat ini mestilah melalui pembuktian saintifik," balasku dalam sms.

Wartawan berkenaan seperti tidak setuju, kerana katanya setiap keputusan yang seseorang buat dalam hidupnya banyak bergantung kepada bisikan hati.

"Mana lagi yang paling boleh dipercayai, melainkan bisikan hati sendiri," balasnya.

Bagiku, tdak mungkin kita boleh menemui kebenaran apa lagi untuk mempercayai dengan sepenuh keyakinan, melainkan dengan pembuktian dan dalil-dalil. Jika dalam kes Y, ramai pakar yang boleh menentukan apakah watak Y itu diubah suai atau lelaki berperut buncit yang datang dari planet bulan.

Teknologi forensik kini telah melalui peringkat matang dan boleh dipercayai.

Begitulah teknologi mengenali seseorang melalui DNA. Telah terbukti saintifik dengan darjah kesilapan kurang 5%. Inilah sebabnya ada orang tidak mahu memberikan DNA secara sukarela. Oleh sebab mahu mengelirukan minda masyarakat, dibawa isu Qasaf dan mahkamah syariah. Sebab, dalam mahkamah syariah diperlukan empat saksi penyaksi yang hampir mustahil boleh dicari. Sedangkan, empat saksi itu sendiri mengisyaratkan perlunya pembuktian yang begitu teliti. Dalam mahkamah jenayah, buka n hanya empat saksi, tetapi pihak pendakwa telah membawa berpuluh-puluh saksi, pemangsa, termasuk ahli kimia, doktor, dan pelbagai lagi.

Kebenaran itu mestilah ada bukti, kecuali hal-hal kepercayaan seperti keimanan kepada malaikat, yang tidak boleh digunakan methodologi sama. Inilah sebab hal2 seperti itu dipercayai secara 'zouk'.

Ulama kita terdahulu seperti Bukhari, Muslim dalam mengumpul hadis2 sama ada benar atau tidak (inilah sebabnya haid ada sahih, ada tak sahih, ada bertarap kebenaran hampir pasti, ada berdarjah ahad, mursal dsb) melalui proses yang saintifik....katakan dia berjumpa si A yang membaca sepotong hadir dan dikatakan dari nabi, pengumpul akan bertanya, dia dapat dari siapa. Jika dikatakan dari si A, pengumpul hadis akan berjumpa si A, bertanya lagi dari siapa sehinggalah kepada Nabi. Itulah sebabnya dilihat adakah sanad terputus atau bersambung? Bagaimana daya ingatan pembawa sanad itu? Adakah pembaca hadis itu seorang yang suka berbohong?

Malangnya, kita memilih cara berdasarkan 'gerak hati'.

Jika kita pandukan kehidupan kepada gerak hati, kita mudah terpesona dengan seseorang yang memakai songkok, menunjuk-nunjuk sembahyang atau berlakon.

Yang kita nak ialah kebenaran....biarlah kita hidup dan mati dalam kebenaran. kerana kebenaran itu gambaran Hak.

Thursday, December 16, 2010

SEKOLAH MUSIK

15 DISEMBER 2010. Aku ke sekolah musik (SM). Bersama dua rakan lain. Kami bertiga sahaja. Itulah kali pertama aku ke SM. Pada mulanya aku ingin beralasan sakit gigi, tapi tak berjaya. Niat aku nak golfing. Game yang aku cintai. Tapi, tarikan SM tu juga kuat.

"Golf, dah main tiap-tiap hari," kata kawanku memujuk.

Kami sampai di SM sekitar jam 7pm.

Kami membuat lawatan selama tiga jam. Dalam tiga jam itu, agak menyeluruh juga lawatan kami; meninjau dari pelbagai sudut. Ianya untuk mengelak perspektif juling. Aku semakin faham betapa SM mampu memulihkan perasaan dan emosi seseorang, sekurang-kurangnya pada tempoh itu. Malah, alasan sakit gigi tak boleh digunakan langsung. Bayangan SM masih terasa kepadaku sehingga tulisan ini tercatat. Rupanya SM juga mampu merapatkan jurang dan mengakrabkan persahabatan. Meninggalkan nostalgia yang sama.

Di tengah-tengah lawatan itu, kawanku bertanya kepada seorang lagi kawan: "Lulus atau tak ?" Kedua-dua berkonsensus. Aku lepasi ujian di SM.
"
Yang penting aku berjaya lepasi audition....yea!

Selamat tinggal Pelangi Petang dan datanglah malam untuk menyambuit mentari pesok pagi.

Salam sekolah musik itu seperti mengajak aku mengunjungi lagi....

Monday, December 13, 2010

DIA PERNAH AKRAB

PETANG tadi aku berjumpanya. Di The Mall. Sedikit datang debar lama.

Aku pernah suatu ketika sangat rapat dengannya. Pernah bersama-sama di banyak tempat di sekitar Alor Star. Jitra. Changloon. Perlis. Sulaman kerja dan hal-hal peribadi menjadikan kami rapat. Melihat kepada keadaan ini, ramai menyatakan kami bercinta. Aku mengenalinya agak rapat. Mengenali ibunya. Boleh berbual mesra dengan bapanya.

Hati aku mati. Aku tak pernah berniat untuk bercinta. Dan, aku tak mahu ianya hidup. Biarlah ianya kekal sehingga ke akhir hayatku.

Dia tak pernah kahwin sehingga ke hari ini.

Aku memutuskan hubungan di Lembah Sintok ini. Memutuskan hubungan yang dianggap orang ramai sebagai bercinta. Aku sesungguhnya menganggap dia hanya kawan, seperti aku berkawan rapat dengan beberapa lelaki. Cuma, kebetulan dia wanita. Sehingga kini hatiku masih terasa rapat dengannya.

Debar berjumpanya bagaikan debar seorang kawan yang rapat, yang lama tidak dijumpai.

Demi memastikan nama baiknya dan reputasi diriku kekal, kekallah hubungan kami sebagai seorang sahabat. Pada awalnya, dia tak dapat menerimanya. Dia, setahuku, tidak juga ramai kawan sejenisnya. Dia pernah mempunyai lelaki yang mahu dikahwininya. Bapanya menolak.

Aku doakan suatu hari nanti sang suria menyinar jua...membaluti luka-luka psikologinya, dan dia akan berjaya di Lembah Sintok ini.

*******

Kenangan menjumpai dia di The Mall mengingatkan aku kepada satu peristiwa lain. Pernah satu ketika aku meminati seseorang. Ketika di kampus dulu. Aku juga seorang yang aktif dalam aktiviti persatuan. Jarang sekali aku bercuti balik kampung. Aku suka bersama kawan-kawan. Pernah suatu ketika, ketika zaman pelajar, kami menangkap ikan puyu dalam parit hanya semata-mata mengisi perut untuk persediakan kepada satu aktiviti. Pernha juga aku dan Basir, hampir mati kesejukan di Cameroon Highland, kerana datang untuk meninjau tempat dan menempah penginapan, tanpa mempunyai penginapan. Ah...waktu itu, masjid juga ditutup menyebabkan Cameroon Highland tidak sedikitpun bersimpati kepada kami. Tuhan menakdirkan ada seorang insan yang membawa kami menumpang tidur di rumahnya waktu itu.

Zaman derita itu tidak lagi terasa derita kini. Begitulah lumrahnya. Derita di rasai pada masa 'here and now', tidak pada 'future' atau 'the past'. Kami pernah berjalan kaki dari Dataran Hilir Melaka ke Dataran Merdeka sempena sambutan 31 Ogos. Kami pernah berkali-kali mendaki gunung beremban di Cameroon Highland. Kami pernah menjejak kaki meneroka khazanah sejagat di Lembah Lebir Gua Musang. Pernah juga ke London, yang ketika itu aku hanya membawa RM300, dan kerana itu bukan sahaja aku ditahan di Hethrow Airport, tapi semua kami. Mereka tidak percaya dengan hanya duit sebanyak itu kami boleh survive. Bukan salahku juga. Mengapa pegawai HEP tak memberikan aku sedikit wang sekurang-kurang untuk menjawab di Imigresen.

Ini bukan cerita yang berkaitan.

Cerita berkaitannya aku pernah meminati seorang gadis. Usianya lebih setahun dariku. Pernah juga kami bersama-sama menaiki bas ke Fraser Hill. Ketika itu, dua couple. Pernah juga dia melentok dibahuku. Wajahnya putih. Mungkin kerana kulit agak gelap, aku lebih meminati yang berkulit putih. Ada juga siswi-siswi berkulit gelap meminati ku waktu itu, tapi tak berlaku dipihakku cetusan balas. Perkataan 'cetusan' begitu akrap dengan diriku, waktu itu. Ada cetusan memakan masa lama, ada cetusan hanya ketika pekena teh tarik sambil menikmati kesejukan Cameroon Highland.

Gadis yang aku minati ini juga tiba-tiba diminati juga oleh seorang pegawai HEP. Pegawai ini yang terlalu akrab denganku tiba-tiba semakin berlaku jurang. Ketika itupun pegawai HEP tidak ada jurang kepegawaian denganku. aku pernah tidur di rumahnya berkali-kali. Mengenali isteri dan anak-anaknya.

Aku doakan perkara seperti ini tidak berlaku terhadapku.

Friday, December 10, 2010

AGAMA SEMAKIN HILANG SPIRITUAL

SESEKALI aku terasa semakin jahil, terasa seperti orang tidak beragama. Entah mengapa aku merasakan agama anutan ku yang diperturunkan secara tradisi ke atas diriku, semakin hilang daya spiritual. Begitupun keyakinan ku kepada perlunya agama dalam hidup semakin meningkat. Dari segi intelektual, setakat ini, aku meyakini agama (lebih tepat: syariat) yang diwarisi daripada Muhammad itu mempunyai dua kekuatan - spiritual dan undang-undang dalam kehidupan. Kelazatan bermunajat sesekali hadir. Sesekali hilang. Ada ketikanya aku merasa menjadi seorang alim. Dalam ketika lain aku merasakan menjadi kafir (engkar akan saranan/tuntutan syariat). Aku yakin agama mesti mempunyai elemen hati. Bukan semata-mata intelektual. Fikiran tidak membawa kesyahduan. Fikiran antitesis kepada spiritual. Fikiran hanyalah sebagai 'wise men' yang menasihati 'the King' atau hati. Hatilah yang boleh membuat keputusan. Hatilah yang boleh menggerakkan anggota. Hati juga yang boleh merasai agama. Hati mempunyai ingatan yang lebih kuat dan kukuh berbanding fikiran. Contohnya, jika kita melihat sesuatu katakan kereta proton saga merah, jika hanya fakulti fikiran yang melihat dan mengingat proton saga merah, ianya tidak berkekakaln lama. Jika hati melihat proton saga merah dan fakulti hati itu secara automatik akan mengulangi berkali-kali proton saga merah, maka ingatan hati itu akan kekal lama....selama kita mahu mengingatnya. Analogi ini membawa kepada betapa pentingnya ingatan akan tuhan diulangi dalam hati, dan gemaannya akan berulang-ulang, sehingga ianya sebati. Sehinggakan kita akan faham perkataan sufi kontroversial seperti Al-Halaj, Ibnu Arabi atau Tok Kenali.

Thursday, December 9, 2010

PENJAGA CAHAYA

HAMPIR semua tumbuhan mencarimu. Bergerak ke atas. Mahu menikmati cahaya. Tanpanya, seperti tidak ada kehidupan. Kehidupan tumbuhan dan haiwan mahu mencari cahaya.

Kadang-kala cahaya itu berlindung. Lebih tepat terlindung.

Matahari tidak bergerak. Yang berpusing planet. Termasuk bumi. Ini menyebabkan datangnya siang dan malam. Matahari tetap bersinar. Ianya tidak tersembunyi. Hanya bumi memalingkan permukaan akibat putaran yang berlaku. Cahaya tetap cahaya. Tanpa cahaya matahari tidak akan sempurna pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, haiwan mahupun manusia.

Aku dahagakan cahaya itu. Merindui lagi penjaga cahaya itu.....hadirlah....hadirlah....hadirlah.

Wednesday, November 24, 2010

PAKSI KEJAHATAN SELALU MENANG?

BANYAK kali suara bergema dalam dadaku. Mata kasarku melihat sebelah paksi kejahatan selalu menang. Selalu beruntung. Selalu berjaya. Timbul dalam hatiku, apakah paksi kejahatan itu patut menang?

Bukankah kebenaran selalu menggantikan kebatilan?

Amerika Syarikat menyerang Iraq secara sewenang-wenangnya. Dan, Amerika tetap gagah. Amerika tetap boleh mencatur politik dan ekonomi dunia. Banyak negara dan pemimpin terpaksa sujud bersyukur kepada Amerika Syarikat.

Beberapa orang politik yang dengan kekuatan linknya terus menjadi kaya raya. Ketua Bahagian. Ketua Pemuda. Naib Ketua. Malah, hampir kumpulan G7 berada dalam kedudukan kekayaan yang luar biasa. Apakah cara ini yang lebih mendekati kebenaran atau perbuatan membuat kekayaan hatta secara salah, lebih benar atau batil?

Begitu juga analogi ini. Banyak juga aku saksikan orang yang ikhlas 'gagal'. Aku juga yakin ada seseorang, katakan A, yang lebih tawadhuk, bijaksana dan takut kepada Illahi, berbanding dengan B, tetapi B lebih berjaya.

Tiba-tiba aku terbaca sejarah.

Pada zaman Rasulullah dahulu, ada sahabat merasakan 'perasaan' yang hampir sama. Mereka bertanya kepada Rasulullah, mengapa kafir Quraish terlalu jahat sedangkan Rasulullah ikhlas, jujur dan memperjuangkan keadilan,tetapi tak berjaya (pada waktu sebelum kejayaan).

Rasulullah berpesan, paksi kebenaran sesungguhnya akan menemui kejayaan. Jika ada 5 paksi kebenaran, maka kumpulan Rasulullah perlu menguasai lima-lima paksi kebenaran itu dan datanglah pertolongan pihak ghaibi, seperti berlaku dalam peperangan Badar, Uhud dan akhirnya wilayah Islam dapat menguasai dua gergasi kerajaan waktu itu - Rom dan Parsi, kaisar dan kisra.

Aku tenang!