BANGSAR: Kari kepala ikan mamak di Bangsar memang enak. Peminatnya tentu tahu. Pencandu mamak tahu uniknya kari mamak. Di bawah sepohon pokok, kedai mamak Anwar beroperasi. Mamak Anwar ini memang unik. Dia kenal setiap pelanggan tetap.
Jika yang datang guna Perdana, harganya mahal sikit. Jika orang biasa, marhaen seperti aku, harganya biasa. Standardnya satu kepala ikan RM35. Jika dua orang makan RM35. Jika tiga orang makan juga sama. Yang lain - air minuman di kira free. Kadang-kala sotong juga dikira free. Ayam goreng juga dikira free. Jika pandai menawar harga, harganya sekitar itu.
Minggu lalu, seorang sahabat yang juga wartawan kanan di Jalan Riong mengajak bertemu di kedai Anwar. Memang kedai ini menjadi tempat pertemuan kami, peminat kari kepala ikan. Selain berpeluang berbual isu politik dan hal ehwal semasa, aku sempat `update' profile lama kawanku ini. Bersama isteri barunya, juga seorang wartawan, beliau kini mempunyai hampir dua anak. Isteri lamanya juga kawanku. Khabarnya, isteri lamanya juga sudah bercerai. Khabarnya, bekas husbandnya warganegara India. Ditemuinya dalam `chatting' internet. Ini kisah mereka.
Kembali kepada kari kepala ikan Anwar. Jika yang datang, kumpulan editor Jalan Riong, harganya tentu mahal sikit. Oh ya....ramai juga peminat kari Anwar terdiri dari editor. GE (Group Editor), Dato' Manja Ismail dan GEI (group-editor-in-chief), Dato' Hishamuddin Aun juga kerap kali ada di kedai mamak berkenaan. Kalimullah juga kerap-kali kelihatan di kedaiu berkenaan.
Jika aku datang 5 orang, akan aku bayar RM40. Jika 4 orang, RM35. Jika 6 orang, bayar RM50. Jadi aku dah tahu berapa harganya jika makan di kedai ini.
Seorang rakan aku, bekas wartawan TV3, kerap kali akan makan free di kedai itu. Aku tak tahu apa rahsianya?