Friday, August 15, 2008

MUBAHALAH SAIFUL: BUKTI PALING KUKUH

PETANG tadi, di Masjid KL, Saiful Bukhari bermubahalah bahawa dia diliwat Anwar (oleh anunya).

Hakim yang bersidang tiga orang yang membebaskan Anwar di Mahkamah Rayuan sebelum ini selepas melihat secara terperinci kes ini, turut mengakui Anwar meliwat. Cuma, hal teknikaliti Anwar dibebaskan.

Kali ini penggunaan konsipirasi seperti kurang berkesan.

Isunya Anwar buat atau tak?

Dalam kes kali ini dengan barisan sembilan peguam yang diketuai Peguam tersohor Sulaiman Abdullah, ada kemungkinan sekali lagi Anwar dibebaskan. Sesungut mengharapkan Sulaiman dapat memerhatikan kes ini dengan teliti, dan mengambil sikap sebagai seorang Islam sama ada Anwar buat atau tidak. Jika beliau melihat banyak kemungkinan Anwar meliwat, elok beliau tinggalkan kes itu. Memang menjadi dilema antara ingin membebaskan klien atau ingin melihat kebenaran yang sebenarnya.

Dalam sistem mahkamah, hal2 teknikaliti boleh mebebaskan seseorang.

Langkah Saiful dengan penuh upacara keagamaan memang sukar untuk dinafikan lagi. Mengapa Anwar tidak juga mahu bermubahalah? Bukan kali ini, dulupun begitu. Namun, dulu kesnya yang sudah beberapa tahun sebelum terdedah di mahkamah menyebabkan saksi utama juga boleh lupa akan tarikh. Dan, dengan kelupaan itu, dieksploitasikan sebagai bangunan itu belum wujud. Perkara seperti inilah diperbesar-besarkan.

Namun, persoalan kepada orang Melayu beragama Islam atau sesiapa sahaja yang memberi penekanan utama terhadap moral seseorang untuk menjadi pemimpin, Anwar buat atau tidak.

Pemimpin PAS yang sebelum ini bersekongkol dalam pakatan rakyat nampak seperti semakin sedar betapa Anwar tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri, sebaliknya Hadilah orang yang paling elok.

Apakah ada seseorang yang tidak buat tetapi berani untuk memasuki upacara sumpah dilaknati Allah? Dari segi akal, jika seseorang itu boleh melakukan perbuatan di luar tabie, tentunya melanggar perintah Allah, tidak mustahil mereka boleh juga bersumpah dengan nama Allah? Mengapa Anwar tidak juga mahu bersumpah? Anwar menyatakan ulama besar seperti Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan sumpah tetapi Nik Aziz juga sekarang memberi kelonggaran kepada Anwar untuk bersumpah. Kini, Anwar mencari ulama lain pula untuk membolehkan beliau tidak bersumpah!

Elok kita sama-sama mohon dengan Allah supaya menunjukkan kebenaran dan keadilan dalam kes ini.

Melihat kepada kelam kabut Anwar seperti ada sesuatu. Kerana secara tiba-tiba:
1. Membuat laporan BPR terhadap AG, Abdul Ghani dan KPM, Musa Hassan.
2. Membuat laporan di Mahkamah Syariah agar Saiful membuktikan ada empat saksi yang melihat Anwar meliwatnya. Kerana, tidak mungkin Saiful boleh tunjukkan ketika Anwar meliwatnya ada empat saudaranya sedang turut sama memerhatikan. Ini bukan pembikinan vedeo lucah!
3. Membubarkan Parlimen Permatang Pauh.

Kata Ebit G Ade, mungkin Tuhan sudah bosan, melihat tingkah kita....

Apakah saudara-saudara kita di Permatang Pauh mahu memilih pemimpin yang menggunakan segala kekuatannya untuk mengelirukan kebenaran atau kita juga ingin bersekongkol dengan dosa?

Sesungut setakat ini tak keliru!

Monday, August 11, 2008

C.E.L.A.K.A

C.E.L.A.KA

SEORANG rakan aku mengajak untuk menyertai persatuan. Khabarnya persatuan itu begitu eksklusif. Ahlinya by invitation. Namun, dia tak jelaskan secara terperinci. Namun, dia menyatakan nama persatuan itu: C.E.L.A.K.A . Katanya, aktiviti Celaka sungguh menarik. Ahlinya tak akan boring. Jiwa mati akan hidup kembali. Menarik juga untuk ditinjau untung rugi menyertainya. Manalah tahu persatuan itu menjadikan diri sentiasa hidup. Dalam kemodenan ini, kadang-kala jiwa mati. Mati kerana jiwa dihidangkan dengan hal-hal intelektual. Sedang, diri holistik.