Thursday, March 31, 2011

SCIENTIFIC WAY OF LIFE vs GERAK HATI

PETANG tadi aku bersms dengan seorang wartawan kanan. Aku bertanyakannya dah lihat ka video lelaki Y dengan amoi dari China?

"Belum lagi," katanya.

"Mengikut gerak hati saya, saya tak percayakan Y," sambungnya.

Aku terus membantah, mana mungkin boleh mengikut gerak hati.

"Bukankah kita mesti hidup berpaksikan kebenaran. Dan, methodologi kebenaran setakat ini mestilah melalui pembuktian saintifik," balasku dalam sms.

Wartawan berkenaan seperti tidak setuju, kerana katanya setiap keputusan yang seseorang buat dalam hidupnya banyak bergantung kepada bisikan hati.

"Mana lagi yang paling boleh dipercayai, melainkan bisikan hati sendiri," balasnya.

Bagiku, tdak mungkin kita boleh menemui kebenaran apa lagi untuk mempercayai dengan sepenuh keyakinan, melainkan dengan pembuktian dan dalil-dalil. Jika dalam kes Y, ramai pakar yang boleh menentukan apakah watak Y itu diubah suai atau lelaki berperut buncit yang datang dari planet bulan.

Teknologi forensik kini telah melalui peringkat matang dan boleh dipercayai.

Begitulah teknologi mengenali seseorang melalui DNA. Telah terbukti saintifik dengan darjah kesilapan kurang 5%. Inilah sebabnya ada orang tidak mahu memberikan DNA secara sukarela. Oleh sebab mahu mengelirukan minda masyarakat, dibawa isu Qasaf dan mahkamah syariah. Sebab, dalam mahkamah syariah diperlukan empat saksi penyaksi yang hampir mustahil boleh dicari. Sedangkan, empat saksi itu sendiri mengisyaratkan perlunya pembuktian yang begitu teliti. Dalam mahkamah jenayah, buka n hanya empat saksi, tetapi pihak pendakwa telah membawa berpuluh-puluh saksi, pemangsa, termasuk ahli kimia, doktor, dan pelbagai lagi.

Kebenaran itu mestilah ada bukti, kecuali hal-hal kepercayaan seperti keimanan kepada malaikat, yang tidak boleh digunakan methodologi sama. Inilah sebab hal2 seperti itu dipercayai secara 'zouk'.

Ulama kita terdahulu seperti Bukhari, Muslim dalam mengumpul hadis2 sama ada benar atau tidak (inilah sebabnya haid ada sahih, ada tak sahih, ada bertarap kebenaran hampir pasti, ada berdarjah ahad, mursal dsb) melalui proses yang saintifik....katakan dia berjumpa si A yang membaca sepotong hadir dan dikatakan dari nabi, pengumpul akan bertanya, dia dapat dari siapa. Jika dikatakan dari si A, pengumpul hadis akan berjumpa si A, bertanya lagi dari siapa sehinggalah kepada Nabi. Itulah sebabnya dilihat adakah sanad terputus atau bersambung? Bagaimana daya ingatan pembawa sanad itu? Adakah pembaca hadis itu seorang yang suka berbohong?

Malangnya, kita memilih cara berdasarkan 'gerak hati'.

Jika kita pandukan kehidupan kepada gerak hati, kita mudah terpesona dengan seseorang yang memakai songkok, menunjuk-nunjuk sembahyang atau berlakon.

Yang kita nak ialah kebenaran....biarlah kita hidup dan mati dalam kebenaran. kerana kebenaran itu gambaran Hak.