Saturday, February 10, 2007

Orang Sabah Cantik, Putih Kulitnya

KOTA KINABALU: Rasanya dah empat tahun tidak ke sini. Gambarannya berbeza. Mood dulu juga berbeza dengan sekarang. Rakan-rakan bersama juga berbeza. Pemikiran, cara bekerja, cara menganalisa sesuatu juga tidak sama.

Sempat berjumpa seorang kawan lama. Xcousemate. Isterinya juga seorang anak Sabah. Juga x-cousemate. Anaknya kini dah tiga. Beliau juga bercakap slang Sabah. Setahu aku beliau anak Johor. Aku cuba update profile lama. Mungkin ada yang sudah berubah.

Ketika di kampus dulu, dia tidaklah rapat. Aku kenalnya dan jarang kami bersama. Jumpa hari ini, aku rasa sudah berkawan begitu lama. Kami bertukar nota. Dia yang banyak menceritakan. Seperti biasa, aku lebih gemar mendengar. Akrabnya hingga terasa seperti adik beradik. Begitu juga dengan isterinya kini. Walaupoun sudah tiga anak, isterinya masih macam dulu. Kilogramnya tidak bertambah banyak. Aku agak sekitar 65 kilogram. Masa kampus dulu, agaknya, sekitar 58 kilogram. Kini bekerja di sebuah bank di KK. Mengimbau kenangan lama, masa kampus, amat mengasyikkkan. Betapa terasa belajar rupanya jauh lebih sukar daripada bekerja. Pun begitu, kenangan itu kini semua menarik. Menyemak kembali wajah-wajah pensyarah. Mengutuk dan mencaci. Ada juga penyarah kami kini Naib Canselor sebuah universiti. Kami bersetuju tidak malu belajar di sana. Universiti itu kinipun dah terkenal.

Rakanku kini dah berjaya di Sabah. Beliau seronok tinggal di sini. Sudah membeli dua rumah. Satu rumahnya disewa RM1,500 sebulan. Oleh sebab orang Semenanjung, elaun juga mencecah RM1,400. (RM900 elauan rumah dan RM500 elaun wilayah). Keretanya sudah habis dibayar. Isterinya mempunyai kereta sendiri - Honda CRV. Beliau kini sudah mula berjinak dengan golf. Keahlian kelab golf sahaja RM60,000. Tiap-tiap bulan dibayar RM800. Katanya, orang Semenanjung membayar rumah dan kereta guna duit gaji. Beliau hanya membayar menggunakan elaun kerana bekerja di Sabah. Kedudukannya dalam agensi kerajaan juga kini 44, menunggu untuk ke-48.

Aku tak fikir masih perlu ada orang Semenanjung takut ditugaskan ke Sabah. Apalagi jika ditakdir berkahwin dengan orang Sabah. Banyak orang Sabah cantik-cantik. Putih kulitnya.

Thursday, February 8, 2007

Meniti Ruang Kematian

MACHANG, KELANTAN: Ianya berlaku pada 22 Disember 2006. Waktu itu sempena projek kampung angkat di sini. Aktiviti biasa siswa-siswi. Gerak-gempur Sains dan Matematik. Tarikh ini musim tengkujuh. Anginnya selalu sejuk. Rintik hujan bertali-arus. Dua hari digigit sejuk.
Aku melihat ada sebuah papan tanda. Tertulis Kolam Air Panas Tok Bot Pulai Chondong. Ah...memang menarik. Aku mengajak rakan-rakan siswa menemani. Kerana banyak kerja waktu itu, kami bergerak jam 6.45 petang. Sampai di Kolam air panas jam 7 petang. Kerana lewat, rakan-rakanku tak mahu mandi. Aku, pencinta memori, tetap akan mandi. Perasaanku bulat untuk mandi. Apalagi, airnya panas. Harinya hampir gelap.
Kira-kira 15 minit aku mandi. Berendam, berenam, menyelam sunggguh mengayikkkan. Lupa mengenai fizikal yang letih. Dua lagi rakanku ambil keputusan untuk turut mandi. Mereka hanya merendamkan kakinya. Kolam itu tidak cetek.
Aku semakin hilang kekuatan. Berehat sekejab. Tangan ku letak dibirai kolam. Rasa sedikit mual. Fikiran juga letih. Nafazku sedikit terganggu. Dan....tiba-tiba aku bagai terjatuh dalam perigi gelap. Blank. Tanpa sebarang tenaga tersisa, aku terpaksa membiarkan keadaan itu berlaku. Alam itu gelap. Alam itu tidak membenarkan menggunakan tenaga. Tenaga suarapun sudah habis. Aku hanya biar ianya berlaku. Ketika itu, hanya perkataan mati muncul. Tiba-tiba tanganku disentak....tenaga yang tadinya hilang muncul sedikit demi sedikit. Aku diletakkan kembali di tirai kolam.
Terima kasih pada sahabat yang menyentak tanganku....menarik balik laluan ku untuk mati. Tuhan hampir merelakan aku mati ketika itu. Barangkali tuhan kesian kat aku. Mengilhami sahabatku membantu. Aku belum mahu mati. Syurga masih jauh. Teringat kata Horrace Mann: "Be ashamed to die until you have won some victory for humanity."

Wednesday, February 7, 2007

Manusia Pencipta Tuhan

PETANG itu, kami berdiskusi. Bicaranya mengenai betulkah tuhan wujud? Rata-rata menyatakan tuhan wujud, ada. Apa hujahnya? Setiap benda ada penciptanya. Kita ada, maka tuhan ada. Mustahil sesuatu ada tanpa pencipta. Jika hujah itu, logik: siapa pula pencipta tuhan?

Penganut monoteisme kata tuhan itu satu. Manusia berbilang kaum. Jika tuhan itu satu, mengapa tuhan Hindu berbeza dengan tuhan Buddha? Kritian, Yahudi dan Islam juga berbeda-beda. Atau, manusia sebenarnya mencipta tuhan?

Ini semacam muqadimmah blog ini. Aku ingin berkongsi pengalaman sintok.