Wednesday, February 7, 2007

Manusia Pencipta Tuhan

PETANG itu, kami berdiskusi. Bicaranya mengenai betulkah tuhan wujud? Rata-rata menyatakan tuhan wujud, ada. Apa hujahnya? Setiap benda ada penciptanya. Kita ada, maka tuhan ada. Mustahil sesuatu ada tanpa pencipta. Jika hujah itu, logik: siapa pula pencipta tuhan?

Penganut monoteisme kata tuhan itu satu. Manusia berbilang kaum. Jika tuhan itu satu, mengapa tuhan Hindu berbeza dengan tuhan Buddha? Kritian, Yahudi dan Islam juga berbeda-beda. Atau, manusia sebenarnya mencipta tuhan?

Ini semacam muqadimmah blog ini. Aku ingin berkongsi pengalaman sintok.

7 comments:

umarzain said...

hai, awal-awal lagi dah keras pak.

elly said...

a'kum...saya juga pernah bertanya2 berkenaan siapakah yang mencipta tuhan...pernah seketika saya bertanya kepada sahabat saya berkenaan soalan ini.Cepat2 diminta saya mengucap..ianya akan membuat fikiran waras menjadi celaru kerana itu bukan tujuan kita diciptakan..Bukankah persoalan yang encik timbulkan ini bakal menggoyah iman seseorang??merosakkan akidah manusia beragamakan islam?walaupun pada hakikatnya encik sendiri beragama islam pada lahiriahnya..

umarzain said...

ccccc

khasanah77 said...

normally, bicara tentang Tuhan memang perkara yang agak rumit walaupun pada sesetengah orang senang dan kcil sahaja persoalannya. apa yang kita fikir taklah sama dengan yang orang lain fikir. maksud saya bangsa lain yang beragama lain fikir. kalau mungkin kewujudan tuhan Hindu dan Buddha asalnya adalah kepercayaan pada Allah jua, cuma masa dan manusia memanipulasi fakta sebenar. betulkan??? bagi orang Islam, persoalan tentang wujudnya Tuhan tidak boleh timbul, kerana boleh merosakkan akidah, macam masa saya pergi menghadiru usrah MPP dengan Dr Syukri, Dr menyatakan jangan sesekalu fikir di manakah atau bagaimanakah Tuhan itu, sebaliknya, kaji zat-zat dan kejadian kita... Barulah kita menemui di mana Tuhan sebenarnya...

Anonymous said...

ada yang mampu dicapai minda, ada yang tidak.. haruskah yang tidak itu didebatkan?

Anonymous said...

salam.

pilihan sahaja. dgn minda lah kita dapat membayngkan utk menjadi itu dan ini, affeksi?

Allah pengajr segalanya.

salam
ustaz ali

Puteri said...

Ada yang mengatakan kepada saya, "Barangsiapa mengenal dirinya, maka kenallah akan Tuhannya". Fahamkan diri itu dulu..