Tuesday, August 16, 2011

PERSEPSI SELUBUNGI KEBENARAN

PM NAJIB ketika berbuka puasa dengan agensi BERNAMA semalam ada berkata " ....
we have to adjust ourselves in this modern era, where perception is bigger than the truth."

Dulupun begitu. Kita mudah terpukau. Sejarah pun banyak kali merakamkan bahawa persepsi biasanya boleh mengelabui kebenaran, meski kebenaran tetap kebenaran, seumpama mentari yang tetap mengeluarkan cahaya, meskipun bumi ini kadang-kala cerah, kadang-kala mendung.

Dalam persepsi kita tak mungkin seorang yang boleh berkhutbah dan bercakap agama tetapi minat kepada kegiatan homoseksual. Kontradik. Sesuatu yang kontras tak mungkin boleh wujud dalam dunia yang harmoni ini, kata akal kita.

Dalam dunia politik, propaganda dan perang saraf menggunakan kepercayaan ini - bahawa persepsi itu boleh menutup kebenaran.

Masih dalam kerangka yang sama, misalnya parti politik dibajukan dengan Islam. Agar persepsi orang Melayu, tidak mungkin parti Islam berbohong. Tidak mungkin parti Islam melakukan perbuatan mungkar. Tidak mungkin parti berkenaan melakukan perbuatan yang salah.

Memang betul parti berkenaan tidak berdosa, tidak bersalah, tidak berbohong tetapi manusia di dalamnya melakukan perbuatan yang sama sama ada parti cap ayam, cap itik atau berlambangkan mata jin.

Namun begitu, patutkah kita hanya berpegang pada persepsi yang merupakan ilusi kepada hakikat, seumpama sekumpulan lelaki dalam gua yang hanya melihat pantulan cahaya matahari seperti digambarkan oleh Plato dalam allegori of the cave.