Friday, August 10, 2012

AKU PULANG

SENGAJA aku memilih tajuk ini. 10 Ogos 2012, Jumaat, kira-kira jam 4.30 pagi, aku dah memijak Kota Bharu. Dah dua tahun aku tak balik. Apa lagi balik sendirian. Dengan naiki bas.

Terkejuk melihat stesen bas Kota Bharu. Terasa luas. Kebersihan pun hampir setanding negara maju. Jalan2 raya juga luas. Jalan yang dulu dua hala, dah jadi satu hala. Bermakna jalan dua lorong, terus jadi empat lorong. Seperti nak kempen politik pulak....tak, lagipun aku bukanlah cenderung ideologi hijau parti politik yg memusnahkan imej Islam, tetapi kebersihan dan lapangnya stesen bas itu memang boleh dipuji.

Itu hal fizikal. Bukan tujuan aku menulis catatan.

Tujuan aku menulis catatan
Ini adalah bagaimana perasaan aku bertaut kembali dengan akarku. Seolah-olah aku ku yang putus, kembali semula. Rasaan spiritual itu terasa segar kembali, seperti perindu
Baitullah pergi ke Makkah.

Malah, pagi Jumaat hari ini, aku mengikuti kuliah oleh seorang murid tua ayahku. Kini, dia menjadi guru. Perkra yang pernah keluar dari orang tua ku, kembali aku dengar: "awalluddin ma'rifatullah". Terasa diru ini semakin jauh dari sumber spritual. Terasa diri berdosa. Terasa betapa hati tak jernih lagi. Makin berkarat.

Ampunillah dosaku. Ampunilah dosa
Ibuku. Ampunilah ya Allah dosa
Ayahku. Limpahi cahaya malaikat kepada kami....

Wednesday, August 8, 2012

DEDIKASI BUAT NIZA

PADA 19 Ogos 2010, Bulan Ramadhan seperti sekarang, selepas mencarimu beberapa hari, aku terima sms melalui handfonmu: "Sy da kmbali ke rhmatullah...tlg sampaikan pd yg len...Alfatihah,"

Bulan Ramadhan akan mengingatkan aku dengan hari terakhirmu. Agaknya, kau kini sedang dibaluti cahaya malaikat. Sejak hari kematianmu, aku hampir tiada lagi sahabat yg mampu
aku berkongsi suka duka.

Niza, kematianmu memberi aku satu makna. Persahabatan tanpa syarat. Seorang yg terbuka fikiran - oh yea, aku semacam mahu mempercayai free hair mu itu mewakili sekelompok manusia yang percaya kepaa ketulenan dan keaslian, dalam arus budaya yang kuat melanda. Niza, guruku Frederich Perls pernah bermadah begini;

A thousand plastic flowers,
Don't make a desert bloom,
A thousand empty faces,
Don't fill an empty room.

Kau, satu-satunya kawan aku yang berani. Yang selalu yakin dengan diri. Yang bencikan kemunafikan. Yang benci bunga-bunga plastik. Biarpun cantik bunga plastik, ianya tiada bau. Biar betapa cantik bunga plastik, ianya sebuah lambang kepalsuan.

Bunga-bunga plastik makin bertimbunan sekarang. Bukankah terlalu cepat tuhan mengambil mu tanpa sempat kita memproklamasikan gerakan baru.

Masih tercatat salam handon lamaku,?Pada 5 Jun 2010, dalam sms peribadimu: "Janganlah macam tu...saya redha dgn ujian hidup yang saya kena lalui...awak pun jgn cpt putus asa."

Aku tidak sempat memahami
Smsmu pada 5 Jun yang seolah-olaj memberi isyarat, ketika aku berkongsi sedikit keluh kesah: "bagi saya kita adalah org terpilih...hanya DIA yang lbh tau apa yang terbaik utk kita. Kita tak akan diuji melainkan utk kebaikan kita, cuma kita yg x tahu. Awak jgn putus asa ya.... ujian utk saya lbh berat...melibatkan nyawa....so, awak jgn cpt putus asa."

Niza, kadang-kala kita bersms dalam bahasa Inggeris. Beliau bersms juga pada tarikh 5 Jun, begini: "...after the news, i managed to live my life as normal as b4. As a matter of fact there are times i'm feeling down. Thnk u 4 willing 2 share the blue."

Niza, moga rohmu terus bersinar, dipimpin cahaya malaikat, menuju kepada Pengadil Agung lagi Bijaksana.