PADA 19 Ogos 2010, Bulan Ramadhan seperti sekarang, selepas mencarimu beberapa hari, aku terima sms melalui handfonmu: "Sy da kmbali ke rhmatullah...tlg sampaikan pd yg len...Alfatihah,"
Bulan Ramadhan akan mengingatkan aku dengan hari terakhirmu. Agaknya, kau kini sedang dibaluti cahaya malaikat. Sejak hari kematianmu, aku hampir tiada lagi sahabat yg mampu
aku berkongsi suka duka.
Niza, kematianmu memberi aku satu makna. Persahabatan tanpa syarat. Seorang yg terbuka fikiran - oh yea, aku semacam mahu mempercayai free hair mu itu mewakili sekelompok manusia yang percaya kepaa ketulenan dan keaslian, dalam arus budaya yang kuat melanda. Niza, guruku Frederich Perls pernah bermadah begini;
A thousand plastic flowers,
Don't make a desert bloom,
A thousand empty faces,
Don't fill an empty room.
Kau, satu-satunya kawan aku yang berani. Yang selalu yakin dengan diri. Yang bencikan kemunafikan. Yang benci bunga-bunga plastik. Biarpun cantik bunga plastik, ianya tiada bau. Biar betapa cantik bunga plastik, ianya sebuah lambang kepalsuan.
Bunga-bunga plastik makin bertimbunan sekarang. Bukankah terlalu cepat tuhan mengambil mu tanpa sempat kita memproklamasikan gerakan baru.
Masih tercatat salam handon lamaku,?Pada 5 Jun 2010, dalam sms peribadimu: "Janganlah macam tu...saya redha dgn ujian hidup yang saya kena lalui...awak pun jgn cpt putus asa."
Aku tidak sempat memahami
Smsmu pada 5 Jun yang seolah-olaj memberi isyarat, ketika aku berkongsi sedikit keluh kesah: "bagi saya kita adalah org terpilih...hanya DIA yang lbh tau apa yang terbaik utk kita. Kita tak akan diuji melainkan utk kebaikan kita, cuma kita yg x tahu. Awak jgn putus asa ya.... ujian utk saya lbh berat...melibatkan nyawa....so, awak jgn cpt putus asa."
Niza, kadang-kala kita bersms dalam bahasa Inggeris. Beliau bersms juga pada tarikh 5 Jun, begini: "...after the news, i managed to live my life as normal as b4. As a matter of fact there are times i'm feeling down. Thnk u 4 willing 2 share the blue."
Niza, moga rohmu terus bersinar, dipimpin cahaya malaikat, menuju kepada Pengadil Agung lagi Bijaksana.
No comments:
Post a Comment