HAMPIR semua tumbuhan mencarimu. Bergerak ke atas. Mahu menikmati cahaya. Tanpanya, seperti tidak ada kehidupan. Kehidupan tumbuhan dan haiwan mahu mencari cahaya.
Kadang-kala cahaya itu berlindung. Lebih tepat terlindung.
Matahari tidak bergerak. Yang berpusing planet. Termasuk bumi. Ini menyebabkan datangnya siang dan malam. Matahari tetap bersinar. Ianya tidak tersembunyi. Hanya bumi memalingkan permukaan akibat putaran yang berlaku. Cahaya tetap cahaya. Tanpa cahaya matahari tidak akan sempurna pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, haiwan mahupun manusia.
Aku dahagakan cahaya itu. Merindui lagi penjaga cahaya itu.....hadirlah....hadirlah....hadirlah.
1 comment:
Penjaga cahaya itu tak ke mana-mana, sentiasa sedia, pergilah... pergilah... pergilah.
Post a Comment