Wednesday, January 6, 2010

HUSAM MUSA SEBAGAI MB BARISAN NASIONAL KELANTAN

UMNO perlu berkorban.

PELAWAKAN Husam untuk bersama dengan UMNO. Biar dia mewakili UMNO. Janjikan untuk memberikan jawatan Menteri Besar apabila beliau memasuki UMNO, dan lebih indah jika beliau boleh membawa bersama-sama rakan ADUN PAS untuk bersama.

Biarkan PAS hanya untuk Nik Aziz, anaknya, Nik Amalina dan menantu Nik Aziz, Arif Fahmi.

Husam yang sebelum ini yang diamanahkan `run' kerajaan negeri sudah sangat kecewa dengan PAS yang dikuasai oleh anak dan menantu. Husam dah letih.

Inilah masa yang sangat sesuai untuk mempelawa beliau yang merupakan seorang yang berkebolehan memimpin Kelantan dan mampu membawa bersama-samanya anak-anak muda. Beliau seorang ekonomis, dan tahu bagaimana untuk memajukan Kelantan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Anak-anak muda Kelantan sudah muak dengan kronisme anak dan menantu. Anak dan menantu yang tidak pernah bertanding pilihan raya tiba-tiba boleh mempunyai `kitchen Kabinetnya'.

Seperti mana rakyat telah menolak seoorang pemimpim negara kerana dipersepsikan dikuasai menantu dan anak dalam pilihan raya lalu, maka hal yang sama berulang kepada seorang pemimpin yang mendakwa menjunjung Islam sebagai asas perjuangan.

Biar setabal mana serban dan jubah dipakai, apabila tiba kepada kepentingan anak dan menantu, maka selalunya pilihan bukan lagi kepada ajaran suci, tetapi oleh bisikan kasih yang menyimpang dari kebenaran.

7 comments:

oxymoron said...

wujud kekangan bagi beliau untuk menyertai BN, bukan hanya pendirian politik, tapi juga rasa hormat kepada tok guru.. letih bukan alasan bagi sebuah perjuangan.. salam perkenalan..

razihan said...

Dalam perjuangan semestinya perlu nya pengorbanan.PAS kelantan sudah tidak nak releven pada masa ni..HUSAM harus berhijrah bersama-sama golongan edorgan untuk masuk kedalam UMNO....Mungkin ALWI menjadi MB dan Husam sebagai TMB atau Mungkin Husam menjadi MB kelantan....
Dari sudut pemikiran dan falsafah nampak husam lebih terbuka tetapi sedikit PONGOH.Dari seni berpolitik husam cenderung mengamalkan idea michavelli.....
Kalaulah PAS dan UMNO dapat bersama membangunkan kelantan......

Mungkin royalti pon dapat kot hehehehe....

razihan said...

Dalam perjuangan semestinya perlu nya pengorbanan.PAS kelantan sudah tidak nak releven pada masa ni..HUSAM harus berhijrah bersama-sama golongan edorgan untuk masuk kedalam UMNO....Mungkin ALWI menjadi MB dan Husam sebagai TMB atau Mungkin Husam menjadi MB kelantan....
Dari sudut pemikiran dan falsafah nampak husam lebih terbuka tetapi sedikit PONGOH.Dari seni berpolitik husam cenderung mengamalkan idea michavelli.....
Kalaulah PAS dan UMNO dapat bersama membangunkan kelantan......

Mungkin royalti pon dapat kot hehehehe....

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan cadangan sesungut.

Apa yang Husam akan dapat ialah:

1. Royalti minyak.

2. Perjuangan yang sama membangunkan Islam, Melayu dan anak-anak Kelantan.

3. Biarpun Pas tidak lagi relevan, UMNO akan memajukan Kelantan dengan cara lain - budaya anak Kelantan yang unik.

4. Tidak sedikit tokoh-tokoh peniaga di dalam Malaysia akan turun membantu Husam.

mohdfakhrulakhmal said...

Husam tak mungkin akan dapat jadi MB kalu dok dalam PAS.Bukan ke tok guru nik aziz yg suci n semua betul itu menerima cina sebagai MB.Jadi lihatlah nnt.Cina aknjadi MB Kelantan.Mustahil?jgn ucapkan kerana sewaktu penubuhan PAS dahulu pun,idealogi pakatan rakyat skang kelihatan mustahil untuk didokongi pas.tidur sebantal dengan DAP,tetapi tidak dengan Anwar.Mungkin takut dilanggar belakang...HAHAHAHA

Anonymous said...

PAS sudah tidak relevan lagi. harus dibubarkan segera demi suvival Islam sejati. Kecuali keluar drp Pakatan Rakyat.

GEMPUR.

lipiskhalifah said...

oxymoron tlg bodek Husam join Bn k