Friday, April 25, 2008

WARNA-WARNI KAMPUS

SEJAK bergraduat aku tidak pernah rasa kosong. Aku rasakan seperti masa kampus dulu. Happy-go-lucky. Setiap masa terisi. Jauh sekali terasa hidup ini boring. Begitu juga ketika berada di Sintok ini, begitu banyak keindahan. Jika ada pelajar yang bergraduat dan tidak menikmati keindahan Sintok ini, terasa ruginya.

Petang tadi aku membawa dua caddie, tentunya bukan lelaki, untuk memberi peluang menikmati padang golf UUM. Tentunya bukan mudah untuk mereka dapat merasai kehijauan padang dan rumput terurus di Sintok ini, dengan tasik yang Damai. Belum pernah aku melihat ada kura-kura di tasik di lubang 4, tetatpi hari ini tiba-tiba muncul - barangkali untuk melihat kami bermain golf. Kera-kera memang banyak. Ada yang biasa. Ada yang nampak educated kerana seperti memakai cermin mata.

Tujuan catatan ini untuk memberikan gambaran betapa indahnya kehidupan di kampus. Dua caddie atau dikenali sebagai 'D' ini juga cukup akrab dengan aku. Minggu lalu juga aku dan hausemate ke Kuala Perlis untuk menikmati ikan terubuk bakar. Walaupun aku dah membuat ketetapan tidak akan membawa keluar makan pelajar undergraduate, tetapi kerana seorang darinya sudah menjadi pelajar tahun akhir, aku membuat keputusan untuk ke Kuala Perlis, tempat favorite kami jika mahu celebrate sesuatu. Dalam masa sama aku mahukan pelajar UUM mempunyai perspektif yang luas, 'helicopter view' dan tidak terperangkap dalam dualisme hitam atau putih semata-mata. Banyak grey area yang tidak kurang istimewanya. Ketika bersembang-sembang secara informal biasanya akan membuka tirai kehidupan, apa lagi jika ada teman yang kita tidak ada sebarang kepentingan. Dengan `D', aku mahupun hausemate aku tidak ada apa-apa kepentingan.

Kepada 'D' yang mahu meninggalkan universiti ini, aku berharap nostalgia di sini akan mengikat dia dengan UUM. Ikatan dengan ilmu tidaklah sekukuh dengan ingatan terhadap sesuatu yang eksklusif - mungkin tidak ada pelajar lain yang berpeluang untuk menjadi caddie!

6 comments:

hidayah ishak said...

saya suka ngan this story ('_')... pertama saya akan response mengenai keindahan uum di sintok...secara tersuratnya sudah pasti keindahan yang di maksudkan ialah mengenai keindahan alam semula jadi ciptaan ALLAH... cantek, memang cantek....tetapi bagi saya,keindahan uum sintok yang permai ini adalah lebih indah di sudut tersiratnya.....uum memberikan saya sejuta kenangan yang berbeza dengan dunia dan persepsi saya yang sebelumnya. terlalu banyak perkara di uum ini yang membuatkan sukar untuk saya melupakan keindahan tersirat uum tentang kenangan... sudah tentu sahabat tuan 'dua D' itu juga tersangat gembira atas persahabatan terjalin bersama tuan. cerita tuan itu saya klasifikasikan sebagai kenangan.. kenangan yang indah itu tempatnya di dalam hati yang mana untuk disimpan kekal abadi. seandainya saya ditempat pelajar di maksudkan..kenangan jadi caddie yang jelita dipadang golf uum akan tetap saya rindui!

Anonymous said...

Dari perspektif chairil, sesuatu itu akan menemui keindahannya apabila digandingkan dengan satu perkataan-ghairah.

Apa-apa benda pun akan indah apabila timbulnya entusias ini-misalnya golf akan sekadar golf yang lesu, panas dan melekit peluh. tapi golf penuh entusias jika dibumbu dengan 'dalaman' (hanya yang terlibat yang tahu), caddy yang manis, mungkin juga perkara lain-par, birdie dan eagle.

kepada chairil, hidupnya melarat dan miskin tapi keghairahannya kepada hidup terlalu besar. Dia tidak menerima apa-apa sahaja yang disogokkan kepadanya, malahan agama sekalipun.

Dia mengkritik konsep sorga (bukan menolaknya) kerana katanya, apabila segenap hasrat yang terlintas terus dipenuhi di dalam sorga- maka manusia yang mendiaminya sudah mati ghaairah. Bayangkan mahu bermain golf di sorga, tiba-tiba tanpa bersusah payah para bidadari sediakan set callaway berbelas ribu ringgit, dan pukulan yang paling hodoh akan mendapat birdie.

chairil tetap mengimpikan dunia-tempat kita merasa mimpi dan realiti sekaligus. Sekalipun dia mati muda, 34 tahun, tapi hasratnya ia mahu hidup 'seribu tahun lagi' (dalam sajak 'Aku').

Kepada chairil, di sorga tidak akan ada pelaut yang dengan sabar dan penuh ghairil menunggu pelabuhan untuk disinggahi..

Kepada kita semua, temuilah ghairah yang ribuan jumlahnya di sintok ini. Sekalipun terpaksa melalui rutin, sumber ghairah itu tetap terselit di sana-sini- separuh darinya pastilah di padang golf..hehe

Anonymous said...

kenangilah sebuah pertemuan..
kerana disitulah tercipta kemesraan...

sayangilah sebuah perpisahan...
kerana disitulah tercipta kerinduan...

tatapilah sebuah kelahiran..
kerana disitulah bermulanya kehidupan...

namun..
lihatlah padang golf terbentang luas..
kerana disitulah caddie comel berada suatu ketika!!

curahan ilmu dan perkongsian pendapat walau dimana pun kita berdiskusi..di perjalanan ke kuala perlis, d bilik ahli syurga 'under construction', mahupun di padang golf yang begitu banyak biawak saya kirakan..semuanya pasti indah di dalam nostalgia..!!

terima kasih atas segalanya Tuan, housemate tuan dan rakanku D!!

p/s : =( sedih mahu meninggalkan sintok valley ini, dan kalian namun ku harus berjuang terus di dalam medan perang ku yang kukira tidak pasti akhirnya untuk terus matang! Ku jua seperti serangga yang patah sesungut yang mahu mencari survivalnya!

Anonymous said...

kpd anon ghairah,
kalau ghairah itu tak datang2 jugak, cam mana?

Anonymous said...

kepada anon,
orang indonesia pandai menemukan kata-kata yang tepat untuk menggambarkan situasi yang tepat. Untuk kehilangan ghairah, mereka menamakan semu atau dalam bahasa melayunya mati rasa.

Disebabkan komponen hidup ditunjangi rasa sebagai satu komponen penting, maka kematian 'rasa' menghampiri kematian sebenar.

Bayangkan macam ini; kehidupan seorang pensioner, katakan lah seorang bekas hakim. Sewaktu bertugas mereka tiada kawan sehati sejiwa, maka mungkin sewaktu pencen ada sedikit harta, tetapi jiwanya kosong.

Kepada sesetengah orng, hobi mungkin berupaya mengembalikan rasa yang hilang. Ada sedikit kebenarannya. Memelihara ikan emas atau kelisa, memiliki sebuah kereta antik, katakan lah Dodge 1967 atau hobinya mempunyai seorang sugar baby..

Jika anon maksudkan dengan ghairah berbentuk seksualitas, maka tidak ada lain caranya..tampar lah lebih sikit..selebihnya anon berfantasilah sendiri.

Tapi menurut kawan saya tidak ada yang akan sentiasa mengghairahkan melainkan mempunyai rakan-rakan yang berminat dengan ideologi-yang disebabkan betul-betul berminat maka perdebatannya tidak kunjung padam. Ideologi melibtkan manusia dan interaksinya dengan persekitarannya, hingga menjangkau dunia.

Ia akan mengatasi hobi material yang disebutkan..lebih dari menghiasi sebuah banglo, berbincang pasal anjung dan lanskap, kerana ideologi berkenaan otak kita sendiri. Coba lah..

Seman Wau Bulan

Anonymous said...

Sesungut patah

agak lama aku tak menjenguk laman ini. sepeninggalan aku, laman telah berubah musim.. summer agaknya..

tuan.. agak pening dengan kaler ini.. tukaqlah.. aku pening. seterusnya aku rasa warna ini tidaklah melambangkan tuan langsung! ubahlah.. bukan sebab aku tidak suka. Aku percaya ayat engkau adalah.. isi lebih penting, bukan layoutnya..

harapan aku, sehingga aku menjengah semula ke laman ini, musimnya akan bertukar, ke yang paling indah!

aku yang kau kenal..