Friday, April 25, 2008

HANTU, HISTERIA DAN PENJELASAN SAINTIFIK

APABILA tidak ada penjelasan yang memuaskan hati, maka muncullah pelbagai andaian. Di sini kerab kali berlaku pelajar atau orang yang tiba-tiba mengamuk, kadangkala yang suara perempuan yang lemah lembut menjadi garau, kadangkala yang lembut tetapi menjadi segagah lelaki.

Lalu, penjelasan orang Melayu, mereka dirasuk hantu atau dimasuki makhluk lain, apatah lagi kawasan Sintok ini jauh daripada tamadun. Sintok juga berada di lembah. Dikelilingi bukit dan hutan. Serentak itu, perniagaan bomoh menjadi laku.

Begitulah yang berlaku dua tiga hari lalu di sini. Orang ramai panik. Bomoh dipanggil. Lalu, mangsa sembuh dan masyarakat anggap bomohlah yang menjadi doktornya.

Guru aku minggu lalu memberi penjelasan. Katanya, buku-buku dan litrature memang banyak menjelaskan mengenai histeria. Tidak perlu dikaitkan dengan hantu atau mahluk halus. Hantu atau mahluk halus, jika adapun, dia berada dialam lain. Hantu memang tidak ada. Hantu diadakan untuk menakutkan kanak-kanak dan orang dewasa dan ia dicipta supaya bomoh dihormati. Bukan aku tidak mahu menghormati bomoh, tetapi pada aku, ini satu penipuan kepada masyarakat dan minda saintifik. Kita yang tidak baca dan tidak mahu memahaminya.

Penjelasan guru aku begini: setiap benda yang bergerak itu mempunyai tenaga. Tenaga itu tidak boleh dihapus tetapi ianya boleh transform kepada tenaga lain. Ambil contoh cerek air tertutup apabila dipanaskan. Tenaga air itu akan bertukar menjadi wap. Apabila wap itu tidak dapat keluar, dia akan terus mencari outlet untuk membolehkan ianya release. Dalam pencarian outlet itu, ia akan mencari tempat yang paling lemah. Katakan besi cerek itu tidak kuat di hujung kiri, maka ianya akan pecah di situ. Ketika pecah itu, kita tak tahu apa akan berlaku. Mungkin bunyinya seperti bom. Mungkin bunyinya perlahan sahaja bergantung kepada beberapa faktor. Kekuatan besi secara keseluruhan. Lama, tenaga wab itu bertahan. Berapa banyak tenaga api disalurkan.

Mereka yang terkena histeria juga begitu. Mereka sebenarnya menerima tekanan, amount of pressure, - mungkin daripada pensyarah, mungkin daripada family, mungkin daripada bos bagi yang sudah bekerja, mungkin daripada kawan-kawan, mungkin kombinasi beberapa tekanan dan himpunan tekanan. Outletnya tidak dijumpai sehinggalah kepada suatu hari - ianya meletup. Boom. Tiba-tiba ianya meraung seperti seorang yang tidak sedarkan diri. Mangsa selalunya sedang melepaskan tekanan itu. Oleh itu, histeria bukan hantu atau makhluk halus yang memasukinya, tetapi tekanan itu sedang menemui outletnya. Mereka boleh dikatakan berpenyakit psikologi. Tidak perlu bawa ke bomoh. Mereka perlu dibawa kepada psikiatri atau sekurang-kurangnya kaunselor, untuk membabaskan tekanan itu secara bertamadun. Begitu juga dengan seorang lelaki yang mula-mula baligh. Mereka mencari outletnya...dan outletnya dijelmakan dalam mimpi. Begitulah agaknya agama mahukan umatnya berpuasa, menahan diri daripada lapar dan dahaga kerana makanan memberi tenaga, untuk membolehkan tenaga itu dikawal dan diurus. Begitulah juga dengan cara orang dulu-dulu yang batuk berdarah, mereka menggunakan alasan dibuat orang, supaya masyarakat bersimpati, sedangkan dianya berpenyakit TB, kerana banyak menghisab tembakau. Orang yang terkena histeria juga begitu. Jika mereka meraung-raung dia dikatakan gila atau berpenyakit, sedangkan jika dikatakan dirasuk hantu, maka dia seperti tidak bersalah, tetapi hantu itulah yang bersalah. Dia akan mendapat simpati masyarakat. Dalam terminologi bapa psikologi, Freud, tindakan begini merupakan defence mechanism.

Jika ada sesiapa yang percaya hantu, elok dia menghantarkan ke rumah aku, kerana aku mahu hantu itu membasuh dan menggosok pakaian aku - pekerjaan yang antara paling aku benci!

2 comments:

sesungutpatah said...

Mengapa pelajar asrama yang biasanya terkena histeria?

Jawabnya: sesiapa yang terkurung, sama seperti wab yang terkurung. Misalnya, roomatenya selalu mencuri sabunnya, tetapi dia tak berani untuk marah atau menegur, maka tenaga kemarahan itu terkumpul. Begitu juga dengan sekatan-sekatan yang diadakan di sekolah. Misalnya, dia suka menyanyi tetapi tidak dibenarkan menyanyi. Dia suka melalak tetapi tidak dibenarkan melalak. Maka, suatu hari dia akan pecah. Boom.

Jika ada pelajar megalami sebegini, penawarnya: sedarkan mereka. Seperti basuhkan dengan air. Atau, bawa ke hospital.

Mengapa pula apabila seorang terkena, maka ada kecenderungan kawan2 lain yang terkena.

Jawabnya: ia seperti penyakit berjangkit kerana masalah yang sama - tenaga yang tak boleh release. Maka, ianya release apabila melihat kawan lain boleh release.

Zachary Iman said...

histeria masalah psikologi, penjelasan nya ada di dalam itu..
bomoh juga bermasalah dari psikologi, bukan semua belagak pandai.. ada yang betul ingat dia pandai dan ilmunya yang buat bdk histeria td sembuh.. walhal cikgu sekolalah pun boleh redakan histeria... diorang perlu ada tempat meluah masalah dan sudi jd pendengar.. bomoh boleh selesaikan masalah tu selepas sessi inteview yg agak panjang, takde satu pun yang datang terus ubat, smua kena bersoal jawab dulu, scara tak langsung yg kena histeria tu pun release ketegangan dia bila ada 'pendengar' yg nak ambil tau..

mintak2 la aku kena histeria, tak kena2 pun dari dulu,