Saturday, April 26, 2008

Pilihan Pak Lah, Anwar dan Mahathir

APAKAH yang Pak Lah tawarkan kepada rakyat dari segi pemerintahannya?

Mahathir memerintah negara ini dalam tempoh 22 tahun. Generasi muda tidak mengenali Abdullah. Mereka biasa dengan iklim yang dibina Mahathir. Regim Mahathir menguasai segala-galanya - diurus dan ditadbir secara autokratik. Yang bijak ialah Mahathir. Yang tahu mengurus negara ialah Mahathir. Yang menentang adalah musuh Mahathir, musuh negara dan patut dikurung dalam ISA. Dan, memang Mahathir bijak, visionary.

Apabila diserahkan kuasa kepada Abdullah pada Oktober 2003, Abdullah mengikut regim Mahathir. Semua legasi Mahathir sedaya mungkin cuba dikekalkan. UMNO yang menjadi tulang belakag hasil peninggalan Mahathir. Yang penuh dengan rasuah, sehingga pada hari-hari terakhir Mahathir, beliau sendiri menangis dan tak tahu cara mengatasi wabak rasuah dalam UMNO. Ketua Bahagian menjadi kaya serta merta. Ketua Bahagian/Ketua Pemuda bahagian dan cawangan menjadi orang tengah kepada projek kerajaan seperti membuat sekolah, membuat bangunan dan betapa banyaknya yang menjadi kontraktor. Di belakangnya si bermata sepet. Kekayaannya mendapat 5 atau 10% hasil projek. Atau, mengambil projek perniagaan yang tak bersiko. Ada juga yang dengan mudahnya mengambil ubat dari Cuba, dan kemudiannya semua hospital diwajibkan mengambil hepetitis B daripada dia yang menjadi orang tengah. Kemudian, dengan bangganya bercakap mengenai ketelusan dan demokrasi dan menghentam orang UMNO lain yang mengaut kekayaan dengan cara hampir serupa. Inilah regim Mahathir.

Begitu juga Anwar. Beliau dengan bangganya bercakap mengenai demokrasi dan kebebasan media. Sedangkan, ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, bukan sedikit cengkamannya terhadap media. Beliau meletakkan Nazri Abdullah di Berita Harian; Kadir Jasin di NST, Khalid Ahmad di TV3 dan Johan Jaafar di Utusan. Begitulah juga penguasaan kekayaan ketika menjadi Menteri Kewangan. Bagaimana Ghafar Baba dikalahkan, kalau tidak dengan kekuatan kewangan dan beliau juga berjaya menawan Sabah. Tidak sedikit rakan-rakannya menjadi kaya serta merta.

Demokrasi cara Anwar tidak jauh bezanya dengan cara Mahathir. Autokratik.

Jika di zaman pemerintahan Mahathir, hampir tidak ada yang berani bersuara, apa lagi meminta letak jawatan. Apabila beliau menang hanya 43 undi dengan Tunku Razaleigh dalam pemilihan UMNO, tidak ada orang UMNO yang berani meminta beliau meletak jawatan - walaupun petanda jelas UMNO menolak beliau.

Jika ada pembangkang yang kelihatan begitu berani mengkritik beliau, Operasi Lalang dikenakan - hingga rakyat menjadi penakut.

Beliau juga dengan begitu berani mengkritik Tunku Abdul Rahman dan meminta beliau melepaskan jawatan ketika berlaku 13 Mei 1969. Langkah sama yang diikuti anaknya dengan menulis surat kepada ketua jawatan UMNO supaya Pak Lah meletak jawatan.

Atas 'dosa-dosa' itu, agaknya beliau kini mahukan rakyat kembali bebas. Berani bercakap. Berani bersuara.

Rakyat telah memberi petanda jelas menolak Mahathir pada 1999 dan 2004, dengan memberi sokongan penuh kepada Abdullah.

Abdullah menerima mandat itu pada 2004, dan beliau masih mengikuti cara regim Mahathir. Namun, Pak Lah juga mempunyai fikiran sendiri. Beliau mahukan rakyat bebas daripada cengkapan rasa takut dan memilih sendiri cara hidup. Rakyat yang kurang biasa dengan cara itu, tetapi terbiasa dengan cara preskripsi seperti regim Mahathir, tidak dapat menerima cara Pak Lah.

Rakyat mempunyai pilihan - mahu kekal dengan cara autokratik dan menyerahkan segala-gala keputusan di buat oleh Mahathir atau cara sama yang akan dibuat oleh Anwar, atau membiasakan diri dengan cara demokrasi - memberi kebabasan kepada rakyat untuk menetukan sendiri cara hidup. Cara ini sukar tetapi dalam masa panjang, ianya akan memberi kekuatan psikologi kepada rakyat, seperti berlaku di kalangan masyarakat eropah yang menghayati demokrasi.

Lihat cara Abdullah, seperti tertulis dalam satu blog yang saya pinjamnya:

"Prime Minister Abdullah Badawi is moving at the speed of light to save himself by introducing radical reforms never seen before under the UMNO led coalition.

With radical changes he hopes to endear the people and the oppositions to him.This sudden change of heart although may be seen as flippant by some people could actually restore Abdullah's lost credibility.Within a span of one week he has announced three glistering changes.At the end of last week he feted former Lord President Tun Salleh Abas and the other sacked judges at a dinner hosted by the Bar Council where he, short of an apology, announced ex-gratia payment to Tun Salleh Abas and all the judges who had been wrongfully dismissed by the previous administration. He also promised the setting up of a judicial appointment commission but with him still having the last say if he finds the recommedation unacceptable. He was given a standing ovation for the speech he delivered that evening.

Another small surprise announced through his Home Minister Syed Hamid Albar was the granting of permit for PKR's own party's paper.Although not a permit for main stream and full-fledged newspaper it is a good start towards more freedom of expression.Whether his government would give a permit for a full-pledged newspaper to the oppositions is any body's guess. The oppositions should give it a try and see whether his giving more freedom of expression is sincere and extend to a full-blown media for the oppositions."

Pak Lah menawarkan ideologi demokrasi dalam erti kata sebenar. Mahathir bercakap demokrasi dalam acuan beliau. Anwar juga bercakap demokrasi dalam acuan Amerika, bukan mengambil roh demokrasi untuk rakyat menghayatinya. Begitu juga cara Najib.

Memang nampak Havoc apabila Pak Lah membuka tirai yang tertutup 22 tahun. Rakyat juga terkejut. Apakah mungkin ada seorang lawyer yang tolong buat written judgement kepada Hakim? Apakah ada pemimpin yang berani emndedahkan keburukan rasuah polis? Bolehkah kita mencari seorang yang berani mendedahkan keburukan UMNO dengan memalukan Isa Samad, sedangkan dalam pemerintahan lain mungkin kes ini di cover up.

5 comments:

Anonymous said...

perkara berkaitan...
Mahathir tidak matang dlm berpolitik termasuk Anwar.

Pak Lah matang dalam berpolitik cuma umumnya rakyat tidak memahami maksud sebenar.

perkara berkaitan pernah saya berdiskusi dgn pakar2,,,,

adakah PATUT dri Mahathir dan Anwar yg pernah menerajui satu BAHTERA sanggup membuatkan lautan yg tak bergelora diogelorakan oleh gelombang ilmu politiknya?

eh! saya melalut agaknya berdasarkan umur?

pak tua bangsa melayu/

Anonymous said...

salam sesungut. ini pertama kali di sini saya merayau dengan mengirim fikiran. dalam intrigue politik UMNO semasa yang hawanya juga ditiup pada analisis ringkas en sesungut di atas, saya sisip di bawah perkara berkaitan yang mungkin lebih asasi ketimbang (istilah kakek seberang serta umarzain) kejohanan politik parti. ini ditulis sewaktu menumpang perbincangan antara msleepyhead dan sunshine dalam blog bigdogdotcom. sekira ia tidak dialukan, en sesungut boleh mengghaibnya dan saya tidak akan bermain ilusi (teringat kata ustaz ali yang pernah di sini) untuk merasa duka atau apa-apa. jika mahu menerusnya silakan...
_________

SIAPA tidak pernah dengar suara menyebut, ‘cabaran kita hari ini ialah di peringkat global. Rakyat perlu menyiapkan diri bersaing dalam arus globalisasi. Kita akan ketinggalan jika kita masih…'
Maksud di belakang suara atas ialah:
(minta maaf memilih tidak mencatat di sini. menghormati masing-masing mampu tafsirkan sendiri)

Individu yang serius berminat hendak mengetahui siapa/pihak mana dalam negara yang mempunyai pemilikan wang dan aset yang tinggi, dirinya akan serius pula membuat penyelidikan untuk berjumpa jawapannya. Jawapan itu setelah diperoleh hanya akan tinggal jawapan jika tidak dihubungkait (bina korelasi) dengan apa-apa dalam kehidupan bernegara.

Bila sentuh pasal negara, mana-mana negara punya asal-usulnya. Rantai sejarahnya tentu saja bukan sehari. Mungkin ada kes kekecualian yang sangat-sangat sedikit, Singapura barangkali.

Penduduk Germany akan mempertahan sempadan tanah/lautnya dan kekayaan pada tanah/lautnya pada penduduknya. Dalam sejarah moden, apa yang telah terjadi di sana masih menyala sampai kini.

Orang Melayu yang sudah berkerajaan bukan sehari bukan tahun 1957 bukan tarikh kontrak sosial disepakat, membina sempadan masing-masing di bawah institusi raja bukan sespesies Hitler yang menyembelih atau melupus pengenalan suatu etnik. Mungkin orang Melayu ialah satu bangsa yang paling 'tinggi kemanusiaannya' dalam dunia ini dengan merelakan tanah warisan pusakanya dikongsi bersama dengan pihak lain yang datang mencari rezki (demi survival). Meski tempoh masanya sangat baru (tahun ini masuk 51 tahun) sebahagian orang Melayu malah sudah menolak warisan yang diwasiat moyang-moyang mereka. Seolah-olah permainan yang ingin diwujudkan ialah Tanah Melayu ini (sekarang Malaysia) baru dijumpa. Atau paling-paling baru 51 tahun dijumpa.
(saya tidak tahu adakah wujud bangsa lain di dunia ini yang melihat sejarah bangsanya hanya berusia 51 tahun)

Pemilikan wang, aset dan saham semasa yang tinggi bukan sekadar boleh dipandang pada sudut kemewahan hidup. Ia ada kaitan dengan ‘hubungan sesama manusia’ dan ‘estetika hidup’ yang sudah muncul dan akan muncul di lingkungannya.

Bagaimana lazim hubungan sesama manusia (kemanusiaan) antara pekerja dan majikan? Siapakah yang akan mencorak estetika hidup pada lingkungan yang akan bersama-sama ditempuh dan dialami oleh pendiaminya?

Berterus-terang di sini, pengenalan pemilikan ekonomi pada mana-mana kaum di atas tanah warisan moyang saya tidak boleh diteruskan. Orang Melayu tidak boleh berterusan memberikan wang hasil keringat peluh mereka pada peniaga, kebetulannya bukan Melayu. Sebut saja bila dan apa - menyambut perayaan, keraian pasca perayaan, keraian kahwin, merai persalinan anak ke sekolah, beli segala bahan binaan buat rumah (kecil atau villa), mengisi kelengkapan rumah eletrik dan perabot (sederhana atau mewah), kelengkapan tambahan di kedai hardware, dan lagi, lagi, lagi...
bermula dari punca pengeluaran (kilangnya), pengedar (pihak yang sangat besar kuasanya dalam menentukan stok dan 'menetap harga' dengan pengilang bersama memain peranan) dan kedai (tempat orang Melayu belanjakan wang mereka seperti disebut di atas). Pada banyak keadaan kuasa pihak ini lebih menentukan keadaan hidup berbanding parti politik.

Tanpa ada keseimbangan di sini, kekayaan berasaskan kaum tidak akan terhenti. Menggerak supaya orang Melayu dapat wujudkan keseimbangan di sini, walau apa caranya selagi tidak menganiaya (merampas, merompak, meruntuh dll) kekayaan yang sedia ada pada pihak lain adalah suatu tindakan bijaksana dan berprinsip. Dengan tercapai keseimbangan ini, maka ‘hubungan sesama manusia’ antara orang Melayu dan Cina akan menjadi kebanyakan, tanpa ada perbezaan menjolok. Jadi menjadi lebih manusiawi.

Manakala estetika hidup lingkungan pula akan dipacu oleh orang Melayu setelah disokong oleh keseimbangan yang wujud - slanga cakapnya, simbol-simbol (apa saja), seni bina bangunan, kehidupan malam (ini sangat besar maknanya pada anak muda sebutlah di mana saja), tatacara berurusan dll. Hal ini langsung tidak keterlaluan kerana di sini ialah alam Melayu. Yang lain-lain boleh bersama-sama (tidak timbul hendak menafikan yang lain-lain) tetapi yang memacunya tetap dari alam sini.

Hanya jika orang Melayu maklum berkenaan perkara ini dan perkara-perkara lain berkaitan yang mungkin lebih asasi berbanding apa yang telah saya cuba terbitkan, darinya tidak timbul istilah terlambat.

Anonymous said...

saya menerima satu sms pada hari lahir umno semalam, 11 mei 2008 yang diforward oleh seorang sahabat lama. Ada sedikit kaitan isinya dengan komen perayau di atas. Bunyinya macam ni;
'bukan 50, bukan 500, bukan 5000 tahun Melayu bernaung di tanah bertuah ini. Yang datang berdagang, yang datang bertandang malah yang datang menumpang diterimanya dengan harmoni di bumi ini. Bangsa Melayu mulia kerana memuliakan agama.Bangsa ini, bangsa yang taat kerana maruah dirinya adalah amanat. Bangsa ini bangsa yang ikhlas bersahabat, selagi rakan menjunjung daulat.

'Tetapi, sejarah menyaksikan bahawa bangsa ini takkan pernah berundur jika ada yang khianat mencabar dan mencemarmaruah agama dan daulat.

'Tanah ini adalah pusakanya. (sebab itu kita menyebutnya tanah pusaka-pengomentar).Tiadalah yang lebih mulia dari mencintai dan mempertahankan warisn budaya tercinta. Selamat ulang tahun UMNO'.

Mungkin sekarang masanya kita lebih memperhatikan istilah daulat-bukan semata-mata daulat raja-ini kurang penting berbanding dengan daulat rakyat-daulat rakyat Melayu. Elok diperteguhkan kedaulatan ekonomi bumiputera supaya boleh berdiri sama tinggi dn duduk sama rendah dengan Cina. Kaedah affirmative lebih perlu pada masa sekarang berbanding dengan masa-masa yang lain.


Seman Wau BUlan

Anonymous said...

telah baca. Sesuai dgn Allaj ciptakan salahsatu bangsa menjadi contoh dan berkenalan sesama di alam ini.

Hidup sajalah dengan seronok menempatkan diri masing2 di ruang persada yg sesuai or adaptable...

wahai Tun Mahathir, wahai DS Anwar kembalilah ke alam bersama BUMI TANAH MELAYU dan sanjungilah perbedaan pendapat dan pandangan dgn Kematangan. Maka PM Pak Lah akan LEBIH MUIDAH DAN SERONOK MELIHAT SAHABAT2 menerajui bersama dan bekerja dgn anda dan sekelian UMAT dan KAUM Malaysia....

Merepekah pak Tua ni?

salam keinsafan...

Zachary Iman said...

terima atau tidak, malaysia maju pd zaman mahathir, jauh meninggalkan negara2 jiran yang lain(kecual singapore n brunei mungkin sbb negara kecil)