SEORANG rakanku baru difruskan oleh boyfriendnya. Katanya, frust giler. Wajahnya moyok. Tidak ceria seperti selalu. Kami bertemu di Kuala Terengganu, ketika sama-sama menghadiri majlis nikah seorang rakan karibku hujung minggu lalu.
Aku tidak mengenalinya dari dekat. Cuma, sebelum ini pernah bersama-sama dalam satu aktiviti pelajar di Perak. Dia kini bekerja di sebuah hotel di KL. Baru setahun grad. Keistimewaanya - suaranya lembut, free hair dan nampak penuh santun.
Mungkin dengan adanya sedikit chemistry seperti itu, aku menasihatinya begini: "Kekecewaan muncul kerana munculnya harapan. Harapan untuk memiliki dan rela dimiliki. Pemilikan (possesion) merupakan warisan yang biasa diamalkan raja-raja dulu. Ini bermakna apabila bercinta ingin mengakhiri hubungan dengan berkahwin dengannya. Jika diubah konsep itu, dan menghilangkan harapan, maka jika frustpun, ianya tidak terlalu menusuk kalbu."
Nampak seperti penjelasanku cukup meyakinkannya. Dia kini mampu tersenyum dan boleh memperlihatkan wajahnya yang asli....
11 comments:
Asal namanya lelaki, mereka sama. Suka fruskankan hawa. Akan datang pusingan pembalasan terhadap mereka yang frustkan kaum kami yang lemah. Kami memang mudah jatuh cinta kepada yang take care, sayang.
Saya sendiri kurang selesa dengan kenyataan bahawa cinta tidak sepatutnya mempunyai harapan. Ini satu kepalsuan. Tidak mungkin boleh dilaksanakan.
Saya hanya berdoa agar lelaki juga akan turut merasai apa yang kami rasakan....
norliza...sintok.
Kala ini gue masih bertanya-tanya diri sendiri, adakah boleh berlaku 'breakthrough' seperti jalan cerita di atas? Hanya berbekal lima ayat pendek dengan perspektif mungkin baru di telinga pendengar lalu kemurungan lenyap serta-merta?
Jika penganut RET jawapannya akan berpihak pada, ya, ia boleh berlaku. Jadi individu-individu yang sedang dalam tempoh murung seperti rakan empunya blog (gadis berkimia) yang kini sudah pun pulih katanya, mereka yang senasib itu pun akan pulih juga sebaik membaca nasihat di atas.
Gue mahu bawa kes ini ke meja profesor psikologi dalam negara untuk mengetahui apa agaknya penjelasan mereka.
memang kita akan kecewa bila harapan tinggal harapan.tapi dalam kes kat atas tu,awek tu da bcinta.maknanye,dia n patner dia tu da saling beri harapan.so da masing2 beri harapan,apasal si mamat tu sesuka hati nak hilangkan harapan tu?kalo camtu,lagi baik si gadis tu tak kapel dari awal lg.kalo korang da kapel,jangan tipu la kalo korang tak bagi harapan kat partner korang.zalimnye orang tu kalo bg harapan pastu hilangkan harapan tu.inilah padahnye kalo bcinta tapi taknak berakhir ngan ikatan yg suci tu.sampai bila korang nak kapel,clash,kapel,clash...cinta mesti berlandaskan landasan yang betol beb...kalo korang takot komitmen,jangan bg harapan kat owg lain.berdosa taw menyakiti hati org len..._lynx...umt_
Saya tidak bersetuju dengan lynx dari UMT bahawa cinta mesti berakhir dengan perkahwinan. Lync persoal, jika kapel, clash, kapel, clash sehingga bila? Dua sinario boleh diberikan. Satu, cinta untuk merasai cinta dan ini sangat sesuai diamalkan di universiti yang populasinya lebih ramai perempuan, termasuk di UUM dan UMT. Cinta ini perkara lumrah, maka biarlah sebegitu banyak yang dapat merasainya. Dalam konteks ini, hentikan harapan. Love for the sake of love.
Senario kedua, cinta tidak semestinya perlu berakhir dengan perkahwinan. Tetapi biarlah ianya hidup dan terus hidup sehingga ke akhir hayat. Perkahwinan itu menghampiri possesion. Isteri saya. Suami saya. Baju saya. Seluar saya. Maknanya, saya memiliki. Betulkah cinta perlu memiliki?
Sesungut patah.
kepada norliza, saya bersetuju, bahawa memang ada pusingan pembalasan. Selain itu, kaum Hawa turut secara semulajadinya mempunyai satu lagi pusingan...
Kepada chenik, lebih tepat ialah REBT Brief Therapy-kesannya lebih cepat dari RET biasa.hehe.
Dan kepada sesungut patah..anda telah memperkenalkan satu bidang baru dalam dunia kesusasteraan..sastera gatal..
joking beb..ada tensionm sikit hari nie..
anonymous kata cinta untuk merasai cinta kan?nak merasaipun mesti kena ada batasnya kalo yang blom kawen.kalo yang cintanya disimpulkan pada ikatan perkahwinan yang sah,bukanke dorang bley merasai cinta mereka ngan lebih mendalam lagi?memang cinta tak berakhir dengan perkahwinan coz ia akan sentiasa berterusan selagi dua insan masih boleh saling berkongsi segala rasa.
Lynx telah terkepung dalam dunia bersyarat dan berbatasan. Biar cinta menjengah ke daerah-daerah yang belum diterikai dalam pelbagai jenis alam. Ianya tidak semestinya alam fizikal. Alam fizikal alam berbatasan. Alam yang tidak ada lagi istilah `ruang dan waktu'.....inilah yang berlaku kepada Socrates apabila dihukum bunuh dan diminta melarikan diri - dia terus mempertahankan prinsip hidupnya.
kita tak bley hidup dalam dunia tanpa syarat...itu hakikat.mcm jugak kita tak bley hidup dalam dunia tanpa undang undang.kalo suma nak menikmati cinta sampai mati,bila plak korang nak kawin?macammana zuriat yang sah nak terhasil?ingat...kawin tu sunnah nabi.kalo korang nak menikmati cinta tanpa kawin,kan tak wajar tu.mana bley berdua-duaan,berpegang-pegangan,n bermanja-manjaan.sedangkan nak menghampiri zina pon x bley,inikan plak nak bzina.tapi tatau r kalo korang jenis belasah je hukum tuhan.yela...nak merdeka,nak bebas...nak hidup tanpa syarat...
Tergoda bila baca rangkap 'belasah je hukum tuhan' daripada Lynx. Jadi kesian kan orang beragama. Mereka memang layak dapat simpati sebab bila keluar dari batas agama serta merta mereka tergolong para pembelasah hukum tuhan.
Sehubungannya orang tidak beragama juga untung. Tiada siapa yang akan campak rangkap itu pada mereka. Kalau dicampak sekalipun, ia tidak relevan. Hendak relevan macam mana, mereka tidak bertuhan!
Gue pula berdiri pada pendirian sendiri. Gue ingat sesiapa pun patut seperti ini. Hidup kita biarlah duduk pada pendirian kita. Percayalah diri kita sendiri, pasal pandangan orang lain itu pandangan orang lain. Paling-paling pun hanya untuk perbandingan atau menambah koleksi pandangan dalam diri.
Bila berpendirian sendiri, apa yang relevan maka relevan, apa yang tidak relevan tetap tidak relevan. Dengan itu langkah hidup berikutnya tetap bebas dan merdeka.
of course frust becinta tu sungguh la teruk bila kita rasa, but yet, once we look back, that would be the nicest thing happened in life, membuatkan kita kembali bersemangat untuk teruskan idup. dan harus percaya bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita. itu hanya ujian yang Allah turunkan untuk umatNya agar boleh dan harus belajar untuk menerima and to learn something from there. in a way ia adalah satu training process yang menjadikan kita lebih matang menangani hidup. Aku juga pernah lalu zaman yang sungguh sukar itu. Aku hanya kuat bila adanya kengkawan and percaya aku pada "Allah grant me the serenity, to accept the things I cannot change, courage to change the things I can, and the wisdom to know the difference", and also "if u love something, set it free, if it comes back to you, it is yours. If it does not, it was never meant to be".
menikmati sahaja TAFSIRAN manusia2 berkaitan perkara.
ketepatan tiada adanya,
salam
ustaz ali
Post a Comment