DALAM satu aktiviti di Pengakalan Hulu, Perak suatu masa dahulu, aku di bawa ke dalam sebuah gua yang gelap. Kami mengharungi air. Sambil melihat rupa gua, setiap kami memegang satu lilin. Kadang-kala lilin itu padam.
Sambil berjalan, pelbagai jenis perasaan wujud. Kadang-kala merangkak dalam air seperti budak-budak kecil. Tidak ada rasa malu kerana semua melakukan perkara sama - sama ada dia kerani atau dia Dekan bergelar Dato' dan Profesor, kami sama. Darah yang mengalir dalam badan kami juga sama - warna merah.
Tiba di suatu tempat, pemandu gua meminta kami berhenti. Lilin dipadamkan. Kegelapannya lebih gelap daripada malam. Membuka mata sama seperti menutup mata. Walaupun ada rakan di sebelah, kami tidak dapat melihat atau bercakap. Hanya masing-masing bertafakur. Ianya seperti berada dalam kubur dalam keadaan sedar - tetapi tidak mampu berbuat apa-apa: hanya menunggu arahan seterusnya.....
Dalam keadaan seperti itu, terasa perlunya kawan. Dalam keadaan seperti itu, tuhan wujud dan berada sangat dekat. Dalam keadaan seperti itu, tidak ada harga apa-apa yang berharga.
Ingatan ini hinggap kembali kerana pada malam Ambang Merdeka di Stadium UUM, suasana begitu tiba-tiba hadir dalam perasaanku apabila lampu dipadamkan. Beribu-ribu pelajar, pensyarah dan warga Sintok berkumpul beramai-ramai menyambut kemerdekaan 31 Ogos. Kebetulan ketika itu, aku berada di tengah-tengah padang, keseorangan tetapi dikelilingi oleh beribu-ribu manusia yang aku tak kenali. Kebetulan juga seorang rakanku yang baru berkahwin sedang menikmati perkahwinannya di Kuala Lumpur. Dan, seorang hausemate ku pulang ke Kuala Lumpur. Walaupun aku boleh mencari seorang dua kawan untuk menemaniku pada malam itu, tetapi aku mengambil pendirian untuk berada keseorangan dan menikmati hidup keseorangan. Sunyi. Bunga api yang memancar juga tidak menghiburkan mataku. Mungkin kera-kera di hutan Sintok terkejut melihat bunga api. Aku melihat di sekeliling pelajar sedang menyanyi dan melaungkan merdeka bertubi-tubi. Mereka kelihatan begitu gembira sekali. Inilah keadaan yang aku rasanya UUM begitu hidup. Pelajar atau pensyarah yang dimobilize (seperti melalui SDG) atau pelajar kolej yang menyertai perarakan atau yang secara sukarela hadir, begitu nampak kekuatan UUM.
UUM hidup dengan adanya manusia. Setiap manusia ada perasaan. Adanya perasaan-perasaan inilah, yang menyumbang rasa gembira. Sistem Pendidikan kita, aku rasa, mahu seboleh-bolehnya perasaan dihilangkan. Semuanya memberi penekanan kepada perkembangan kognitif. Ruang afektif dan lain-lain perasaan yang memanusiakan manusia cuba dihabuskan melalui sistem yang kurang sempurna ini. Aku pernah membaca buku-buku ditulis sarjana barat, sejak 50-an lagi, mereka berdebat betapa sistem pendidikan mereka juga semakin menjadikan manusia robot.
Kita di Malaysia agaknya baru ingin memasuki fasa itu. Fasa di mana manusia bukan lagi manusia. Manusia yang tiada manusiawi. Manusia yang hanya digerakkan desakan biologi dan akliah semata-mata. Ke mana kita mahu bayangkan anak-anak kita dan generasi akan datang.....mereka akan menyalahkan kita, jika kita tak melakukan apa-apa, hari ini.
Merdeka....merdeka....merdeka... apa maknanya?
3 comments:
Baru dalam dua, tiga jam lepas gue bersembang-sembang dalam majlis kesyukuran (makan-makan) merai kepulangan anak tuan rumah dari Perancis. Pergi dengan biasiswa JPA, ambil ijazah dan sarjana sekali. Angka satu juta juga perbelanjaannya. Kata tuan rumah majlis ini pun sempena merdeka. Seorang tetamu ada pertalian dengan gue yang kini berkhidmat di organisasi GLC (wang bulanan masuk akaun sekitar RM15,000 gue ingat) bersuara mempersoal apalah faedahnya sambut-sambut merdeka. Marathon basikal, berarak kereta, lambaian-lambaian bendera dll dipandang sinis olehnya.
Gue hanya diam (mungkin diam sebab tuan rumah tidak menghidang beer). Yang gue tidak lupa dirinya pada saat sambutan tahun baru ghairah pula mengira detik tahun bertukar.
Beliau yang selalu ke luar negara memuji-muji negara maju, seolah-olah tempat lain tidak ada cacat cela langsung. Mengkritik kerajaan semasa gue perasan menjadi suatu keseronokan padanya, meski survival hidupnya, kereta mewahnya dan makan-pakai-pendidikan-leisure anak bini ada kaitan langsung dengan kerajaan.
Jika gue berfikir tentangnya gue menjadi hairan, gue pelik. Nak kata berideologi tertentu pun tidak juga. Agama pun menganut sebab nampak menunai solat.
Yang gue maklum beliau bukan seorang. Ada teman-teman kelas semenengah beliau yang bercakap-cakap perkara sama.
Sempena 'hari merdeka' kes ini gue mahu kongsi di Sesungutpatah.
Hari ini di kepala terbayang-bayang mereka yang berjuang untuk Melayu dan untuk tanah warisan nenek moyang. Perjuangan mereka 'real', bukan khayal.
Che Nik membangkitkan perkara yang perlu diuruskan oleh pihak tertentu, khususnya kerajaan: Apakah wujud rasa bangga di kalangan kelas menengah yang telah menikmati pelbagai jenis kemudahan yang disediakan kerajaan, terutama ketika belajar dahulu, tetapi bukan sahaja melupakan jasa negara seolah-olah itu pemberian yang menjadi `hak mereka' malah boleh pula mengutuk kerajaaan semasa (goverment-of-the-day).
Dari satu segi semangat cinta bangga akan negara merupakan sesuatu yang dirasa, bukan dipaksa secara kasar terhadap seseorang warga negara.
Apakah dengan kita berteriak dan berkhutbah betapa pentingnya semangat patriotik, mereka akan terus menganguk, bersetuju?
Untuk berkongsi sedikit maklumat dengan Che Nik, saya membaca satu bab dalam buku Growing Up Absurd oleh Paul Goodman, bertajuk patriotism beliau menyebut: "...patriotism is the culture of childhood and adolescence. Without this first culture, we came with a fatal emptiness to the human culture of science, art, humanity and god; " (Goodman, pg. 97).
Susunan kehidupan kita kini diputar-putarkan oleh sesuatu unsur luar, tanpa ada kemantapan atau foundation.
Sesungut Patah.
saya berdoa agar Dunia merdeka dan penghuni2. Condition school perlu dikurangkan or dihapuskan utk medeka?
salam
ustaz ali
Post a Comment