BARU-BARU ini, jika tak silap tiga bulan lalu, aku berkenalan dengan seorang lelaki. Beliau memperkenalkan diri sebagai Hamidi. Asal Terengganu. Alumni UUM.
Ketika itu jam 7.45 pagi. Aku dan dua lagi rakanku ingin bermain golf di UUM. Beliau hanya berseorangan. Kerana rindu dengan UUM, beliau datang pagi-pagi. Kebetulan flight kami hanya tiga orang, kami mengajaknya untuk bersama-sama.
Katanya ketika di UUM dulu, beliau mengambil ko-kurikulum golf. Permainannya agak baik, kerana belajar empat semester. Kerjanya kini agak baik. Seorang pegawai peringkat atasan menengah. Aku bertanya pandangan dengan UUM, beliau begitu positif sekali.
Selepas bermain golf, kami pekena nasi mamak di Subaidah. Kami berborak-borak. Oleh sebab beliau kini antara penemu duga untuk kemasukan ke agensi tempat dia bekerja, aku bertanya bagaimana dengan prestasi graduan UUM yang memohon berbanding dengan universiti lain?
Ada beberapa kelemahan yang beliau ceritakan. Aku tak berhasrat mencatatkan di sini. Aku bertanya apakah beliau memberi markah tambahan untuk lepeasan UUM berbanding dengan lepasan universiti lain?
"Tentuya lepasan UUM dilayan berbeza," jawapannya memberi rasa bangga hingga aku dengan sukacitanya membayar semua yang kami makan di Subaidah.
Aku percaya banyak lagi lepasan UUM kini yang merata-rata di seluruh negara yang mengambil sikap seperti Hamidi. Malah, dulu ketika aku bekerja di Berita Harian, bos aku yang merupakan lepasan Sebaran Am ITM mengambil dan menyusun semua pasukannya dari UiTM. Malah, banyak staf baru diambil dari ITM, berbanding universiti lain.
Moral of the story begini: UUM perlu mengeluarkan lebih banyak graduannya yang memegang jawatan utama dalam sektor swasta dan kerajaan. Mereka ini diharap dapat menjemput graduan baru untuk bekerja bersama mereka.
Namun demikian, ada juga yang tak berasa bangga dengan UUM. Mereka malu dikaitkan dengan UUM. Ini normal. Sesiapa sahaja akan berasa bangga jika institusinya hebat, gagah dan terkenal. Jika ibu bapa kita gagah, hebat dan terkenal, kita juga akan berasa bangga dikaitkan dengan mereka. Jika keluarga kita kacau, kadang-kala diri sendiri malu untuk dikaitkan. Ini normal. Untuk merealisasikan hasrat ini, UUM perlu muncul sebagai institusi hebat, gagah dan terkenal.
Bagaimana?
14 comments:
Ada sebaris kata yang bercerita tentang rasa kecintaan dan bangga seseorang tentang kekasihnya.
Dalam kisah percintaan Laila dan Majnun, Majnun berkata- Aku amat menyinyai Laila-Bukan sahaja Laila-semua yang berkait dengan Laila-malah aku amat cinta pada anjing yang dipelihara di rumah Laila.
Apatah lagi menyintai dan berbangga dengan kampus nan sebegini indah -UUM.
oleh: ex uum.
Istilah seperti bangga, normal, cinta serta yang seumpamanya mewakili istilah-istilah yang abstrak pada gue.
Bila istilah ini dipakai dalam bentuk pukul rata, darinya sesuatu penjelasan akan terkepung dalam sempadan umum-umum saja. Ia tidak berupaya untuk melampaui subjek umum.
Sebagai contoh, dialog-dialog dalam filem Melayu popular, karya novel dan cerpen yang mendominasi di sini banyak sekali meletakkan istilah-istilah tersebut dalam sempadan itu saja.
Dari itu tidak pelik bila penonton dan pembaca merasa seperti menonton filem dan membaca buku yang sama walau tajuk dan kulitnya berbeza.
Saya tidak yakin UUM akan jadi terkenal, kerana universiti ini jauh berada di hujung peta Semenanjung Malaysia. Orang yang terkenalpun tidak ada yang dihasilkan oleh universiti ini. Setahu saya Pak Lah bukan dikeluarkan dari UUM. Dr Mahathir juga bukan dari UUM. Barisan Kabinet juga tidak ada satupun dari universiti ini. Jadi jangan haraplah universiti ini boleh muncul sebagai universiti yang boleh dibanggakan.
Ismail Man
pada pandangan saya UUM baru saya membina reputasinya.Dalam proses pembinaan itu, mestilah banyak halangan yang bakal timbul.
Membina reputasi tak semudah membina Menara Berkembar Petronas atau Burj Al-Dubai.
Memang diakui bahawa kesan selepas pembinaan kedua-dua menara negara-negara berkenaan, Malaysia dan Dubai terus akan lebih dikenali.
Membina reputasi masih menjadi aktiviti separa abstrak, di mana sekalipun segala perancangan ke arah pembinaan reputasi telah dijalankan, namun tidak ada jaminan hasilnya akan tercapai sebagaimana dijangka. Hal ini tidak sebagaimana pembinaan menara fizikal tadi (sebagai contoh), di mana selepas siap saja maka nama negara-negara tersebut akan terus tercatat dalam peta negara-negara hebat di dunia.
Dari jauh, saya mendengar tentang perubahan struktur di UUM yang akan dijalankan sekitar masa sekarang hingga Januari ini.
Dalam setiap perubahan pastilah akan ada yang pro dan kontra.
Akan ada pihak yang akan bersikap seperti pasukan pembangkang yang akan menyokong gagasan ke arah penentangan buiar apa pun alasan baik yang diberikan.
Golongan penentang akan gagal melihat kepentingan yang lebih jauh ke hadapan dan akan berkempen keuntungan jangka singkat yang tidak akan diperolehi oleh apa sahaja pelan perubahan yang dirangka.
Kumpulan anti perubahan akan melihat isu-isu remeh tetapi mudah dicernakan oleh pengikut mereka-sebabnya mungkin pengikut juga tidak mahu berfikir secara kompleks-mereka nak berfikir mudah sahaja.
Mereka nak kehidupan yang simple dan mudah sekali-pun sudah bertitle Phd atau Prof madya.
Kita ingatkan kepada mereka-cara dan gaya hidup yang disokong pemikiran mudah ini hanya sesuai dengan gaya hidup dan cara fikir petani tradisional-sudah pasti saya tidak berniat menghina pak tani kalau dibaca dal;am konteks yang betul.
Lihart contoh MAS, yang mula menu8njukkan kejayaan sekalipun ramai melihatnya hampir mustahil untuk dijayakan dalam pelan 2 tahun Idris Jala.
Untuk mencapai tahap tersebut, begitu banyak halangan dan kesengsaraan termasuk reseizing malah downseizing kakitangan MAS.
Di UUM, saya pasti tidaklah sampai ke tahap tersebut-mungkin sedikit sebayak sebanyak ada pihak yang akan suffer dalam jangka pendek tetapi akan pulih semula dalam jangka panjang.
Mungkin pulih dengan lebih baik jika kena caranya.
Menarik jika dibaca dan dihayati tag line blog ni-adaptasi. Adakah semua pensyarah dan pelajar di UUM ini telah mengamalkan adaptasi atau hanya menyebut-nyebut tanpa ada satu pengertian yang jelas.
T-Rex yang gagah dan bertaring-pemangsa akhirnya pupus. MAnakala kura-kura dan semut serta lipas berjaya survive sejak jutaan tahun lampau. Mengapa adaptasi-bukan kekuatan.
Anggaplah perubahan terbaru yang ingin dibuat oleh UUM ini sebahagian dari proses adaptasi dengan dunia yang lebih luas.
Ex UUM.
Ex-UUM seperti sedang berfalsafah. Tidak mungkin UUM boleh menandingi Harvard, Yale, Oxford atau Cambridge. Malah, untuk menandingi Universiti Malaya pun mustahil. Pihak pentadbiran sedang berkhayal, sama seperti berkhayalnya Ex-UUM. Eloklah Ex-UUM kembali kepada alam realiti.
Ismain Man.
kepada che nik, anda sedang bermain dengan gagasan kosong. BAgaimanakah agaknya rupa kandungan novel atau filem /drama melayu yang bermain dengan perkataan yang sama?
Saya tidak faham, malah tidak pernah terjumpa..
Yang selalu saya jumpa adalah pernyataan rasa yang menggunakan ayat yang sama, tetapi maknanya pastilah tidak sama bergantung kepada sudut pandang pengarangnya.
Apabila pramoedya menyatakan 'mengapa perlu aku takut kepada hukuman neraka sedangkan lahir ke dunia ini pun sudah satu hukuman-dalam gadis pantai-ia membawa makna berbeza.
Begitu juga apabila achdiat Mihardja menulis-keretapi bergerak perlahan seakan-akan segan membawa orang-orang ateis sepertinya-ayat ini tidak pernah dijumpai dalam novel sebelumnya dan ternyata membawa kesegaran.
Apa yang saya cuba bawa ialah masih banyak angin segar yang dibawa pengarang kita, mungkin kita yang miskin meneroka.
Barat juga tidak terlepas dari pengulangan frasa dan penggunaan kata-kata. Apa yang berbeza adalah jalan ceritanya.
mat zek
Sama ada Mat Zek gagal atau tidak menangkap maksud gue, itu urusan tuan punya nama. Respon gue hanya pada apa yang telah disentuh.
Merujuk istilah cinta misalnya, 'apakah ada perbezaan filem Yusuf Haslam, Razak Mohideen, adik beradik allahyarham Osman dan angkatan ini di sini? Mereka hasikan filem popular (ditonton ramai). Pada gue dan pihak lain lagi gue percaya ada, setelah merujuk komentar-komentar ditulis dan data-data perbualan, persoalan cinta yang dibawa mereka tidak pernah keluar, masih saja terkepung dalam sempadan sama.
Contohnya si hero sedih putus cinta dihalang anak beranak heroin, si heroin jatuh cinta sebaik terlibat kemalangan basikal dan pelbagai lagi yang pi mai pi mai tan tu. Sememangnyalah jalan cerita berbeza, ada putus cinta halangan keluarga dan ada pula jatuh cinta bergesel basikal dengan dialog dan lakon layar sangat trajis saat tumbang sama-sama.
Subjek ingin dibahas di sini, ruang lingkup cinta itu tidak keluar dari sempadan yang dari awal sudah sedia diduga.
Dari situ diri gue dan teman seangkatan tidak pernah berdebar sebaik timbul hebohan Yusuf ka, Razak ka, Zulkifli Osman ka akan melancarkan karya baru mereka. Walhal apabila kita menyebut karya, ia berupa hasil seni yang boleh membawa penonton dan pembaca ke suatu alam yang sebelum ini belum pernah dilewati mereka. Jika mereka pernah menempuh peristiwa seperti dibawa dalam karya, perspektifnya pula ditampil berbeza yang sunyi diperkata sebelumnya. Jika sekurang-kurangnya 2 perkara ini tidak berlaku, karya tadi bukan sebuah karya, sebaliknya hanyalah lembaran photostat atau hasil proses 'burner'.
Gue juga sentuh novel dan cerpen di sini (baca Malaysia) yang banyak bertaburan di kedai buku dan helaian akhbar. Mutakhir ini online pun ada. Jadi apa yang dikarang si pengarang bila menyentuh persoalan cinta, bangga, normal dan seumpamanya? Tidakkah perspektifnya dibawa sama saja meski frasa diolah berbeza-beza?
Ok gue tambah satu lagi: Cuba baca komentar dan esei di dada akhbar-akhbar harian? Apakah di kala pagi bersama segelas teh tarik (nak minum beer terlalu awal) dan rokok di tangan, dada anda berdegup kencang membaca artikel tersiar?
Jadi posting sesungut patah kali ini yang membawa persoalan cinta, bangga, normal tidak keluar dari sempadan sedia ada. Manakala perihal benar-salah itu urusan penulisnya, bukan gue.
Gue juga sama sekali tidak pernah menafi apa lagi memperlekeh karya pengarang-pengarang seperti disebut anda. Ini tidak pula bermaksud tidak ada pandangan tersendiri terhadapnya. Respon gue merujuk karya di sini (sekali lagi baca malaysia) dan popular (baca ditonton dan dibaca ramai).
Tentang gagasan, jelas tidak ada apa-apa gagasan cuba dibawa. Setakat mencelah dua, tiga, empat kerat itu bukan gagasan namanya. Gue bukan aktor politik, sedikit-sedikit gagasan, sedikit-sedikit gagasan. Mungkin anda seorang aktor politik, mana gue tahu. Dan bukan urusan gue pun untuk tahu, itu 100% hal ehwal anda, hidup anda. Malah sebarang bisikan tersimpan pun tidak ada tentangnya.
Jadi dakwaan gue sedang bermain gagasan kosong layaknya apa ya? Ermm... terserah saja.
Bagaimana jika hari ini memang wujud idea-idea dan pelakuan langsung untuk mengembang dunia ilmu UUM, dan ia sejajar dengan keperluan arus manusia bukan hanya untuk hari ini ia juga untuk kehidupan esoknya.
Jika benar, tiada siapa sedang berkhayal di sini melainkan Ismail Man seorang barangkali.
Komuniti UUM tentu lebih tahu.
kalau chenik ambik contoh2 filem razak mohaideen, gue tiada sebarang bangkangan pada komen asalnya. Gue pakai setuju saja..benar2 setuju. Dan ia terus menutup pintu hati gue untuk terus mengomentar.
kalau indon2 pak, lain sikit ceritanya..tapi sekali lagi, cuma novelnya.. filem saya tak berapa arif. nanti malam gue sambung untuk komen uum.
mat zek
"Tarikan berbentuk intelektual" yang dapat mengajak orang pintar dr pelusuk dunia ingin melibatkan diri dengan UUM akan secara tidak langsung menjana nama UUM dengan sendiri secara "natural"
anggoron azid
Sebelum 'tarikan intelektual' berlaku, penduduk UUM perlu menganut budaya intelektual dahulu. Andai kata budaya ini tidak benar-benar dianuti, menunggu secara 'natural' supaya keadaan menjadi sebaliknya tentu saja tidak boleh diharap.
Misalnya para penganut budaya intelektual tidak akan bermain dua kotak ini: satu bercop halal, satu lagi bercop haram. Mereka hanya bermain dengan kotak yang berisi kebenaran yang dapat dibuktikan.
Saya berminat dengan istilah `tarikan intektual.' Anggoron berpendapat jika berlaku kehebatan intelektual, maka UUM akan dikenali dunia. Saya setuju pendapat ini. Namun, saya juga berpendapat banyak lagi kaedah lain selain intelektual yang menjadi tarikan penduduk dunia untuk hadir ke UUM. Antaranya, promosi. Antaranya lagi, hubungan.
Ramli Husin
UUM bukan mustahil utk dipuji or bangga or tidak samsekali sebaliknya.
ustaz ali
Read until i saw golf then something turned me down. Maybe i needed my desert
Post a Comment