PENDIDIKAN di negara berjaya mempertajam kognitif. Akal dibanjiri maklumat. Segala yang tak diketahui sebelum ini, diketahui. Dengan awalan 3M - membaca, menulis dan mengira, kemahiran itu dipertajam dan dipertajam di peringkat menengah.
Namun, latihan emosi berhenti sebaik memasuki sekolah. Walau Falsafah Pendidikan begitu muluk sekali menyatakan untuk melahirkan insan yang holistik merangkumi spritual, jasmani, emosi dan intelektual, 'budaya' pengajaran dan pembelajaran mengutamakan penghafalan dan kognitif. Betul ke?
Lihat peperiksaan sama ada UPSR, PMR, SPM, STP mahupun peperiksaan di universiti, apakah yang mahu diukur? Hafalan yang menyentuh dimensi kognitif atau emosi?
Ini menyebabkan emosi tidak berkembang berkadar terus dengan usia. Emosi jadi kucar-kacir. Dalam dimensi emosi ini, seperti cinta dan kasih, sukar untuk diuruskan. Perkahwinan hanya bilangan. Perkahwinan hanya seks. Perkahwinan berpisah dengan cinta dan kasih.
Cinta dan kasih terus menjalar tanpa matang dan mampu diurus.
2 comments:
Jangan disebut kata cinta di depanku, kerana rasa itu telah kumatikan selamanya..Mungkin itulah kesan komersial cinta Barat apabila meletakkan harga perceraian setinggi puluhan ganda dari mahar perkahwinan.
Saya sentiasa merasakan cinta atau lain-lain cara melahirkan perasaan cara Asia amat kuno dan selalu merasakan cinta Barat itu yang teragung.
Sehinggalah pada suatu kali saya disergah seseorang supaya sedar diri...Apa yang tinggal kepada kita di Asia sebagai warisan teragung cumalah rasa.
Rasa kita belum tercemar, katanya.
Saya menjadi terperangah dan kemalu-maluan.
Dalam drama Melayu banyak adegan tangisan, katanya lagi..Yang hampir tulin sensitivitinya.
Barat cuba mengekploit rasa cinta agung melalui filem mereka, tetapi realitinya anak-anak muda mereka menuntut pengasingan segala hak atas nama kebebasan apabila beumur 21 tahun-hak seks, kebebasan mutlak dan juga keterpisahan rasa dari ibubapa mereka.
Saya jadi tersedar agar inilah yang kita perlu pelihara..
hapuskan sekolah kondisi or kurangkan di malaysia?
sekolah agama juga.....
ustaz ali
Post a Comment