Wednesday, April 4, 2007

`aku' dan keakuanku

SINTOK: Guru Yunani, Socrates 500 tahun sebelum kelahiran Isa antara yang awal mengemukakan konsep kenal diri atau `know thyself'.

Buddha juga dikata mengemukakan ayat yang sama.

Banyak tokoh sufi terkemuka, al-Hallaj misalnya, mengembara mencari diri dan Tuhan akhirnya bertemu `Tuhan dalam dirinya'. Tokoh sufi lain turut mengemukakan kaedah tertentu seperti `kenal diri, kenal tuhan', `kenal tuhan, kenal diri'.

Dari segi biologi, `aku' dan `kau' relatif sama.

Freud mengemukakan konsep `id' , `ego' dan `superego' dalam mengenali diri secara psikologi.

Al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddinnya mengemukakan trilogi akal, hati dan nafsu dalam mengenali dan membersihkan diri (tazkiah), sehingga menjumpa fitrah atau diri asli.

Jika kita kata 'ini tangan aku', 'ini kepala aku', 'ini kaki aku' bermaksud aku pemilik kepada tangan, aku pemilik kepada kepala dan aku juga pemilik kepada kaki. Dimanakah `aku'?

Apakah aku itu `subconcious mind' seperti diungkapkan Carl Jung dan Freud? Atau apakah aku itu 'roh' yang tidak diketahui dimana ia berada sama ada di hati, di akal atau diseluruh anggota badan?

"Kita tidak boleh bercakap mengenai roh, kerana itu dilarang dalam al-Quran?" kata sesetengah pendapat tidak muktabar. Bagi yang muktabar menyatakan ayat al-Quran yang menyatakan roh tidak boleh dikaji, mengikut asbabul nuzulnya, dituju khas kepada Yahudi yang berniat kurang elok kepada nabi, bukan untuk memahami.

Al-Ghazali begitu mendalam mengupas berkenaan roh. Banyak lagi tokoh sufi seperti Junaid alBaghdadi dan Shah Waliullah menjelaskan mengenai perkara ini.

Akan tetapi boleh kita mengenali diri apabila membaca karya mereka. Ini kerana mengenali diri, memahami diri dan menjumpai diri tidak sama dengan mendapat maklumat mengenai diri.

Lalu, bagaimanakah cara mudah mengenali diri?

5 comments:

Anonymous said...

saya masih belum puas mengomen topik sebelumnya-terasa semacam ada urusan yang tak selesai..

tajuk diri/self terlalu besar-sejauh mana kita sebenarnya kenal tentag diri kita?

Menurut seorang kawan, beliau dengan mudah membahagikan diri seseorang kepada empat komponen-tingkap johari katanya.

Tapi mengenali diri dan keakuan rasanya jauh sekali berbeza berbanding dengan tahu diri-secara fizikal, tinggi berapa cm dll. atau tahu potensi, dll..

aku dan keakuanku menuntut kejujuran-inti kejujuran dengan mengakui diri, dan di sinilah konsep tuhan muncul- yang ada cuma aku, keakuanku dan tuhan.

kita boleh berbohong dengan sesiapa pun-tetapi tidak dengan hati nurani dan tuhan..

Anonymous said...

agak hairan bila tajuk perbincangan berkaitan dengan tuhan, penuh komentar-komentar membina dan komentar sampah sarap daam blog ini. Contoh komentar sampah sarap adalah dari peace dan kawannya si anonimous yang tak berani pun taruk nama tu- yang selalu komen adam.

bila tajuk artikel berkait dengan diri-semuanya sunyi sepi-macam lah anda lebih kenal tuhan berbanding diri anda sendiri.

Kepada peace yang menyahut seruan saya (sekurang-kurangnya peace mengurangkan rasa 'kesampahannya' pada mata saya apabila beliau mengakui belajar di bidang pengajian Quran.

Sekurang-kurangnya kita sama-sama tahu kita mempunyai kelebihan dan dalam masa yang sama kekurangan akibat pengalaman pembelajaran kita yang berbeza.

Kepada saya, peace ni juga seorang pencari seperti kita semua, cuma peace belum lagi melalui pengalaman beragama yang dicabar.

Apa yang beliau lalui adalah penangkisan kepada apa-apa saja yang cuba mencabar kepercayaannya yang dia dapat melalui indoktrinasi, sejak dari alam kecil sampai besar.

Peace dan kerabatnya adalah hasil pengajaran sehala dalam beragama yang diterapkan sehingga hari ini oleh kumpulan tradisionalis.
Malan ini diteruskan oleh sebuah parti politik-PAS (saya tak sepenuhnya menuduh anda PAS, jika PAS pun bukan satu kesalahan dalam sistem demokrasi ini). Dalam PAS yang ada adalah budaya ceramah- sehala. PAS bukan berforum atau berdialog.

Pengajian agama tradisional saya akui ada kelebihan dari segi memantapkan gaya pengucapan seseorang tetapi mereka akan gagal bila diajak berhujah.

Mereka akan menggunakan hukuman dan labelling- orang tu kafir, sesat. Seakan-akan kita semua ini adalah setan-setan kecil yang bertugas menyesatkan orang Islam di alam siber. Biarlah saya akui kepada peace dan rakan sampah beliau yang seorang lagi-saya Islam. Saya mendapat didikan yang cukup tetapi saya kecewa dengan kenyataan umat yang dahsyat-kemiskinan, kemelaratan, dunia mundur yang sebahagiannya diakibatkan oleh salah fahaman mereka terhadap ajaran Islam.

Maka sebagai manusia normal, tentulah timbul di benak saya mengapa hal ini berlaku-mengapa satu set ajaran yang didakwa serba lengkap, ajaran yang serba murni ini boleh membawa penganutnya menjadi manusia yang termundur di dunia ini, manusia yang gasan-dikaitkan dengan pengganas dan sebagainya. Tuduh lah saya terpengaruh dengan barat sebanyak-banyak pun, saya tak kisah kecualilah jika dihujahkan kepada saya, sehingga hal ini boleh meyakinkan saya bahawa ianya semata-mata mainan Barat. Sebab, setakat maklumat dan ilmu yang membentuk keyakinan saya setakat umur saya sekarang ini, memang umat islam mundur-fikiran dan pandangan sebahagian mereka amat mundur dan terkebelakang.

Mungkin ada perbezaan perspektif antara saya dengan kumpulan yang mendakwa pemilik dan penjaga agama Islam ini. Selaku penjaga agama, maka mereka akan menjaga agama seumpama kumpulan yang menjaga banduan dalam penjara-dengan penuh disiplin dan aturan segala. Tapi mereka tak akan pernah berjaya melihat sisi kreatif dalam perkembangan agama ini-seolah-olah kepada mereka islam itu datangnya dalam satu keadaan vakum dan tanpa sejarah.

Saya tak akan pelat sekiranya tindakan kumpulan sampah sarap ini selepas ini akan menggunakan pihak berkuasa untuk menutup apa-apa saja benda yang dianggap mengganggu pandangan mereka yang serba tertutup itu, kononnya atas dasar menjaga akidah umat, tetapi sebenarnya mereka ingin mengekalkan ego dan penguasaan mereka atas dasar agama.
Mereka meminta orang lain menghormati pandangan mereka, tetapi mereka sama sekali gagal menghormati pandangan orang lain-mereka gagal menghormati falsafah perbezaan pandangan. Mereka ini akan medesak supaya diharamkan ini, dilarang segala blog dan laman yang menggugat penguasaan mereka ke atas agama.

Mereka bukannya cuba menghujah semula apa yang dikatakan sesat, rosak akidah itu.

Dan yang malang dan sedihnya, hal ini bukan suatu yang baru dalam pengamalan kerajaan islam sejak dulu kala.

Apabila Syamsuddin Sumatrani dan seorang ulama Acheh gagal dalam perdebatan mereka berkenaan akidah, maka kuasa Sultan Acheh digunakan untuk memenjarakan musuh mereka, sedanagkan mereka gagal mematahkan hujah lawan.

Itulah yang berlaku dalam dunia Islam, sekalipun hanya dalam menyelesaikan persoalan Quran itu makhluk atau tidak makhluk-istilah mereka Hadis (Baru).

Jadi, apa penyelesaiannya-laman dan segala blog boleh ditutup, tapi blog yang lain akan muncul-yang akan tetap menerjah fikiran dan 'kopiah-kopiah' kumpulan ini sehingga mereka menerima bahawa terdapat kepelbagaian pandangan termasuk dalam agama yang kita cintai ini-ISLAM.

Macam mana mereka ingin kita ada hanya satu pandangan- Kita mempersepsikan Allah sebagai Yang Maha Esa- kita sujud atas sejadah dan masjid yang sama tetapi gambaran kita terhadapNya tetap berbeza- itu yang pasti kerana pengalaman kita berbeza.

Bagi saya, sekurang-kurangnya saya telah melalui era Islam fanatis-dan kini beralih ke era kefahaman islam transisi-sekurang-kurangnya saya telah merasa Islam sebagaimana kumpulan ini di pondok-pondok temp[at saya belajar dulu.

Akhirnya, sedikit pun saya tak kesal jika sekalipun laman ini bakal ghaib, kerana di luar sana, masih ada ribuan laman untuk saya berkunjung dan bertempur.

salam dan goodbye semua,

Azizi.

Anonymous said...

Subversifkah kalian kala mencatat kata-kata di muka maya? Sesatkah kalian kala pemikiran menerobos keluar dari pagar kiblat sehala. Birukah kalian kala membuka hijab, merdeka tanpa seurat benang langsung telanjang? Apa-apakah kalian kala apa-apa, apa saja yang kalian mahu merentap akar budaya yang mencengkam roh manusia?

Kala air buih di meja gue masih membuih, tembakau kelat gue sedut. Jari tidak berhenti mencapai huruf. Darah gue terus bergetar-getar menyaksi-menempuh hidup.

Apakah pihak sana sedar salib dipikul dibahu tuan empunya? Hidup gue hidup gue kawan, kepercayaan gue kepercayaan gue, ketidakpercayaan gue ketidakpercayaan gue. Lalu demikian andai kata pusat bertindih antara kita tidak mengapa, dan tidak juga mengapa andai pusat saling berselisih lewat hala yang berbeza.

Kenapa ingin dihalang, dinafi pentas kami yang tarinya tidak sama dengan anda?

Anonymous said...

baru ari ni saya mula cuba untuk menerobos dan menyelami secara berani ke pentas indah ini.. tapi agak terkejut kerana lembah sintok ini hendak ditutup.. kesalahan apakah sehingga dipaksa atau terpaksa berkubur?? aku dan keakuanku pulak tajuk yang mencabar dan menarik.. saya pun bukan nya tahu sangat. masih mencari-cari..

"awalludin makrifatullah" awal agama itu mengenal Allah.. sebelum seseorang itu betul2 Islam.. seawal2 agama Islam itu.. dia perlu mengenal Allah.. tapi bagaimanakah apabila seserang itu dengan mudah mengaku dia Islam?? sebetulnya dia sudah mngenal Allah..

dan bila kita kenal Allah nescaya kita akan kenal diri kita.. dan cara mengenal Allah ialah melalui sifatNya itu.. kita tidak boleh mengkaji selian sifatnya kerana tak tercapa oleh akal kita..

kajilah sifat Allah.. kita akan kenal Allah dan seterusnya kenal "aku dan keakuanku".. insyaalah..

diharap mendapat info untuk laman yang lain.. saya masih baru.. tak
tahu.. mula berjinak2.. salam..

umarzain said...

saya turut bersimpati dengan nasib pemilik blog ini. Saya harap ini bukan satu penyudah kepada usaha-usaha beliau yang murni-menerjah sendi-sendi fikiran umat.