Wednesday, March 28, 2007

"Tuhan tidak beragama"

SINTOK: Gandhi diingati kerana hidupnya sebagai aktivis perjuangannya bukan sahaja berjaya membebaskan India daripada belenggu penjajahan British, tetapi juga kerana usahanya menyatukan rakyat India, dengan slogan: "Tuhan Tidak Punya Agama." (Lihat: www.caping.wordpress.com).

Pada waktu itu, penganut Hindu begitu taksub dengan tuhannya dan menganggap Tuhan hanyalah milik kaum India beragama Hindu.

Begitu juga penganut Islam menganggap Tuhan adalah milik mereka.

Kaum Yahudi seperti tercatat lewat ayat al-Quran terutama dalam surah al-Baqarah turut menyatakan mereka mempunyai faham yang sama, bahawa Tuhan mengiktiraf merekalah sebagai kaum super. Justeru, Tuhan milik mereka.

Peristiwa bersejarah Perang Salib atas sebab berebut Tuhan.

Tuhan juga selalu menjadi `mangsa' kepada manusia.

Ketika air tiada di UUM dalam empat hari, berlaku beberapa kecurian baldi dan air dalam baldi. Lantas, pelajar di kolej yang kehilangan baldi dan air turut berkata: "Pulangkan segera apa yang anda curi, Tuhan nampak apa yang kamu lakukan!" (ayat ini menjurus kepada menggunakan tuhan untuk mengancam `pencuri').

Begitu juga kerap kali kita boleh dengar dialog seperti ini, termasuk apa yang berlaku di kalangan artis Melayu tempatan: "Ini dah takdir, saya terpaksa bercerai"; "Belum ada jodoh"; "Semuanya ini dah tersurat".

Bukankah kata-kata demikian ingin mengheret Tuhan untuk sama-sama bertanggungjawab terhadap kesalahan sendiri?

Jika betul tuhan tidak beragama, maka mengapa perlu setiap penganut mendakwa merekalah pemunya tuhan?

Mengapa perlu cemburu jika setiap kita memiliki tuhan yang sama, kuasanya sama, baiknya sama, ehsannya sama dan dialah Penjaga Cakrawala?

Jika tuhan diibaratkan matahari yang memberikan nikmat cahaya kepada semua tumbuhan, haiwan dan manusia secara adil dan saksama, mengapa kita tidak pernah bergaduh untuk menguasai matahari dan memunyai matahari?

36 comments:

Anonymous said...

pemilik blog nampaknya membawa idea pluralis- di mana penganut ini mempercayai semua agama adalah sama di sisi Tuhan.

Sudah pasti idea ini tidak akan diterima khususnya oleh Muslim- mereka akan mengatakan bahawa agama dan Tuhan mereka sahaja yang Maha Benar, dan Segala Maha yang lain.

Lebih malang, di kalangan sesama Muslim penganut Hadi Awang akan mengatakan hanya Muslim yang berlambang bulan purnama sahaja yang paling benar dan diterima di sisi Tuhan- Muslim yang Dacing tidak Islam.(Beliau tidak pernah menarik balik tuduhan kafir ini sehingga sekarang).

Sepanjang perjalanan sejarah, berlaku begitu banyak kejadian yang mengatasnamakan Tuhan dalam mencapai maksud yang dihajati-yang paling leluasa adalah atas nama parti politik.

Oleh itu, mungkin elok, sekalipun ditanggap pluralis-kita cuba melihat agama dari perspektif Tuhan. Memang mustahil kita akan mencapai kebenaran yang sebenar-benarnya (kerana selagi kita manusia, kita tetap akan melihat apa saja termasuk Tuhan secara relatif) namun sekurang-kurangnya ia akan menyedarkan kita akan kekerdilan kita dan luasnya Ilmu Tuhan.

Kalau memakai justifikasi kori, kita tak cenderung merebut tuhan lagi kerana semua tanggapan, apapun namanya termasuk agama adalah dalam pengetahuannya.

Azizi

Anonymous said...

apa nama anutan sekalipun, tetap ia berupa tanggapan- jadi mana satu milik kita?

Beragama bermakna beridentiti, kerana agama selaain memberikan rasa selamat juga memberikan identiti.

Di Amerika, mereka cenderung mengamalkan ajaran-ajaran agama segera- yang disebut Mc Spiritual.

Kepada si pluralis, satu pertanyaan aapakah Mc Spiritual ini juga boleh dianggap sama Tuhannya dengan Islam?

Anonymous said...

Kori. Dulu kita dah bicara fasal perkara ini. Nampaknya kau masih nak perkatakannya.

RPK pun faham. Dia selalu ingatkan jangan salahkan Islam, tetapi penganutnya yang tidak beramal dengan ilmu.

Islam agama sempurna yang diredai Allah, tuhan sekelian alam. Tuhan segenap manusia tidak kira apa anutannya.

Harap semua maklum. Jangan lagi kata tuhan mereka, tuhan Cina, tuhan Hindu, kerana Tuhan itu satu, tak ada tuhan lain.

Kori pula, jangan lihat "amalan" segelintir Muslim sebagai "ajaran sebenar" Islam - WHB

Anonymous said...

Tidak semestinya hanya Tuhan yang direbut-rebut. Mungkin tulisan-tulisan Goenawan (sebahagiannya di blog caping) ingin dijadikan hakmilik esklusif. Maksudnya tidak boleh diusik, akan dipertahan habis-habisan. Macam la pengarang ini sudah mengubah sejarah.
Dalam Malaysia boleh tahan juga juga ramai yang meminati Goenawan, esssayist tersohor. Goenawan dikira pakar dalam melenggokkan frasa.
Lsintok peminat Goenawan juga ka? Jika Umarzain besar kemungkinan. Lenggoknya banyak juga bernada Indon.
Sayang, saya tidak bertemu 'ilmu' dalam tulisan Goenawan. Hanya perayauan beliau boleh tahan jarak sempadannya.
Ada seorang pengarang Indon saya salute. Kalian tahu siapa?
Namanya Pram. Jasadnya sudah tidak ada.

Anonymous said...

Ya Ayyuhal Muslimun, It'takullah. It'takullaha Hak Kotukotih.

Anonymous said...

Tidak ada siapa boleh menidakkan orang lain bertuhan. Juga tidak ada siapa boleh menidakkan orang lain untuk tidak bertuhan.
Jadi petikan Kori dari blog Goenawan berkenaan 'Tuhan tidak beragama' dan Kori kemudian menampil perspektif tersendiri (agak ringkas namun jelas) pada gue sudah menjadi subjek 'belakang'. Ia bukan batu permulaan yang menolak subjek.
Pada kelompok 'existentialist', batu permulaan bermula pada diri individu itu sendiri. Bila merujuk subjek Tuhan, bukan Tuhan yang langsung dibahasnya, sebaliknya ia bermula dengan diri sendiri dan hubungannya dengan Tuhan. Jika wujud hubungan maka wujud, jika tidak ia menjadi lawan kepada wujud.
Jika terus membahas tentang Tuhan, permainan ini hanya bergetar di fikiran. Fikiran mengambil tempat di alam objektif. Alam objektif tidak menerbit 'rasa hubungan'.
Rasa hubungan hanya boleh muncul di wilayah subjektif. Tidak ada siapa boleh menumpang rasa hubungan kecuali dirinya sendiri.
Jadi tidakkah bertuhan, tidak bertuhan bukannya suatu isu nyata, kerana ia sesuatu yang subjektif pada diri seseorang itu sendiri.
Apa lagi soal mahu memiliki Tuhan atau mengatasnamakan Tuhan. Kasus ini sudah lewat (di belakang)!

umarzain said...

mengenang pram

sebelum saya meneruskan komen ini, ingin saya mengucapkan selamat datang kepada pikey..seingat saya, saya selalu melihat nama beliau dan pernah memujinya atas komentar beliau di laman web tematajdid.com. Beliau seorang komentator yang baik.

Beliau mengkritik Goenawan sebagai " Goenawan dikira pakar dalam melenggokkan frasa" yang tidak saya setujui sama sekali. Bukan lah saya ingin membela Goenawan tetapi kepada saya beliau adalah pakar mempuitikkan prosa. Jika sesebuah tulisan terlalu prosaik, maka ia akan kering sekering-keringnya (meminjam istilah iwan simatupang dalam novel 'Ziarah').

Untuk berlaku adil kepada Goenawan, dipersilahkan pikey sekali lagi ke blog caping dan baca artikel'meneliti nilai puitika dalam esei jurnalistik' yang memuatkan kajian terhadap lenggok bahasa Goenawan yang dikatakan pikey sebagai kosong itu.

Namun saya bersetuju 1000peratus dengan pikey mengenai pram (lahir 6 februari 1925, tanggal kematiannya pada 30 April 2006).

Saya akan membeli apa-apa saja bahan yang menyentuh pram sekalipun pada masa itu kewangan saya pokai.

Saya membaca dan mengumpul karya-karya pram- cuma yang kecil-kecil terbitan Hasta Mitra. Yang besar-besar, termasuk trilogi bumi manusia dibaca sewaktu di library UPM- tak pernah lihat dijual di mana-mana kedai.

Hampir-hampir saya mencuri dari lib UPM untuk koleksi saya, namun naluri terlalu kuat agar orang lain menikmati keindahan ceritanya, bukan lah saya takut ditangkap pengawas perpustakaan.

Mengapa si pencandu gudang garam ini terlalu istimewa- Susah ingin menjawabnya-mungkin disebabkan naluri saya ingin menjadi sepertinya-pemberontak hingga ke akhir hayat, berprinsip, sentiasa ada jawapan berlandas prinsip namun fizikal saya tak ingin mengizinkannya..lalu saya menjadi penurut dan sesekali meneroka sahaja menjadi pemberontak. mungkin dalam tulisan-tulisan sahaja. disebabkan itu, kenangan peribadi dengan pram-melalui buku-buku beliau yang saya lahap sejak berusia 12 tahun (saya membaca keluarga Gerilya bapa saudara yang pada masa itu di tingkatan enam sampai habis) terlalu mengesankan.

Benar sekali-batinku bergerilya.

Anonymous said...

Nak bela Goenawan pun tak apa, tak jadi hal. Saya sudah baca artikel puji-pujian itu, dan saya tidak jumpa satu pun yang luar biasa melainkan bertema 'mengangkat' Goenawan. Dan Goenawan apa lagi, tentulah disisip utuh di Capingnya. Ini pun tidak luar biasa - berlaku di mana-mana, di bila-bila masa.
Soal Goenawan pakar melenggok frasa, itu bukan kritik saya. Ia pandangan. Dan pandangan saya masih tidak berubah. Lihatlah frasa-frasa diterbitnya, 'tidakkah berlenggok-lenggok? Seolah-olah lenggok lebih bererti dari tema yang dibahas. Ada waktu letih dibuatnya! Saya la.. orang lain mungkin tidak, mungkin terkeluar air liur saat membaca.
Kritik saya pada Goenawan: saya tidak bertemu 'ilmu' dalam tulisan2nya. Di mana ya, saya tak ketemu! Umarzain ada ketemu ka?Berkenaan penilaian prosa Goenawan yang puitis, ini tergantung saja pada puitis aliran mana, aliran siapa. Aliran saya tidak. Saya nampak Goenawan lebih cenderung pada feudalis-romantisme, meski idea kebebasan sering dipancar-pancar. Raut wajahnya di Caping sudah mengajak saya menafsir dirinya seorang feudalis dan romantis alam Nusantara. Tak nampak neutral, nampak macam merenung sesuatu ala-ala pemikir Greek. Rokok kretek sudah tentu dicelah bibir, tiptap-tiptap berbunyi saat api menyambar cengkih.
Saya simpul secara sederhana: raut Goenawan dan lenggok frasanya persis sosok yang minta dirujuk, kalau pun tidak memasang hajat jadi Maharujuk.
Apakah pelik? Tidak. Bumi Indon tebal sekali hutan feudalismenya.

sesungutpatah said...

ULASAN: Mengulas anonymous pertama bahawa aku seperti penganut faham pluralisme agama, aku sendiri kurang pasti.

Aku ditakdirkan lahir dalam keluarga Islam dan kini dan masih mencari-mencari kebenarana lebih abadi.

Klausa 'Tuhan tidak punya agama' memberi satu perpektif, meskipun ianya tidaklah terlalu sukar untuk membenarkannya.

Anonymous seakan ingin mengheret aku dalam perbincangan politik PAS-UMNO, yang aku sendiri rasa mahu bersara daripada melihat sudut itu, sekurang-kurangnya buat masa 'pertapaan' di pergunungan Sintok ini.

WHB pula tidak kelihatan ke mana arah yang mahu diperkatakan - apakah beliau bersetuju atau tidak bersetuju dengan tulisan aku. Mungkin elok WHB memanjangkan sikit supaya aku dapat melihat alur pemikirannya.

Chenik memberikan perspektif filosifikal aliran eksistensialis, yang kebetulan aku juga minat untuk merapati tokoh dalam kelompok itu. Aku juga tidak mendalam. Terbit satu `insight' membaca tulisan chenik, jika aku tidak silap, maknanya begini (aku memparafrasakan kembali mengikut selera aku):"Jika tidak ada hubungan rasa dalam diri dengan Tuhan, tidak mungkin ada getaran keyakinan. Justeru, diri sendiri yang menentukan wujud atau tidak tuhan." Membaca tulisan chenik aku terasa rindu untuk membelek kembali karya magnum opus tokoh pemikir muslim Prof Syed Naquib Al-Atas bertajuk Prolegomena to Metaphisics of Islamic Tradition.

Apakah 'rasa getar' kadang-kala aku alami semakin lemah menunjukkan hubungan dengan-Nya semakin lemah?

Anonymous said...

nak tanya, orang yang tulis benda ni agama apa? kalau tak cukup ilmu usuluddin, jangan pandai2 nak tulis. silap2 kau boleh terpesong akidah.

Anonymous said...

kepada anonymous terakhir yang merespons, sudah terlalu banyak saya dengar nasihat atau 'ancaman' demikian- sejak kecil sampai ke la ni. Agaknya sebab tu umat islam susah nak berkembang, sebab mereka terlalu banyak ketakutan dan keraguan dalam otaknya-sikit2 tak dak ilmu, habis kalau tak dak ilmu carilah! jangan bergantung sangat dengan nik aziz, atau Harus sani Zakaria. Mereka itu yang merosakkan potensi umat islam dari berkembang penuh.

Kepada golongan begini, tak usah lah terlalu nak menjaga Tuhan, tuhan tu maha kaya dan boleh menjaga imejNya sendiri.

umarzain said...

terima kasih che nik atas respon yang menarik. Saya tegaskan sekali lagi saya bukan peminat Goenawan..jika berbanding dengan tokoh Indonesia lain. Sebut beberapa nama- Nurkholish Madjid, Jalaluddin Rakhmat atau sasterawan mereka, A.A Navis, Umar Kayam atau Pram.

Goenawan memang nama besar di sana, tetapi sentuhan saya dengannya terlalu baru.

Saya juga menghormati aliran romantisme. Perlu saya akui aliran seperti ini mulanya yang mendekatkan saya dengan dunia sastera, sebab ia lebih feeling. Bermain kata-kata kepada saya adalah feeling- sajak berirama, lagu-lagu, kata-kata indah memberi feeling kepada saya.Saya sampai sekarang masih heran betapa kreatifnya si pencipta melodi lagu, tak kira lagu lama atau baru. Dalam satu baris alunan mereka mampu mencipta jutaan lagu-lagu.

Jika itu semua nak dimasukkan ke dalam guni feudal, itu hanya pandangan chenik.

Saya sampai sekarang selesa membaca artikel dengan susunan bahasa yang sedap, meskipun kekadang sedikit bombastik berbanding menafsir graf dan rajah, atau baris-baris ayat yang kering. di sini lah terletaknya perbezaan citarasa kita, mungkin.

Anonymous said...

kepada kori, sefaham saya pluralis bermaksud memperaku semua agama berada di landasan benar dalam pencarian kebenaran dan Tuhan pemilik kebenaran.

Kepada si pluralis, kepelbagaian agama dan pelbagai sebutan untuk nama -nama Tuhan hanyalah perbezaan sejarah setiap kepercayaan.

kemuncak kepercayaan pluralis ialah, jika seseorang mencari saja tuhan dan kebenaran maka berimanlah dia.

Namun harus saya akui, tuhan itu hanya mampu saya temui melalui rasa bertuhan- dan masih mencarinya.

akan ada orang yang meminta supaya dirujuk kitab-kitab. ya pastilah saya merujuk, tapi kepuasan 'penemuan kebenaran' itu belum saya dapat.

Anonymous said...

sgfsdfgsgsdgsd

Anonymous said...

kepada saudara Azizi. anda tersangat2 melampau. anda telah menunjukkan bahawa anda seorang yang jahil.. anda tidak takut pada Allah? anda ni masih cetek ilmu agama saya rasa. lebih baik belajar lagi sebelum keluarkan apa2 kenyataan yang hanya awak sandarkan pada logik awak tu. jangan main2 dengan Tuhan. kelak awak akan binasa...saya tidak mendakwa diri saya pandai tapi saya rasa awak memang tidak mengerti...

Galaxy Studio Photography said...

Kenapa sibuk dengan tuhan itu beragama atau tidak.Aku yakin dalam alam semesta ini hanya Ada Allah sebagai zat yang maha berkuasa.Kenapa tidak digunakan Istilah Allah.Kena nk digunakan istilah Tuhan.

1stly aku nk tanya ko ni kori Islam ke Kafir.Kalu Islam kau tidak akan sekali-kali membuat penulisan yang sebegini.

Kalau Kau Islam kenapa Kau gunakan Gandhi sbg sandaran hujah kenapa tidak Al-Quran.Nyata sekali,kau tak pernah ambil tahu pun dalam Al-Quran itu apa kandungannya.

Kalau kau orang Islam,bawk2 lah ke Masjid UUM ni.Aku rasa ko xpernah pegi pn masjid.Nak putar belit Isu akidah...

Tak payah la woi,datang jumpa aku je dulu sblum kau jumpa dengan Imam masjid UUM ni.Takat nak bc quran pn tak thu,nk komen pasal Allah.Nonsense....

Anonymous said...

kepada peace, tiba-tiba saya terangsang bila mengunjungi blog anda. bunyi ayat2 dalam blognya macam gadis sweet 21st.

tetapi malangnya si peace ni tak suke membaca..jadi macam mana nak berdebat. si pemilik blog ni khatam kitab prelegomenanya Nagub al attas. Jadi macam mana peace nak berdebat. Sebab tu ayat-ayat peace bunyi macam mak nenek berleter saja.

Kepada anonymous yang kata saya jahil tu, saya nak baca satu saja komen yang berkualiti darinya. Hurai sikit apa itu ilmu usuluddin yang dia sebut. Saya nak tengok setakat mana dia faham ilmu usul tu. Saya boleh hurai usuluddin tu apa. nak pakai wahdatul wujud pun boleh, wahdatul suhud pun boleh hurai juga. Tapi nak cabar dulu si anonymous ni hurai, pas tu baru saya jawab. Saya tunggu..

khasanah77 said...

wah, perbincangan ni menarik. namun perlukan kefahaman yang mendalam. kalau silap membaca dan memahami maksud yang disampaikan, rasanya boleh meletup KAWAN kita. macam peace dan yang lain-lain. He he...

pada saya, Tuhan memang tidak beragama. agama yang dianuti kita sekarang adalah lahir dari Tuhan jua. mana mungkin agama berdiri dengan sendirinya. logiknya macam kita tanam pokok mangga. kena tanam benih atau biji dia di tanah, then baru bleh dia hidup jadi pokok. yang penting, kena ada orang yang sayang, bela, bagi baja, jaga elok-elok. macam tu juga kita. sama jer. agama ni kita anuti, kita percaya. setiap kaum percaya agama masing-masing. percaya ada tuhan masing-masing. namun ketetapan itu yang berbeza. wujudkah tuhan mereka? wujudkah tuhan hindu dan sebagainya. balik pada persoalan tuhan tidak beragama... isunya atau tajuknya agak gempak sikit lah. tapi berfikir dari pelbagai sudut. matang atau tidak matang. mungkin saya salah bicara. tapi itu pandangan saya.

tentang persoalan yang ditimbulkan students atau artis, nah, itu hanya contoh bagi mereka yang tidak tetap iman dan tidak bersikap redha serta ikhlas. teringat lagi kata-kata lecturer Kenegaraan, Major Meor, ikhlas itu adalah satu titik hitam pada batu hitam dalam suasana atau keadaan yang sangat hitam (gelap). people are always talking about beliefs. percaya tuhan dan sebagainya. tapi tak mempraktikkannya... dan tak ikhlas mempercayai Tuhan yang dianutinya. so, ape cite?

Anonymous said...

kpd azizi. saya tak pandai berdebat. memang saya tak pandai kata apa2 sebab saya belum cukup ilmu. saya akui tapi saya sedang belajar.namun, kenyataan awak tu membuatkan saya keliru. awak kata tentang `ancaman` tu.. apakah maksudnya kita tak perlu berhati2? lebih2 lagi dalam soal akidah. apakah kita tak perlu lebih berfikir banyak kali sebelum sebut sst. akidah boleh runtuh walau hanya dengan iktikad. inikan pula kata2. dan awak kelihatannya macam menyokong penulisan ini.

Anonymous said...

kepada siti, sekalung tahniah-atas komen yang membina dengan fikiran terbuka. Takkanlah hanya dengan menyatakan 'tuhan tak punya agama' terus kita jadi kafir!

mempertanyakan kekafiran seseorang memang sensitif dan saya rasa si peace ni memang cucu sedara kepada hadi awang- yang sampai kini tak pernah menarik balik tuduhan kapiak kepada orang islam dalam dacing-sebagaimana kata komen anonymous pertama.

kepada anonymous terakhir yang gagal menyahut gesaan saya untuk mengemukakan apa-apa huraian beliau berkenaan usuluddin, saya menganggap anda pengecut-kerana anda pun dari kalangan yang suka menyebut hal yang besar-besar- tapi ternyata tin kosong.

Sikap suka menghukum tanpa faham apa yang nak dihukum sepatutnya telah kita tinggalkan apabila kaki kita mula melangkah memasuki alam universiti.

Di sini, sesuai dengan namanya universiti, kepercayaan, ideologi malah kepercayaan agama, tradisi patut dipertanyakan semula, di rethink-direkayasa, dibincang dan didebatkan semula atas nama kebenaran-itulah keuniversalan 'sebuah universiti'.

Jika takut-takut, tapi dalam masa yang sama cuba menghukum dan memberi label-jahil dan sebagainya, dan apabila diminta berhujah dan menghurai ternyata gagal memberikan walau sepotong ayat-maka selayaknya anda cari dan duduklah di mana-mana ceruk di negara ini, tak perlu pun berada di medan universiti.

Anonymous said...

Tak payah la woi,datang jumpa aku je dulu sblum kau jumpa dengan Imam masjid UUM ni.Takat nak bc quran pn tak thu,nk komen pasal Allah.Nonsense....sedutan komen peace kepada pemilik blog.

Saya tak kenal si pemilik blog ini tetapi apabila saya membaca komen peace terhadapnya, memang saya rasa sakit hati sangat.

Kepada saya kumpulan macam peace ini termasuk dalam orang-orang yang sombong dalam beragama. allah amat marah dengan orang yang sombong dalam beragama.

sekadar berkongsi, bukan ada niat untuk membela pemilik blog-saya mengajak peace untuk berbincang mengenai al-Quran. (lihat semula quotation peace yang saya petik di atas, yang menuduh pemilik blog seolah-olah tak reti langsung al_quran). Jika peace pandai-saya minta peace tambahkan maklumat/ilmu Qoran yang diberikan di bawah. Sedikit saja dulu sebagai permulaan-iaitu mengenai ilmu taranuum al-Quran.

Ilmu taranum bermaksud ilmu memperelokkan bacaan al-Quran. Latar belakang perkembangan ilmu taranum adalah apabila al-Quran telah tersebar ke kawasan/negara yang lebih luas, dan mempunyai pemeluk islam yang pelbagai ragam yang disebut Ajam-sebutan bahasa bukan Arab, maka ulama dan cerdik pandai islam pada waktu itu mula memikirkan untuk menyusun baris-baris dan memberikan tanda-tanda bacaan kepada ayat-ayat alquran.

jadi, kita tahu bahawa al-quran pada asalnya adalah tidak berbaris. Pada masa inilah tanda seperti baris atas, bawah dan tanwin, fathah mula diwujudkan.

Taranum sesuai dengan firman Allah dalam quran sendiri supaya Quran dibaca dengan tartil-maknanya tersusun. Tujuan diadakan baris-baris ini ialah supaya menambahkan keindahan bacaan, tidak dibaca dengan gopoh gapah dan sesuai dengan makna yang dikehendaki.

Mari kita berbincang sedikit sahaja mengenai aspek keindahan bacaan. Dalam ilmu taranum, biasanya akan dimulai dengan irama bayati-satu irama yang perlahan sesuai sebagai permulaan. (perhatikan bahawa semua sebutan dalam semua irama ini akan dibahagi kepada empat sub-irama yang membentuk satu pusingan yang lengkap)-Kalau peace ada kat sini boleh saya tunjukkan cara mengiramakannya.

Seterusnya, pembaca Quran akan melangkah ke irama Ajam, sesuai dengan nada pusingan yang kedua, juga mengandungi 4 irama berlainan yang dibaca dalam 4 ayat.

Kemudian akan diikuti dengan irama Rasd-yang bernada lebih keras. Sefaham saya, qari atau qariah di Malaysia biasanya akan memilih nada ini kerana dalam irama RAsd menyediakan kemuncak bacaan-guru taranum menyebutnya sebagai irama jawaabul jawab.

Terakhir ialah irama jaharkah- sebelum disimpulkan semula dengan irama bayati penutup, iaitu satu nada yang menurun sehinggalah kepada penamat bacaan.

Huraian di atas cumalah satu aspek yang paling kecil dalam kebesaran al_Quran, apatah lagi kita belum menyentih aspek pemaknaannya, asbabunnuzul, ayat-ayat nasakh mansuh dan sebagainya yang mungkin boleh dibincangkan dalam komentar yang lain.

Saya langsung tidak berminat menyatakan saya tahu, cuma ingin membuktikan kepada peace bahawa apabila wujud kesombongan agama dalam diri, maka ia akan menutup mata hati kita. Rasa syok sendiri dengan merasa kita lebih dekat dengan Tuhan berbanding orang lain akan merosakkan keikhlasan hati sekalipun kita mendakwa beribu-ribu kali bahawa kita sentiasa bertasbih dan bertahmid setiap hari.

Galaxy Studio Photography said...

Baik, trima kasih kepada yg telah respon kepada komen sy.Kalau ada yg nk kt sy sombong,katalah kerana sombong juga perlu dalam menegaskan sesuatu yang betul.

Kepada azizi,sy xde la byk sgt ilmu tentang lagu2 dalam alquran kerana sy blajar dulu lebih kepada pentafsiran, nasakh mansukh, asababun nuzul, ayat2 hukum dan pengisbatan hukum daripada ayat al-Quran.

kalau nk cerita pasal lagu2 dalam alquran memang sy xthu.tp klu nk bncg psl ilmu-ilmu lain dalam alquran insyaAllah sy blh kongsi sedikit sebanyak.

Masalahnya skrg bukan maudhu'(tajuk) ini yang nk kita perbncangkan tetapi maslh pemilik blok ni yang menaikkan isu2 yg sensitif dalam Islam dalam keadaan rakyat Malaysia khusus student UUM yang rata2 bukan daripada background agama.

Kita kembali kepada perutusan Muhammad s.a.w ke muka bumi ini untuk mengajak manusia,sy tegaskan sekali lagi MANUSIA untuk mentauhidkan Allah.So,sesiapa yg ikut baginda akan selamat.

Semua agama yg wujud di dunia ni, tak kiralah sama ada agama samawi atau tidak,masing2 mendakwa bahawa tuhan merekalah yang menciptakan alam ini.Islam jg mendakwa begitu.Allah lah yang menciptakan alam ini.Bg Kristian juga,mereka mendakwa bahawa tuhan mereka mencipta alam ini dalam masa 7 hari.Hindu & Buddha pula mendakwa alam ini dicipta oleh dewa2 mereka.

Persoalannya sekarang,wujudkah banyak sembahan di dunia ini.Adakah wujud sembahan yang mutlak selain daripada Allah di alam ini.

Sy juga bengang dengan pemilik blog ni yg mengatakan mahasiswi UUM tidak mengikut fesyen katanya.Sy nk tnya dia siapa yg reka fesyen yang tidak berlandaskan syariat Islam.

Sy mengira bahawa pemilik blog ini nk puskan nafsu mata dia bila tgk perempuan pkai seksi2 dan pakaian yg tidak cukup kain.SY menyokong dasar universiti yang mewajibkan pelajar dan stafnya memakai pakaian yang sopan apabila ke kelas.

Anonymous said...

huh!!ape jenis akidah yang penulis ni punya...harap mengucap balik.klau nak bagi sesuatu pernyataan,kena belajar habis dulu..islam adalah agama tertinggi mana mungkin ade agama lain lebih tinggi pada islam dan xde yang nak setaraf dengan islam..Allah lah yang menjaga agama islam..Allah hanya menerima agama islam disisinya selepas islam diturunkan..Allah juga turunkan 3 agama sebelum islam tapi selepas islam turun,islam adalah agama yang diterima...harap anda adalah orang yangberada pada agama yang betul...banyak agama selain islam wujud untuk manusia berfikir n cari jalan yang lurus.dalam surah al-fatihah pun kita selalu berdoa supaya tetap di jalan lurus(islam)..Allah bukan mangsa manusia,Allah tidak berdiri dengan kuasa manusia,tidak berganjak kuasanya dengan kelakuan makhluknya..Allah maha besar...harap penulis ni,belajar lebih lagi...

Anonymous said...

pd tukang komen di atas ambillah tuhan untuk anda seorang sbb cara anda berfikir seperti anda saja paling tahu dan paling layak berkata tentang tuhan.

nanti anda masuk syurga sorang-sorang atau sebaliknya kerana anda saja paling layak untuk kedua-duanya.

Adam Kulim said...

Orang Melayu..pantang tgk ada silap orang Melayu..mesti nak ganyang cukup2...

yg cetek ilmu mengaku pandai...yg jahil mengaku bijaksana...

mengapa tidak jika kita punyai ilmu yang lebih, cuba tegur dan bagi pendapat secara ilmiah dan tidak sakit hati...

mengapa perlu dihentam seseorang..jika kita tahu dia salah..mungkin dia tidak tahu..ataupun dia bermaksud lain..cuma untuk mencetuskan rasa bersyukur setiap kita punyai tuhan..dan sbg umat Islam...kita percaya Allah itu satu..dan yang teragung..tiada lg yg lebih tinggi dari itu...

oo..lupa plak saya..orang Melayu mmg mcm ni (saya juga Melayu)..suka menjatuhkan antara satu sama lain.....

bukan nk agungkan Cina..tp sistem "kongsi" telah membuatkan mereka berjaya mengukuhkan ekonomi dalam dunia. kongsi pengalaman. kongsi wang,kongsi pendapat...

kalau kita guna Al-quran..sudah tentu kita berjaya..cuma sekarang..orang Melayu lebih suka ikut perasaan....

Anonymous said...

Apa yg tukang komen di atas tulis ni? Cuba semak siapa yang datang nak mengajar? Saya perhati manusia macam tukang komen di atas yang datang sibuk nak mengajar bukan nak berbincang dengan waras. Dah la nak susun ayat pun lintang pukang, satu idea pun tidak ada. Macam inilah rupa-rupanya pembela agama!

Adam Kulim said...

kepada tukang komen di atas yg saya hormati...

tak mengapalah...andalah yang hebat.. saya sekadar berkongsi pendapat..

tapi mungkin adalah yang paling mulia...saya tak kata pun nak mengajar...saya ni insan lemah..tak macam saudara di atas...cuma mungkin saya berani perkenalkan diri dan tidak hanya bacul menggunakan nick anonymous...

atau mungkin saudara ingin merendah diri kerana saudara ini paling mulia dan lebih layak mengajar...teruskan..saya tak mengajar...cuma berkongsi pendapat...

Anonymous said...

saya rasa ada sesetengah orang tu, dia suka berbahas sebab dia nak tunjuk kat orang kata dia pandai. dia asyik suka berbalah, dia asyik komen diri orang tapi mai tang dia, dia punya susun ayat, bubuh pendapat orang tu orang ni, konon dia banyak ilmu laa... dia tau macam2.. dia kata org lain salah , dia betoi tapi dia tak pun pi perbetoi apa yang orang lain salah mengikut kiraannya lah, belom tentu yang mutlak. suka hati kata orang tak layak dok kat u la, sesuai dok kat ceruk la... dia ingat dia pandai sangat???? dalam hujah, dia selit la mcam2, bagi orang kagum dengan dia. itu riak, sombong dan angkuh namanya. kata2 dia berbaur bongkak, hanya tau merendahkan orang lain. dia ingat dia paling pandai la tu... menyampah betoi aku dengan spesies ni.hampeh!sombong! mentang2 dia ingat dia pandai, tak mau langsung terima kata orang lain..

Anonymous said...

Adam dan anonymous,

Tiada satupun respon saudara berdua bila tidak bersetuju lalu saudara berdua memberikan asas dan hujah untuk menjelaskan kenapa tidak bersetuju.

Saudara berdua hanya melalut dan berleter. Sangat sibuk mengata orang.

Macam inikah cara umat melayu Islam waras yang mahu berbincang dengan saudaranya yang lain?

Mentang-mentang berkomunikasi tanpa nampak mata hidung orang lain, jadi main sedap aje...ingat orang ni apa ke?

Adam Kulim said...

ya..mmg pun mmg sayalah yg mengata orang...sayalah yang salah..anda betul..jangan risau..

saya tidak beri respon setuju atau tidak dalam topik ini, cuma saya katakan jika hendak menegur orang, biar dengan lemah lembut,ada fakta, jangan cepat panas baran...

relaks...minum air dulu sahabat...

cuma saya hairan..siapa yang tidak waras..siapa yang emosional...

"mengata dulang paku serpih"..oopss.. :P

Anonymous said...

kepada rakan-rakan yang berbincang, teruskan sahaja perbincangan.

tidak usah pergi pada hal-hal lain, peribadi atau yang seumpama dengannya.

kalau topiknya berkenaan gas beracun, teruskan berbincang berkenaan gas beracun. Jangan pula masuk topik hidung ah moi kuliah sebelah tidak mancung.

jangan pula ada yang nak jadi orang tua di sini. letih!

Adam Kulim said...

Ya..saya sokong wakil MPP UUM..

cuma penulis blog tak beri penerangan yang jelas...adakah beliau cuba untuk menimbulkan sifat prihatin pada agama kepada kita semua...atau adakah penulis blog ini mempunyai pendapatnya sendiri berkenaan tuhan...

atau saya yang kurang faham tentang penulisannya..

-adam,MPP MMU Melaka

Anonymous said...

sudah sangat jelas kot!

tapi tak apa, saya boleh jelaskan sekali lagi.

saya menyokong kebebasan berkomentar, perbezaan, berpolemik dan yang seumpamanya. dengan itu saya tidak akan menyokong yang sebaliknya. misalnya bermain dengan hal-hal peribadi atau mencelah pada perkara yang tidak ada kena-mengena dengan topik.

maksud orang tua pula ialah orang yang suka nak bagi peringatan walhal satu habuk pun tidak ada apa-apa pandangan daripadanya.

saya sendiri sangat cetek pengetahuan tentang topik yang dibincangkan, jadi saya membaca saja dengan penuh minat untuk mencuba memahami isi perbincangan.

saya hantar komen ini pun sebab saya nampak ada pihak yang cuba mengganggu perbincangan jadi ia juga menyekat minat saya untuk mengikuti polemik dengan lebih jauh.

sebagai wakil mpp uum saya malu dengan situasi ini. kerana apa yang saya faham universiti ialah tempat untuk bebas berkata apa saja.

kalau tidak, namanya bukan universiti tapi reban ayam yang asyik riuh dengan hal-hal yang sama saja. saya mahu iklim universiti bukan reban ayam.

jika ada pihak melontarkan hujah bahawa agama langitlah menjadi punca utama pertumpahan darah sesama manusia sejak zaman-berzaman pun tak apa sebab di universiti mana ada undang-undang untuk menyekatnya.

jika ada undang-undang itu bukan universiti namanya..

Anonymous said...

Salam Gempur..Kita tidak bisa membuat agama menjadi berpihak pada manusia tanpa memahaminya bahwa agama itu untuk manusia (antroposentris), bukan untuk Tuhan (teosentris).

Fikih Ibnu Rushd: Antara Konservatisme dan Liberalisme
“Definisi tentang Tuhan yang dibuat oleh manusia, sesungguhnya tidak mencukupi tentang Tuhan itu sendiri.” “Segala upaya untuk mendefinikan-Nya, berarti usaha untuk mengerdilkan-Nya dengan standar manusia. Sehingga kita hendaknya tidak mengurusi Tuhan. Tetapi mengurusi manisia itu sendiri.” Demikian pendapat Moh. Guntur Romli, aktivis Jaringan Islam Liberal, pada diskusi “Revitalisasi Agama untuk Kemanusiaan” di Universitas Soedirman, Purwoketo, 20 Oktober 2005 lalu.

Menurutnya, manusia terhadap agama itu berposisi sebagai objek. Dia hanya mempunyai hak untuk menegakkan syariat dari Tuhan. “Kita tidak bisa membuat agama menjadi berpihak pada manusia tanpa memahaminya bahwa agama itu untuk manusia (antroposentris), bukan untuk Tuhan (teosentris)”, sambungnya. “Saat itulah kita bisa membuat agama berpihak kepada manusia.” “Tuhan tak perlu dibela”, tegas Guntur mengutip Gus Dur. “Namun kenyataannya banyak perbuatan manusia berdadrah-darah yang mengatasnamakan membela agama dan Tuhan.”

Pernyataan Guntur ini spontan ditolak oleh aktivis HTI Purwoketo, Abdurrouf, yang menjadi pembicara kedua pada diskusi ini. menurutnya kita tidak bisa dengan mudah memperlakukan agama dengan cara pandang dan akal manusia. Karena akal manusia dinilai lemah dan terbatas. “Satu saat ia bisa berkata ’ya’ dan pada saat lain ia bisa berkata ‘tidak’.” “Sumber yang paling dapat dipercaya adalah berangkat dari Alquran itu sendiri”, tegasnya.

Lebih jauh, Abdurrouf menegskan bahwa Islam harus dipahami sebagai sebuah ideologi. Sebagai salah satu pilihan ketika kapitalisme dan sosialisme tidak mampu lagi menjadi problem solving dalam kehidupan manusia. “Dalam ideologi-ideologi besar duni itu masih ada sisi humanis yang belum disentuh, maka untuk itu pahamilah Islam sebagai suatu mabda’ (ideologi)”, tegasnya. “Ideologi yang hadir karena wahyu (ayat) Allah inilah yang membedakan Islam dengan ideologi lainnya yang berdasarkan akal dan kejeniusan manusia.” Selain alasan wahyu, juga karena Islam terkait dengan aturan di dunia dan hisab setelah di dunia. Oleh karenanya, sebagai sebuah ideologi, Islam dinilai oleh alumni Universitas Indonesia ini, sebagai kaffah.

“Ideologi yang lahir dari akal dan kejeniusan memiliki banyak kemungkinan untuk tergelincir ke jurang kesesatan”, tambahnya. “Berbeda dengan ideologi Islam.” “Ini juga yang membedakan Islam dengan agama-agama (Yahudi, Katolik, Protestan, Hindu, Budha, dan seterusnya). Konkretnya, apakah kita pernah mendengar konsep ekonomi menurut agama ‘X’?” “Tentu tidak pernah. Tapi sistem ekonomi, politik ataupun lainnya, menurut Islam, kita pasti sering mendengarnya,” tegas Rouf bangga.

Diskusi yang berlangsung di Auditorium Utama Fisip Unsoed ini juga menghadirkan Ikhwanusshofa, mantan PB HMI-MPO. Pria alumni UIN Sunan Kalijaga, Jogjakarta ini mencoba mengembalikan pembicaraan pada konteks kemanusiaan. Menurutnya agama dari dulu memang untuk manusia. “Saat ini sudah tidak saatnya lagi kita berdebat tentang apakah agama untuk manusia atau untuk Tuhan”, tegasnya. “Tetapi masalahnya sudahkah kita mampu menghadirkan agama yang bervisi kemnanusiaan itu?”, tanyanya tegas.

Ia juga menyinggung bagaimana Islam tidak menawarkan latar belakang yang bersifat fisik. Karena menurutnya, latar belakang fisik-materialis hanya akan menjerembabkan kita kepada absurditas. “Jika ini terjadi, maka tepat jika Camus mengatakan, kenapa kita tidak bunuh diri saja?” “Artinya, apa yang diberikan oleh Islam adalah al awwalu wal akhiru, ia memberikan latar belakang dan latar depan sebagai orientasi manusia hidup di dunia ini.”
Gempur...........................

PANGASIUS said...

kepada yang tahu apa maksud penulis sila baca meniti kebenaran 4

PANGASIUS said...

hari ini sebenarnya ramainya menyangka mereka beragama, sedang kita sibuk bertelagah menegak agama kita terlupa berbicara tentang Iman. maka wujud masyarakat hari ini yang menyangka mereka beragama sedangkan kemungkaran masih terjadi. semua agama menganjur kepada kebaikan tetapi masyarakat semakin hari semakin tak menentu. pada aku, ini terjadi kerana hilangnya percaya dan yakin dalam beragama. manusia ambil mudah tentang perkara mencari keyakinan sedar atau tidak kita telah membiarkan diri sentiasa dalam kesesatan.