Wednesday, March 21, 2007

Pengangguran siswazah: menunggu mukjizat penyelesaian

SINTOK: Sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh yang dipetik akhbar The Star hari ini melaporkan Setiauasaha Agung Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong mencadangkan supaya lebih banyak lagi universiti awam dibina.

Ini kerana, kata Dr Wee, tahun ini sahaja terdapat seramai 135,000 memohon memasuki IPTA, manakala tempat yang disediakan di 20 IPTA sedia ada, hanyalah sekitar 70,000.

Apakah pandangan Dr Wee itu perlu diberi tepukan gemuruh atau ianya akan menambah lagi beban negara dalam melahirkan ramai siswazah baru yang tidak mempunyai pekerjaan? Atau, apakah pandangan Dr Wee itu (kerana tersiar dalam akhbar berbahasa Cina dan Star - milik MCA) hanya menyuarakan rasa hati orang Cina yang tidak pernah takut kepada pengangguran kerana kekuatan ekonomi negara rata-rata dikuasainya?

12 comments:

Anonymous said...

this would be one of the 'real' issues that we need to talk about rather than students' fashion or preach we supposed to attend. looking forward to read some responses.

Anonymous said...

apa yang 'timbul' semua 'real'. kenapa mahu diskriminasi?

umarzain said...

Terdapat begitu banyak isu (dan sub-sub isu)yang mengelilingi pengangguran. Pemilik laman nampaknya cenderung membawa isu ini kepada perspektif kaum. Atau mungkin juga hanya kebetulan kerana petikan akhbar itu daripada otoriti Cina.

Saya suka melihat isu ini kepada beberapa fakta, yang mungkin tidak akan dipersetujui semua;

1- kerja di malaysia sangat banyak. Yang sikit dan dikepung adalah kerja kerajaan.

2-ini amat berkait dengan hujah kori-kerja yang banyak adalah di luar penguasaan0kawalan kerajaan, jadi sistem ekonomi bebas ternyata dikuasai oleh Cina, dengan hanya sedikit campurtangan kerajaan.

3-Kerja apa-apa saja mugkin boleh bermula dari bawah-bukan eksekutif level. Zaman habis mengaji terus capai eksekutif level mungkin dah berlalu. Siswazah masa kini juga tidak terkecuali, boleh bermula di peringkat ini dengan gaji relatif rendah.

4-ingat lagi teori piramid azmi (2007), siswazah bumi akan mengisi pekerjaan secara piramid terbalik. Kesannya mereka akan mengganggu pekerjaan yang sepatutnya diisi oleh kumpulan bukan ijazah, dan menambahkan lagi masalah sosial berkaitan.

5-peranan kerajaan nampaknya kecil sangat dalam menangani masalah ini-mungkin juga satu kesilapan di peringkat dasar apabila kementerian sumber manusia, dan kementerian yang menjaga sektor berkaitan dengan kerja diberi kepada orang lain-spt perladangan dan komoditi,kementerian tenaga-ini semua sektor yang menjana kerja dalam skala besar.

apa pilihan under graduate (yang sedang belajar sekarang)?

1- mulakan program memasarkan diri bermula sekarang dan mulakan dengan diri sendiri.

2- Soft skills-bunyinya klise tetapi amat penting- hanya soft skills yang terbukti mampu menerobos cengkaman kapitalis yang di luar kerajaan-itu pun setelah anda berjaya membuktikan anda berguna kepada mereka-para tekong ini.

3-desak kerajaan supaya perbaik lagi ekonomi dengan dasar-dasar yang lebih kemas-bila ekonmi berkembang positif akan membuka ruang pekerjaan yang lebih besar.

Kesimpulan, idea no 3 bergantung kepada semacam nasib-jadi bergantunglah kepada idea 1 dan 2 kerana ia dalam kawalan anda.

Anonymous said...

\-p

Anonymous said...

\-p

sesungutpatah said...

According to Economic Report 2006/2007 (pg 73), job vacancies registered with ELX (Electronic Labour Exchange) Ministry of Human Resource as at 2005, increased to 304,500, following strong domestic economic activities, positive business sentiment and better grwth prospect of the economy.

Out of total registered, vacancies for diploma holders numbered 24,779 (8.1%). Job vacancies during the first of six months of 2006 increased significantly to 396,745 (January-Jun 2005:44,084), including 12,468 posts for graduates.

Based on this figure, i think our economy is still cannot cope with the production of graduate from public universities. Four years ago, if i am not mistaken, we took around 45,000 to enroll public universities for their first degree. For the private university, we took around 20,000.

Meaning that last year and this year we produce 60,000 graduates.

Our economy can cope just around 12,000 graduates, and left around 48,000.

We have to find 'mukjizat' to solve this problems.

Our government (every menistry try to build own university!)is continously interested to build more universities.

I don't know what the wisdom of goverment to build more universities?

Anonymous said...

Jika pengangguran lepasan universiti merupakan suatu fenomena penghuni dunia, maka hubungan bererti boleh dilihat dengan perkara-perkara yang sedang memacu hidup manusia di dunia.
Jangan sesekali pula mengaitkan dengan apa yang sedang berlaku di perut planet Marikh misalnya, jalan penyelesain besar sekali tidak ditemui di sana.

Jika pengangguran ini hanya kes terpencil di wilayah Malaysia, mari lihat apa yang sedang berlaku di Malaysia.

Gue sendiri tidak jelas, apa boleh didakwa suatu fenomena dunia atau hanya fenomena lokal. Posting pemilik blog hanya menyentuh situasi lokal.

Ada satu lagi istilah diperkenal dalam negara, diberi nama 'glokal'. Tapi setakat hari ini gue tidak ada keperluan untuk menggunakan istilah itu. Simpan saja dalam keronsong baju memnya, mungkin berguna untuk menambah saiz. Pada gue, gue tak mahu. Gue mahu yang lain, he he he..

Jika sepakat kata bersetuju, pengangguran merupakan suatu hambatan untuk keperluan perut, melapik tubuh badan dengan selembar kain, tempat berteduh dari panas, hujan dan ribut maka situasi kita dalam negara sangat bahaya. Boleh 'chaos' bumi bertuah. Data yang dipersembah Kori grafnya ke atas. Pengangguran lepasan universiti seperti tidak ada jalan keluar, hanya mukjizat boleh menyelamat keadaan.

Tapi adakah betul pengangguran graduan melibatkan sehingga sebiji beras pun tidak mampu dibeli? Bila membeli beras pun tidak mampu, perihal mimpi-mimpi zaman kampus untuk miliki itu, miliki ini akan terus tinggal mimpi. Oooh, betapa malang nasibmu peribumi!

Pada gue, tidak. Graduan tidak lapar. Graduan juga bukan tidak ada tempat berteduh. Tersumbat hidup bagaimana sekalipun, rumah orang tua masih ada dekat kampung untuk tidur. Tidurlah sepuas-puasnya.

Moga-moga masa tidur yang panjang itu akan bermimpi bahawa wilayah Malaysia ini sangat kecil, sangat sempit, sangat tidak mencabar untuk membuktikan siapa sebenarnya diri anda. Jadi tidak ada pilihan melainkan terbang ke wilayah lain. Graduan bukannya ada tanggungjawab apa-apa perlu digalas.

Tinggalkan dulu cewek dan cowok. Tangguhkan dulu mahu jadi orang tua. Jadi orang tua bila benar-benar sudah tua, jika mahu. Juga tidak mengapa tinggalkan dulu perasaan cinta pada negara. Lagi pun apa yang anda boleh sumbang pada negara jika anda sendiri pun sibuk ke hulu-ke hilir mencari kerja.

*respon di atas masih di peringkat intro.

Anonymous said...

Ada puluhan kalau tidak ratusan preskripsi bagaimana lepasan universiti harus melengkapkan diri demi menjadi cukup berdaya saing dalam pasaran kerja.
Ada waktu preskripsi ini sudah cukup membuat mereka terpinga-pinga kalau tidak pun 'blank' terus kerana langsung tidak berhubung-kait dengan personaliti diri.
Bayangkan jika filem pujaan ialah koleksi Yusuf Haslam dan Razak Mohidin, pelakon idola Norman Hakim dan Abby, manakala novel dibaca ialah karya-karya mendodoi jiwa dan barang tentu ini menjurus kepada pengacara paling diminati nanti Aznil AF kuek, kuek, kuek.
Jika ini menguasai hampir separuh getaran hidup dalam diri masing-masing, bagaimana ya?
Apakah perbincangan menjadi 'kencang' bila berbicara tentang bagaimana agaknya personaliti2 yang berkarya untuk google dan microsoft?
Adakah personaliti seperti mereka (google & microsoft hanya contoh) berlambak wujud di bumi bertuah?
Jadi sekali lagi pada gue mahasiswa perlu memasang mimpi di kamar masing-masing. Mimpinya bukanlah untuk beradu peluh atas ranjang dengan miss universe.
Mari keluar melihat dunia dan melihat bagaimana manusia lain mencorak hidup mereka.
Santai-santai di 'nude beach' pun okey jugak. Satu bentuk kemajuan, satu bentuk kemerdekaan.

Balikin kebebasan

Anonymous said...

salam,

sy stuju mmbanyakkn universiti tapi tak setuju mmbanyakkn penganggur.

mungkin universiti boleh rangka satu program agar students dapat rancang pekerjaan mereka (cth: keusahawanan) dgn detail (mcm blue print) dan bila habis blajar nanti just carry out.

ala SDG
Work Dev. Group (WDG)

Tapi mesti Jangan lupe kisah ketam yg mengajar anaknya berjalan.

Anonymous said...

Ada dua hal bermain di kepala. Pertama, adakah lepasan universiti lokal mahu ada kerja hanya kerana memenuhi perut minta diisi dan kemahuan memiliki itu dan ini terpenuhi, atau hendak meningkat pengetahuan dan kemahiran yang diceburi setelah keperluan biologi tidak jadi hantu lagi?
Dari pengamatan kasar gue cenderung mengandai setelah perut diisi, hidup kemudian bergerak kepada kemahuan memiliki itu dan ini dan ia tidak ada perhentian lagi. Hanya saat mati baru berhenti. Kasihan, kasihan sungguh kamu peribumi!
Andai benar andaian ini, budaya hidup tidak akan berganjak pada hal-hal estetika (seni) yang mungkin akan memandu pula ke 'lorong spritual tulen' diri sendiri.
Setakat tunduk-bangun peninggalan warisan itu, yang tidak merasa spritual pun boleh ikut tunduk bangun. Paling-paling hari Jumaat seminggu sekali.
Jika isu pengangguran sampai ke tahap krisis, setakat anjuran kursus berniaga bukan lagi jawapan. Kalau orang dah tidak ada kerja dan poketnya kembung dari karenah tangan duduk mengorek syiling, kita hendak berniaga apa?
Pada waktu ini kita harus bangun melihat persoalan budaya. Jika perlu, kita harus melakukan 'revolusi budaya'. Kalau dah berpuluh temuduga hampa, beratus resume kecewa, jika gue kepala pemerintah gue persila keluar saja. Kawan, pergilah lihat dunia. Apa yang hendak tunggu lagi, kalau memang dah tak ada (kerja). Setakat tambang, makan minum seadanya buat sementara, gue kepala pemerintah boleh membiaya. Janganlah minta naik boeing, naiklah keretapi atau kapal samudera, lagi pun hendak cepat-cepat ini buat apa? Tempuhlah beribu-berjuta perkara, barulah anda jadi orang kaya!

Respon kali ini gue ingin menjawab persoalan khusus Kori secara 'sederhana'. Jika ini sederhana, tentunya ada yang lain yang 'tidak sederhana'. Ya, tentu saja!
Dr Wee Ka Siong (Pemuda MCA) cadang lebih banyak IPTA dibina kerana separuh lagi pemohon layak masuk IPTA tidak dapat masuk ekoran tempat sudah penuh.
Cadangan Dr Wee logik dan sungguh layak ditepuk gemuruh. Kenapa tidak?
Kori mempersoal, tidakkah nanti menambah beban negara mewujudkan kerja? Jika negara itu bermaksud kerajaan, gue ingin bertanya, 'sejak bila kerajaan perlu mempersoal beban-beban? Jika tidak sedia pikul, lepaskan saja tampok di atas. Dendang band pujaan gue berhubung hal ini, 'hooi... minggir!
Tidakkah duit negara yang membayar survival hidup dan kemewahan kakitangan awam, kalian bukannya buat kerja percuma.
Kemudian Kori cuba bermain dengan maksud tersirat. Yang ini pun layak saja bagi Dr Wee kerana beliau pemimpin MCA. MCA parti orang Cina. Beliau satu spesies denga Khairy Jamaludin. KJ berwadah orang Melayu, Dr Wee Cina. Jika Dr Wee tidak melayan aspirasi Cina, hayat politik beliau jadi singkat. Orang Cina mahukan pemimpin yang boleh menggalas dan merealiti cita-cita Cina. Orang India mahu yang boleh diharap orang India. Dan ini jugalah jawapannya kenapa UMNO terus survive.
Kaitan dengan penguasaan ekonomi Cina, maka Cina tidak takut menganggur, ya, ini fakta. Jadi apa yang sebenarnya ingin disampai Kori? Gue dalam keadaan tidak bersedia mencelah.

Setelah bermain dengan angka-angka menakutkan bagi siswa-siswi angkatan Aznil Nawawi kuek, kuek, kuek - Kori menyoal apa 'wisdom' kerajaan menubuh lagi universiti?
Wisdom kerajaan ialah supaya kerajaan tidak lagi mengumpul dosa berbohong pada anak-anak muda yang mahu menikmati pengajian tinggi. Dikempen itu, dikempen ini supaya jadi manusia bijak-pandai, alih-alih bila sudah layak tempat tidak cukup pula. Apa ini?
Sekian banyak duit negara diperuntuk peringakat belajar rasmi menengah dan rendah, tiba masanya separuh yang layak terlopong-lopong kecewa. Apa ini?
Dengan pena, gue mahu saja merusuh. Polis tidak boleh tangkap gue, kerana kerajaan payung polis yang sebenarnya minta dirusuh!

Anonymous said...

Komen chenik untuk yang ni sungguh bernas, ore kelate kata kena atas tong. kori mesti jawab, demi maruah anak kelantan.

sedikit komen saya, kerajaan sekurang-kurangnya dah mencapai objektif memberikan pelajaran menengah. ingat lagi kepada pertentangan dulu-dua ekstrim;
1-pelajar universiti dikatakan cream of the cream-sari madu dari ribuan pelajar selepas tapisan di peringkat menengah- maka timbul soal apakah kerajaan yang penyayang akhirnya menyia-siakan bakat dan potensi para elit ini.
2-masih hal yang sama, perspektif berbeza, apakah kerjaan masih lagi perlu menyara kumpulan yang dikatakan brilian ini? bukankah orang brilian boleh mencari kerja, malah mencipta kerja. Cukuplah kerajaan tanggung kumpulan yang kurang brillian ini.

orde hidup aku said...

klik link dibawh utk dptkan teknik2 menjana income dari internet..PERCUMA!!!

http://formulaluarbiasa.com/recommends/joe154

rebutlah ilmu ini utk kegunaan kita dan sebagai pengetahua utk ms dpn..dan ianya PERCUMA!!!!

ora et labora

join me http://rezekimelangit.blogspot.com