SINTOK: Idealis selalu berkata mahasiswa adalah pewaris kepemimpinan dan universiti mesti menjadi tempat memupuk intelektualisme.
Inikah yang mahasiswa dan masyarakat mahukan dengan universiti?
Meski tidak ada tinjauan persepsi, aku masih berpendapat mahasiswa ijazah pertama mahukan pekerjaan apabila bergraduat. Mahu mencari pasangan. Mahu membalas jasa ibu bapa melalui rezeki dan tentunya bagi yang kurang berkemampuan, membayar PTPTN.
Jika kenyataan ini boleh diterima secara umum, maka universiti perlu bergerak ke arah itu. Pastikan semua graduan ijazah pertama bilingual. Ada kemahiran yang boleh dipasarkan. Pastikan majikan berpuas hati dengan produk universiti. Mantap hard skill dan soft skill.
Atau, jika mahukan keidealan universiti: tutup universiti. Tubuhkan seberapa banyak politeknik, kolej komuniti dan institusi latihan yang khusus untuk membekalkan buruh-buruh ke institusi kerajaan atau swasta.
1 comment:
last month pak lah ader cabar 2 menteri kita Pak Hisham supaya meningkatkan mutu pembelajaran sekolah supaya pelajar yang dihantar ke universiti lebih baik dan pada Tok Pa untuk melahirkan graduan terbaik daripda setiap universiti yang ada di malaysia.
walau bagaimanapun lawatan ke Nanyang Technological University (NTU) singapura betul2 membuka mata n minda yang menyatakan segala apa yang nak dibuat perlu ada DUIT adat DANA dan bukan cakap pakai air liur jer... selain itu, pemikiran perlu lebih terbuka, independent mind set tu perlu ada supaya kita tak membataskan pemikiran kita dengan benda2 kolot dan jumud. Kalau nak jadi yang ternaik, perlu usahakan dengan lebih baik!!! Apa guna cakap MALAYSIA BOLEH?????
Post a Comment