Thursday, February 8, 2007

Meniti Ruang Kematian

MACHANG, KELANTAN: Ianya berlaku pada 22 Disember 2006. Waktu itu sempena projek kampung angkat di sini. Aktiviti biasa siswa-siswi. Gerak-gempur Sains dan Matematik. Tarikh ini musim tengkujuh. Anginnya selalu sejuk. Rintik hujan bertali-arus. Dua hari digigit sejuk.
Aku melihat ada sebuah papan tanda. Tertulis Kolam Air Panas Tok Bot Pulai Chondong. Ah...memang menarik. Aku mengajak rakan-rakan siswa menemani. Kerana banyak kerja waktu itu, kami bergerak jam 6.45 petang. Sampai di Kolam air panas jam 7 petang. Kerana lewat, rakan-rakanku tak mahu mandi. Aku, pencinta memori, tetap akan mandi. Perasaanku bulat untuk mandi. Apalagi, airnya panas. Harinya hampir gelap.
Kira-kira 15 minit aku mandi. Berendam, berenam, menyelam sunggguh mengayikkkan. Lupa mengenai fizikal yang letih. Dua lagi rakanku ambil keputusan untuk turut mandi. Mereka hanya merendamkan kakinya. Kolam itu tidak cetek.
Aku semakin hilang kekuatan. Berehat sekejab. Tangan ku letak dibirai kolam. Rasa sedikit mual. Fikiran juga letih. Nafazku sedikit terganggu. Dan....tiba-tiba aku bagai terjatuh dalam perigi gelap. Blank. Tanpa sebarang tenaga tersisa, aku terpaksa membiarkan keadaan itu berlaku. Alam itu gelap. Alam itu tidak membenarkan menggunakan tenaga. Tenaga suarapun sudah habis. Aku hanya biar ianya berlaku. Ketika itu, hanya perkataan mati muncul. Tiba-tiba tanganku disentak....tenaga yang tadinya hilang muncul sedikit demi sedikit. Aku diletakkan kembali di tirai kolam.
Terima kasih pada sahabat yang menyentak tanganku....menarik balik laluan ku untuk mati. Tuhan hampir merelakan aku mati ketika itu. Barangkali tuhan kesian kat aku. Mengilhami sahabatku membantu. Aku belum mahu mati. Syurga masih jauh. Teringat kata Horrace Mann: "Be ashamed to die until you have won some victory for humanity."

1 comment:

haniro said...

Saya boleh respon di sini sebab saya belum mati. Saya tidak ada idea panjang pasal mati mungkin sebab yang sama juga, belum mati. Jadi tidak ada pengalaman mati - belum tempuh dan belum alami. Pengalaman hendak bunuh diri pun belum ada.
Pasal mati yang relevan dengan saya,saya tidak takut. Jika takut,ia jadi gangguan,jadi belenggu. Malah saya sudah tidak faham apa yang perlu takut dalam hidup. Jika nama saya disenaraihitam seluruh badan kewangan dunia pun saya masih terus hidup dengan cara saya mahu.
Dengan tuhan sekalipun (kalau percaya tuhan), jika dikhutbah perlu takut, saya tidak faham kenapa. Kita wujud dan dia (tuhan) wujud,lalu hubungan berhubung antara dua pihak yang wujud. Jadi sudut takut ada di mana? Keyakinan Ali Shariati jelas dalam hal ini. Mungkin beliau terdedah dengan fahaman Sartre. Zamannya, zaman Sartre. Tapi Sartre atheist, jadi dari awal-awal lagi takut-tidak takut pada tuhan tidak berhubungkait dengannya.
Saya agak lembahsintok (kisah dari Machang) pun tidak takut mati. Hal-hal lain tentu saja mustahil saya tahu. Mungkin beliau takut kehilangan kekasih.