Thursday, September 15, 2011

ROH YANG LAPAR

TAJUK ini aku pilih berdasarkan artikel guru pengurusan, Charles Handy. Handy menulis sebuah buku bertajuk The Hungry Spirit.

Dalam kehidupan, sejarah menyaksikan seseorang/masyarakat yang menumpu kepada kehidupan duniawi, akan datang 'nabi, suara, pemikiran' untuk menyeimbangkan dengan kehidupan spiritual, seperti turunnya Loa Tze, Gautama Buddha, Musa, Isa dan Muhamad. Begitu juga jika tumpuan kepada ukhrawi semata-mata, akan datang juga ingatan agar 'dunia tempat bertanam untuk akhirat'. Gagal dunia gagal akhirat.

Aku begitu yakin golongan Nabi adalah mereka yang memahami roh manusia peringkat tinggi. Malah, memahami segala jenis roh - roh pokok, roh haiwan, roh universal apa lagi roh manusia. Dengan demikian, mereka dapat memberi nasihat yang halus dan bijaksana. Mereka bukan goilongan yang nak mengajar cara membuat pisau, kerana ini boleh difikir dan dipelajari dengan otak biasa, tetapi bagaimana menggunakan pisau yang bersesuaian dengan kehendak Penjaga Roh.

Seseorang yang tak pernah melayani, memberi makan akan roh, roh akan lapar.

Kelaparan itu akan memancarkan bencana yang lebih dasyat kepada kemasyarakatan dan politik manusia. Ini sedang berlaku di mana-mana sekarang.......termasuk diriku sendiri!




No comments: