Sengaja aku postkan artikel berkenaan. Ini kerana untuk membincangkan buku, mungkin tidak ramai yang berkesempatan masa untuk membincangkan. Begitupun, perbincangan mati kerana tidak ramai yang mahu untuk bergelumang memahami hujah-huja dua intelektual dalam dua disiplin istimewa - fizik dan psikologi.
Aku kemudiannya supaya tidak mati kelab itu telah mengemukakan ringkasan buku cendekiawan Iran Dr Ali Syariati mengenai Quran. Bagaimana beliau menganalisis al-Quran seperti buku biasa dan menemui method penyusunan al-Quran yang hebat. Bagaimana tema Tuhan (surah al-Fatihah) berakhir dengan tema manusia (an-nas). Bermakna al-Quran memberi keutama kepada dua isi penting iaitu psikologi dan manusia secara kasar. Ali Syariaati mengnalilis lagi mengikut tema berdasarkan surah-surah, lalu menemui beberapa lagi cara baru melihat al-Quran.
Namun, dalam tradisi kita, kita lebih cenderung untuk membaca seperti kakak tua!
Yassin dibaca di atas kubur; Yassin di baca ketika malam jumaat - tanpa memahami makna.
Tradisi Sahabat tidak begitu. Sementelahan mereka memahami, mereka membaca secara tartil dan bertadabbur dan mengamalkan. Mereka membaca 10 ayat dan mengamalkannya terus. Sejarah mencatatkan ibnu Umar menghabiskan al-Baqarah dalam dua tahun. Sedang, orang kita membaca sehari!
Apakah kita hanya mahu menjadikan Quran sebagai kitab keramat?
No comments:
Post a Comment