Tuesday, August 24, 2010

NIZA PERGI BUAT SELAMANYA ....




5 Jun 2010, aku menulis: SEORANG rakan rapatku, bukan lelaki, memaklumkan ada ketumbuhan dalam badannya. Kini, sebesar bayi yang sempurna untuk lahir. Hospital dalam sebulan dua ini bersaksi kehadirannya. Beliau seorang yang kuat semangat. Seorang yang berani menghadapi hidup. Seorang yang aktif dalam sukan.

Hampir tidak pernah aku melihat air matanya.

Pagi ini dia mengalirkan air mata....seolah-olah menjalani hari-hari terakhir hidup dalam dunia ini.

Malam Jumaat, 19 Ogos lalu, kira-kira jam 7.30 malam, rakan ku ini yang aku kenali sebagai Niza, kembali ke rahmatullah.
Moga Allah menempatkan beliau bersama orang beriman...

Seorang sahabatku, lelaki, bagi memberi dedikasi buat Niza, sebaik sahaja melawat Niza terus mencatat begini:

Sahabat,
Malam hujan,
malam panjang
kosong rasa,
satu yang kuingat
dia pernah bahagia
di sela-sela derita
dia bidadari
dan di surgapun begitu....

Untuk rekod, apabila saya mengadu dan berkongsi masalah dengannya, dia menjawab sebagai seorang yang cukup matang. Pada 5 Jun, dalam sms peribadi: "Janganlah macam tu...saya redha dgn ujian hidup yang saya kena lalui...awak pun jgn cpt putus asa."

Berikutnya beliau sms, seperti memberi isyarat, walhal itu 5 Jun yang aku sendiri tidak tahu apa yang beliau tahu: "bagi saya kita adalah org2 terpilih...hanya DIA yang lbh tau apa yang terbaik utk kita. Kita tak akan diuji melainkan utk kebaikan kita, cuma kita yg x tahu. Awak jgn putus asa ya.... ujian utk saya lbh berat...melibatkan nyawa....so, awak jgn cpt putus asa."

Niza, kadang-kala kita bersms dalam bahasa Inggeris. Beliau bersms juga pada tarikh 5 Jun, begini: "...after the news, i managed to live my life as normal as b4. As a matter of fact there are times i'm feeling down. Thnk u 4 willing 2 share the blue."

Juga untuk rekod, pada tarikh kematianmu Niza, aku menerima sms ini kira-kira jam 10 pm, sedangkan kau kembali ke rahmatullah jam 7.33pm. Ketika aku mencarimu seminggu tanpa khabar berita, tanpa menjawab panggilanku, dan selepas trawikh di Perumahan Universiti di Sintok, sekali lagi aku smsmu. Dan, jawapan daripada handfonmu: "Sy da kmbali ke rhmatullah...tlg sampaikan pd yg len...Alfatihah"

11 comments:

Anonymous said...

Pagi ini..27 Ogos, kubur allahyarhammah niza ku ziarahi bersama seorang rakan karibnya. Dalam diri masing-masing masih belum dapat menerima sepenuhnya pemergian beliau.

Hilang sudah seorang rakan karib kami yg cekal sepanjang hidupnya. Sesungguhnya kami hormati keputusan beliau untuk pergi dengan tenang.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas allahyarhammah niza..Al-Fatihah.

Anonymous said...

Niza, yg paling aku terkilan, aku tak sempat membantumu. Khususnya dalam minggu terakhir. Khabarnya kau mahu pergi dengan tenang.
Rasa macam berdosa. Patutnya kami membawamu ke hospital. Patutnya kami bersamamu ketika kau menghembuskan nafas terakhir.








Pat

jack said...

Al fatihah.....Arwah adalah seorang yg sangat tabah...tak pernah sekali sepanjang masa sakitnya beliau mengeluarkan setitik air mata pun...malahan sanggup marah pada ibu dan adik yg menangis melihat keadaannya...beliau tidak mahu pemergiaannya di tangisi...sentiasa ceria sepanjang masa sakitnya...sempat menulis sms yg terkhir...MASA KECIK...TAK TINNGAL2...MASA REMAJA..BELAJAR2 TINGGAL....BILA DEWASA...SAJE2 TINGGAL...BELUM TUA DAH MENINGGAL...patah tumbuh hilang berganti....bagi kami, yg pergi takkan kembali lagi...yg tinggal hanyalah secebis kenangan lepas...kami sekeluarga mewakili allahyarhamah memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan yg tidak disengajakan @ disedari sepanjang masa mengenalinya sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah....amin..

sesungutpatah said...

Ijat, terima kasih kerana berkongsi sms terakhir Niza. Sekurang-kurangnya, sebagai orang luar, saya bertambah yakin betapa Niza seorang yang tabah dan kuat.

Marilah kita sama-sama berdoa agar roh Niza berada bersama-sama dengan golongan yang terpilih Allah dan dimudahkan laluan beliau ke taman nyaman.

Anonymous said...

sunyi..saya hilang tempat mengadu. satu kehilangan yg cukup terasa di kalbu.

sesungutpatah said...

Niza, ketika sahaja ada sesuatu aku teringat akanmu. Kita selalu berkongsi suka duka. Kerab kali wajah mu hadir.

Di alam sana, aku harapkan tuhan begitu jinak denganmu. Aku harapkan kau tenang di sana. Aku harapkan kebaikan mu di sini akan bersinar di alam sana. Aku percaya kau tak melakukan dosa besar. Aku harapkan Tuhan telah ampuni dosa mu.

Niza, jika ada sesuatu yang mahu kau beritahu dunia, alurlah kepadaku. Aku bersedia mendengarnya.

Anonymous said...

Eхсellent blog! Do you have аnу
гecommendаtions for aspiring writеrs?

I'm hoping to start my own website soon but I'm a
lіttlе lost οn everуthing.
Would you propose starting with a free plаtfοrm like Wогdpresѕ or go
for a paiԁ option? There are so manу choіces
out there thаt I'm totally confused .. Any recommendations? Kudos!

my website ... best payday loans
My page - best payday loans

Anonymous said...

I еvеry time used to rеad article in news pаpers but noω as I am a usеr of net so from noω ӏ am using nеt fοr content, thanks to web.


Review my homeρage ... New Bingo Sites
Also see my webpage - New Bingo Sites

Anonymous said...

Ӏtѕ like you read my thoughts! You appеar to undеrѕtand a lоt аpprохimately this, like you wrοte thе е-boοk in іt οr sοmething.
I thіnk thаt you simply could dо with some
perсent to power the mesѕаge home a lіttlе bit, but
instеad of that, that is excellent blоg. Α fantastic reаd.
I ωіll certainly bе back.

Alsο visit my blog poѕt ... guaranteed payday loans

Anonymous said...

I bеliеvе this іs among thе
such a lοt vital infο foг me.
Anԁ і am glad studying уour article. But want to ѕtatement оn few geneгаl thіngѕ, The website stylе is wоnderful,
the artiсleѕ iѕ actually nice :
D. Eхcеllent ρrocess, cheеrs

Mу webѕite ... payday
my webpage: payday

Anonymous said...

Perineoplasty (or Perineorrhaphy) has an
objective of making this area look normal by cutting out excess skin and flaccid skin tags.
This is a great font for use with winter designs as you prepare all your
Christmas artwork. Skin tags can affect you and anybody else at any age and
irrespective of your skin type.

Here is my blog - liquid nitrogen for skin tags (btbuddies.org.uk)