Monday, November 16, 2009

BERSARALAH TOK GURU NIK AZIZ!

DEMI pertubuhan yang mengambil label Islam sebagai wadah politik, kredibiliti dan integriti parti serta agama mestilah dijaga.

PAS dan Tuan Guru Nik Aziz telah diasosiasikan. Jika menyebut PAS tanpa menyebut Nik Aziz sebagai mursyidul amya, macam PAS tidak wujud. Walau pelbagai kenyataan aneh, beliau tetap dibela oleh penyokong totok. Nik Aziz tetap maksum, kepada mereka. Rasional sudah diketepikan.

Namun, bagi sesungut, Nik Aziz telah sampai ke peringkat melampau (taghut). Hilang pertimbangan kemanusiaan. Hilang pertimbangan rasional. Hlang pertimbangan agama. Dah tidak tahu dosa pahala.

Penyelesaiannya: Beliau perlu bersara.

Mengapa Nik Aziz boleh dikatakan pengamal taghut?

Tidak ada manusia waras dan rasional boleh menghalalkan pemberian hadiah haji percuma kepada beliau, anak dan menantu, yang syarikat berkenaan ternyata mempunyai kepentingan dengan kerajaan negeri. Apa ini bukan rasuah? Melantik menantu dari awal lagi yang beliau sebagai Pengerusi Perbadanan Menteri Besar itu juga memperlihatkan adanya conflic of interest. Apakah tuan guru tak pernah mendengar kisah pada zaman sahabat nabi, apabila ditanya Gobenor bolehlah menerima hadiah? Sahabat bertanya kembali, jika dia bukan Gobenar adakah orang itu akan memberi hadiah? Jika syariat itu benar ikhlas, banyak lagi tok siak/tok imam/tok bilal di masjid yang belum pernah ke tanah Makkah tetapi sangat berkeinginan untuk ke sana, tetapi belum cukup kemampuan kewangan. Jika duit hadiah itu RM65,000 seorang, bermakna jika mengikut muasasah Tabung Haji, bermakna sudah empat orang (dengan andaian harga mengikut cara muasasah kini RM12,000). Jika rombongan itu ingin menaja termasuk anak dan menantu, yang dilaporkan seramai 5 orang, bermakna sudah 20 orang Tok Siak/Tok Bilal/Tok Imam boleh dihantar.

Dalam akhbar The Star semalam, menantu Nik Aziz Arif Fahmi, masih lagi menghalalkan pemberian hadiah itu. Arif Fahmi sudah merosakkan kredibiliti Nik Aziz sebagai pemimpin unggul, malah merosakkan seluruh struktur PAS sebaga parti yang memperjuangkan Islam.

Kayu ukur manakah lagi diguna....Islam? Kredibiliti? Suhakam? PIN? SPRM? Kewarasan?

Walau dengan berat hati dan titisan air mata, sesungut berkewajipan untuk berkata: Bukan sahaja Nik Aziz perlu membatalkan untuk ke Makkah menggunakan pakej VVIP itu, malah beliau seharusnya meletak jawatan.

7 comments:

ibnuazzam said...

emmm entahla mungkin matlamat menghalalkan cara....

Anonymous said...

hai orang muda, jangalah mengeluh
entahla.. emmm entahla..

dah nak jadi orang tua ke?

cuba pergi sini

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/16/nation/20091116195924&sec=nation

baca apa Sir Bob Geldof cakap hari ini.

atau pergi ke twitter @star_rage, baca kata-katanya.

Anonymous said...

bagus tulisan ni..ia menambahkan laagi bukti bahawa semakin lama seseorang dalam suatu kekuasaan, maka semakin kuat ia terlibat dengan rasuah. Itu ayat-ayat yang selalu diulang anti corruptor zman Bung Nuar. Tapi sepatah kata pun tak terucap oleeh geng PKR dalam hal ni.. Amat menyedihkan sekali.

Apa pun pada pandangan ambo nik aziz dah lama tidak berfungsi sebagai ulama sepenuhnya. Sejak menceburi politik, dia jadi 90 % politician dan selebihnya ulamak. Mcm kata Khairi ali dalam chedet.com, dulu dia maqam ulama, sekarang ni maqamnya dah jatuh bercelabak.

Saya sendiri walaupun bukan penyanjung nik aziz, tetapi sebagai anak keelantan ada sedikit rasa hormat apabila beliau sanggup mengekalkan kesederhanaan dalam jangka masa yang agak lama. beliau menggunakan Mercedes lama, tinggal di rumah biasa tak sepadan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar. tetapi bila keadaan sedikit demi sedikit berubah, rasa hormat yang sedikit ada itu pun mula hilang sama sekali. Dia menukar kereta rasminya kepada kereta Mercedes baru.

Perasaan ini mencapai kemuncaknya apabila Nik Aziz sanggup terima tajaan kontroversi ini. pada awalnya komen saya pada seorang rakan, kesihann..naifnya Nik Aziz.
Apabila hal ini juga melibatkan anak menantu Nik Aziz, komen saya kepada rakan yang sama berubah nadanya..
Kata saya; ,rupanya nik Aziz juga tergoda dengan hal-hal material..apatah lagi haji VVIP percuma.
MAka disebabkan saya juga manusia yang melihat sesuatu seperti rasa seorang manusia, hilang lah respek saya kepada tindakan nik aziz sebelum ini yang memotong elaun dan sebagainya. sebab bila elaun dipotong, tetapi penajaan diterima, saya akan persoalkan..for what??
adakah terima tajaan untuk compensate elaun yang dah berkurangan..
Akkhirnya, dengan hilangnya kredibiliti sebaggai pemimpin sederhana, maka hilanglah seluruh citra nik aziz sebab cuma ini sahja benteng terakhirnya.
Apakah nik aziz ada benteng lain, ramai orang persoalkan? benteng idea agama atau pembaharuan agama? nonsense, mengarut pada paras maksima. benteng idea pembangunan negeri Kelantan? nonsense..Akhirnya idea kesederhanaan? juga terbukti sekarang ini? Nonsense..
salam.
Pemerhati politik.

Anonymous said...

Rasanya kalau Tok Guru Nik Aziz bersara apa jadi ya?... Tapi kan aku betul konfius..lah rumah.

1.. Ngkao tau tak??? Kalau nak banding rumah MB Nik Aziz ngan MB negeri2 lain. Rasanya rumah dia paling buruk...
Tu la sebabnya orang pakat sokong dia.Kalau ngko tenguk pun engko ake sokong dia.

2 Pastu pulak kan kalau MB2 negeri lain kan ke main pakai "Jaga" tapi Nik Aziz tak pakai JAGA pun.

3. Pastu pulak kan dia kalau orang mati kat kampung dia kan dia jadi IMam nya.

4. Pastu pulok kan dia boleh Jadi IMAM Solat tapi MB2 lain kan tak retipun.

5. Aku rasalah kan kalau NIk Aziz ada lagi memang payoh lah Kerajaan Pusat nak ambil balik kelate.

6. Maksum.. tadak sapa pun maksum kecuali Nabi dan Rasul. Tapi kan tulah sifat kepatuhan puak dia kepada pemimpin. Tak perlu hulur duit pun... Macam Puak2 dema tu... Sesikit duit2, buat kerja sikit duit.. tak bagi duit malah pacak bendera.. menyampah aku..

Anonymous said...

JANGAN BERSARA TOK GURU... terus memerintah.. Tapi ingat SETIAP PEMIMPIN AKAN DIPERSOALKAN ATAS APA YANG DIPIMPINNYA.

p/s : ENTAH TUMBUH KE TIDAK YE SESUNGUT KAMU TU YE..

Anonymous said...

kalu jenis perasan suci memang susah. semua benda dia betul sebab dia perasan suci.

lantik menantu sendiri pun betul sebab aku ni tak ada salah, aku suci.

anak-anak muda kelate duk nyendah pil kuda siang malam pun bereh selagi sokong aku, aku ni suci.

Anonymous said...

SELAGI lama Nik Aziz akan semakin banyak yang terbongkar.

Yang tak tahu mengenai Nik Aziz akan diketahui.

Nik Amalina yang dikenali sebelum ini dah dikenali - sekurang-kurangnya tahu cara berfikir dan beremosi.

Ariffahmi yang sebelum ini tak diketahui, dah semakin jelas perangainya.


Yang kita tak tahu 'haru-biru' Husam, Anuar Bakri, Ariffahmi, Abduh - juga semkian terbongkar.

Dan, jika lama lagi Nik Aziz memerintah, dia juga akan diingati apa yang dia buat akhir-akhir ini - menerima tajaan haji (rasuah) dari syarikat yang berkepentingan. Walaupun ada lagi anak Kelantan yang bijak dan handal, dia tetap juga melantik Ariffahmi yang tiada pun rekod kejayaan mentadbir syarikat korporat. Jika dia hebat dah lamapun bekerja di syarikat multinasional....


Peminat Hadi
Alor Star