Thursday, September 3, 2009

PROSES MENCAIRKAN IDEOLOGI MELAYU-ISLAM

Secara buku UMNO berideologikan kebangsaan. PAS berideologikan Islam. Secara ahlinya pula, ada ahli dan pemimpin UMNO yang berada dalam mazhab PAS dan ada juga pemimpin dan ahli PAS yang berkabilahkan kebangsaaan.

Ini seperti sudah ada jambatan.

Ada yang beranggapan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Banyak orang keliru dan tidak boleh menjawab yang mana satu yang dulu, Melayu atau Islam. Oleh kerana tiada jawapan memuaskan, maka dikatakan persoalan ini seperti ayam dan telor. Dengan tidak ada jawapan yang jelas berhubung isu ini juga, maka pernah timbul isu sekularisme, tuduhan taghut dan sebagainya.

Untuk menjawab soalan mana dulu antara Melayu atau Islam, maka aku mahu kemukakan soalan dalam bentuk lain: Yang manakah semulajadi dan yang manakah bersifat pilihan antara Melayu dan Islam?

Tentu jawapannya lebih mudah dicari. Kita tidak ada pilihan untuk menjadi Cina, India, Partugis, Belanda atau Inggeris. Ianya semulajadi dengan diri kita. Dalam istilah agama dinamakan takdir qatai (tidak berubah-ubah). Bolehkan keturunan kita dari Melayu diubah menjadi Cina? Ini persoalan genetik dan memerlukan saintis genetik untuk menjawabnya dan aku juga sedang mencari jawapan sama ada memerlukan perkahwinan campur sehingga satu atau 10 generasi? Jika kita lihat generasi mamak, kita lihat ada India yang lama-lama dikategorikan sebagai Melayu. Mereka juga berjiwa Melayu. Cuma, saat ini, kita boleh tentukan diri kita dengan pasti. Cuba tanya naluri anda, adakah anda Melayu atau tidak?

Secara konsepnya seseorang itu boleh memilih sama ada mahu beragama Islam, Kristian atau Buddha. Baru-baru ini, aku sempat berkunjung di Bali. Sempat aku bersembang dengan seorang Melayu beragama Hindu, ketika dia sedang meminta pertolongan tuhan supaya tidak hujan. Agama bersifat pilihan, seperti ada pilihan untuk memasuki syurga atau neraka. Dalam perbahasan ahli sufi, ada pelbagai mazhab dalam isu ini dan ianya menjadi kompleks jika dibentangkan di sini. Cukup untuk kita fahami bahawa agama bersifat pilihan. Ada orang Afrika beragama Islam. Ada juga beragama Kristian. Orang Asli kita juga ad beragama Islam dan ada juga tak beragama dan ada beragama Kristian.

Orang UMNO secara umumnya semua Melayu. Orang PAS secara umumnya semua Melayu, walaupun ada juga orang Cina yang mahu menjadi ahli bersekutu!. Orang UMNO itu Melayu dan Islam. Orang PAS juga Melayu dan Islam. Pada aku, ini peringkat pokok, UMNO dan PAS boleh bergabung dan cair mencair.

Peringkat kedua hanya pada perkara furu' yang juga penting diselesaikan dan boleh saling berkompromi demi keutuhan Melayu-Islam yang telah ditakdirkan di bumi ini. Jika kita tidak sanggup melihat makhluk Allah seperti haiwan pupus, maka sanggupkah kita melihat Melayu-Islam di sini, pupus (tidak berkuasa menentukan hala tuju dan dasar negara)?

12 comments:

wwwibnuazzam.blogspot.com said...

Ideologi politik tidak dapat cair jika ada kepentingan..dan kepentingan telah mejadi main utama dalam politik...siapa mengalah ia bukanlah ahli politik kerana ahli poltik meletakakn maruah di tempat sehina2 demi sesuap nasi........dengan mengadaikan perkara yg besar..benar pepatah arab mengatakan "manusia akan berkorban benda yg kecil dengan mengadaikan prkara yg besar"

Anonymous said...

saya amat bersetuju dengan komen yg dibuat ibnu izzam.. Pandangannya benar apabila menyentuh politik pada tataran strategis..namun politik ada banyak perspektif.

contohnya hanya orang politik yang berani melakukan perubahan..jika mahu radikal, kaedah revolusi akan digunakan. contohnya, Dasar DEB ialah perubahan radikal yang kesannya amat ketara ke atas perubahan lanskap politik, dan sosio ekonomi negara. Siapakah yang menambil inisiatif demikian, ahli polotik ataukah pentadbir atau penjawat awam.

salam, umar zain.

Anonymous said...

menarik juga tajuk yang dibentangkan oleh sesungut patah.

Cuma nak tanya ibnuazam, apakah benar melayu umno masuk neraka dan melayu pas masuk syurga, seperti difatwakan sahibul samahah Nik abdul aziz?

ahmad subhan kamaruddin.

wwwibnuazzam.blogspot.com said...

saya menjawab komen ahmad subhan kamarudin dan nama saudara amat dekat dengan nama saya...urusan syurga neraka adalah urusan Sang Pancipta dan sebaik 2 manusia adalah mereka yg bertakwa walaupun dari bngsa ajam....
dan Umar zain dlm hal nee ahli politik patut di perslahkan krn krn byk perubahan negara memberi kredik kepada bangsa lain dan lihatlah bangsaMelayu di kedah, Selangor,Trg, kelantan (myb maju) sabah n sarawak...mereka seolah2 mengemis di bumi sendiri krn tgn2 politik untuk sesuap nasi... nabi sebelum menjadi pemimpin agong beliau adalah pemimpin yg baiki sistem maysrakat supaya bangsa dan agama baginda kehadapan bukan terus kepada politik walaupun sebelum itu di tawarkan pelbagai jawatan politik (raja)

Anonymous said...

Jika katakan ibnu azam berpendapat, sang pencipta raya yang boleh menentukan syurga neraka seseorang, maka apabila ada seseorang yang mampu menjengah alam `atas, apakah dia itu mengarut atau mendapat tajali sang pencipta?

Soalan kedua, ibnu azam tak trawikh ka malam ini?

ahmad subhan

ibnuazzam said...

buat lapan jer..emm saudara g x? untuk pergi ke alam atas saudara kena tnya yg pergi ke alam atas sbb sy main yg bwh2 jer mabuk la naik tinggi2

Anonymous said...

Hari ni tak trawikh. Uzur.

Andai kata ulama umo yang kata ahli pas masuk neraka, maka tentu skali demonstrasi seluruh ahli pas akan adakan.

Say sama berpendaat dengan sungutsupaya su-isumistik, metfizikal seperti ini, yang boleh mencetuskan saki hati antara arti perlu dielakkan, demi mencairkan ideologi, mentransformikan kepada satu parti lain.


subhan

ibnuazzam said...

maila kita sama2 demostrasi untuk publish pemimpim murahan.....bak kata demokrasi suara rakyat suara tuhan (ajaran yahudi)

Anonymous said...

Ada yang berkata suara rakyat suara tuhan...

Penganut Hindu pula percaya agregat semua yang ada dalam dunia ini adalah tuhan.

Ghandi pula berkata, tuhan sendiri tak ada agama.


Subhan

ibnuazzam said...

saudara subhan hindu ker???kalu hindu saya setuju pendapat niee sbb saudara hindu...

Anonymous said...

Saya nie pengamat agama....bukan hindu, bukan kristian, bukan yahudi mahupun.....


subhan.

ibnuazzam said...

ISLAM ker?