Thursday, September 3, 2009

GABUNGKAN PAS-UMNO

PERSOALAN sama ada UMNO perlu bergabung dengan PAS adalah persoalan apakah ada masa depan untuk orang Melayu di Tanah Melayu?

Daya beli orang Melayu mengikut dokumen RMK-9 hanyalah sekitar RM1,500, India RM2,500dan Cina RM4,500 (barangkali data seperti inilah yang mahu disembunyikan oleh sesetengah pihak kini yang heboh supaya borang tidak disediakan lagi berdasarkan kaum dan agama!).

Statistik lain yang pernah dibuat oleh USM beberapa tahun lalu mengenai graduan Malaysia mendapati syarikat berpemilikan Cina lebih cenderung memilih graduan Cina dan meninggalkan kaum Melayu. Kajian sama juga mendapati jika Pengurus sumber manusia yang kaumnya Cina maka kecenderungan lebih banyak kumpulan profesional dan atasan dilakangan kaum Cina.

Ada akan kata, aku penulis rasis.

Apakah data dan mata kita menyaksikan perkembangan ekonomi-sosial-politik semasa melihat data yang dibentangkan itu rasis?

Asas kenegaraan akibat sejarah penjajahan memerlukan Melayu kuat. Bukan bermakna semutlaknya UMNO kuat, Melayu kuat. Bagi pemerhati seperti aku, aku berpegang kepada kmpulan majoriti yang membentuk paksi negara perlu kuat. Jika tidak, akibat buruk kepada majoriti.

Biar ada yang tidak mahu lagi melihat sejarah 1969. Namun demikian, sejarah itu telah menunjukkan Melayu diperhinakan sebegitu rupa, sedangkan kedudukan ekonomi orang Melayu dari dahulu hingga kin masih elum mencapai 20 peratus.

Hikmahnya 1969 adalah munculnya strategis Melayu yang bijak seperti Tun Razak. Beliau telah menggabungkan parti Melayu sehingga orang Melayu tidak lagi melihat saudara dalam Pas sebagai musuh, dan begitulah sebaliknya. Pilihan raya 1974, semua kawasan Melayu dimenangi oleh orang Melayu. Tidak ada suara perkauman waktu itu. Pemimpin Melayu menjaga kebajikan semua orang. termasuk kaum bekas pendatang.

1999, umat Melayu berpecah. Kita lihat suara perkauman muncul kembali. 2008 Melayu berpecah, dan suara perkauman bergema lagi. Pelbagai tuntutan, malah telah ada yang menuntut tanah milik sehingga 999 tahun. Menjadi kebetulan yang menarik seolah-olah UMNO lemah maka Melayu lemah.

Tidak ada pilihan bagi umat Melayu kini. UMNO perlu berkorban mencairkan diri dan semua ahli memasuki PAS. Atau, sebaliknya. Atau, bergabung secara benar-benar bergabung dalam bentuk cair mencair.

Namun, usaha dan harapan ini tentu tidak disukai oleh banyak orang terutamanya pengikut dan pemimpin sealiran dengan Lee Kuan Yew. Inilah sebabnya baru-baru ini Lee telah datang menghadap Tuan Guru Nik Aziz, tidak TG Hadi, kerana tidak mahu bergabungan berlangsung.

1 comment:

wwwibnuazzam.blogspot.com said...

Semalam aku ada membaca paper NSTP tentang pembekalan tenaga elektrik di Tanah Melayu yg pertama kali nya di buat di Rawang.. Kita melihat 2 org pertama yg berjaya mendapat kontrak ini drp kerajaan adalah daripada bangsa India yg bernama Tooomoly Pillai jika tidak silap (seorg aktivis kaum India) dan Loke Yew (seorang bisnesman yg mengasaskan sek Victoria). Apa yg aku ingin sampaikan di sini kenapa bangsa Melayu pada ketika itu yg mempunyai pembesar2 yg kaya raya tidak merebut peluang ini sedangkan kaum2 ini adalah bru migrasi ke tanah Melayu.Ini adalah di sebabkan perbalahan politik semasama sendiri mengakibatkan kerana baru menerima sistem residen 1874. dan pada masa kini ia telah berulang sesama Melayu telah bergaduh demi menyelamatkan kepentingan politik dan gagal menguasai ekonomi. Pas n Umno sepatutnya bergabung demi menyelamatkan maruah agama, bangsa dan ekonomi kerana di lihat bangsa melayu sudah daif dari pelbagai aspek..
Menurut perlembangaan Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu dan di sini tidak timbul Islam Pas @Islam Umno tetapi kita berbalik dengan agama yg menyatakan Islam itu bersaudara. Kita kadang2 terikut dengan acuan penjajah iaitu dasar pecah dan perintah yg perkara ini menguntungkan bangsa lain yg nyata dapat menopoli segenap aspek kecuali politik shja..tetapi politik pada masa sekarang sudah d lihat semakin ampuh kerana kita telah di perkudakan oleh gol tertentu untuk mengaut hasil bumi yg nyata amat bernilai seperti kata pedagang india semenjung emas