Tuesday, September 15, 2009

ANU

SIGMUND Freud pernah menjelaskan mengenai struktur psikologi manusia yang mempunyai ego, superego dan id. Dalam bicara kali ini, aku ingin menyentuh mengenai Id. Freud meletakkan Id sebagai kemahuan bebas. Aku cenderung menyamakan Id dengan kemahuan anu, kuasa anu.

Dalam diri setiap kita ada anu. Ada kuasa. Yang menggerakkan diri kita, elan vital, ialah anu. Anu bukanlah semestinya berfizikal, berbentuk tetapi seperti daya yang menggerakkan diri.

Ianya bukan baru. Ianya semulajadi dengan diri.

Agama dalam dunia juga seperti mengakui wujudnya kuasa anu, dan beberapa kaedah dicipta untuk meletakkan anu pada landasan yang betul. Golongan sami Buddha mematikan fizikalanu supaya daya seks, yang merupakan pembawa kuasa anu bersamanya, turut tidak mengganggu hidup dan keabadiannya pada pencipta jagat raya.

Dalam Islam, dan agama lain juga, ada kaedah dikemukakan seperti berpuasa, untuk mengelak kemaharajaan anu.

Apa kesan jika anu dibiarkan bermaharajalela?

KES 1

Seorang kakitangan tinggi kerajaan sudah berkahwin. Isteri hampr sama dengan usianya, sekitar 58 tahun. Anu pegawai ini masih lagi galak. Ini kerana anu kadang-kala tidak mengenal usia, walaupun realitinya usia turut menganggu kekuasaan anu. Dia merayu isterinya untuk menandatangani surat kebenaran untuk berkahwin satu lagi, dengan waita berusia 30 tahun. Oleh sebab anu isterinya kurang mampu untuk memberi sumbangan bermakna kepada suaminya, maka isterinya membenarkan dengan syarat: rumah yang dimilik berharga RM1.7 juta dipindahmilikkan kepadanya. Oleh sebab desakan anu mengatasi kewarasan, pegawai ini dengan sukacita menyerahkan hak milik rumah berkenaan kepada isterinya. Walaupun tidak bercerai, si isteri dan anak-anak mereka memulaukan. Pegawai itu mula memakan viaga, walaupun tanpa preskripsi doktor. Oleh sebab buah pinggangnya tidaklah bagus lagi kerana usianya mencecah 50-an, maka kesan vigra merosakkan lagi buah pinggannnya. Isteri mudanya juga semakin tidak menykainya lagi kerana selalu dalam keadaan sakit, terpaksa berhemeodialisis beberapa jam setiap hari. Isteri muda pula semakin hari semakin memulaukannya. Lalu kerana desakan anunya itu, kini dia terkapai-kapai - nak kembali berbaik dengan isteri lama, dia sudah pulaukan. Nak bermesra dan dimanja isteri muda juga tidak kesampaian. Anu lah penyebabnya.

KES 2

Seorang lelaki suka melayani isterinya dengan sadis. Ini juga berpunca daripada kebuasan anu. Segala badan isterinya luka-luka. Pada suatu malam, dia mendekati isterinya sambil pisau ditangan kanannya - dengan nia melakukan sadistik. Oleh sebab tidak tahan dengan ke buasan suaminya, maka ketika suaminya mendekatinya, dia menolak tangan suaminya, lalu pisau itu terkena dileher suaminya. Suaminya terbunuh. Siapakah yang perlu dipersalahkan? Anu.

KES 3

Seorang yang dikenali dalam masyarakat. Sudah beristeri dan mempunyai beberapa anak. Anunya bukan sahaja menyukai si anu berlainan jantina. Kegemaran anunya, mungkin kerana pengalaman lampau di sekolah asrama yang rata-rata terdiri dari lelaki, maka anunya suka dibelai oleh sesama jantina. Oleh sebab ada duit dan kuasa, maka dia boleh mencari pekerjanya yang juga kelihatan boleh dipujuk dan diajak untuk bersamanya. Maka, berlakulah. Walaupun pernah juga dalam sejarah hidupnya dihukum kerana kenakalan anu kepada yang berlainan jantina, tetapi si anu sukar meginsafi diri, hatta jawatan dan kekayaannya pernah sedikit surut. Kesempatan yang ada digunakan. Dia selalu menafikan melakukannya. Padanya, dirinya tak bersalah. Yang bersalah, anunya.

KES 4

Seorang guru di universiti selalu berurusan dengan pelajarnya. Pelajarnya selalu juga datang ke bilik untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Pada pelajar, gurunya di universiti memahami doktrin loco parentis. Suatu petang, seorang pelajar perempuan datang ke pejabatnya untuk seperti biasa ingin mendapatkan penjelasan atas kuliah yang kurang difahami. Guru ini punyai kuasa menentukan markah. Tiba-tiba berlaku `kemarahan' pada anunya ketika pelajar yang agak seksi memasuki biliknya. Lalu, dia menawarkan markah dengan syarat melayani anunya. Pelajar perempuan yang naif ini, kerana mahukan A dalam subjek berkenaan, melayanilah guru ini, seperti dia pernah melayani boyfrennya. Kerana kenaifan pelajar ini, dia bercerita dengan boyfrennya dan boyfrennya cemburu lalu meminta untuk membuat laporan polis dan laporan kepada majikan guru berkenaan. Pelajar ini terus menemui pegawai keselamatan di universiti berkenaan dan membuat laporan. Siasatan pihak keselamatan mendapati memang berlaku. Ada prima facie. Guru ini akhirnya dikenakan tindakan tatatertib dibuang universiti. Guru ini seorang yang baik. Tertib. Cuma anunya sahaja yang tidak tertib.

Banyak lagi kes yang boleh ditulis. Dan, ruangan ini tidak mencukupi untuk mencatatkan semuanya. Malah, ada tafsiran menyatakan manusia pertama juga dikatakan dibuang ke dunia ini, kerana kenakalan anunya.

5 comments:

ibnuazzam said...

terigat sejarah Budha di mana beliau lari drpd kehidupan mewah dan beliau mengigatkan kepada penganutnya iaitu teori jalan lapan lapis di mana terkandung dalam jalan lapan lapis iaitu manusia merana kerana nafsu...

Anonymous said...

menarik sekali Bung Sesungut coretannya kali ini..sebelum mengomentar gue mau penjelasan sikit dari bung sesungut ya..sebab gue rasa tak ada perbedaan dari penjelasan pakcik gue, Si Freud dengan bung. Freud memang meletakkan id sebagai pemuasan keseronokan..tapi memang dalam penjelasannya pakcik gue inilah yang menyusun pemuasan id berasaskan pemuasan apa itu..ANU.

Ada apa yang disebut fase-fase phalic, oral dan anal. Sekiranya berlaku lekatan dalam fase ini, perkara ini akan dianggap menjadi punca kepada masalah-masalah personalitinya seseorang anak Adam di kemudian hari.

Jadi, sah-sahnya saja kepada pakcik gue itu bahawasanya proses pendewasaan manusia itu bermula dari permulaan fase keseronokan samada itu keseronokan anunya, atau oralnya mau pun keseronokan analnya.

Bung ngak usah mencipta istilah baru (walaupun itu merupakan kebebasan bung yang sah-sah saja) kerana pada gue ia akan mengelirukan para peminat bung. Sekali dibaca pembaca akan menanggap bahawa ada bedanya antara id dengan istialh baru Bung itu..

Namun komentar gue ini tidak lah sama sekali menghilangkan rasa ketertarikan gue pada membaca kes-kes yang bung paparkan. Seolah-olah ia cerita mengenai manusia hidup yang berdarah berdaging dengan segala kapasitasnya sebagai manusia, tetapi akhirnya dilumpuhkan sang anu. Gue pasti ianya akan memberi banyak pengajaran moril kepada pambaca setia blog bung.

p/s- gue berbahasa indonesia bukan sebab gue pengikut Anwar Ibrahim, politikus negara seberang itu ya..gue emangnya orang Indonesia..lahir di Ceribong..Gue peminat fanatik Pramoedya, bukan peminat Anwar.

Sampai jumpa lagi.

Wahyu Nafis, Ceribong.

Anonymous said...

Penyelesaian senang. Jika kita beragama, kita tak buat kerja maksiat. Kembalilah beragama.

Hassan Abu Seman
Pendang, Kedah.

Anonymous said...

bukanlah satu kejutan ketara kerana bapak segala kejahatan Anu adalah ANU WAR. Kerana dia jugalah Anu di zaman ini mendapat sijil halal untuk menerjah lubang puaka yang dulunya dianggap memualkan. Boleh jadi istilah Anu ini terbitnya dari kata nama ANU WAR.

najibaltantuyaforever said...

rupe2 nye sesungut masih belum patah..masih mampu mengesn idea dan olahan yg menarik..br sebentar sabatku mengkhabarakan sesungut aktif kembali.Menarik benar isu kali ini.seperti biasa,olahan yang kata yang menarik.walaupun aplikasi idea freud diguna sewenang,hasil pembacaan singkat.apa2 pn,sentiasa menanti komentar mu..agak seronok membaca kebodohan intelektual dilipstik dengan cairan cerdik kata2..