Thursday, August 13, 2009

BOMOH vs KEHIDUPAN SAINTIFIK

BOMOH vs KEHIDUPAN SAINTIFIK

DAH lama rasanya tak menulis. Rindu. Ramai marah-marah bila aku tak update. Aku membeli handfon e71 untuk updatekan blog. Namun, cubaan itu gagal. Tidak banyak tempat yang boleh diakses wifi. Kelemahan aku juga kerana tak berdisiplin.

Kali ini aku ingin menulis isu bomoh vs kehidupan saintifik.

Aku suka mentafsirkan mereka yang percayakan bomoh mereka yang tidak saintifik. Maksudnya, mereka cenderung menggunakan rasa kepercayaan (yang tak semestinya betul), sedangkan kehidupan bersaintifik ialah kehidupan yang menggunaka n data dan bertindak berdasarkan fakta. Jika tiada data, dia akan mencari data. Jika tak cukup data, dia tidak mudah meletakkan kepada sesuatu yang ghaibi. Aku sendiri juga terlahir dalam budaya yang mempercayaui bomoh. Bukan mudah nak emmbebaskan diri.

Seorang saudara aku sebelah isteri mengalami satu penyakit yang kulit luar biasa. Habis badannya bersalin kulit. Telah berjumpa doktor tetapi tiada juga penjelasan penyakitnya. dah beribu-ribu ubat dari doktor pakar digunakan, namun penyakit tidak juga sembuh. Baru-baru ini dia ke umrah bersama suaminya dan dalam rombongan itu ada seorang ustaz. Ustaz itu menyatakan ada `jin' bersamanya. Maka, diberikan ayat-ayat suci untuk dibaca. Penyakitnya sedikit sembuh. Bertambah percayalah dia bahawa penyakitnya kerana ada jin bersamanya. Tidak sedikit juga wangnya habis untuk rawatan perbomohan itu.

Aku tidak ada keberanian untuk menyatakan tidak setuju. Cuma, aku berpendapat pergi lagi cari doktor lain, cari second opinion. Apa yang berlaku hal-hal biologi yang memerlukan doktor, bukan bomoh. Jika tiada penjelasan bukan bermakna tiada penjelasan selama-lamanya. Ini kerana dalam dunia sains, masih banyak misteri alam yang belum terbongkar. Misteri alam bukan bermaksud jin atau bunian. Misteri alam ialah sesuatu yang belum diketahui tetapi akan diketahui apabila penyelidikan dilakukan secara berterusan sehingga terbuka hijab kebenaran. Dahulu ada orang tuan yang kena TB, batuk berdarah, tetapi kerana malu untuk mendeklarasikan berpenyakit TB, maka dikatakan disantau. Bila disebut disantau, maka seluruh kesalahan diri itu (mungkin dia merupakan seorang penghisap rokok tegar) seolah-olah dihantar kepada penyantau. Ada juga anak-anak dara zaman lampau yang termengandung, lalu apabila ditanya dikatakan disantau orang. Maka, kesalahan itu dialihkan kepada penjahat maya. Sekarang ini alasan sebegitu tidak boleh digunaka n lagi kerana dalam masa satu jam sahaja doktor boleh tentukan hamil atau tidak.


Cita-cita ingin hidup dalam dunia fakta dan saintifik. Aku sendiri masih belum berjaya.


Sesungut Patah

3 comments:

Anonymous said...

Di wilayah Melayu di selatan Thai, istilah bomoh itu merujuk pada doktor perubatan saintifik di hospital dan klinik.

Jika orang Melayu masih terus percaya dengan tok bomoh (istilah tempat kita) maka jumlah kematian akibat selsema babi tentu mencatat angka sangat ngeri di mata.

Angka maut selsema babi di tanahair kita lebih besar berbanding di UK, walhal angka dijangkiti wabak ini lebih besar di sana. Ini paradoks.

Ekoran wabak ini, negara Iran membeku rakyatnya berumrah di tanah suci di bulan ramadhan. Iraq pula ambil tindakan membeku pada rakyatnya yang berisiko tinggi. Manakala minggu depan KLIA akan penuh dengan umat Melayu Islam kita untuk bertolak ke tanah suci menunai umrah bulan ramadhan.

wwwibnuazzam.blogspot.com said...

Tuan kena tnya Hamdam kat chalon dia leh ulas tentang bomoh

Anonymous said...

Saya tidak perlu komen tentang pegangan anda. Di sini suka saya ceritakan pengalaman saya setelah mencapai tempoh 5 tahun disihir dan disantau. Saya tuliskan seringkas mungkin. Terdapat satu perinsip ‘sudah terantuk baru terngadah’.

Dalam The Arival disebut ‘Jin berusaha meyakinkan manusia ketidakwujudan mereka’ dan saya tambah ‘ketidakupayaan mereka mencelakakan manusia’. Ingatlah tentang keizinan yang diperolehi untuk mencelakakan Ayub Alaihissalam. Dalam ayat tersebut, dikisahkan sebab dan musabab, maka itulah yang dilakukan oleh jin, begitu juga kaedah saintifik.

Apakah anda fikir sihir dan santau itu satu khayalan? Sihir disebut secara soreh dalam Al-Quran dan hadith. Saya hanya percaya dan menyedari sebenarnya saya disihir dan disantau setelah lebih dari 5 tahun saya dizalimi.

Bagaimana nak buat bahan santau? Cukup mudah, cukup menjijikkan dan cukup sadis (kalau untuk lebih power). Ingatlah pepatah cina, kalau anda nak buat baik anda perlukan masa 3 tahun, tapi kalau anda nak buat jahat hanya perlukan 3 hari! Caranya? Tidak boleh diceritakan di sini, nanti kalau orang amalkan tak pasal-pasal dosa kering.

Apakah santau tidak boleh diubati dengan kaedah moden (hospital)? Jawapannya ya boleh, tetapi pihak farmasi /doktor perlu buang rasa egonya terlebih dahulu, kerana dia menafikan peranan jin. Sebenarnya jin mempunyai kekuatannya sendiri, sehingga mampu mengangkat singgahsana Balqis. Saya pernah belajar subjek etnobotani, maka Alhamdulillah, saya diberi kelapangan Allah untuk mengubati diri sendiri dan keluarga.

Untuk pengetahuan anda, rukun santau ada 5; penyantau, bahan santau, mentera, jin pembawa santau dan mangsa. Sihir dan santau tidak mungkin menjadi/ berfungsi tanpa jin yang membawa santau.

Secara dasarnya ada 3 serangan santau; Emosi, luaran (kulit) dan dalaman (menyerang organ dalaman). Mangsa santau perlu berpantang dari makan pedas dan masam. Maaf, saya bukan bermaksud menafikan tulisan anda, tetapi ingatlah ilmu kita terlalu cetek untuk memahami semua perkara.

Disini suka saya tekankan kehebatan manusia. Dalam surah Al-Tin, “.... sebaik-baik kejadian”. Dalam peristiwa singgahsana Balqis, manusia mengatasi kelajuan jin 1:4 saat. ....... dan banyak lagi hal yang menyebut kehebatan manusia berbanding jin. Bukalah mata lendir dan juga mata hati untuk memahaminya, terutama memahami ayat-ayat Allah. Di bawah ini contoh santau yang keluar melalui air kencing yang saya tadah selama 6 minggu. Atas air kencing, bawah habuk santau.