Monday, December 22, 2008

KAWAN PINDAH KERJA

TIDAKLAH aku rapat dengannya. Mungkin dia wanita. Lagipun dia dah kahwin. Hubungan aku hanyalah melalui sms. Kebetulan dia seorang golfer. Lady golfer.
Dia akan ke sebuah institusi lain di Segamat. Kampungnya. Setahu aku hanya orang Kelantan dan Kedah yg suka bekerja di kampung sendiri. Ketika aku bekerja di kementerian pendidikan dulu, tersangat banyak permohonan dari cikgu yg asalnya kelantan. Pelbagai cara digunakan untuk menukarkan diri. Ada menyatakan ibu bapa dah tua. Aku kata, ada ke ibu bapa yang masih muda....ada yang guna surat menteri, timbalan menteri, ketua bahagian umno dsb.
Kembali kepada cerita kawan aku tadi, aku doakan kejayaan dan kebahagian dia sekeluarga. Moga pilihannya betul. Seorang lagi kawan aku, seorang profesor, awal tahun berpindah kerja ke Kuala Lumpur tapi bulan lalu kebetulan jumpa di Pulau Pinang, dan menyatakan mahu pulang ke sintok ini.
Sintok ini indah.
Walau tamadun sintok sedikit rendah relatif kepada infrastruktur di Kuala Lumpur, namun warnanya menarik. Dekat dengan Thailand. Dekat dengan Kuala Perlis, tempat aku celebrate apa2 sahaja. Makan ikan terubuk bakar. Bestnya.

6 comments:

Anonymous said...

tuan kalu perempuan memang cepat dan prihatin..
tetapi tidak mengapa kerana dia adalah akum yang lemah dan wajib di lindungi oleh g0longan yang bergelar Adam..sintok adalah satu tempat yang penuh ketenangan dan penuh dengan keindahan alam sesuai bagi mereka yang bergelar pemikir tetapi hasrat penulis supaya dapat merealisasikan lebih ramai pemikir di peringkat antarabangsa bukan jaguh kampung sahaja..Teringat kwn pergi makan ikan bakar denga Z di kuala Perlis sebab juara dalam pertandingan golf dahulu

sesungutpatah said...

BETUL, kalau pompuan cepat sikit heheheh.

Anonymous said...

sy DPAT MERASAI SAMA. DAH MENGALAMINYA.

Pok Hans said...

mengenai layout tuan sudah kena dengan kaler namun tuan wajar mewujudkan lebih banyak interaktif

Anonymous said...

lama menghilang kenapa tidak update blog..Ketandusan idea @ sibuk dengan golf @ cbuk cari baju bundle...

Anonymous said...

lama sungguh tidak merasai nikmat keluar makan ikan terubuk bakar di kuala perlis bersama ahli-ahli kelab exclusive..rindu sungguh rasanya...moga kalian sihat sejahtera hendaknya..