DULU, saya antara orang yang mahu Anwar bersumpah atas nama Allah tidak meliwat Saiful agar dirinya sentiasa bersih.
Selepas mendapat maklumat daripada ulama di Malaysia, saya kini berpendapat Anwar tidak perlu lagi bersumpah. Saya setuju dengan ustaz Harun Din Anwar tak usah bersumpah dan Saiful tidak sepatutnya bersumpah laknak diri dan keluarganya sehingga hari kiamat. Ini kerana, kata Harun Din, keluarga tidak bersalah. Semua ulama dan mufti termasuk Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Hadi bersetuju sumpah saiful adalah sah. Rata-rata mereka tidak mahu Anwar bersumpah, kecuali pakar hadis yang juga Mufti Perlis, Dr Asri.
Mereka seperti faham, Anwar tidak sepatutnya melakukan sumpah laknak diri dan keturunan jika benar melakukan liwat.
Secara tiba-tiba rasa simpati saya begitu tinggi kepada Kak Wan Azizah dan Puteri comelnya, Nurul Izzah kerana mereka berdua bukan peliwat. Kak Wan telah berkorban banyak kepada Anwar. Sanggup dilarikan Anwar untuk membolehkan berkahwin dengan Anwar yang merupakan lelaki macho dan dia dikatakan digilai oleh lelaki 'nakal' di MCKK dan khabarnya tidak sedikit pelajar wanita mudah tergoda apabila melihat kehenseman Anwar dan kepetahan berpidato.
Demi Kak Wan dan Nurul Izzah, saya harapkan orang ramai hentikan paksaan untuk Anwar melakukan sumpah laknat.
Jika saya seorang peliwat, saya juga tidak sanggup untuk melakukan sumpah laknat kepada diri, isteri dan anak-anak sehingga kiamat.
Apabila Anwar bersumpah dan dia memang lakukan liwatan terhadap Saiful Bukhari, laknak Allah akan menimpanya dan seluruh kehidupannya tidak akan diberkati. Kita orang Melayu Islam tidak sanggup Allah dan malaikat membenci kita dan memandang diri kita jijik.
Rata-rata rakan-rakan saya hatta yang begitu taksub kepada Anwar sebelum ini dan ada yang menamakan anaknya Anwar (dengan ejaan Anwar, bukan Annuar atau Anuar) sudah percaya Anwar meliwat Saiful kesan sumpah laknat Saiful itu. Memang langkah bijak Anwar tidak bersumpah ekoran nasihat ulama seperti Nik Aziz, Harun Din dan Hadi Awang yang tidak mendesak Anwar untuk bersumpah.
Demi Kak Wan Azizah dan Nurul Izzah, saya juga merayu kepada Anwar supaya segera mengubah tabiat dan cara hidup. Pergilah menunaikan Haji di Makkatul Mukarammah dan memohon keampunan, dan bertaubat nasuha di hadapan Kaabah, jika sudah beberapa kali melakukan seks luar tabii. Hampir tidak ada dosa yang tidak diampunkan oleh-Nya, jika kita sesungguhnya melutut insaf. Semua orang biasa pernah melakukan dosa.
Sebagai rakyat biasa juga kita memohon supaya orang ramai memberikan peluang untuk Anwar bertaubat dan jangan libatkan lagi dia dengan kuasa. Biarlah keluarga mereka hidup bahagia.
Orang Melayu rata-ratanya akan melupakan episod ini, apa lagi jika jelas nampak keinsafan.
12 comments:
Saya masih tak percaya DS Anwar meliwat walaupun dia enggan bersumpah. Beliau seorang yang tahu agama. Semua yang meminta Anwar meliwat kafir kerana tidak mengikut cara Islam sebenar. Malah, ada kemungkinan Saiful sendiri sudah keluar Islam.
Rosnani
Mengapa susah benor Anwar nak bersumpah jika dia tak buat?
Sejak memerhati dan mengenali Anwar, saya berpendapat jika Anwar tak buat dah lama dia bersumpah bukan sahaja di masjid, malah di semua tokong hindu dan kuil buddha, dan dia akan memanggil CNN, Aljazeera, RTM, TV3 dan semua media kecuali Utusan, untuk merakamkan sumpah dia tak meliwat.
Apakah pula 'dosa' kumpulan yang bersekongkol dengan peliwat...atau memberi kepercayaan kepada peliwat?
AKIM
Adakah Kak Wan juga pernah diliwat?
Jika Wan Azizah sekali yang bersumpah dan buat pendedahan kepada rakyat, Anwar pasti akan menafikan dan isterinya juga akan dijadikan musuh bersama-sama dengan sokongan penyokong fanatik PKR. Anwar akan lakukan apa saja untuk mencapai cita-cita politik Mat Jeninnya.
Bagi Anwar, apa saja yang boleh membawa beliau sebagai Perdana Menteri akan digunakan sepenuhnya untuk mencapai matlamat dan nafsu beliau yang sedang membuak-buak yang telah disimpannya selama 10 tahun. Bangsa akan digadai dan agama akan dipersendakan, inikan isterinya. Anwar sanggup membuang semua kawan-kawan rapat yang telah berjuang untuk beliau ketika dipenjara dahulu jika mereka menghalang kehendak dan keinginan besar beliau.
Sesiapa sahaja yang akan menghalang beliau akan pasti ditentang dan akan menerima padah dari fitnah yang akan dilemparkan kepada sesiapa sahaja yang akan menjadi batu penghalang perjalanan beliau untuk mencapai cita-citanya. Bagi beliau Saiful adalah satu kesilapan besar yang telah dilakukannya dan beliau hampir terjerat dan hampir saja mahu membuat pengakuan apabila ada kesilapan teknikal dimakahmah yang mendakwa beliau sebagai melakukan sex diluar tabie secara suka sama suka. Persoalan beliau mengenai kenapa hanya beliau sahaja yang dituduh hampir-hampir tercetus pengakuan Anwar mengenai kes aduan liwat berkenaan.
Anwar tidak mungkin akan bersumpah kerana tahu sumpahan itu akan melaknati dirinya, menangis airmata darah sekalipun beliau tidak akan melakukannya. Ketua Dewan pemuda Pas Sallehen Mukhyi meminta Anwar Ibrahim untuk bersumpah dan berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga. Kita mungkin sudah dapat mengagak apa sebabnya. Anwar enggan bersumpah, tapi bagi penyokong Anwar yang bagaikan disihir tidak akan mempercayai apa yang telah berlaku kerana sokongan mereka kepada Anwar tidak ada hadnya.
Anwar menggunakan kaedah menyerang kembali lawan yang mencabar beliau untuk bersumpah. Hari ini Anwar telah mengugut Timbalan Perdana Menteri dengan Isu Port Dickson, seperti biasa isu yang akan direka tanpa bukti. Jika Anwar mahu dedahkan, dedahkanlah, Najib pernah difitnah oleh Anwar lebih dari ini.
www.kulitpisang.com
STRATEGI ANWAR SUPAYA ORANG TAK LAGI CAKAP MENEGNAI ISU LIWAT (Bagaimana Anwar 'mind control' penyokongnya dengan taktik 'mengalih perhatian')
Oleh: kadiology
Semua maklum bahawa statement terbaru dari pihak berkuasa ialah sudah lebih 18 saksi sudah di panggil, dan akan ada ramai lagi saksi akan di minta beri keterangan. tapi akan ada satu saksi yang akan sengaja mengelak elakkan diri dari memberi keterangan kepada pihak polis. orang itu tidak lain tidak bukan, Brader Anwar.
Dari sejarah kes terdahulu, tidak susah untuk kita baca tentang apa rancangan dan selok belok Anwar selepas ni. izinkan saya catit dan rekodkan di sini untuk tatapan umum supaya kita tidak lupa dan lalai dalam menghadapi isu ini. harapan saya ialah dengan penerangan dan kajian ini, maka mudahlah kita membaca taktik Anwar selepas ini. anda akan dapat saksikan satu trend yang hampir sama dengan 10 tahun lepas.
Buat permulaan, dakwaan Anwar tentang adanya konspirasi adalah bersandarkan kepada MOTIF berikut.
a) Motif Dahulu:- Tun Dr. Mahathir tak mahu Anwar menggantikannya. kerana Tun banyak kroni. dan kerana Anwar mempunyai banyak maklumat akan salah laku Dr.M. Kepada penyokongnya yang bejat kepala otak akan lihat benda ini sebagai yang benar. Hairan juga Tun Dr.M meletakkan jawatannya secara sukarela pada 2003. jika terlalu banyak perkara yang mahu di sorokkkan dan tun mahu pegang kuasa sampai kiamat, kenapa Tun Dr. M bersara tahun 2003 tanpa paksaan?
b) Motif Hari Ini:- Anwar sudah hampir ke Putrajaya dan menjadi PM. Oleh itu isu liwatnya di timbulkan lagi supaya rancangan Anwar menjadi PM dengan 'melompatnya' MP2 BN ke dalam PR akan di tangguhkan. kalau kita fikir secara mendalam, buat apa kerajaan lepaskan Anwar dahulu dan kemudian buat satu konspirasi baru dengan isu yang SAMA untuk tangkap dia balik? Tak ke bodoh namanya tu?
Oleh di sebab itu motifnya, maka Anwar tuduh meliwat. agak hairan kerana jika kerajaan mahu bersungguh sungguh menahan Anwar di dalam penjara, kenapa kerajaan berkonspirasi menuduh perkara yang paling sukar di buktikan dalam mahkamah, yakni liwat. Lebih senang kerajaan berkonspirasi dan menuduh Anwar merasuah dari menuduh Anwar meliwat.
Apa pun, tindakan Anwar selepas di tuduh meliwat ialah.
Pertama:- Lari ke kedutaan turki untuk menimbulkan persepsi dia akan di tangkap dan di aniaya. (tapi tak kena tangkap pon). persepsi ini di tambah lagi dengan cerita tentang 'assasination'.
Sama seperti dahulu, ditimbulkan dengan cerita suntikan HIV dan arsenik, konon2 ada orang nak bunuh Anwar. strategik licik ini sangat berjaya dan ramai pakcik, makcik, tok lebai, tok cik kena kelepet dengan Anwar secara membabi buta. walhal selepas mendapat laporan dari makmal, tiada kesan arsenik dalam badan Anwar seperti di dakwanya. kepada mereka yang masih ingat, Anwar telah memberikan sample air kencing milik 'subramaniam'.
Untuk menokok nambah perasaan simpati orang ramai pada Anwar, Anwar telah menggunakan lakonan kerusi roda dan neck support supaya di tonjolkan kepada orang yang dia telah di belasah dengan teruk oleh KPN dahulu.
Kedua:- Laporan polisnya terhadap KPN dan AG. taktiknya adalah supaya menimbulkan persepsi orang ramai bahawa dia tak akan dapat keadilan yang di tuntut kerana dia di siasat oleh orang yang 'korap', kononnya. Anwar berharap, dengan menggunakan taktik ini, jika Anwar di dapati bersalah pun, orang akan berkata Anwar tidak mendapat 'keadilan' yang sepatutnya.
Ketiga: Membuat rally dan demonstrasi. sama seperti dahulu, sejurus selepas Anwar di pecat, Anwar dengan kadar segera membuat ceramah di rumahnya pada tiap tiap malam selama seminggu. dan kemudian di masjid negara sebelum di tangkap. hari ini kita dapat lihat, dalam tempoh beberapa hari, Anwar sudah pun membuat beberapa rally besar besaran.
Keempat: Mmenjatuhkan kredibiliti saksi SEBELUM dan semasa perbicaraaan bermula. dengan menjatuhkan kredibiliti saksi, maka keterangan saksi walau pon relevan di dalam mahkamah, tetapi pada pandangan umum nampak tidak berapa meyakinkan. maka mainan kononnya adanya konspirasi dan saksi itu adalah watak lakonan yang membaca skrip dapat di kuatkan dalam minda orang ramai. 10 tahun lepas kita ada azizan. hari ini kita ada saiful.
Sudah nampak dengan jelas cara cara konsisten dan bersepadu oleh penyokong Anwar untuk menjatuhkan kredibiliti saiful secara habis habisan. mula mula dengan buat laporan polis terhadap saiful, konon2 saiful memfitnahnya. dan kedua dengan membuat laporan kepada JAWI. walhal, perbicaraan belum pon bermula.
Lagi satu contoh, semasa akhbar menyiarkan laporan bahawa polis sudah pun memanggil 18 saksi termasuklah 4 doktor pakar, belum apa2 lagi penyokongnya sudah berkata 'wah, 18 saksi, very well cordinated!' untuk menunjukkan persepsi bahawa ini semua adalah kordinasi tersusun untuk menjayakan 'konspirasi' ini.
Kelima: Menjatuhkan kredibiliti bahan bukti. terutama sekali, isu tilam. taktik ini SANGAT BERJAYA. mula2, mereka menjatuhkan kredibiliti bahan bukti tersebut dengan mengatakan bahan bukti tersebut ialah'saksi'. contohnya, penyokong Anwar akan berkata 'tengok! kerajaan takde benda lain, tilam pon boleh jadik saksi!'. kemudian, mereka akan jatuhkan kredibiliti 'saksi' tersebut dengan isu isu teknikal, umpamanya, dengan mengatakan 'takkan tilam ni takde cadar'??
Kita belum tahu lagi apa jenis bukti yang akan di tunjukkan di mahkamah untuk kes saiful ini (JIKA ADA PENDAKWAAN), tapi percayalah, jika bukti ini di tunjukkan kelak, penyokong Anwar akan mencari pelbagai cara untuk menjatuhkan kredibiliti bukti tersebut. bersedia!
Menimbulkan keraguan kepada rakyat, walau pon tidak relevan kepada para hakim, tetapi ianya adalah penting pada Anwar. walau pon terbukti secara saintifik bahawa DNA Anwar dan syamsidar bertempek di atas tilam tersebut. (tak kira la ada cadar ke takde cadar), tetapi persepsi orang ramai telah di kelam kabutkan. maka Anwar di lihat oleh orang ramai sebagai orang yang memang mahu di jatuhkan melalui 'konspirasi' hodoh ini.
Perkara terbaru bagi penyokong Anwar dalam menimbulkan keraguan ialah dakwaan bahawa 'takkan lah saiful yang berumur 23 ahun itu tak mampu melawan orang tua 60 tahun?' jika gagal di kupas persoalan secara menyeluruh, mereka sudah menang satu langkah dalam menimbulkan keraguan terhadap orang ramai. walhal, isunya sekarang ni bukan soal saiful boleh melawan atau pun tidak, tetapi, adakah aktiviti liwat itu berlaku?
Taktik taktik lain yang berjalan serentak ialah 'diversion'
1) Anwar mendakwa adanya konspirasi pihak tertinggi. - menimbulkan persepsi bahawa Najiblah segala bapak konspirator dalam hal ehwal ini. hairan jugak sapa yang percaya kerana nak ikutkan Najib bukannya ada kuasa mutlak dalam jentera kerajaan untuk melakukan komplot ini. tengok Najib sendiri pun kena kekang oleh pak lah, masakan dia boleh merancang konspirasi ini?
2) Menyerang Najib - Objektifnya mudah sahaja, supaya mengelak orang berbicara tentang kes liwatnya. Anwar TIDAK MAHU ORANG BERBICARA TENTANG KES LIWATNYA, sebaliknya dia akan mainkan isu lain.
3) Lompat parti, isu minyak naik harga dan sebagainya - sama seperti di atas, cuma ini adalah 'selingan' dalam usaha Anwar membawa minda orang ramai berbicara tentang perkara ini dan bukan mengenai isu liwatnya.
10 tahun lepas, SEBELUM Anwar di tangkap dan di bicara, Anwar sudah 'side step' isu liwat (divert) dan mengatakan ini semua konspirasi pihak tertinggi. Anda masih ingat siapa tukang konspirasi yang di tuduhnya? Tun Dr Mahathir (ketua konspirator), rafidah aziz, aziz shamsudin, KPN, Timbalan KPN, SB, pendakwaraya, Peguam Negara, Daim zainudin, megat joned dan beberapa orang lagi.
Hari ini Anwar agak terperangkap kerana kalau dulu Tun mengepalai konspirasi ini dengan beberapa pegawai kerajaan dan menteri, hari ini, siapa pula? Anwar dengan membabi buta menuding jari pada Najib berdasarkan kepada sekeping gambar. hairan juga takde pula menteri lain kali ini kecuali Najib. yang ada pun hanya penjawat awam yakni KPN dan AG.
Seperti saya maklumkan di permulaan tulisan saya tadi, selepas saksi semua di panggil, Anwar akan di panggil pula. 10 tahun dahulu, Anwar tidak bekerjasama dengan polis, malah Anwar menggunakan peguamnya untuk menghalang segala jenis siasatan terhadapnya. contohnya, sample DNA amat payah untuk di ambil ketika itu.
Sebenarnya, Anwar MAHU di tangkap supaya dapatlah dia menunjukkan kepada seluruh dunia yang dia di aniaya. sama seperti hari ini, Anwar tak akan bekerjasama dengan pihak berkuasa walau pon dia CAKAP kepada penyokongnya dia akan bekerjasama, tetapi kalau saudara semua perhati, Anwar sudah pun secara strategik meletakkan kerjasama 'bersyarat', yakni, KPN dan AG di kecualikan dalam siasatan ini. jadi apabila Anwar tidak memberikan statement kepada polis nanti, maka boleh la Anwar mendakwa ianya kerana KPN dan AG masih terlibat dalam siasatan.
TERKINI! UNTUK REKOD:- Artikel ini saya tulis 4 hari lepas sebelum menghantar ke dalam ruangan KMU. tetapi hari ini, 14 july 2008, saya mendapat laporan dari malaysiakini bahawa Anwar, melalui PEGUAMNYA (sounds familiar?) tidak akan hadir ke IPK untuk memberi keterangan kepada polis walau pun sebelum ini Anwar tampak bersungguh sungguh untuk melakukan sedmikian. alasannya, dia dan keluarga kena 'intimidated dan harass' oleh pihak berkuasa. nampak tak strategi licik Anwar nak ubah perhatian rakyat dan menimbulkan persepsi?
Sebenarnya, Anwar MINTA untuk di tangkap. Anda akan dapat lihat, apabila polis mengeluarkan perintah untuk Anwar memberi statement, Anwar akan bagi alasan seperti di atas. Kemudian, satu court order akan di ambil untuk memerintahkan Anwar hadir bagi keterangan. Dan Anwar akan bolayan lagi dengan memberi alasan alasan yang penuh muslihat. Agak2 lepas tu apa jadi? Sudah tentulah Anwar akan di tangkap. Tatkala ini lah Anwar akan menggunakan penyokongnya yang ramai untuk mengelakkan diri di tangkap, sama seperti apa berlaku pada tahun 1998. Jadi boleh la di tunjuk pada satu dunia, Anwar di tangkap dengan zalim, pintu rumahnya di pecahkan.
Kepada yang tak tahu cerita, saya ada di kejadian malam Anwar di tangkap dan memang terdapat ribuan penyokongnya menghalang Anwar di tangkap. Sudah semestinya tangkapan tersebut akan menjadi kacau bilau, kalau tak pintu pecah, tentu ada orang yang cedera, dan Anwar MAHUKAN perkara itu berlaku. Dia tak peduli orang mati, janji dia boleh jadikan isu ini untuk menunjukkan kerajaan zalim.
Persoalannya, apa susah sangat Anwar nak beri kerjasama secara sukarela?
Kawan2 sekalian,
Anwar is a psychopath. A brilliant strategist, tapi pada masa yang sama adalah seorang manusia yang 'sakit'. Dia akan 'sideline' dan bunuh isu liwatnya dan strategically position dirinya sebagai orang yang di aniaya. Betapa efektifnya lakonan tersebut sampaikan rakyat jelata, hatta sampai ke ulama, professor, dan doktor pon boleh termakan isu Anwar ini.
Saya berpendapat, strategi Anwar ini hanya berjaya jika dia melakukan perkara di atas, tetapi tidak akan berjaya jika kita dahulu 'anticipate' apa yang Anwar akan lakukan. Maknanya, sebelum Anwar mulakan langkah, kita sudah membuat langkah dahulu. Contohnya, jika artikel ini saya keluarkan 3 hari lepas, sudah tentu 'anticipation' saya mengenai Anwar tidak akan bekerjasama dengan pihak polis dan memberi pelbagai alasan akan dapat di buktikan hari ini. Jika Anwar sudah melakukan langkahnya, kita kena segera mematikan langkahnya. Itu matlamat saya membuat analisa dan kongsi dengan kawan2 semua. Di harap, kali ini, jika ada pendakwaan, Anwar tak akan dapat menipu dengan selamba lagi.
Sekian.
Sumber Dipetik Dari: www.mykmu.net
PAS menegaskan tidak perlu berlawan-lawan sumpah diantara Saiful dan Anwar kerana kes antara mereka berdua adalah kes tuduhan diatas hukum hudud.
“Mengikut pengamatan yang kita buat, maka kita mengatakan, bahawa tidak ada sebab untuk berlawan-lawan sumpah diantara Saiful Bukhari dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim,
“kerana kes ini adalah kes yang membabitkan tuduhan diatas perkara hudud atau pun kita sebut sebagai qazaf, tuduhan liwat keatas Anwar,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik dalam ucapannya di majlis ceramah Palestin, di Pekan Batu Enam, dekat sini semalam.
Beliau berkata selama mana tuduhan ini (liwat) telah berlaku, ia hendaklah dibicarakan menurut mahkamah syariah ataupun perbicaraan menurut syarak.
”Tidak boleh kita nak katakan, kerana Saiful bersumpah, Anwar kena bersumpah, tidak boleh!,
“kerana hukum ini adalah hukum berkaitan dengan hudud dan ini memerlukan kepada perbicaraan,”tambah beliau lagi.
Menurutnya, tidak ada sebab mengapa perbicaraan tidak boleh dibuat berdasarkan (perbicaraan) Islam, dan sekiranya amalan sumpah ini menjadi ikutan, maka ramai orang lain yang membuat tuduhan akan bersumpah.
Justeru katanya, sekiranya keadaan itu berlaku, ramai orang yang akan teraniaya dan keadilan Islam tidak dapat ditegakkan.
Sebelum itu, beliau berkata Islam sedang berkembang dengan pesat kerana dimana sahaja ada gerakan Islam dan dakwah Islam, pasti Islam akan subur dan berkembang.
“Gerakan Islam dan gerakan politik Islam akan sentiasa berusaha mencapai pemerintahan Islam.
”pemerintah yang berugama Islam, samada mereka membina kedudukan Islam dalam pemerintahan mereka atau mereka akan diketepikan oleh orang-orang Islam dan digantikan dengan pemerintahan Islam” katanya.
Mengulas kedudukan politik Malaysia sekarang ini, beliau berkata, sekiranya pemerintah yang tidak mahu kepada Islam, maka rakyat akan menukarkan kerajaan yang ada kepada kerajaan Islam.
Turut memberikan ucapan adalah Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah dan Dr. Muhammad Abu Soleh, tetamu dari Palestin yang menghadiri Muktamar PAS yang diadakan di Ipoh pada 15 Ogod lalu.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu surat terbukanya kepada pengundi Permatang Pauh merayu agar rakyat membuktikan keazaman menghentikan fitnah yang sangat menjelekkan dalam kempen pilihan raya kecil ini. Iklan
Surat yang disiarkan dalam laman web permatangpauh.com itu, Tuan Guru Nik Aziz menyatakan bahawa selepas mengikuti perkembangan dalam kempen pilihan raya kecil di permatang pauh beliau merasakan ia adalah sebuah pilihan raya yang sengit.
"Umno-BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya.
"Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat Anwar Ibrahim adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas," ujarnya dalam surat tersebut.
Ikuti ucapan penuh beliau dalam lampiran surat yang disiarkan;
Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. Umno-BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya.
Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat Anwar adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti.
Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.
Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.
Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.
Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.
Wassalam.
DATO' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS _
Kau lihat apa dah jadi kepada Perak dan Selangor? Itulah akibatnya apabila membiarkan selain daripada Umno memerintah," kata Ramlan, anak buah Menteri Dato' Syahid Hamdi kepada Roslan dengan ekor pandangan matanya penuh bernafsu hantu. Roslan hanya diam membatu.
Iklan
Roslan yang masih muda itu mati akal untuk menjawab hujah Ramlan yang memang tua dengan pengalaman politik. Ramlan dahulunya Pas dan dia jadi 'murtad' kerana gagal mendapat jawatan yang diinginkannya dalam parti. Barangkali didorong dan dihasut rasa sebal dan marah, maka Ramlan kini bergantung paut pula kepada dahan Umno kerana kononnya mahu mengembangkan Islam Hadhari di bumi bertuah ini.
Memang sedih ketika mengenangkan banyak kekuatan Melayu yang tumbang. Roslan, seorang anak muda lulusan USM pun terasa begitu juga. Tapi, mahu dibuat bagaimana lagi? Ramlan yang kuat menyokong Abdullah Ahmad Badawi itu tidak pernah menaruh kekesalan terhadap dosa-dosa para pemimpinnya sendiri. Beliau tidak pernah menghukum Abdullah dengan kata-kata.
Apa-apa yang terlintas dan terkeluar daripada lidahnya cuma maki hamun kepada pembangkang, dan selebihnya mengangkat darjat Islam Hadhari tanpa sebarang kesilapan langsung di pihak parti penguasa. Mereka bercanda dan berbual mengenai masalah masa depan negara secara santai saja pada mulanya.
Tapi, akhir-akhir ini, bualan itu berubah seperti pergaduhan dewa-dewa hingga meletupkan lahar sengketa antara mereka berdua. Puncanya, cuma satu. Jalur percakapan Ramlan itu berbaur dendam dan berpuas hati dengan nasib dan masalah yang menimpa rakyat Perak dengan sebab peralihan kuasa lama kepada kuasa baru.
"Itulah akibatnya memilih selain Umno," tambahnya lagi, mengulang ayat-ayat bersifat menghukum. "Sekarang, majoritinya bukan Islam yang membuat keputusan dalam mesyuarat exco dan menteri besar tidak dapat memainkan peranannya."
Matanya membulat bersinar garang. Denyut marah merayap ke urat kepala lalu menebas tangkai jantung Ramlan. Ketika itu bunyi tangisan alam mengalir dalam sebak petir dan guntur silih-menyilih lalu membungkus kegelapan alam. Hujan Kuala Lumpur tidak hanya mengundang pilu dan hati hiba penduduk kota kerana tidak dapat menunaikan urusan harian mereka, malah bagi Roslan dan Ramlan yang cekal dan tabah bergebang hal politik, hujan mengusir kemarahan dan meredakan ketegangan yang berombak di dada.
"Abang kena faham," dengan tenang Roslan melipat hujahnya. "Sebelum ini, ahli-ahli parti pembangkang telah pun lama mengundi pembangkang, tapi mereka tak pernah menang. Tiba-tiba, dalam pilihan raya baru-baru ini pembangkang menang. Kenapa agaknya?"
Ramlan terkebil-kebil. Deruan angin yang menghempas jendela rumah sewa mereka di Jalan Raja Alang tak sedikit pun mengganggu tumpuannya. Kembara pengalaman politiknya terlalu tinggi dan dia cuma mahu tahu apa hujah terbaru teman serumahnya itu. Pada jendela yang terbuka, mata hati Roslan terkial-kial pula menadah harapan dari langit tertinggi, semoga teman serumahnya dapat menyedari kesilapan mereka sendiri.
"Yang undi pembangkang hingga Umno kalah adalah orang-orang Umno sendiri. Jangan salahkan pembangkang. Ini kerana dengan undi ahli pembangkang selama ini pun, mereka tidak pernah berganjak dan mengusir Umno daripada Perak dan Kedah.
Marahkan ahli Umno sendiri
"Yang perlu abang dan Umno marahkan ialah ahli-ahli Umno yang mengundi pembangkang sendiri. Cuma, bersediakah abang dan Umno mendengar kembali hujah-hujah kenapakah undi mereka bertukar kiblat baru-baru ini?" Roslan melepaskan geram yang bersarang di dadanya. Padanya, baik Umno dan teman serumahnya itu tak habis-habis menyalahkan pembangkang di atas kejatuhan mereka selama ini. Tidak pernah mereka mengkaji apakah sebabnya ahli-ahli mereka sendiri di Kedah dan Perak telah mengundi pembangkang.
Benar kata pujangga. Bumi yang kita huni selama ini telah lama menyimpan sekian banyak khazanah derita di perut batinnya. Dan tiada siapa pun yang mengetahui apa yang sedang berlaku di bawah bumi. Tahu-tahu saja bumi akan begegar dan kiamat tiba. Dan, Umno pun begitu juga. Tak pernah peduli apa yang ada di sebalik jantung hati ahli-ahlinya. Tahu-tahu sahaja mereka tumbang.
Ramlan patah hujah dan dia tertunduk sebentar mendengar perkataan Roslan itu. Mata hatinya menjala kerdipan bintang di balik tirai awan yang telah lama membasahkan mimpi dara-dara. Ketika itu sudah dinihari jam 3 pagi. Mereka berbual hal politik itu sejak Isyak tadi. Mulanya, tema perbualan mereka beralun lembut dan tiba-tiba ia membadai setinggi gunung, sehebat tsunami.
Pada waktu ini, Ramlan teringat kembali sejarahnya ketika dia berpentas menjadi pemimpin pelajar. Saat berpidato sekali pun, matanya asyik memanah kepada kelibat Hazwani, seorang siswi Fakulti Pengajian Media, Universiti Malaya. Wajah siswi itu bagai purnama pada malam Nisfu Sya'ban dan saling tidak tumpah bagaikan rupa paras Nawal Zoughbi, seorang penyanyi Lubnan.
Sehebat garangnya api cintanya bergelora, sehebat itu juga Ramlan berpidato dengan semangat menunjuk-nunjukkan jaguhnya pada Hazwani. Biarlah api cintanya terbakar sehangat cinta antara Samson dan Delilah. Cuma, tidak disangkanya Delilah curang pada cinta mereka. Bapanya Ketua Bahagian Umno. Cinta mereka terputus suku jalan. Dan, hal itulah yang membawa dirinya merana dan akhirnya dirawat duka laranya ke dalam Umno pula. Cinta mereka terhalang dengan sebab perbezaan parti.
Siswa UiTM mengamuk?
Tapi, kekecohan percekcokan 'chaos' pada zamannya itu tidaklah 'sehebat' dan seganas aksi demo mahasiswa UiTM yang 'berjihad' untuk menemui syahid dalam menghalang sebarang usaha memasukkan kuota 10 peratus kemasukan pelajar bukan Bumiputera di dalam universiti mereka. Apabila mahasiswa itu mula merayakan pesta huru-hara, dunia ini bagaikan syurga perusuh.
Ramlan menghela nafasnya yang entah kali ke berapa. Padahal dia memang menyedari hakikat betapa meluatnya orang-orang Umno ke atas Abdullah Ahmad Badawi. Perasaan menyampah yang asalnya bergerak dengan alunan ombak memutih di gigi pasir itu akhirnya dengan garang menyerang, merempuh tembok keangkuhan dan memecahkan bingkai kesetiaan ahli Umno itu sendiri pada akhirnya.
"Tetapi, kenapa pembangkang enggan bersatu apabila Umno menawarkan perpaduan, menyerahkan kerusi pemerintahan kepada mereka pada negeri-negeri tertentu?" Ramlan rupa-rupanya enggan mengalah walaupun hatinya cedera parah dipukul ombak kata-kata dari Roslan tadi. Rumah batinnya terlempar dan jadi tersesat haluan dalam belantara resah ini. Dia mula menggunakan hujah lain.
"Saya tidak fikir bahawa Umno jujur dan ikhlas ketika mereka membuat tawaran itu. Mereka sebenarnya mahu memecahkan ikatan antara Pakatan Rakyat. Jadi, kalau mereka tidak menang, mereka akan cuba memecahbelahkan ikatan PR. Sebab itulah pembangkang menolak tawaran tersebut," kata Roslan lagi. "Itu cuma perangkap, padahal Umno bukannya mahu tolong sangat."
Pada riak-riak wajah Ramlan masih belum nampak tanda-tanda isyarat bahawa dia akan berhenti dan mengalah. Usia mudanya telah lama menghilang ditelan waktu dengan penuh sia-sia dalam kepura-puraan dalam perjuangan yang entah ke mana bersama Umno. Dia tidak sedikit pun mencebik amalan rasuah dan politik wang, misalnya. Jadi, bagaimana sikap ini boleh mendatangkan rasa hormat pada hati rakyat.
Roslan teringatkan pengalamannya ketika menghadiri program di Persada Johor Bahru Mei lalu. Dalam bengkel tersebut, seorang pensyarah dengan terang-terang mengeluarkan saki-baki daki amarah yang lama terkepung dan terkurung dalam dadanya apabila dia mendengar seorang perwakilan berkata, "Umno patut dibubarkan, parti itu sudah tidak relevan."
"Tarik balik kata-kata awak, saya tidak setuju," ujar pensyarah dari Universiti Malaya tersebut. Pantang betul dia mendengar pandangan sebegitu. Padahal, dia sendiri meminta perwakilan bercakap apa saja dan bersetuju kebebasan bersuara menjadi teras perbincangan dalam bengkel tertutup pada malam itu. Pada Roslan, itulah pengalaman terbarunya melihat sesama Umno berdebat secara 'sihat'. Esoknya, ketika sarapan, dia berpura-pura menjadi ahli Umno untuk mengorek rahsia-rahsia dalaman perwakilan.
"Kami sendiri dah minta Pak Lah meletakkan jawatan. Dia setuju akan turun, tapi masalahnya dia nak bagi kepada Najib pun dia tidak mahu. Sebab itu Muhyiddin sekarang sudah mula tunjukkan kekuatannya dalam berbicara," kata seorang ahli Kelab Pengundi Melayu di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Roslan mengangguk-angguk. Namun, itu cerita khabar angin yang bertiup sekitar Mei lalu.
Peranan Umno veteran
Malam itu, tatkala dia sedang makan malam, kebetulan dia sedang duduk semeja dengan seorang ahli Umno veteran berketurunan syed dari Johor. Wajahnya tenang perawakannya bersih. Dia bersikap cermat dan berhati-hati apabila menyusun bicara. Roslan amat senang kepada perwatakan seumpama itu. Banyak kisah yang diperbualkan. Namun, ada sesuatu yang mencuit hatinya.
"Sekarang, hubungan raja-raja Melayu dengan rakyat semakin kuat. Raja-raja sudah dapat bertemu dan bermuafakat sesama mereka. Sebab itu MB Terengganu dan Perlis boleh jatuh," kata tuan syed. "Kami terdiri daripada golongan profesional, pensyarah yang selalu bertemu secara rahsia dengan raja-raja Melayu ini."
Perlahan-lahan baru dia mengerti. Sejak dulu lewat tulisannya, dia dapat menduga bahawa kejatuhan kedua-dua menteri besar itu didalangi pihak tertentu. Cuma, dia tak tahu siapa mereka. Kehadirannya di Persada telah menjawab segala-galanya. Mereka ini bergerak ala Freemason; sulit dan terancang.
Tuan syed tersenyum mendengarkan celoteh Roslan apabila disamakan gerakan mereka dengan kumpulan purba itu. Lalu disambungnya perbualan, "Kalau tidak bergerak seperti itu, susah kita nak tumbangkan Umno. Kami, Umno veteran sudah tidak dapat menerima perbuatan pimpinan sekarang."
"Ini semua kerja-kerja kami," tambahnya lagi. "Raja dah mula bersatu dengan rakyat untuk menentang pemimpin yang zalim. Dan, raja-raja sekarang pun sudah mula ada kesepakatan antara mereka."
Dan, hal itu pula yang jadi modal bualan Roslan kepada Ramlan kini. Bahawa yang menolak Umno melalui undi bukan kalangan Umno bawahan saja, malah Umno veteran pun sanggup membuat rancangan sulit bersama istana untuk membuang Umno daripada pemerintahan di bumi Malaysia ini.
Apabila Roslan berhujah bahawa Umno di bawah pimpinan Abdullah kini dihentak dari belakang oleh kalangan umno veteran, sekali lagi Ramlan tertunduk. Mungkin kesal kerana tidak disangkanya bahawa yang meluat kepada Umno sekarang bukan orang lain, malah orang-orang Umno pihak atasan yang lama-lama juga.
Ramlan menggosok leher yang seakan-akan mahu patah akibat dihentak penjelasan dan soalan bertalu-talu daripada temannya itu. Khabar yang didengarnya daripada Putrajaya memang seperti itu juga. Dia mengaku temannya itu walaupun muda, tetapi sudah tahu banyak cerita. Dia tak tahu apakah hal ini mahu diriwayatkan atau tidak kepada Roslan. Tapi, untuk apa dia menyimpan rahsia?
"Aku tak tahu sama ada kau tahu atau tidak. Sekarang ini pun, kalau pihak istana mahu bercakap, mestilah melalui istana Perak dan bukan semuanya yang bercakap," kata Ramlan. "Jadi, biar cuma ada satu suara saja, agar tidak bercampur-baur."
Roslan tidak tahu apakah teman debatnya itu sudah mahu ambil iktibar atau tidak. Bukan saja Umno bawahan, malah Umno atasan pun sudah menolak rakan mereka sendiri. Tapi, kalau pegawai Putrajaya seperti Ramlan belum mahu sedar diri, mustahil Abdullah akan sedar diri. Demikianlah fikir Roslan. Jam menunjukkan angka 4 pagi. Ayam bersahutan dan kegelapan malam yang membungkus alam menebarkan wajah dingin yang menyeramkan hari-hari esok. Ya, hari esok yang dinantikan semua dengan penuh waspada.
umno perlu orang macam penulis sesungut ini.ihlam banyak tp sekadar dalam ruang lingkup nya sahaja
kamu adalah umat terbaik diciptakan di antara kamu sekelian....
jangan SUMPAH dilagakan dengan sumpah! malapetaka diturunkan Allah di dalam dunia ini berjalan sendiri utk kesemua penghuni, tak kira si peliwat atau sesiapa.
Hukum Alam meliputi keseluruhan hukum2 buatan manusia.
Anwar dari nalurimu bagaimana? katakan kebenran walaupun pahit, menurut sabda Nabi dan Firman Allah jangan kamu menyembunyikan kebenaran.
Langit adalah bumbung kita bersama dan bumi adalah lantai bersama kita pijak....
saya TAHU tp mengapa sangat sukar untuk memberitakan perkara sebenarnya?
pak tua melayu
pada saya, sumpah jangan dipermainkan. dan fitnah, selagi kita tidak tahu kebenarannya, jangan dipercayai dan jangan disebarkan... kalau betul DSAI lakukan, biarlah Allah yang menjadi hakimnya...
kawan-kawan,
Anwar Ibrahim sudah menang parlimen P.Pauh. Hari ini di Dewan Rakyat sudah jadi kepala pembangkang. Di sana kedudukannya, jika PM ketua kerajaan orang no 1 Anwar Ibrahim juga orang no 1. Setara bukan?
Ada orang menjangka perkara ini 10 tahun lepas? Kita mungkin tidak tahu. Mungkin ada bersunyi-sunyi bermonolog. Ada dengar orang bercakap, menulis? Ada?
Samada ada yang jangka atau tidak mungkin tidak relevan lagi.Bila sudah berlaku, ia sudah satu fakta. Realiti.
Tinggal lagi jika kemungkinan-kemungkinan ini sentiasa ada di atas meja, jika kita seorang pemain politik (pejuang?), ia umumnya mampu membuat kita lebih bersiap-siap.
Dari pelbagai-bagai, pelbagai-bagai kemungkinan mungkin akan berlaku selepas ini, kemungkinan Anwar Ibrahim kembali menetap di sel besi juga boleh jadi satu kemungkinan.
Tinggal lagi jika hanya berharap hanya pada kemungkinan ini dan fokus politik tidak lain hanya pada ini, pemain politik yang berbeza aliran dengan Anwar Ibrahim baik bertukar permainan lain. Jadi pemain berlaga ayam sabung ka. Di Filipina, berlaga ayam sah sisi undang-undang.
* abaikan komen ini jika berbau botol haram.
Anwar berjaya mengalihkan perhatian daripada isu sama ada dia liwat, sama ada dia kena bersumpah atau sebaliknya, kepada isu politik dan negara.
Tahniah saudara kerana pandai.
Jika tidak ada lagi yang boleh membantu, hanya Allah sahaja yang kami harapkan. Semoga DIA memperlihatkan kebenarannya, demi Malaysia yang tercinta ini.
Propaganda Anwar dan pengikutnya adalah Anwar sepatutnya dibebaskan daripada tuduhan, demi ekadilan terhadap Anwar kerana tuduhan berunsurkan politik.
Namun, Anwar dan pengikutnya tak pernah bercakap mengenai keadilan kepada manusia kerdil, manusia biasa, Saiful Bukhari Azlan. Memanglah keadilan perlu diberi kepada Anwar, tetapi kepada orang biasa juga perlju diberi keadilan...biarpun dia hanya ada satu lawyer, sedangkan Anwar ada 9 lawyer. Malah, kata sesetengah pendapat, jika Wan Azizah sekalipun menyatakan suaminyua pernah meliwat, Anwar akan menafi dan menggunakan berpuluh lawyer dan pelbagai fitnah akan dikenakan kepada Kak Wan - kononnya kak wan telah dibeli, kononnya kak wan ada orang lain yang meminatinya dan walaupun kak wan sebagai doktor mengaku, masih akan ada alasan bahawa kak wan tidak faham antara meliwat dan tidak dsb.
Anwar hampir pasti dibebaskan, tetapi tidak pasti dia memasukkan zakatnya atau tidak.
Tuntut Keadilan Untuk Saiful
Post a Comment