Thursday, August 7, 2008

ANU ANWAR

DALAM pengamatan sesungut secara lahiriah, mustahil seorang yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa dalam kes meliwat Saiful Bukhari.

Beliau seorang alim dan pernah membaca khutbah.

Beliau seorang yang kelihatan bersih dari dosa.

Jika Anwar dia tidak buat, tetapi sesungut turut mengesani bukan sahaja perkara lahiriah, tetapi perkara yang tidak kelihatan: Anu.

Sesungut tidak pasti Anu Anwar melakukan atau tidak.

Pagi tadi beliau telah didakwa dan petangnya hujan turun di Kuala Lumpur, menyirami jerubu yang semakin merebak, seperti simbolik kepada rahmatnya Malaysia.

Harapnya keadilan akan diterima oleh kedua-dua pihak, dan kebenaran terbukti, seperti berseminya jerubu di Kuala Lumpur apabila hujan meluruhkan airnya.

Walaupun kelihatan seperti kurang adil kerana sesungut tidak berapa faham undang-undang kerana sesiapa yang didakwa meliwat selalunya tidak dibebaskan sesuka hati, tetapi dalam kes ini, mungkin pihak mahkamah lebih mengetahuinya.

Selain itu, demi keadilan kepada kedua-dua pihak, Saiful juga perlu dibekalkan beberapa peguam pemerhati yang handal, yang boleh memberi keadilan kepada pihaknya kerana OKT (orang kena tuduh) mempunyai tujuh barisan peguam yang handal yang diketuai Sulaiman Abdullah.

Sesungut berharap ada peguam sukarela yang handal seperti Cristopher Fernando atau mungkin Tun Salleh Abbas dapat membantu, sekurang-kurangnya melihat dari sedut keadilan kepada Saiful. Dan, mungkin Saiful tidak mempunyai sumber kekuatan kewangan, harapan sesungut dan mungkin rakyat Malaysia, Tun Salleh dapat memberi khidmat percuma demi keadilan.

Jika tidak akan kelihatan keadilan hanya kepada Anwar kerana beliau mungkin mempunyai sumber kewangan yang lebih yang membolehkan beliau mengupah banyak peguam handal dalam negara.

Sesungut juga sudi mencadangkan supaya Saiful yang ingin melafazkan sumpah dengan al-quran dilakukan di hadapan bekas imam masjid negara, Ustaz Taib Azimuddin yang dikatakan pernah mendengar pengakuan ikhlas dari mangsa liwat.

Sekurang-kurangnya bagi orang Melayu dapat sedikit kelegaan dengan keberanian beliau melafazkan sumpah berkenaan.

9 comments:

Anonymous said...

pak tua komen, dibebaskan dengan wang peribadi dan bebas atas alasan peribadi! undang2 mahkamah yg diamalkan oleh pakar undang2 dgn kebijakan memberikan jaminan peribadi. dgn ikatan keyakinan peribadi si pakar hakim itu.

NO masalah...Kita lihat sahaja nanti undang2 semesta Alam bumi dan langit bertasbih dalam wilayah Kedaulatan Malaysia. Penghuninya berbagai kira2 jumlah 30++ juta?

Maka gema dalaman zahir dan batin dari awal dan akhir warga Malaysia terbetik hawa minda/emosi setiap saat akan menjelmakan Kesepaduan hukum keseimbangan dikaitkan dgn kes Anu dgn Saiful tu.....

Pak tua dah tahu, tapi mengapa tak terdaya mengucapkan?

Duhai warga Malaysia setiap rakyat Malaysia meludah ke dalam perigi buta, apakah mustahil akan dipenuhi dgn air?

salam keinsafan.

Anonymous said...

Saya pernah melihat Datuk seri Anwar Ibrahim menari masa kempen pilihan raya di Ijok, bersama-sama dengan pemimpin India. Gerak tariannya sungguh mengasyikkan. Menunjukkan beliau seoang yang biasa. tidak kaku. Dia juga pandai karoeke. Pernah menyanyi bersama penyanyi Aisyah. dia juga padai berkhutbah. Pernah berkhutbah di permatang pauh, pulau pinang.

Mengenai Anu Anwar yang diangkitkan sesungut tu, sukar saya untuk komen. Kerana saya tak pernah meihat anunya.

Ada berpendapat Kak Wan sendiri tak terlayan anu anwar. Walaupun dalam usianya, viagra memunculkan diri menyebabkan anunya mungkin menjadi lebih kuat.


Pro-Anu.

Anonymous said...

Saya sampai sekarang terheran-heran dengan sikap majoriti rakyat malaysia ni. Apa la nak dikisah dengan soal dalam kain orang (orang sekarang tak pakai kain, pakai seluar dan seluar dalam).

Jika nak berlaku pun peliwatan itu, itu soal mereka. Lagi pu pendakwaan dah diubah kepada sukarela.

apa masalahnya, jika kedua-dua dah suka, sama-sama menikmati kesedapannya hingga menjilat jari.

mungkin rakyat malaysia ni konservatif sangat. saya menyokong anwar kerana beliau antara orang yang boleh diharapkan oleh rakyat malaysia dalam memperjuangkan isu-isu peribadi dan hak peribadi.


anti Anu.

Anonymous said...

BOLEHKAH PELIWAT JADI PEMIMPIN?

Ramai yang tak kisah jika mereka yang melakukan liwat secara suka sama suka, dan menjadi rahsia kepada mereka berdua sahaja. Namun, dalam masyarakat yang agak bertamadun dan madani, apakah boleh peliwat menjadi pemimpin?

Jika katakan dia secara peribadi suka kepada lelaki macho, tetapi dalam masa sanggup memperjuangkan kebebasan, demokrasi, hak kebebasan beragama, hak kemanusiaan, apakah tidak boleh menajdi pemimpin? Tidak mudah untuk menjawab soalan ini. Anti-anu nampaknya macam bersetuju bahawa peliwat boleh menjadi pemimpin? Hal peribadi dipisahkan dengan hal pemerintahan.

Saya pula berpendapat pemimpin adalah model atau contoh kepada orang lain. Walaupun secara peribadi seseorang pemimpin itu suka kepada sesuatu yang luar tabii, pemimpin itu tidak patut menjadi pemimpin. Ini kerana mana-mana masyarakat waras dalam dunia hari ini menganggap liwat sesuatu yang kurang elok. Jika Clinton dengan Monica Lewinsky yang hanya bersedap-sedap menggunakan mulut dan sudah ditolak rakyat yang kafir di Amerika Syarikat, maka apakah kita boleh menerima peliwat?


RAHMAN KARIM
Kuala Ibai, Terengganu.

Anonymous said...

US akan membantu Malaysia jika Anwar jadi Perdana Menteri, dan ini baik untuk Malaysia.

Harga minyak akan kembali normal dan rakyat tidak akan berada dalam kesusahan - apabila minyak naik, semua barang naik (betullah kata orang undi BN - Barang Naik.

Apakah salah Anwar berkawan dengan Wolfowitz kerana dengan hubungan itu, malaysia akan lebih cepat maju kerana wolfowitz seorang Yahudi yang pandai dan berkuasa.

Kalaupun negara kita dalam gengaman Amerika dan rakyat hidup dengan senang, apa salahnya?

Saya proUS.

Anonymous said...

JIKA BENAR, NGAPA TAK MAHU BERSUMPAH, MUBAHALAH?

Sumber: www.agendadaily.com


Rabu ia berlaku semasa turut hadir pada sidang media Anwar di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Rabu.

Ini bilamana wartawan Agendadaily buka mulut minta komen Anwar mengenai kenyataan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan yang bersedia bersumpah junjung al-Quran dan meminta bekas majikannya itu turut berbuat demikian.

“Datuk Seri, Mohd Saiful bersedia sumpah al-Quran, bagaimana Datuk Seri dan apakah jika dia berbuat demikian akan menjejaskan undi (di Permatang Pauh),” itulah soalan wartawan Angendadaily.

“You dari mana?, “ tanya Anwar.

Apabila wartawan menjawab Agendadaily, Anwar bertanya balik, “Agenda apa tu? You bertanya sebagai seorang muslim atau sebagai apa?. Soalan sumpah ini atas peraturan Islam atau peraturan politik?”

Apabila wartawan Agendadaily menjawab, peraturan Islam, Anwar menjawab “ Kalau Islamic, ikut syariahlah. Ikut Syariah, hukum jenayah mesti diputuskan cara jenayah.”

“Maksudnya, sumpah itu bukan isu politik tapi isu jenayah,” katanya sambil menyebut beberapa nama tokoh Islam antaranya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan “ Kes atau pertuduhan jenayah mesti dijawab dengan bukti yang dikemukakan.”

Untuk rekod asalnya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Ketika menyokong cadangan mengenainya yang dibuat Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.

Kata Anwar lagi "sumpah hanya cadangan Putera UMNO yang patut belajar baca al-Fatihah supaya betul. Sebab itu saya tanya, apa motif saudara bertanya, kalau nak bincang soal politik atau budaya Melayu, kita sumpah demi angin dan lautan dan jembalang, saya bersumpah.

"Tetapi kalau hendak sebut (sumpah) guna nama Allah, jangan politikkan hal ini," katanya, menyebabkan kumpulan wartawan ketawa.

Itulah Anwar. Sentiasa cuba lari daripada menjawab soalan yang tidak disukainya.

Sebelum ini, beliau sendiri ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan membuat aduan Qazaf terhadap Saiful yang didakwanya membuat tuduhan palsu tanpa mengemukakan saksi seperti dituntut agama.

Peliknya, kali ini Anwar memilih kes itu untuk dibicarakan sebagai kes jenayah.

Dalam sidang media itu juga, Anwar juga enggan menjawab soalan mengenai bekas Setiausaha Politiknya, Ezam Mohd Nor.

Apabila seorang wartawan mahu jawaban beliau mengenai kesediaan Ezam mendedahkan "rahsianya" jika dikaitkan dengan konspirasi terhadapnya, Anwar enggan mengulas dan hanya berkata, "Tidak mengapa, itu pun macam sumpah juga," katanya.

Anonymous said...

Berita portal Agendadaily menunjukkan Anwar hanya mahukan news yang diciptanya, yang beliau mahu rakyat mempercayainya.

Mengapa dia begitu emosi apabila diminta bermubahalah, bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak meliwat?

Dengan tak semena-mena menggunakan nama Tuan Guru Nik Aziz, sedangkan Nik Aziz bersetuju dengan mubahalah.

Dengan sistem mahkamah yang beliau mungkin mampu memenangi dari segi teknikal kerana mempunyai sembilan peguam terhandal.

Rakyat bukan nak tahu hal-hal teknikel, tetapi nak tahu: buat atau tak buat?

Nampaknya beliau bukan memperjuangkan kepentingan rakyat yang nak tahu, tetapi emmperjuangkan kepentingan diri dan maruah keluarga semata-mata?

Saya juga ingin mencadangkan supaya semua pengikut PAS terutama pemimpinnya yang tahu, termasuk Mat sabu, supaya menjauhi diri dari pakatan berkenaan.

Jika tidak, PAS juga bersubahat dengan maksiat.


Ahmad Hadi

Anonymous said...

Belalang merasakan kes anwar merupakan satu konspirasi kedua untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR)bukan PRO.Dalam hal ini sesiapa tidak boleh menghukum atau mendoktrinkan terhadap sesorang kerana pada masa ini hanya orang kena tuduh (OKT) dan sepatutnya
mengambil jalan supaya perkara ini tidak lagi terjadi dalam politik malaysia. Perbalahan yang politik yang terjadi pada masa ini tidak lain
adalah melibatkan orang melayu yang beragama Islam dan perkara ini akan menguntungkan mereka yang ingin mengaut keuntungan daripada perbalahan ini, perkara ini terjadi
kemungkinan ada pihak lain yang ingin menguasai politik Malaysia. Belalang tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi biarla kita belajar daripada kesilapan politk seperti kejatuhan Perak ke tangan DAP bukan PAS kerana PAS adalah boneka shaja...

Anonymous said...

Anu, anu ...anu...war. Apa nak buat, dia fikir dengan anu.