Wednesday, October 31, 2007

Tidak Adilnya Orang Cina Dalam Perniagaan

SUDAH menjadi takdir orang Cina pandai berniaga. Orang Melayu malas. Seolah-olah kenyataan itu tidak boleh diubah. Kebanyakan lot-lot kedai sama ada di Kuala Lumpur atau di Gua Musang, dimiliki oleh kaum bermata sepet.

Minggu lalu, aku mengikuti seminar anjuran GABEM Kedah di Darul Aman Golf Resort, dan seorang penceramah yang mengikuti perkembangan perniagaan menyatakan mengapa orang Cina boleh maju, khususnya dalam perniagaan runcit:

"Mereka bukan sahaja mendapat untung daripada perbezaan di antara belian dan jualan sebagaimana orang Melayu dapat, tetapi mereka turut mendapat untung daripada pemborong daripada kaum sama.

"Peniaga Cina mendapat diskaun, rebet dan ara pembayaran hutang yang fleksibel, berbanding dengan orang Melayu. Rata-rata rangkaian pemborong dimiliki oleh kaum Cina.

"Kebanyakan kedai runcit Melayu dalam kajian kami boleh survive dalam tempoh tiga hingga lima bulan sahaja," katanya.

Jika kenyataan ini benar, maka sudah berlaku ketidak adilan dalam sistem ekonomi negara, dan undang-undang antitrust atau kaedah menghalang monopsoni atau seumpamanya perlu dibuat, supaya persiangan perniagaan yang adil dan saksama diwujudkan.

Begitu juga dalam bidang lain seperti bengkel kereta.

Apakah tidak ada orang Melayu yang pandai dalam bidang ini. Ini kerana orang Melayu sekurang-kurangnya memasuki IKM atau ILP untuk belajar bidang automotif, sedangkan banyak kaum Cina hanya belajar seara tidak formal di bengkel-bengkel kereta. Kebanyakan mereka juga hanyalah lulusan PMR atau paling tinggi SPM.

Pernah satu ketika aku berkunjung ke rumah seorang kawan di Taman Saujana, Kajang dan rumahnya bocor. Apabila dipanggil pembaiki rumahnya, dua orang Cina menaiki motosikal dan terus membaiki atap rumah itu dalam 15 minit. Kemudian, pembaiki rumah itu mengenakan caj sebanyak RM300.

Satu lagi peristiwa. Seorang rakan aku membuka kedai beras di Sungai Petani. Dia mendapatkan bekalan beras yang agak murah dari BERNAS lalu menjualnya secara peruncitan dan sesetengahnya dihantar terus ke kedai-kedai sekitar Sungai Petani. Pertanian kerja tradisi orang Melayu, apalagi penanaman padi. Perniagaannya maju. Sampai satu ketika, tidak sampai dua tahun perniagaannya, kedai-kedai runit Cina menurunkan harga berasnya. Lalu, untuk mengelak pelanggan lari, kawan aku turut menurunkan harga berasnya. Peniaga runcit Cina menurunkan lagi sehingga ke satu tahap, jika dia menurunkan juga, dia akan rugi. Akhirnya, perniagaannya ditutup. Enam bulan kemudian, kedai-kedai runcit Cina itu menaikkan semula harga berasnya.

Apakah perniagaan dan persaingan seperti ini dihalalkan di Malaysia yang dulunya nama Tanah Melayu?

Seorang kontraktor kelas F di Perlis menceritakan beliau mendapat satu projek daripada kerajaan untuk memperbaiki parit. Oleh sebab kontraktor kelas F tidak mempunyai jentera penggali, maka mahu disewanya di sebuah kedai Cina (kebanyakan orang Melayu tidak ada yang memiliki jentera seumpama itu). Tiba-tiba tauke Cina itu kata, jentera sekarang ini sehingga dua bulan tidak ada. Jika mahukan juga maka harganya sedikit mahal kerana perlu membawanya dari Negeri Sembilan. Oleh sebab mahu menjaga reputasi sebagai kontraktor dengan agensi kerajaan, maka terpaksa disewanya juga, walaupun harganya dua kali ganda. Sebahagian besar keuntungannya berpindah kepada orang Cina berkenaan. Bagaimana keadaannya jika projek kerajaan turut diberikan secara terus kepada orang Cina?

Banyak cerita-cerita sedih seperti ini berlaku di sepanjang perjalanan hidup aku. Aku percaya tentu ada orang Cina yang jujur dalam perniagaannya. Dalam khazanah cerita yang aku ada, kebanyakan peniaga Cina lebih banyak mendapat kelebihan, menyebabkan seolah-olah 'ditakdirkan' orang Melayu tidak pandai berniaga.

12 comments:

Anonymous said...

Halo sspatah, apa khabar? Raya macam mana? Dalam negara 30 hari syawal sudah menjadi bulan festival di kalendar. Dari sebelum raya lagi urusniaga kencang untuk persiapan. Selepas raya urusniaga terus kencang untuk festival makan-makan dan tayang-tayang.
Baik sungguh orang Melayu kerana mereka tidak berhenti memasukkan wang ke dalam akaun peniaga meski peniaga yang bermula dari bahan untuk menghasilkan bahan mentah, kemudian bahan mentah, pengilang, pemborong, outlet kedai barang siap dan peruncit pasar sangat menunggu musim ini kerana mereka sudah pasti untungnya besar sekali hasil volume dan tindakan menganiaya dengan menaikkan harga. Orang Melayu beli juga demi festival raya. Gue ulang orang Melayu tetap beli juga.

*Perspektif diatas ialah 'orang Melayu beli juga meski sebahagian mereka sedar para peniaga sedang menganiaya, mengeksploitasi, memanipulasi mereka.

Pelbagai perspektif lain boleh disorot. Pihak kerajaan yang terlibat dengan dasar dan pelaksanaan, para peniaga penghisap darah, psikologi tangan ketar bila ada wang banyak di mana tidak boleh duduk diam mahu juga ke pusat membeli-belah (perempuan?), psikologi rasa terpinggir jika berbeza dengan orang lain dsbnya lagi.

Jika cerdik pandai UUM dapat mengeluarkan suatu penjelasan yang jelas tentang pelbagai perspektif ini, dan ia sampai ke benak orang Melayu di segenap peringkat, maka ianya sangat menarik sekali. Tapi kenapa UUM, kenapa tidak diri sendiri? Ermmm...

Mungkin atas sebab UUM itu sebuah universiti. Ada geran kewangan untuk menampung penyelidikannya. Penyelidik terlibat tidak perlu risau makan pakai-anak bini.

Gue risau sebab gue bukan Che Guevara. Hanya minat membaca dan menonton filem revolusinya saja.

khasanah77 said...

Semasa membaca artikel berkenaan, perasaan bercampur baur. paling penting, saya bukanlah orang melayu tulen, maka dengan itu saya merasakan tidak ada keperluan untuk memberi respon ke atas artikel ini. tetapi setelah difikirkan, ada sesuatu yang amat menarik untuk dikongsikan.

semasa menghadiri satu perjumpaan dengan Naib Canselor UUM pada setahun yang lepas, semasa penubuhan Kelab Elit UUM untuk para pelajar 1st class, saya teringat kata-kata NC yang mencadangkan pelajar2 1st class ini perlu ada jaringan untuk memperkukuhkan hubungan antara para pelajar yang bijak2 belaka dan membolehkan lebih ramai pelajar memasuki golongan tersebut. Ya, membina jaringan. kata NC lagi, jaringan yang dibina ini perlulah kuat seperti jaringan perniagaan orang-orang cina yang bukan saja gah di Malaysia, bahkan seluruh pelusuk dunia. jaringan seperti inilah yang membantu jatuh bangun orang-orang yang menjadi 'jaring' dan 'tali'nya.

walau bagaimanapun, orang melayu tidak begitu. pelbagai formula, ubat, vitamin telah digunakan untuk membangunkan orang melayu, namun, peningkatannya hanya sedikit. saya sendiri sedar bagaimana rasanya menjadi orang "melayu" di kedah, tetapi menjadi orang 'cina di KL. jauh beza...

ayah saya sendiri seorang peniaga. ibu juga seorang peniaga. ayah orang Jawa.. ibu orang Cina... dahulunya, ibu lebih disenangi pemborong2 cina, kerana mereka tahu ibu itu masih keturunan mereka... dan ayah... dahulunya tidaklah digemari orang cina, setelah belajar bahasa cina, orang-orang cina mula respect dan menghormati tugas dan sikapnya, dirinya. mungkin kerana dia belajar bahasa cina, baru hubungannya dengan orang cina boleh berdiri sama tinggi dengan hubungan ibu dan orang cina... tapi sebenarnya tidak.. kata rakan-rakan ayahku (orang cina) yang kukenali... "kerana lu punya bapak sangat rajin, talak tipu olang...manyak pandai punya... kalau mau tipu sama dia, wa sangat bodohlah... lugi"...

Anonymous said...

Ni first time saya hantar post ke blog ni. Yela, nak "berbahasa" dengan cendikiawan2 plato mcm sspatah ni bukan boleh komen gitu2 je, perlu ada hujah yang konkrit dan updated. Kalau tak memang kena "pancung".

Walaupun saya seorang yang berketurunan melayu, namun hati tak rasa begitu pedih bila mendengar kenyataan yang tak lagi tabu ni. Cuma hati tersentuh bila mengenangkan nasib bangsa 1 atau 2 dekad lagi.

Rasanya orang melayu bukanlah bangsa yang tak pandang berniaga kerana sejarah dah membuktikan bahawa bangsa ni dulunya pernah menguasai perdagangan dunia lebih 400 tahun dulu. Pendek kata, berniaga adalah darah daging bangsa melayu sejak berkurun lamanya.

namun, apa sebenarnya masalah yang membelengu bangsa ni daripada sukses dalam perniagaan?? Persoalan yang seringkali disoal namun masih tak ketemu formula.

Saya melihat orang melayu tak pandai mencari peluang dan kurang mahir selok belok perniagaan. jarang kita lihat peniaga melayu yang mengamalkan prinsip dalam pengurusan perniagaan.

Contoh, dalam konteks MSI (Multiple source of income), jarang ada peniaga melayu yang membuat re-invest pada perniagaan mereka setelah mendapat keuntungan. rata-rata mereka terus menukar kereta (walaupun kerera lama masih boleh pakai), dan membeli barangan-barangan yang branded.

Kalau berterusan begini, peniaga melayu akan terus mundur!!

Syed Hafidz
www.SyedHafidz.com
www.RajaAffiliate.com

Anonymous said...

Orang Melayu diciptakan salahseorang yg terbaik dalam kejadian manusia yg berbilang bangsa di dunia ini.

Kemahiran penyesuaian sesuatu bangsa akan membuat mereka menakluki sesuatu tempat.

Selagi hidup bangsa melayu bersama MASIH ada peluang utk berdiri sama tinggi dgn penyesuaian dan kepakaran sahaja.

Pendpat dari yang tidak pandai.

terima kasih

ustaz ali

Anonymous said...

Apakah jika gue mendapat geran penyelidikan dari mana-mana institusi maka penemuan penyelidikan gue nanti akan menjadi suatu breakthrough? Dan ketidakadilan seperti diusul sspatah akan tamat?
Jawapannya belum tentu. Penemuan gue mungkin tidak seberapa. Jadi geran diperoleh bukan jaminan sejauh mana signifikan penemuan.
Selain itu bukan tidak ada kaedah lain yang tidak perlukan geran. Kita tidak perlukan geran misalnya untuk terbitkan perspektif sendiri tentang hal ini. Kita juga tidak perlukan geran untuk bercakap-cakap perspektif kita tadi pada rakan-rakan semeja minum petang. Jika rakan-rakan kita juga ada perspektif mereka sendiri atau berminat dengannya, maka perspektif tadi akan berkembang secara natural.
Bila ia berlaku pada skala besar (kaedah ke arahnya tentu ada) perubahan bakal mengambil tempat.
(pertanyaan: tidak penatkah asyik mendengar perspektif sama saja baik daripada orang politik, individu yang tiba-tiba dipanggil intelektual kerana pendapatnya sering dipetik akhbar, pemakai topi putih yang mengurusniaga agama, pakar-pakar ulung pemberi nasihat kononnya memotivasi dll yang serupa dengannya? Gue sudah lama sudah penat. Kalau di TV gue akan petik channel lain, kalau di suratkhabar dan ada foto gue akan jentik hidungnya dan kalau bersemeja gue akan bercakap dengan pemandu peribadinya)

Anonymous said...

kemerdekaan keseluruhan,

Jangan ditarik suka atau menolak akan ia. hidup sahaja dan menikmatai apa datangnya.

Qadak dan Qadar ditangan sesama manusia tertakluk dgn kaitan manusiawi kepada Allah.

ustaz ali

Anonymous said...

Lewat malam tadi di cybercafe damai, teman sebelah kerusi berbisik: lawak Senario banyak di internet, best tengok... kelakar gila!
Gue tersengih-sengih. Itu saja mampu respon. Kemudian gue capai headphone dan kepala gue meliuk-liuk bersama irama dan lirik ini:
http://www.youtube.com/watch?v=HK-ig_wE5kc

Proses hidup seperti ini berlaku saban hari - gue berdiri 'bebas' untuk menerima dan menolak.
Gue tidak baca perspektif sama diulang-ulang, gue cari yang lain.

Anonymous said...

syedhafizd said : Yela, nak "berbahasa" dengan cendikiawan2 plato mcm sspatah ni bukan boleh komen gitu2 je, perlu ada hujah yang konkrit dan updated. Kalau tak memang "pancung".

My advise : dont bother whether u want to critic plato or whoever, the important is u know ur stand and tide it.

syedpadapia

Anonymous said...

hello spatah

hamba berasa sedih kerana peniaga melayu masih lagi ditindas secara tidak langsung oleh bangsa cina.menarik perhatian baru-baru dalam perhimpinan agong umno bahawa pengedaran surat khabar hanya didominasi oleh kaum india sahaja.pahadal utusan malaysia terbit dengan jumlah berjuta-juta naskah sehari tidak termasuk dengan rangkaian NSTP dan banyak lagi.kadar komisen senaskah paper ialah rm 0.25 jika dikali dengan banyak maka melayu lah kerugian kerana hanya mengambil untumg hasil jualan sahaja.

mengulas tentang aspek perniagaan pula cina sebenarnya mempunyai networking sesama mereka.mengambil contoh di bandar saya iaitu pasir mas kelantan jika seorang cina membuka perniagaan kedai membaiki kereta maka rakan mereka akan membuka kedai aksesori kereta.kedai kusyen,tinted kereta dan servis kereta seolah-olah mereka tahu value added dan haram bersaingan sesama mereka berlaiatan pula dengan melayu
hari saya menjual nasi lemak mungkin esok tuan puan pula akan mbersaiangan dengan saya dan umpama cendawan tumbuh pada musim hujan bahkan hebat lagi.melatu mempunyai tahap PhD yanh begitu kuat dalam diri mereka

kami bukan along tapi kami cuma nak tolong

razihan 7285

Anonymous said...

Memang ada banyak alasan untuk kita menjadi tidak bagus. Alasan2 itu barangkali ada benarnya tetapi ianya tetap boleh kita katakan sebagai alasan.

Ramai dikalangan kaumku berkata Cina kuat menipu dalam berniaga, itu juga alasan yang barangkali benar namun itu adalah alasan juga.

Pekedai runcit dari Acheh atau P. Kunci Bersaudara ramai yg berjaya ini kerana mereka membaca peluang, kata mereka peluang di Malaya ini tumbuh seperti cendawan selepas musim monsun. Walaupun berdepan dengan alasan yg sama namun mereka tetap menempuhinya dengan gagah.

Kita ini, maksudku orang Melayu semangat tidak tinggi, kalau semangat berkobar pun tapi tak punya daya tahan yang kuat dan lama. Mereka juga suka comfort zone. Mereka2 ini termasuk aku, ayahku dan juga nenekku.

Namun ada juga kaumku yang terkeluar dari musibah keturunan ini. Mereka menjadi orang yang berjaya.

Kemudian (akhirnya) aku tidak mahu mengaitkan makna kegagalan dengan Melayu lagi, barangkali boleh kita kaitkan makna kegagalan dengan malas, mencari alasan, tiada daya juang yang tinggi, mahukan keselesaan sahaja, berfikiran negatif, tidak melihat peluang dan banyak lagi perkara2 yg tidak molek yang menjadi nafas kita senari hari.

sesungutpatah said...

Orang akan berkata saya racist bila memperkatakan akan hal ini. Ianya hanyalah satu pengalaman. Ada juga komen seperti dari Khasanah yang katanya dia tidak obses kerana bukan Melayu tulen. Saya hanya memperkatakan ketidakadilan dalam muamalah. Sedangkan, kita manusia ingin keadilan. Keadilan bersifat sejagat, dan rasanya tidak mengenal warna kulit atau bahasa atau agama.

Saya ingin mengajak rakan-rakan mencadangkan idea supaya sarang labah-labah ini dapat diruntuhkan dan cahaya kembali bersinar menerangi alam kita.

Lenin apabila melihat ekonomi Jerman dimonopoli oleh Yahudi, terus melancarkan serangan dan pembunuhan. Namun, kaedah etnik cleansing ini bercanggah dengan kemanusiaan.

Keadaan ini jika dibiarkan akan menyebabkan rasa kemarahan yang tak terpadam di kalangan pihak yang semacam tertindas. Sesetengah orang Hindu Malaysia seperti diutarakan oleh kumpulan Hindraf juga merasa terpinggir, lalu menuntut pelbagai. Ini juga memberi imej yang tak sihat kepada mata dunia. Sedangkan, faktanya dari segi purchasing power, Melayu hanyalah RM2000, sedangkan India RM3000 manakala China hampir RM6000. Data itu menunjukkan Melayu tertinggal jauh dalam menikmati hasil ekonomi negara.

Che Nik membangkitkan idea yang perlu dicari atau difikirkan, itu saya setuju. Cuma mesti berfikir di luar kotak sedia ada, supaya cadangan yang dikemukakan akan nampak mampu menganjakkan paradigma (meminjam istilah orang pandai2). Namun, Kepada Hafiz, saya menjemput beliau bersama-sama meluahkan fikiran, tanpa perlu berasa takut atau salah.

Anonymous said...

pertama sekali bagi abang yang mulakan blog ni....... jangan lah buat kerja macam ini lagi.... kerana ini tak baik..... sekarang negara kita pun aman...... jangan lah buat hal lagi......
yang bang kata kaum yang lain mengambil kesempatan ke atas kita, tidak kah bang fikir adakah kita tidak mengambil kesempatan keatas mereka.... jika banding dengan luar negara semua orang adalah dibahagi sama rata haknya bukan sahaja ekonomi......kita pun ada koata keatas mereka......
bang bang sekalian...... sila bagi komen dinda ya......