Wednesday, October 3, 2007

SEBUAH KEPUTUSAN

Sebuah Keputusan

Mestikah dilepaskan rasa gundah ini
Jauh di hujung sejarah penuh luka berdarah
Kerana hari-hari semakin hampir
Walau diri menjadi kecil
Kepada sebuah keputusan.

Menjalarnya bagai bocornya bisa racun
Menyerap sedikit demi sedikit rasa gembira
Dan sejarah itu tak terpadam
Kuatnya seperti tulisan di Loh Mahfuz
Dan keputusan menjadi pasti.

Realiti tidak seindah khayali
Penuh tangan ghaib tak terkawal
Ruang dan waktu membisik rasa gundah
Hadir tanpa diajak berunding
Dan keputusan belum menemui kewarasan.

Keputusan bukan sebuah mukjizat
Bagi orang biasa ada dosa
Walau hari semalam sudah berlalu
Dan masa depan belum pasti
Kerana hari ini kita bernafas.

Gundah sebuah warna kehidupan
Gembira sebentuk rasa ciptaan
Ditengahnya sebuah keputusan.






Patahnya Sesungut
10.47 malam
Sintok, Kedah.

3 comments:

Anonymous said...

berkaitan di atas,

BERANI sampai MATI dengan perubahan dan fahami tulisan Loh-mahfuz yg tegas dan tak berganjak dan tetap menolak yg tak MAHU berubah dan bukan tidak boleh berubah. Tamsil dari hidup ke mati setiap detik membawa perubahan...

Takut ke?

ustaz ali

Anonymous said...

Perkataan 'sebuah' membawa gue mengingat pada seseorang. Namanya Yahaya.
Pada orang-orang tertentu saja selain Sesungut Patah mungkin boleh faham puisi ini. Ustaz Ali istimewa kerana beliau mampu mencelah. Gue di takat membaca rangkap-rangkapnya sahaja. Kemudian asap tembakau (hanya tembakau) gue hembus tinggi-tinggi ke udara.

Anonymous said...

intermittent(ejaan?) celah dan mencelah adalah aliran dari loh-mahfuz utk manusia dan makhluk yg lain2 selain manusia.

saya berkata "Bumi Malaysia dan penghuninya adalah one of the best manusia in this world"

Bersetuju tak bersetuju also most welcome.

cek nik dan sahabat2 semua..

ustaz ali