Monday, October 8, 2007

PERGINYA SEORANG KAWAN KE SOUTH CORALINA, USA

SEORANG rakan akrabku terpilih mengikuti kursus intensif bahasa Inggeris ke South Coralina, USA. Ketika kita menyambut aidilfitri, beliau yang langsung tak pernah ke luar negara, akan terbang ke sana, esok, 9 Oktober.

Bayangkan seorang anak kampung yang belajar di UUM. Bekerja di UUM. Bersekolah di Changlun dan tak pernah menaiki belon (kapal terbang), kecuali sekali dua apabila bertugas di UUM. Dan, beliau akan terbang jauh. Meninggalkan kegembiraan raya. Meninggalkan ibu bapa, yang tak pernah ditinggalkan seumur hidupnya. Beliau anak tunggal.

UUM, dalam rangka menghebatkan kakitangan berbahasa Inggeris, memilih rakan karibku ini untuk mengikuti kursus intensif bahasa Inggeris ‘English Programme For Internationals (EPI) di University of South Carolina (USA) Colombia. Beliau menjadi perintis kepada pegawai di UUM yang akan mengikuti program selama dua bulan yang bermula 14 Oktober ini dan berakhir 14 Disember depan.

Aku menulis ini kerana beliau seorang rakan karibku, sangat akrab. Dua tahun lalu, ketika aku mula menjejaki kaki ke UUM, juga pada bulan puasa, tidak ada orang lain yang memperkenalkan aku dengan UUM, melainkan beliau. Beliaulah orang yang mencari rumah sewa kepadaku. Beliaulah yang selalu membela dan membantuku. Beliaulah orang yang selalu bersamaku ketika itu. Sehingga ada rakan-rakan lain menyatakan aku sedang bercinta dengannya. Namun, aku tahu perasaanku 'beku'. Dan, aku tahu beliau juga tidaklah menyimpan rasa cinta kepadaku. Kami hanyalah kawan biasa dan kebetulan beliau seorang perempuan. Rupanya lelaki tidak boleh terlalu akrab dengan perempuan. Mudah timbul fitnah. Oleh sebab fitnah semakin melebar, aku mengambil keputusan untuk tidak dilihat bersama-samanya lagi. Diapun tidak tahu mengapa aku membuat keputusan itu. Perubahan tiba-tiba aku lakukan. Pada mulanya beliau juga tidak dapat menerima keputusan itu. Aku mengurus perubahan itu dengan meminta seorang rakanku, juga perempuan, untuk mengambil alih hubungan aku dengannya. Mungkin saja rakanku itu tidak dapat menerima perubahan aku tidak lagi bersamanya kerana dia tidak mempunyai ramai kawan. Kawan sebaik aku. Sebelumnya kami `share' ilmu dan pengalaman, sehingga menjadi terlalu akrab. Kadang-kala beliau menuduh aku dah `terlalu kuat' sehingga tidak perlu lagi bantuannya. Sebenarnya tidak. Aku membuat keputusan bagi meraikan pandangan masyarakat, dan mengelak fitnah masyarakat. Lagipun aku berasa bersalah jika anggapan tidak benar berada dalam fikiran masyarakat. Kata seorang kawanku lain, kita bukan sahaja perlu bersih, tetapi mempernampakkan bersih.

Bagaimanapun, aku masih ingati kebaikan beliau kepadaku. Seumur hidupku mungkin tidak akan jumpa orang lain yang membantuku sebegitu rupa. Malah, masih ramai kawan-kawanku lain tidak sekurang-kurangnya menngkritik beliau di hadapan, kerana ramai tahu aku akan membelanya. Aku akan mempertahankan selagi aku ada data dan fakta.

Aku doakan beliau akan ke USA dengan selamat. Pulang dengan kemampuan bahasa Inggeris yang mantap. Menjadi pengembara sesuatu yang mulia. Dalam bacaan aku terhadap biografi atau sejarah hidup orang yang berjaya, banyak bergantung kepada seseorang yang mengalami ruang pengembaraan atau penghijrahan. Ali Syariati, seorang cendekiawan muslim Iran, mengakui hijrah adalah prasyarat kejayaan. Katanya, muslim awal yang berhijarah itulah yang membawa kejayaan kepada umat Islam keseluruhan. Bangsa maju yang bertempat di banyak negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia kerana penghijrahan telah berlaku. Jiwa penghijrah berbeza dengan jiwa seorang yang hanya berada di satu tempat sahaja. Pengalaman dan keberanian penghijrah berbeza. Mereka gemar melakukan eksperimen. Mereka gemar kepada perubahan kepada status-quo. Mereka tidak takut risiko walaupun akui risiko berada di mana-mana. Risiko juga satu realiti.

Untuk itu, aku yakin, rakan karibku ini akan menjadi manusia besar suatu hari nanti. Bukan tubuhnya yang bertambah kilogram, tetapi aku harapkan, jiwanya akan bertambah hebat, berani dan mampu berfikir dalam ruang pemikiran yang bertaraf warga dunia. Bukan jaguh kampung, yang hanya boleh hidup di Changlun atau Sintok semata-mata.

Keluarlah, berhijrahlah kerana masa depan menjanjikan kejayaan kepada mereka yang sanggup berusaha. Dan, Tuhan tidak pernah memejam matanya kepada mereka yang ikhlas.

8 comments:

Anonymous said...

setelah aku membaca perkaitan ilmu dalam penerangan ini.

manusia ini BERANI dan pemikiran dan persaannya serentak ke arah itu. suka membantu....

Hidup2 lah dgn SANTAI....

aku pula tahu BOLEH dan MAHU membantu sesiapa org yg memerlukan..tapi kedaerahan aku selalu aku mengutamakan.....selain itu aku tinggalkan.

ustaz ali

Anonymous said...

Ayat 'mereka gemar melakukan eksperimen' menarik. Pada gue bereksperimen apa saja - baik melanggar yang taboo, baik melanggar indoktrinasi lazimnya bermula sejak alam bocah (ada jumpa ke istilah ini waktu baca novel indon).
Ada teman warwarkan berita daun ketum popular di Kedah. Ini pun eksperimen juga, high sekejap! Barangkali memenuhi hidup santai-santai dan bab ini tidak mengenal bunyi loghat mana mulut bercakap.

Anonymous said...

saya masih merasa penat otak membaca komen ustaz, sekalipun bukan dalam isu agama. Takkan dalam isu 'level rendah' pun ustaz susah nak beri respons yang jelas.

Baharom

Anonymous said...

penafsir tidak terlekat tinggi or rendah, sekedar berkongsi sahaja dgn luahan apa adanya.

tak mengapa. manusia diberi pandai dalam apa2 yg dia sukai as interaksi sesama.
Lihat kitab arab yg diterjemahkan ke bahasa berbagai....pasti berlainan atau berbeza maksud.

Oleh kerana saya memang tak pakar bergrammar dan berlingiistik terdedah berbagai perpesi manusia membacanya.

Demi segala di alamnya ini....

tafsiran yg berwarna warni...

sedang bercinta dengan alam dan penghuninya.

ustaz ali

Anonymous said...

keanak2an dengan perangai yg kekadang rasa suka dan benci jika mampu dilabelkan.

CONTIMINATE atau agaknya kurang lebih CEMAR belum dipengaruhi. agaknya sbb tu kanak2 adalah SUCI.

fikiran dewasa selalu tercemar mcm saya. Fikiran pasti ada duelty,,,,

ustaz ali.

Anonymous said...

When i write something in english, there is easy to detect my grammatical error. But, this is my level now. Like knowledge, that level is not permanant or absolute. Though i believe or subscribe to the blue ocean strategy, i feel i have to upgrade my english level so that i can be at par with my close friend who is now in Hong Kong. She's sent sms just now telling that her flight from Hong Kong to Chicago will take around 13-18 hours, if i am not mistaken. i told her she must observe everything and describe it to me thru sms. Of Coz, it must be in english.

Right now, My level of english, compare with her, is higher. But in terms of confidence, i suppose, she is better. She can speack with everybody, without any worry about error in grammar. I told her i have to study english myself within this two month to make sure that my english is at par with her. If not, she will overtake. I hope that i can see a lot of changes with her leven when she study der.

Dyana
Sintok

khasanah77 said...

the real thing has come out...
people outside should understand...
this is what we call "husnu" -bersangka baik... the environment should understand the real thing happened between both of them, or else, the untrue story wont stop spreading, making the others raising their sins, that actually has burden them since they were small.

Anonymous said...

Dyana, ur skill of writing/grammar like mr sesungut patah hehehe

nike