Wednesday, October 3, 2007

DUALISME DALAM SISTEM MAHKAMAH

BARU-BARU ini seorang rakan saya dalam sms membangkitkan cita-cita luhurnya untuk memantapkan mahkamah syariah di negara ini. Kawan saya itu seorang pelajar law UUM. Beliau bercita-cita menjadi Prof Ahmad Ibrahim. Sebagai seorang kawan, dan orangnya pun cantik, saya memuji cita-cita murni itu dan doakan semoga berjaya.

Namun, saya juga ada pandangan berbeza.

Pada saya, kewujudan mahkamah syariah menjana kepada sukularisme dalam tata kenegaraan. Mana mungkin begitu, tanya kawan saya.

Saya mengambil contoh mudah yang kita saksikan dalam alam kenegaraan kita di Malaysia. Seorang Cina lelaki berkhalwat dengan seorang wanita Melayu (tentu beragama Islam dalam Perlembagaan Malaysia), dan ditangkap. Kedua-dua dihadapkan ke Mahkamah syariah. Apa keputusan mahkamah? Lelaki itu dibebaskan dan gadis Islam itu akan didenda atau dipenjarakan.

Mahkamah adalah lambang keadilan di planet bumi ini, dan adakah ini adil ?

Kata kawan saya, lelaki Cina itu kafir. Mana mungkin dia diadili dalam mahkamah syariah kerana ini isu agama? Saya kata, apakah agama Buddha, kepercayaan Congfucius, Loe Tze atau Zen Buddism menghalalkan khalwat?

Lalu, saya mencadangkan dualisme mahkamah ini tidak praktikal. Sebaiknya unitary. Gabungkan sahaja undang-undang dalam satu sistem di bawah perlembagaan dan mereka yang nak mencari keadilan, haruslah merujuk kepada satu mahkamah. Jika keadilan tidak diperolehi di Mahkamah Majistret (kes jenayah atau antara individu melawan negara) atau sivil (kes antara individu) bolehlah mereka merujuk kepada mahkamah rayuan sehinggalah ke peringkat Mahkamah Persekutuan (the Palace of Justice di Putrajaya). Mestilah kita akui mencari kemaksuman dalam undang-undang juga mustahil kerana waima di Mahkamah Persekutuan juga dua tiga hakim bersidang dan keputusan dipihakkan kepada majoriti. Jika ada kes penceraian, katakan, bolehlah merujuk kepada mahkamah sivil. Lagipun, negara kita, negara Islam, maka mahkamah keseluruhan itu adalah Islam - bagi mereka yang berminat dengan bermain istilah Islam!. Mewujudkan satu mahkamah khusus Islam (mahkamah syariah) seolah-olah mengkafirkan mahkamah yang tidak bernama Islam. Jika ada isu yang tak boleh diselesaikan kerana tidak ada peruntukan undang-undang, maka gubal atau pinda undang-undang sedia ada. Jika nakkan juga mahkamah syariah, maka saya cadangkan ianya mestilah unitary, iaitu Syariah juga merangkumi sivil dan jenayah. Semua undang-undang Barat, common law, diletakkan dalam payung ini juga. Asasnya keadilan.

Tidak ada undang-undang dalam mana-mana dunia, mana-mana zaman, yang statik.

Apakah yang saya maksudkan menjana sekularisme? Sekularisme ialah pemisahan sesuatu yang sepatutnya ada penyatuan, seperti mana pemisahan selepas abad pertengahan di eropah apabila gereja dan politik diasingkan. Inilah trend yang semakin menjadi berleluasa di negara ini sekarang walhal Eropah telah membebaskan diri mereka sudah lama dalam dilema ini. Antaranya, politik Islam dan politik yang....; Sains Islam vs Sains Sekular; Dunia vs akhirat; sekolah kebangsaan vs sekolah agama rakyat (SAR) dan banyak lagi.

Saya mengharapkan pelajar-pelajar law dalam usia muda inilah yang akan memikir dan mewarnakan negara, tidak semestinya terikut-ikut dengan status-quo semasa dan tidak berani mencabar the old wisdom.

4 comments:

Anonymous said...

saya juga sudah lama memikirkan perkara yang sama. Sekularisasi sebagai asas berfikir menghasilkan dua sistem..islam vs sekular (kononnya). Ini boleh dilihat dalam sistem keadilan, sistem sekolah, sistem perbankan.

Ada lagi, islam vs nasionalis..boleh dilihat dalam sistem parti.

AGak dapat dipastikan bahawa dua sistem ini terbukti menghalang kemajuan Malaysia dalam banyak bidang. Khususnya pendidikan sebab pendidikan jadi asasl mula kepada pembentukan ruang berfikir seseorang rakyat sesebuah negara.

Jawapannya, setuju dengan satu sistem sahaja. Mana nak dipilih, pilih yang terbaik dalam sistem yang sedia wujud. Atau, adaptasi, kolaborasi antara dua sistem menghasilkan satu saja.

Nampaknya cuma kehendak politik saja yang memungkinkan semua ini bakal terjadi. Bayangkan manusia Malaysia tahun 2020 dengan fikiran semacam ini..masih bertempur dengan dualisme..

Anonymous said...

tryy

Anonymous said...

bahasa termudah saya adalah sila kurangkan beban dan kondisi2 yg telah lama diamalkan. BURDEN of proof. sila kajikan ttg CIVIL LAW dulu di Malaysia apakah telah bertamadun?

I believe PERLEMBANGAAN MALAYSIA adalah Quran bangsa Melayu!
BUMIPUTERA, TANAH MELAYU, BANGSA MELAYU>MALAYSIA.

Bangsa MELAYU telah diciptakan Allah adakah/apakah one of the best dalam dunia ini?

Telah terdidik sekolah kondisi2....PLS! setiap warga mahu merdeka or boleh merdeka?

ustaz ali

Anonymous said...

semoga ada warga Malaysia yg tulen dari pelbagai bidang akan membahaskan dan memberikan pandangan.

jgn bimbang.....

ustaz ali