Sunday, August 19, 2007

Mengapa Cinta Perlu Berakhir dengan Kahwin?

LOVE is just for the sake of love, not anything else.

Sambil pekena ikan goreng dan sotong goreng tepung di pantai Penarek, Terengganu, aku dan seorang rakanku sempat berbual-bual dengan dua gadis. Seorang bernama Ani (bukan nama sebenar) yang mengambil kursus Marine biologi dan seorang lagi kawannya, Ina (juga bukan nama sebenar) yang mengambil kursus Agrotech Aquatic. Kami sebelum itu menghadiri majlsi pernikahan seorang kawan di Kuala Terengganu.

Selain berbual mengenai pelajaran dan hal-hal ilmiah, tetapi kerana persekitaran pantai mengalihkan perbualan kepada sesuatu yang akrab dengan hati dan rasa. Ani sudah ada boyfriend, tetapi Ina masih belum. Mengikut kata Ani, Ina seorang yang suka memilih. Sama seperti di UUM, populasi pelajar lelaki dan perempuan tak seimbang. Jika di UUM, 72:28 dan di UMT nisbahnya perempuan juga melebihi lelaki.

Sebagai seorang yang sedikit berusia berbanding dengan mereka berdua, kami mencadangkan kepada Ina supaya bercinta tanpa meletakkan harapan untuk berkahwin. Kami berpendapat, budaya kebanyakan gadis Melayu apabila bercinta sehari dua, mereka terus meletakkan harapan menggunung tinggi untuk memiliki temannya, seperti mahu memiliki barang-barang. Seolah-olah cinta dan kahwin perkara sama. Mengapa tidak pisahkan antara cinta dan kahwin? Mengapa tidak hargai cinta sebaik mungkin dan jika kemudiannya mahu berakhirkan cinta itu dengan perkahwinan, maka lakukan.

Cinta lebih indah. Cinta mengasyikkan. Cinta memberi kuasa keindahan.

Apa yang ada dalam elemen perkahwinan? Jika ditanya ustaz berjubah, maka jawabnya untuk memastikan kerukunan kekeluargaan. Tetapi, bagi aku, perkahwinan adalah seks. Tetapi cinta bukan seks, kerana ianya rasa yang indah. Dalam sesetengah keadaan, perkahwinan boleh membunuh rasa cinta. Seseorang boleh memilih pelacur untuk memenuhi keinginan seksnya tanpa ada rasa cinta. Tetapi, pencinta tidak semestinya memerlukan seks untuk memenuhi keindahan cintanya.

Kepada Ina dan Ani, janganlah terlalu feudal dengan cinta.

10 comments:

Anonymous said...

cinta feudal di kalangan siswa-siswi telah menajdi topik perdebatan dalam satu email group dahulu.Sebagai salah seorang pembincang yang menentang topik ini, saya masih ingat beberapa point dan cadangan-cadangan yang saya kemukakan dalam perdebatan tersebut;

a. Cinta pertama oleh siswi atau pihak gadis selalunya ditanggap sebagai cinta sejati, dengan itu mereka akan mempertahankannya sekalipun kualiti jejaka boleh dipersoalkan.

b. mereka gagal menciptakan konsep memilih dalam percintaan, sedangkan wujud banyak peluang. Mencari cinta kedua dan ketiga atau seterusnya akan hanya dianggap mencemar kesucian cinta pertama @ sejati mereka.

c. Cinta pertama atau cinta pandang pertama boleh sahaja terjadi di mana-mana dengan sesiapa sahaja kerana ia tak rasional dan hampir2 tanpa fikiran. Ia boleh terjadi misalnya apabila jejaka terlanggar minuman cincau si gadis dan tertumpah. Jejaka meminta maaf dan terpanahlah cetusan api asmara dalam mata keduanya.

d. Pastilah situasi itu tidak rasional kerana kedua-dua pihak tidak mengetahui isi hati, kematangan dan kualiti masing-masing diri.

Dari itu, apabila percintaan telah terjadi dihiasi dengan segala feeling2 stuff, maka si gadis mungkin terlekat dengan si jejaka samapai ke akhir hayatnya. Lalau si gadis menyimpulkan itulah takdirnya sepertimana orng Melayu suka menyebut 'jodoh pertemuan di tangan Tuhan'. Maka kepada mereka, minuman cincau yang terpercik itu adalah perancangan Tuhan terhadap jodoh mereka.

Bagaimana mengelakkan diri terperangkap dengan situasi seperti ini?

a. Bukakan minda dan perasaan supaya tidak diikat oleh seorang lelaki; ingat anda bukannya berkahwin dengan mereka cuma jatuh hati.

b. Cari seberapa banyak pilihan; elakkan hard feelings yang berlebih-lebihan dengan setiap seorang yang dicari;ini memberi peluang kepada anda membanding kualiti, dan ada lebih peluang mendapatkan gen yang lebih baik untuk anak-anak anda nantinya.

c. Untuk mencapai b, wujudkan seberapa banyak cara untuk jatuh hati- internet, banyak berjalan dan lepak di kedai kopi mungkin-asal saja ia memberi peluang anda untuk menilai para jantan ini.

Dalamsituasi tradisional, gadis atau siswi bersikap demikian akan dipanggil pisau cukur atau gelaran lain yang hodoh2. Manakala lelaki akan digelar buaya darat- namun keinginan sedemikian amat positif. Misalnya, dengan mempunyai stok lebih dari seorang kekasih, anda tidak akan menangis berguling-guling atau ada rasa hendak membunuh diri sekiranya cinta anda terputus di tengah jalan. Malah anda akan tersenyum mengingat ada dua atau tiga orang lagi sedang tertunggu-tunggu menyambut senyuman anda. Bolehlah nak menangis satu atau dua jam, itu tak dilarang.

Denagn mengamalkan contoh-contoh yang disebutkan, mungkin anda akan tersenyum sendiri di kemudian hari, katakan sepuluh tahun selepas anda keluar dari universiti. Anda akan berbisik pada diri sendiri; nasib baiklah aku membaca blog sesungut patah dulu, jika tidak aku sekarang akan sentiasa bertemankan seorang guru maktab sepanjang hayatku..

jumpa lagi

Anonymous said...

Apo motif penulis menulis dengan tajuk cinta tak seharusnya berakhir dengan perkahwinan?

Pendapat saya cinta mestilah berakhir dengan perkahwinan. Jika tidak buat apa bercinta? Jika cinta tidak berakhir dengan perkahwinan, itu cinta dusta. Jikapun tidak, itu cinta ala-Barat. Saya tidak pernah mendengar ada orang mencadangkan supaya cinta berakhir dengan cinta atau cinta kekal sahaja dengan cinta?

Ruslan Abu Kassim
Jitra, Kedah.

Anonymous said...

saya akan mengemukakan kepada si roslan kasim (aiik, macam nama pemimpin keadilan yang murtad nak masuk umno dulu-mungkin pelanduk dua serupa jua adanya, wallahuaklam) mengenai cinta tanpa perkahwinan yang berbahagian juga rupanya. Tapi jangan lah pula didebatkan isu ini dari sudut agama, jika berlaku juga terpaksalah saya debatkan dalam sudut agama juga.

Sekiranya kita perhatikan biodata Johny Dep, pelakon utama Pirates of Carribean bersama pasangannya mereka cuma bercinta dan kekal dengan keadaan tersebuyt sampai beranak pinak.

Dan banyak lagi pigura barayt yang berbuat demikian.

Dalam kes-kes sedemikian, apabila ditanya kepada mereka-mengapakah tidak berkahwin sedangkan mereka telah pun saling mengesahkan dalam diri masing-masing akan rasa cinta-maka jawab mereka-kami tidak ingin menjejaskan cinta kami dengan formaliti perkahwinan.

Kepada pandangan kita hal ini memanglah pelik sebab perkahwinan akan berkaitan dengan konsekuensi yang banyak kemudian hari, termasuk hak terhadap anak dan wasiat.

Sebab itulah pernyataan asal penulis boleh dipertahankan, mengapa cinta boleh wujud, dan bukan itu saja, tidak semestinya diakhirti dengan perkahwinan.

Perkahwinan biasanya menempuh kegagalan apabila rasa cinta telah pun luput.

Rasa cinta luput apabila sudah tidak ada lagi persehfahaman. Dal;am kes-kes poligami misalnya, mengapa sesetengah mereka tetap mempertahankan perkahwinan (dalam konteks isteri pertama) adalah bukan lagi soal cinta tetapi soal-soal lain-kebajikan anak-anak, rasa sentimental dan pergantungan isteri terhadap suami jika mereka tak bekerja.

Jadi, tidak ada langsung perkaitannya dengan cinta..

Dalam kes yang lain, lelaki akan meneruskan ego mereka dengan mengatakan cinta mereka berlimpah ruah dan cukup untuk menampung keperluan cinta kepada lebih seorang wanita.

Mungkin mereka merasakan cinta tak payah pakai duit, lalu terbitnya dakwaan demikian..Jantan sebegini yang perlu dielakkan.

Baharom Yahya

Anonymous said...

Ketiga komen atas semuanya hanyut dalam parit cinta, selari dengan pemilik blog.
Pada saya parit cinta antara mamat (si lelaki) dan minah (si perempuan)tidak ada beza dengan kelompok yang hanyut melayan barang khayal. Cuma kelompok barang khayal lebih ke depan sempadannya, lebih luas word viewnya.

Anonymous said...

Gue dapat bersependapat dengan respon terbangtinggi. Hanya tidak menyokong istilah 'parit'. Istilah parit 'robust' sangat, sampai mampu melenyap asyik-masyuk, sedu-sedan cinta si mamat dan minah. Perasaan ketiga pengomen sebelumnya termasuk pemilik blog juga boleh terguris. Nanti tidur mereka tidak lelap, dan gue bersimpati.
Bagaimana istilah parit ditukar dengan taliair ka, jeram ka, jadi tahap terguris mungkin boleh dikurangkan. Airmata mereka pun tidaklah bercucuran sia-sia.
Jika airmata tidak berhenti-henti mencurah-curah, itu sudah tahap cemas. Boleh banjir Sintok dibuatnya.

Anonymous said...

CheNik menampakkan cara gaya berfikir dalam alam yang terlalu ideal dan khayal. Apa yang saya bicarakan sesuatu yang real....sesuatu yang juga indah dirasai seperti indahnya pengkhayal asap-asapan atau suntik-suntikan. Saya juga tidaklah setuju dengan pemunya blog ini betapa cinta tidak perlu berakhir dengan perkahwinan. Tanpa perkahwinan cinta akan melayan-layan dan ini akan menjadikan masyarakat kita hanya berkiblatkan barat, iaitu mahukan keseronokan dalam cinta. Ini akan membawa kepada dunia utulitarian - mencari kelazatan dunia semata-mata. Kita ada tuhan. Kita ada undang-undang. Kita ada moral yang kita sangkutkan pertanggungjawaban.


Ruslan Abu Kassim
Jitra.

Unknown said...

cinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan.aku cinta rasul,cinta Allah,cinta family aku.tapi aku tak bley kawin ngan semua yang aku cinta tu kan?^_^ tapi kalo cinta antara gadis n teruna,adalah manis kiranya berakhir dengan perkahwinan.apa guna cinta sampai nak rak,tapi tak bley bersatu?sampai bila mampu tahan nafsu tu?so,cari jalan yang btol tok salurkan nafsu anda tu.maksudnya,g r kawin...kan sunnah tu.tapi kalo korang kebal azab Allah...g r mlanggan pelacur.manusia...manusia...dah ada daging yang sedap,daging yang berulat jugak nak dipilihnya...nak Allah turunkan bala lagi? ke tak puas2 lg ngan banjir n tsunami?seronok btol ye korang main air..._student umt_

Anonymous said...

Waktu tengah susun kata ini gue imbas balik adakah respon gue bawa cara gaya fikir dalam alam terlalu ideal dan khayal? Tulis Ruslan dari Jitra ia nampak seperti itu.
Sekarang beberapa minit proses imbas balik berlalu. Di sini gue ambil posisi menafi apa ditulis Ruslan. Perihal bersatu pendapat dengan Terbangtinggi bukan terbit dari alam ideal dan bukan juga khayal. Saranan menukar sebutan parit kepada taliair dan jeram timbul pada keadaan sedar dan hubungannya dengan alam ideal juga tidak berkait.
Sambung Ruslan, 'apa yang saya bicarakan sesuatu yang real.. sesuatu yang juga indah dirasai seperti indahnya pengkhayal asap-asapan atau suntik-suntikan.'
Ya, ia real, iaitu membiar diri hanyut dalam tasik cinta buatan dan merasa nikmat keindahan dalamnya. Gue juga setuju menikmati kelazatan barang khayal suatu yang real dan ini tidak ada tolak ganti atau boleh ditukar-tukar seperti menukar malam ini bersama Lisa kemudian minggu satu lagi check-in di motel PCB dengan Erra pula. Menurut Bim bim (kepala grup Slank dari indonesia), berpisah dengan barang khayal umpama kehilangan anak sendiri. Kata-katanya tidak sulit diterima. Ini pada sebahagian orang peritnya tidak terucap bila kehilangan anak dibanding kehilangan isteri. Ruslan tentu saja bersetuju dengan gue teman hidup boleh diganti. Baru-baru ini PM kita pun telah mengganti kehilangan arwah Endon. Tapi anak tidak boleh berganti meski selepasnya berderet diproduksi semula. Raju bukan ganti Ashok yang telah tiada.
Real melayan asyik-angau cinta dan real melayang setelah menyedut morfin atas muka kaca adalah mewakili real (boleh dirasa dan ditambah kalimah asyik, syahdu, stim, stone untuk berkongsi fenomenanya bila berkomunikasi) dalam alamnya. Apakah ia sama dengan real sepasang kaki berpijak atas tanah?
Contoh begini, real kaki memijak tanah tidak akan berlaku kesilapan dan gue tidak mampu berhujah bagaimana hendak menafi kaki pada diri gue memang sedang memijak tanah?
Mari lihat pula alam real penangan cinta dan morfin. Seorang sedang asyik-masyuk bercinta kala beliau pandang tiang rumah jantung hati, tiang rumah tadi boleh saja bertukar jadi manusia, jantung hatinya. Manakala seorang yang tengah 'high', dirinya boleh memandang perkataan sintok, hanya perkataan sintok walau satu jam tanpa mengaitkan perkataan itu dengan apa-apa. Mata pandang S-I-N-T-O-K tak beralih-alih walau sekilas, tapi dirinya dibawa morfin jauh sekali belayar di samudera biru, luas tidak nampak di mana bayang sempadan. Pada sesetengah orang pelayarannya pelayaran intelektual. Pelayaran ini hanya tiba destinasi setelah kesan morfin sudah tiada. Aaaah... aaah... aku sedang pandang perkataan ini rupanya. Inilah destinasinya. Jadi hanyut di alam cinta dan alam barang khayal sinonim. Beza hanya pada jarak sempadan dan world view.
Dari penjelasan atas, gue sama sekali tidak bertaklid buta bila bersatu pandangan dengan Terbangtinggi yang menulis, 'cinta antara mamat dan minah tidak ada beza dengan kelompok melayan barang khayal. Mahu bertanya: bagaimana boleh timbul di benak anda gue bercara gaya terlalu ideal dan khayal?
Buat teman-teman yang baru jatuh hati atau sedang hampir padanya hanya saja bunyi 'gedebuk' belum ditangkap telinga, cepat-cepat ambil balik hati anda. Mari kita bersama kembali bebas, kembali merdeka.
Melayan detik-detik indah, kemesraan, kemanisan, kepayang, asyik, syahdu dan bagai tidak semestinya dengan bercinta, ia boleh berlaku secara semulajadi bila timbul saling cocok di antara. Tidakkah jalinan ini juga indah meski tanpa cinta-cinta? Apatah lagi cinta pseudo seperti terpampang dalam drama dan filem popular semasa di tempat kita. Ia memapar jalan cerita tanpa pernah pernah mahu hilang rengek-rengek, frust-frust hingus belum kering dan lafasan frasa-frasa yang tersangat amat klise.
Menyentuh soal seks pula itu tak perlu panjang cerita. Ia berlaku saban hari saban waktu walau di mana meski sebutir cinta pun tidak pernah tiba.

Anonymous said...

sedap baca penghayatan chenik terhadap barang khayal..bisa mencapai alam zouq..apa pun gue ngak mau ngomel..cuma nak kongsi dengan chenik gue dah ada 3 cd koleksi slank..semuanya ori la beb..beli kat warta. yang dua tu belum dengar..sebab masih ditangkap lintuk dengan cd pertama. ini semua penangan slank chenik la ni.

Baharom

Anonymous said...

salam,

terserah individu2 sahaja buat pilihan.

perbezaan pendapat mmng lumrah ke atas hujah2......

ustaz ali