DALAM pengalaman hidup aku melihat pelbagai cara pengurusan manusia, tidak ada satu mazhab untuk aku yakini dan boleh amalkan dalam situasi kerja atau hubungan antara pekerja dengan kakitangan.
Aku membenci kaedah autokratik kerana dimomok sekian lama bahawa kaedah demokratik atau kebebasan yang mendekati amalan liberal atau leisser-faire adalah amalan paling bertamadun atas planet ini.
Melihat kepada pengalaman, kaedah askar/autokratik/disiplin yang membawa hasil atau dalam istilah biasa kejayaan. Orang yang autokratik akan mengarahkan anak buahnya untuk siapkan kerja atau tugasan dan subordinate akan akur dan takut lalu melaksanakan tugas berkenaan.
Dalam organisasi yang aku perhatikan, bossnya seorang yang garang alaaskar. Semua anak buahnya akur seperti akurnya seorang prebet kepada seorang jeneral. Kakitangan bawahan tak seorangpun berani untuk datang lewat atau minum waktu pejabat, manakala satu lagi jabatan yang aku perhatikan, bossnya seorang tersangat liberal (walaupun kuasanya lebih tinggi berbanding dengan organisasi yang pertama tadi), anak-anak buahnya selalu sahaja kelihatan tidak berdisiplin, datang lewat, boleh minum waktu ofis dan tentunya merendahkan produktiviti kerja. Walaupun bossnya seorang yang rajin kerja (keretanya masih kelihatan di depan pejabat walaupun hari dah jam 7 malam), semua kakitangannya yang lain pulang sebaik sahaja habis waktu pejabat.
1 comment:
Penulis artikel ini seolah-olah telah sampai kepada satu kesimpulan, bahawa dalam banyak perkara autokratik nampaknya lebih berkesan dari demokratik.
Tajuknya luas, tetapi penulis berjaya sempitkannya dalam satu aspek-pentadbiran sahaja.
Amerika mencanang kepada dunia bahawa demokrasilah yang terunggul.Secara politiknya memang begitu, tetapi pentadbiran di peringkat lebih bawah, bukan sahaja dalam pentadbiran politik tetapi juga pentadbiran organisasi, Amerika sendiri mengamalkan otokrasi.
Sebenarnya otokrasi memang sejiwa dengan pentadbiran berkesan, bukan sahaja dalam ketenteraan.
Kita mungkin elok memilih cara demokrasi cuma untuk memilih para perwakilan kita ke DUN atau Parlimen, namun tidak untuk hal selainnya.
Akibat pengaruh demokrasi, McGregor meresapkan pengaruh yang dikatakan serba indah dan syurga suasana pekerjaan bagi manusia itu ke dalam teori pengurusannya-Teori X dan Y.
Teori X digambarkan sedemikian hitam dengan boas yang bengis dan setiap kata/arahannya perlu cuma dibalas dengan dua kata- Considered done-Sir.
Manakala teori Y dihiasi dengan keanggunan demokratik- manusia memilih apa yang ingin dilakukannya-kebebasan memilih yang menghasilkan apa yang disebut artikel lepak di kedai kopi dan sebagainya.
Dalam satu organisasi yang rencam seperti sebuah institusi, secara pentadbirannya elok dipakai cara otokratik. Bayangkan sebuah tempat yang sekelilingnya dipagari kampung 'nan indah dan permai', mungkin masyarakat institusi di dalamnya juga tergoda untuk hidup dan bekerja serba tenang, tanpa sebarang perubahan yang berlaku dan seakan-akan mengikuti cara hidup masyarakat tani dan pekebun di sekitarnya.
Dalam hal inilah keperluan kepada kaedah otokratik muncul.
Masalah mungkin timbul apabila terdapat kumpulan yang cuba mengelakkan perubahan atas pelbagai alasan, terutamanya kebebasan intelektual, tetapi sebenarnya cuba mengekalkan kedamaian masyarakat tani yang mendapat imbuhan tinggi-mungkin sepuluh kali ganda dari masyarakat tani-mereka berlenggang kangkung,tetapi poketnya penuh terisi.
bersambung..
mat zek
Post a Comment