Thursday, March 8, 2007

PENSYARAH WANITA PATUT CARI SISWA UNTUK CALON SUAMI


SINTOK: Ada beberapa pensyarah wanita dan pentadbir yang juga kawan rapat aku, masih belum berkahwin.

Ada juga ICT – gelaran kepada ibu comel tunggal yang juga bersedia mencari pasangan lain, jika ada.

Setakat aku mengenali mereka, dalam fikiran mereka mahukan seorang lelaki yang setara atau sedikit sahaja usia melebihi mereka.

Tipikal orang Melayu!

Aku tentunya mempunyai fikiran yang berbeza dengan mereka. Rasional aku berasakan fakta semasa, iaitu:

Jangka hayat wanita lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Dalam konteks negara kita, mengikut data semasa, jangka hayat wanita ialah 70 tahun manakala lelaki hanya 62 tahun.

Katakan seorang wanita atau gadis berusia 30 tahun dan berkahwin dengan pasangan lelaki berusia 32 tahun, maka secara umumnya wanita itu akan ditinggalkan suami dan menjanda selama 10 tahun (2 tahun beza usia + 8 tahun purata beza jangka hayat).

Jika suaminya mati dalam usia 60 tahun, wanita itu akan menjanda pada usia 58 tahun. Pada waktu ini, mungkin sukar untuk mencari pasangan lain. Dan, secara matematiknya, dia akan menjanda selama 12 tahun.

Oleh sebab ideal cinta sehidup semati, maka elok wanita Melayu mencari pasangan yang jauh lebih muda berbanding dengan mereka.

Untuk konsisten dengan data semasa itu, aku mencadangkan: pensyarah wanita elok mencari pasangan yang jauh lebih muda. Jika wanita itu sekarang ini berusia 31 tahun, elok dia mencari pasangan berusia 23 tahun – iaitu usia siswa pada tahun akhir.

Bagi siswi di universiti sekarang, mereka elok memilih pelajar sekolah untuk menjadi suami mereka. Ini bermakna, siswi berusia 20 tahun wajar mencari bakal suami dalam usia 12 tahun, iaitu pelajar yang mengambil UPSR.

Alternatif yang pernah saya cadangkan kepada siswi, jika mahu juga bercinta, ialah memilih pasangan siswa hanya untuk satu atau dua semester sahaja. Bercinta bukan untuk berkahwin tetapi untuk merasai warna cinta.

Mengapa?

Dalam konteks UUM, pelajar siswi 70 peratus manakala lelaki hanya sekitar 30 peratus. Jika setiap pelajar perempuan berpasangan, masih ada 40 peratus yang tidak sempat bercinta.

Bagaimanapun, jika siswi hanya bercinta satu atau dua semester kemudian cari helah untuk berpisah, maka mereka akan berlaku adil kepada siswi lain yang belum pernah bercinta.

Lagipun, bergilir pasangan cinta tidak sepedih berkongsi suami?

Lagipun, jika siswi yang meninggalkan pasangannya, agaknya, tidaklah tumpah lelehan air mata yang banyak berbanding ditinggalkan boyfriend. Dalam kontes ini menjadikan siswi lebih `berkuasa’ membuat keputusan, berbanding dengan siswa yang ditinggalkan.

Dengan bertindak adil kepada siswi lain ini akan membolehkan siswa dan siswi dapat menghidupkan aspek afektif diri, bukan semata-mata kognitif (melalui akademik) atau psikomotor (melalui aktiviti ko-kurikulum).

Mungkin idea radikal seperti ini belum boleh diterima dalam masyarakat kita, termasuk di kalangan community of scholar!

Ianya akan menjadi biasa 10 atau 20 tahun akan datang.

Sepuluh atau 20 tahun lalu, ramai wanita Melayu takut jika tidak berkahwin. Pelbagai istilah dicetus seperti andartu/andalusia tetapi kini masyarakat sudah menganggap perkara ini biasa.

Sudah tidak menjadi asing lagi kini ada wanita yang bangga kerana tidak berkahwin kerana berhujah banyak lelaki lebih banyak menyusahkan, berbanding dengan hidup solo dan merdeka.

6 comments:

sesungutpatah said...

Biar saya memparafrasakan dulu soalan anggoron begini: jika wanita kahwini lelaki lebih muda, apakah mereka boleh bertanggungjawab kerana mereka lebih lambat matang?

Saya belum melihat satu kajian,jika ada, mengenai perkara ini dan sukar untuk saya memberi jawapan yang kalkulatif berdasarkan statistik.

Begitupun, ramai yang kita saksikan hari ini, wanita yang berkahwin dengan lelaki lebih tua, banyak juga yang menderita. Bermakna, lelaki yang lebih tua juga mungkin kurang matang dari segi tanggungjawab atau memang tidak bertanggungjawab!

razihan said...

pada pendapat saya bersesuaianlah pada apa yang dibincangkan tadi tp adalah mentaliti pensyarah begini.pensyarah wanita pada hiknat saya lebih rela dimadukan.

razihan said...

saya respon benda ni sebagai lumrah alam.dari mentuakan kan diri lebih baik berkahwin dan secara tidak langsung dapat meramaikan umat kan islam.sabda rasulullah saw "sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.

sesungutpatah said...

Tuan Razihan membangkitkan mengenai mentaliti pensyarah wanita, apakah mereka bersetuju?

Terpulang kepada piluhan masing-masing. Tujuan blog ini juga bukan untuk indoktrinate sesiapa. Ia hanyalah tawaran idea - kepada sesiapa yang mungkin tidak pernah terfikir dan terlintas dalam mindanya.

Ini belum lagi mencapai tahap `hukum alam'. Jika sampai peringkat the law of nature, jika kita tidak ikut, kita akan dihukum oleh hukum alam itu. Dalam dunia sains, teori dan hukum kelihatan jelas (walaupun tiada yang mutlak, sehingga bukti/dalil lebih sahih dijumpai). Hukum dalam sosial sains, sedikit sukar.

Anonymous said...

kalau dah jodoh.. insyaallah yang muda pun ok... tapi kena tau la tanggungjawab masing2...
perempuan lebih ramai dr lelaki sekarang ni...

Unknown said...

Saya Badrul mencari pensyarah wanita dlm lingkungan umur 38 40 yg sudi berkawan kalau ada jodoh INSYAALLAH 0126533481