Tuesday, March 13, 2007

MEMPERSOALKAN TUHAN DI PENGAJIAN TINGGI

RAKAN-rakan ketika mempertahankan bahawa tuhan hanyalah satu, berhujah jika tuhan banyak, mereka akan bergaduh antara satu sama lain, sedangkan dunia ini nampak elok - membuktikan tuhan itu satu.

Setuju?

Inilah sebabnya `posting' pertama dalam blog ini dulu, aku mengemukakan persoalan sama ada kita menciptakan tuhan atau tuhan seadanya?

Terlalu banyak elemen manusia apabila ingin memperkatakan mengenai tuhan. Dalam hujah untuk mempertahankan monoteisme, rakan-rakan aku itu tanpa sedar sudah mempersonafikasikan tuhan - seolah-olah tuhan ada keinginan seperti manusia. Mereka berkata, jika ada dua tuhan, akan bergaduh sesama sendiri kerana ada yang ingin mencipta yang ini dan ada yang ingin mencipta yang itu.

Ada satu `insight' muncul apabila seorang rakan aku beragama Buddha menyatakan: "tuhan hanya boleh difahami melalui `rasa'.

Aku bersetuju dengan pendapat rakan beragama Buddha itu, dan tidak bersetuju dengan rakanku beragama Islam.

17 comments:

Anonymous said...

Mana datang dulu, rasa atau sebelum itu sudah ditanam dalam diri (melalui orang tua dan alam keliling) bahawa Tuhan itu ada?
Jika rasa datang dulu, okey saja. Tapi bila ya?
Jika proses tanam (natural atau indoktrinate) lebih dulu terjadi, pada gue yang ini perlu diambil kira signifikannya sebelum melompat pada rasa.

Anonymous said...

Entah-entah sudah sekian lama kita terkepung/terpanjara tanpa sedar dari proses tanam waima natural atau indoctrinate tadi.

khasanah77 said...

persoalan hanya akan terjawab jika kita memahami Tuhan yang sebenar2nya. langkah kita itu jangan pula terlalu lurus, jangan pula bengkok. pernah Imam Syafie dahulu menggalakkan sahabatnya2 mengeluarkan pendapat masing-masing mengenai sesuatu perkara namun perlu berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Cuma pemikiran siswa siswi sekarang yang telalu jumud dan tidak mahu memahami erti sebenar sesuatu percakapan atau perkataan tersebut. Pendek kata, bahasa adalah indah tetapi tidak mampu menjelaskan apa sebenarnya isi pemikiran si penyampai. so teori mengenai message to the receiver yang banyak ditulis dalam buku untuk menggambarkan bagaimana maklumat disampaikan itu perlu diperbetuli. Hahahaha =)

sesungutpatah said...

1. Respons kepada che nik

AHLI Falsafah, Kant mempopularkan sejenis ilmu, a priori knowledge, iaitu pengetahuan yang diketahui sebelum disuntik fahaman (orang tua atau pengaruh sekeliling). Inilah peringkat `rasa' yang semulajadi - merasai ada sesuatu `kuasa atas kuasa' yang diistilahkan dalam bahasa manusia sebagai `tuhan'.

Rasa dalam kamus sufi dinamakan `zouk'.

Rasa seperti inilah yang disuburkan di kalangan peminat yang ingin merapati tuhan.

umarzain said...

Persepsi tentang tuhan berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Dalam amalan Budha, kristian atau Hindu, persepsi mereka lebih dipimpin kerana mereka menggunakan patung dan ukiran sebagai alat untuk memfokus kepada alam tuhan. )Sudah pasti mereka bukan menyembah patung sepertimana kata sesetengah orang islam).

Kalau persepsi antara sesama islam tentang Allah saja sudah berbeza, apatah lagi kita nak mengharapkan persepsi antara agama akan sama.

Saya jadi teringat pesanan seorang teman (teman ni slankers..hehe) supaya memperhatikan sepotong lirik lagu kumpulan slank berbunyi, macam mana gue punya tuhan..maknanya tuhan yang kita anggap kita berkongsi itu tidak sama dalam persepsi masing-masing..

Dalam sebuah artikel yang baca, diberikan sepotong hadis qudsi..Aku (allah) adalah sebagaimana sangkaan (persepsi) hamba-hambaku..sekali lagi tidak timbul macam mana sekalipun kita ingin mempersepsikan tuhan.

masalah selalu wujud apabila ada pihak yang nak merebut tuhan jadi hak milik mereka0kumpulan mereka saja..macam lah tuhan tu macam apam balik.

walau semudah itu pun anggapannya, tapi isu merebut tuhan inilah yang memecahkan bangsa-bangsa dan umat beragama dari dulu sampai sekarang..setiap umat merasa tuhan itu yang 'sebenar' cuma tuhan mereka.

Siapa nak membenarkan siapa-siapa mempersepsikan siapa. Manusia nak memopoli persepsi pada tuhan, atau sepatutnya serahkanlah 'hak Tuhan" itu kepadaNya.

Saya seronok apabila membaca interview seorang kurator muzium apabila ditanyakan mengapa dia menyimpan patung Budha di rumahnya. Jawabnya- Patung tu bukan untuk disembah (dia seorang islam). Tapi melihat patung Budha mengingatkan saya kepada ketenangan. Mana ada patung Budha yang dalam keadaan melalak. Selalunya tenang, dalam gaya duduk bertafakur, mata pejam.

Anonymous said...

Siapa teman Umarzain si Slankers itu? Gue pingin sekali ketemu. Gue ingat di Tanah Malaysia ini cuma gue sorang kecanduan lagu-muzik Slank.
Kebetulan, gue baru saja (lebih 2 jam) melayan muzik dan video klip Slank sebelum bertandan ke sini. Gue sudah bertahun-tahun kecanduan, boleh dikatakan hampir tidak ada hari tidak mendengar lagu Slank. Lagunya, terus-terang di sini, menggetar diri gue untuk terus hidup, berdiri sebagai manusia 'bebas'. Tapi Slank bukan Tuhan tentunya.

Malang (tuju diri sendiri), tidak mendalami Kant, jadi tidak ada perayauan jauh membahas mauduk ahli falsafah German ini.
Mencuba memahami apa dimaksud Kori, berkenaan a priori knowledge - ia tidak berlaku pada diri gue sebelum proses tanam baik secara natural atau indotrinasi di fasa keanakan dulu.
Kita boleh mengutip sampel (empirical method) untuk menjelas sama ada apa yang dimaksud kori itu absah atau tidak. Sampel tadi boleh dikategorikan pula untuk lebih menyakinkan. Saya di sini membawa yang ekstrim.

Ada berlaku peristiwa di mana manusia terdampar keseorangan dari zaman kanak-kanaknya hingga usia dewasa di dalam belantara tebal. Apakah wajud a priori knowledge pada manusia ini?
Gue berhipotesis manusia cekal ini hanya ingin terus survive di dalam belantara pekat yang tebal. Hanya 2 perkara asas menjadi pertimbangan: keperluan biologikal, dan keselamatan. Bila dipenuhi keduanya, timbul kegembiraan, kedamaian dsb yang seumpama. Mungkin bermain instrumen muzik bersumber daun-daun hutan, misalnya.

Sangat abstrak (tidak tahu apa istilah tepatnya) jika apa dimaksud Kant sama seperti yang dibawa Kori. Seperti Plato, beliau mengatakan wujud alam lain yang ideal berbanding alam kita bernafas di dalamnya sekarang. Katanya semua yang sudah wujud dan yang bakal wujud di sini, semuanya itu sudah sedia wujud di alam ideal. Jadi dalam konteks ini gue tersisih menjadi salah seorang penganut Plato. Tidak apa-apa.

Gue ada penjelasan tersendiri terhadap apa yang dibangkitkan di atas (bukan awangan atau abstrak). Untuk pos malam ini sudah melebihi panjang, mungkin di kelapangan lain. Tidak apa-apa.

sesungutpatah said...

IBNU Tufail pada kira-kira abad ke-11 dulu, membawakan satu cerita menarik, mengisahkan seorang bernama Hayy Yaqazam, yang terdampar di sebuah pulau, tanpa wujudnya spesies manusia. Hayy mnecari erti kehidupan di pulau itu, dan selepas memenuhi keperluan biologi dan keselamatan, dia akhirnya menemui `agama'.

Keperluan material sangat perlu tetapi baginya agamalah yang membentuk tingkah laku manusia bersopan dan bertamadun.

Che nik seolah-olah ingin menafikan aspek spiritual dalam `human nature' manusia. Aspek spiritual yang menerbitkan `rasa' dan 'zouk' mengenai wujudnya tuhan. Ianya kemudian dibentuk dan diwajahkan (supaya manusia faham) melalui syariat - Syariat Muhammad, Musa, Isa, Buddha, Confucious, Shinto, Hindu dsb. Peringkat rasa atau zouk sukar diperkongsikan seperti sukatnya untuk menjelaskan rasa masin kepada seseorang yang belum pernah dalam hidupnya merasai garam. Garam itulah yang boleh dianalogikan dengan syariat.

Setuju dengan chenik bahawa jika manusia terbesar keseorangan dalam hutan belantara (andainya wujud), orang itu akan memenuhi keperluan biologi dan keselamatan (ini juga tentu selari dengan Maslow atau Kohlberg theory of morality).

Seperli Maslow dan Kohlberg, ada lagi peringkat-peringkat tinggi yang akan dicapai atau tercapai (kerana wujudnya keperluan spiritual yang mendesak dalaman kita untuk memenuhi).

Seumpama jika kita melakukan satu-satu perbuatan yang dalamn istilah agama dikatakan `jahat', apakah kita tidak merasai sesuatu yang bersalahan?

Jika kita melakukan perbuatan mulia, seperti membantu seorang kawan kesusahan, tidakkah kita merasai sesuatu yang murni, tenang dan memenuhi keperluan spiritual?

Sekali lagi ini membabitkan `rasa' dan ianya berbeza di antara satu sama lain - dan apakah ianya tidak ada dalam domain ` a matter of truth' (meminjam istilah Mortimer J Adler dalam bukunya the Truth of Religion) - Kant dan Sartre, Plato dan Descartes, Muhamad bin Abdullah dan Gautama Buddha, munkin berbeza.

Namun, mereka tentu pernah merasai garam dan boleh berkomunikasi menjelaskan kemasinan garam - walaupun darjah penerangan berbeza kerana tidak ada pengukur saintifik dalam zamannya, apa lagi agama yang wilayahnya banyak membabitkan rasa.

Oh ya, dalam buku Golf yang baru aku baca, tertulis: untuk mendapatkan swing yang elok dan konsisten, berikan penekanan ekpada feeling, bukan thinking.

sesungutpatah said...

BETULKAH kita hanya akan memahami tuhan hanya melalui al-Quran dan hadis, seperti pendapat Siti?

Apakah jelas ada orang yang memahami al-Quran menggunakan saluran ini? Betulkah tafsiran dan kefahaman kita mengenai al-Quran itu? Apakah penjelasan Nabi itu sama seperti yanmg dikehendaki oleh nabi kita (ini kerana hadis yang muncul dikumpul 100 tahun selepas kewafatan nabi)? Apakah kedua-dua sumber itu yang menjadi penyebab kepada hilangnya `rasa'? Bukankah pengguna kepada kedua-dua saluran inilah yang menyebabkan pelbagai persepsi mengenai tuhan sekarang - sehingga Tuhan Syiah dan Tuhan Sunni berbeza? Hukum-hukum yang wujud bersumberkan saluran ini juga berbeza-beza sehingga timbul mazahab agung dan beratus mazhab lain?

Nampaknya, jika soalan itu dipanjangkan, semakin tiada jawapan yang mjudah diperolehi.

Anonymous said...

Tkasih Kori, sudi menyambut komen gue. Sebaik membaca, dalam diri 'rasa' gembira dan ini berlaku menyeluruh: bibir tersenyum-senyum, mata berkaca-kaca bukan redup, raut wajah segar bukan mendung dsb seumpama.
Perihal 'rasa', sungguh wujud dalam diri. Apa lagi alasan untuk menafinya, bila ia memang berlaku, memang mengambil tempat. Bila ada sangkaan gue mahu menafinya, jelas itu tidak benar.

Mengenai rasa pada Kori ahli sufi memanggilnya 'zouk', 'kuasa atas kuasa', yang dikatakan semulajadi - yang ini gue tidak jelas. Kisah Ibnu Tufail bercerita tentang Hayy Yaqazam juga tidak jelas.

Adakah Hayy Yaqazam terdampar di pulau keseorangan di mana sebelumnya beliau tidak pernah melihat manusia lain apatah lagi hidup dalam kelompok kepercayaan melainkan melihat hanya dirinya sendiri di cermin air laut jernih? Istilah manusia, insan, human being pun tidak pernah bergendang di telinga atau tersimpan di otak.
Atau sebelumnya beliau telah terdedah dengan kepercayaan Tuhan itu, Tuhan ini sebelum mungkin kapalnya karam dan hanya dirinya terselamat, lalu terdampar di pulau. Tentu sekali sangat terapeutik untuk merenung pasal penciptaan langit, bintang, bulan kala kepalanya didongak ke atas.

Jika yang kedua, tidak mustahil beliau merasai Tuhan. Mungkin sebagai temannya dalam diri setelah beliau sudah tidak ada siapa-siapa untuk menjadi teman.
Jika yang pertama, bagaimana ya? Mungkin beliau akan rasa gembira setelah berjaya menangkap seekor salmon dan dipanggangnya setelah berjaya mencipta api. Kemudian setelah kenyang, beliau akan bersedap-sedapan mendengar ombak laut (muzik alam) sambil bersuara mengikut alun bunyi muzik alam itu.
Wujud rasa gembira? Jawabnya ada. Situasinya sama dengan seorang manusia cekal hidup dalam hutan hitam, pekat yang tebal. Beliau akan meniup daun-daun sebagai gubahan muziknya.

Tanpa teori Maslow dan Kohlberg, tidaklah segenting mana untuk faham situasi dibangkit. Satu lagi, betulkah keperluan spritual peringkat tinggi mendesak-desak?

Tkasih pada Kori di para atas, langsung tidak ada kena-mengena dengan gue ingin mempraktik nilai baik, kemanusiaan, ajaran agama dan bagai. Memang hendak berterima kasih. Gue yang mahu bawa diri macam itu. Gembira? Ya gembira bila sudah membuat apa yang dimahu. Gembiranya berlaku pada waktu itu, tidaklah panjang mana, sebaik selepasnya mahu menempuh pula hal-hal lain.

Gue tidak (sudah lama) 'connected' dengan nilai baik, buruk, mulia suci murni dan bagai. Tidak kira sumbernya dari mana - agama ka, falsafah ka, guru ka, warisan ka dll.Bila bersituasi mampu tolong orang, kemudian menolong, ya rasa gembira bila apa yang ditolong itu memberi perubahan pada seseorang dan orang itu memang mahu perubahan.
Jika dia tidak mahu sebab dia ada cara lain, pertolongan tadi tidak membina apa-apa. Jadi gue berhenti setakat membina atau tidak. Nilai baik, buruk, mulia, suci dan bagai yang mahu ditaruh/tafsir selepasnya atau sebelumnya - anak musang apa sebenarnya ini?

Soal 'rasa' tidak boleh diukur, sukat, timbang dsb - itu sudah tentu. Macam mana nak ukur, jika ia masin, lidah si merasa masin itu merasanya. Lidah gue lidah gue, lidah Umarzain lidah Umarzain. Mungkin Umarzain ketagih bercumbu segenap sudut, jadi mungkin rasa masin garam berkurang dibanding gue. Semuanya mungkin. Masin macam mana, betul, kita tidak tahu.
Tidaklah luarbiasa analogi ini. Kelompok existentialist sudah lama, sudah jauh membahasnya.

Balikin kebebasan, sampai jumpa mungkin di lain waktu.

Anonymous said...

Nampak semakin menarik perbahasan tuhan dan 'rasa' ini. Saya nak tumpang semangkuk dua.

Siti mengulas dengan memberi hala tuju mencari dan menemui tuhan berlandaskan Quran/Hadis. Pastilah indoktrinasi yang tersimpan berpuluh tahun dalam benak saya tidak mampu menolaknya. Namun naqal saya kadang-kadang membentak-bentak- naqal saya berkata ini type orang islam biasa yang selalu merasa cuma mereka yang kenal tuhan lebih dari orang lain.

Sebab pada saya rasa bertuhan tidak akan melebihi rasa-rasa lain dan tak mengenal siapa dia, agama apakah ia. Ia sama seperti tidur, tidak mungkin ada orang akan mendakwa dia mendapat lebih dari orang lain.

Sama juga dengan orang yang asyik masyuk bercinta, pasangannya lah yang ter segala ter di dunia ini. Begitu juga dengan 'kegilaan' pada Tuhan dan agama.

Enak juga menghalusi perdebatan chenik dan pemilik laman ni berkenaan punca rasa bertuhan/beragama. Kori menukilkan kisah Hayy bin Yakzamnya Ibnu Tufail (kisah ini diceduk kemudian oleh pengkarya Robinson Crusoe-rupanya pencuplikan telah berlaku lebih lama dari yang kita sangkakan), dengan persoalan adakah rasa beragama itu sesuatu yang murni dan fitrah, tanpa doktrinasi terlebih dahulu.

Saya semacam berpihak kepada che nik dalam jawapan kepada persoalan ini. Emmanuel Kant, sepanjang ingatan saya juga menyatakan terdapat dua lapis kebenaran, mungkin yang kita raba-raba sekarang ini hanya lah kebenaran lapis pertama- 'rasa benar' dan bukan kebenaran itu sendiri.

Seorang lagi pemikir yang saya lupa namanya mengunkap mengenai konsep tabula rasa- instinct/kesedaran yang wujud seawal peringkat anak kecil.

Agak-agaknya kalau mengikut versi che nik, di mana semuanya bermula dengan tanam/indoktrinasi, apakah Hayy bin Yakzam, jika beliau langsung tidak ditanam atau tidak pernah tersentuh perhubungannya dengan manusia akan bermasturbasi apabila usianya meningkat 15 tahun dalam 'buangan' itu. Apakah beliau mampu melakukannya kerana beliau gagal membayangkan makluk perempuan itu macam mana rupanya?

Anonymous said...

Salam anonymous,
Nada bahasa anda seperti pernah jumpa, namun gue tidak mahu menduga siapa-siapa. Yang dibutuh (istilah tanah seberang) di sini perbincangan, jadi biar saja siapa saja, tidak apa-apa.

Seorang bayi baru lahir yang terus sensitif pada keperluan biologi bila disua tetak si ibu, tanpa sempat berkelip mata mulutnya langsung saja menyonyok tetek si ibu.
Tidak terkecuali si anu yang kisahnya hanya berteman deru ombak meski belum pernah menatap kejelitaan seorang gadis (senyum yang meransang, tegarnya buah di dada, lembutnya belahan bawah, putihnya peha bergetah, lenggoknya ayunan belakang dan lagi dan lagi...) bila tiba biologi itu minta dipenuhi atau tidak sengaja anunya berereksi kala meniarap di permuka pasir lembut-telus, argh, terus-terang saja kemahuan seks minta dipenuhi, akhirnya aksi selanjut mungkin sebagaimana kalau tidak pun sedikit berbeza pengalaman tuan anonymous sendiri kala beraksi saat ia minta dipenuhi.
Apatah lagi dirinya tidak pernah mengenal halal tidak halal (berbeza mungkin dengan tuan anonymous) seperti termaktub dalam mana-mana kitab dalam mana-mana penganut agama.
Saya ingin bertanya anonymous, adakah sebaik selesai jalan cerita si anu tadi, maka dirinya dengan serta merta dan agak tergesa-gesa akan menyoal diri sendiri adakah pelakuan tadi dibenar oleh yang berkuasa atas kuasa seperti dimaklum Kori?

Anonymous said...

Sebelum saya teruskan komen kali ini, para 2 komen anonymous sebelumnya seharusnya ditukar naqal dengan akal. bertukar istilah dalam posting sebelum ini.

Membaca komen chenik terakhir saja bisa membuatkan anu berereksi.Cukup mendalam huraian chenik berkenaan sensual sekalipun beliau berhenti sebelum mencecah liang sorga.

Baik, saya ingin menyambung persepsi saya tentang Tuhan. Weber menyatakan evolusi kepercayaan manusia kepada Tuhan bermula dengan banyak Tuhan (politeisme) dan semakin sedikit sehingga mejadikan hanya satu Tuhan.

Perayauan nabi Ibrahim a.s juga hampir sama dengan Weber. Diceritakan bahawa baginda asalnya mendongak ke langit melihat alam maha luas, dan meneka-neka itukah Yang Maha Kuasa.Oleh kerana objek di angkasa adalah banyak, maka peringkat ini dianggap peringkat politeisme. Hinggalah akhirnya disebut baginda mendapat wahyunya untuk mengarahkan fokus hanya kepada Allah.

Cerita Nabi Ibrahim ini sangat penting kerana Nabi Ibrahim adalah penganut Haniffiah-agama Haniff.

Agama ini merupakan agama purba yang menjadi asal pokok kepada 3 agama langit yang penting-Islam, Kristian dan Judaisme.

Setiap dari 3 golongan penganut ini sehingga sekarang mendakwa asal-usul agama mereka ialah dari Abraham atau Ibrahim ini.

Ringkasnya Haniff ini dikatakan paling hampir dengan menemui tuhan secara fitrah- Saya cuba memahami konsep a priori atau berasaskan rasa bertuhannya Kori, atau rasa tuhan secara sejadi melalui pengertian Haniff itu.

Menurut Nurkholish, jika kita semua masih ingat nama Allah itu sendiri berusul dari dewa air bagi orang-orang Mekah pra zaman Nabi SAW.

(Sekiranya jika masih ingat nama berhala-berhala di kota Mekah antaranya yang terbesar ialah al-Latta,dan al-Uzza-begitu dekat namanya dengan nama Allah)

Sebab itu apa nama Tuhan itu sekalipun masih lagi kurang penting jika dibandingkan dengan rasa bertuhan. Rasa mempunyai Tuhan, sebagi puncak fokus seseorang bila dia merasakan dia tidak ada sebarang tempat untuk menyatakan 'rasa di atas rasa' {mungkin makna kepada istilah zouk bagi kori}

Sudah pasti untuk mencapai Tuhan kita perlu mencariNya, sekalipun kita telah terlahir sebagai bertuhan-samada Islam,atau apa agama sekalipun. Ini untuk mengelakkan kita terjerumus (melalui indoktrin) dengan gambaran Tuhan yang telah diciptakan orang lain dengan pelbagai tujuan-seringkali mengatasnamakan agama dan Tuhan.

sesungutpatah said...

TANPA mahu terjebak dalam bicara sedikit lucah di antara anonymous dan che nik, saya percaya kepada satu lagi konsep penting dalam agama Islam `hijab'.

Hijab ini sudah banyak diperkatakan oleh cendekiawan, termasuk imam al-Ghazali.

Saya ingin mengambil kategori hijab yang pernah saya baca atau dengar. Saya percaya. Syah Waliullah (lahir 1702) dalam magnum opusnya Hujjahtullah Al-Balighah (Hujah Allah yang Pasti) meletakkan hijab kepada tiga perkara: Pertama hijab resam (budaya), hijab salah fahaman (kedua) dan hijab nafsu.

Selagi hijab ini tidak terpecah, termasuk diriku ini, selagi itu mata batin (rasa batin) tidak dapat melihat `cahaya'. Jika mata kita sensitif kepada cahaya matahari, cahaya yang satu lagi hanya menembusi kepada sesiapa yang dapat 'tazkir' (membersihkan hijab berkenaan). Contohnya, jika setiap hari seorang manusia memenuhi keperluan biologinya semata-mata, hijab nafsu akan menguasai atau membaluti batinnya. Inilah sebabnya banyak agama menawarkan rawatan melalui `puasa' (walaupunnya caranya berbeza di antara satu sama lain). Logik yang sama kepada orang tua (seperti orang berpencen). Kekuatan nafsu kerana pengaruh biologi semakin berkurangan, maka mereka mula mengingati seolah-olah terpanggil kepada cahaya berkenaan. Barangkali inilah sebabnya orang pencen mula mencari 'cahaya' berkenaan - walaupun banyak juga yang hanya menjumpai cahaya bulan palsu. Dalam syarak juga ada prinsip ini dipakai, contohnya, orang tua dihalalkan mencium isteri ketika berpuasa, tetapi tidak dibenarkan kepada orang muda.

Nampak tulisan ini semakin mengarah kepada berkhutbah, maka saya berhenti setakat ini sahaja.

Anonymous said...

sapa kata orang muda tak boleh cium isteri semasa puasa.

ini dah buat hukum sendiri

Anonymous said...

Gue andai dalam diri ustaz Kori sarat dengan 'nilai'. Cuba semak pembuka ayatnya, "tanpa mahu tercebak dalam bicara sedikit... ".
Lazim di sini kalimah 'terjebak' berkonotasi tidak sepatutnya, tidak elok, tidak diluluskan publik dll. Dan katasifat yang dihubung dengan terjebak itu kita di sini sangat-sangat maklum apa 'nilai' ditampal atasnya.
Itu cuma andaian. Pada gue hari-hari kita bermain andaian, mungkin banyak jumlahnya boleh diabai begitu saja. Termasuk yang ini. Apatah lagi Kori (rujuk beberapa catatannya) mungkin seorang ahli persuratan tinggi agama. Orangnya tentu lebih tenang, lebih zuhud ketimbang gue. Beremosi pada andaian agak mustahil di sisi spritualnya, barangkali.

Jika kita terus mahu mengendong nilai sampai hujung hayat pun tidak apa-apa. Nilai bukan kenyataan, bukan 'real', sebaliknya hanya tafsiran.
Titik mula anak musang nilai ini bermula selepas sesuatu kejadian, peristiwa, gejala dan bagai. Mungkin berkorelasi dengan akal singkat, tidak mahu/mampu menjelas latarbelakang kejadian lalu diterbit olehnya suatu tafsiran. Bila saja tafsiran ini masuk ke lembah 'baik-buruk', 'good-evil' maka berdirilah ia menjadi 'nilai'.
Mula-mula berseorangan, dek kerana pengaruh luas barangkali ia merebak dalam kelompok. Kemudian nation, seterusnya menjagat di jagatraya. Kita pun memanggilnya 'universal values'. Wow enak sekali di dengar. Sangat ampuh menjadi modal peminat bombastik apa lagi penyanjung retorik.
Ini cuma perayauan am gue. Tidak ada falsafah di belakang. Tidak apa-apa. Mungkin di lain waktu pula.

Sampai jumpa - balikin kebebasan buat semua!

razihan said...

menarik sekali perdebatan ini,
hamba selaku orang baru dalam blog ini juga mahu menerangkan serba sedikit akan kebenarannya
pada ideologi hamba islam dalah agama yang ad-din.dengan melafazkan kalimah syahadah maka sah lah dia menjadi umat nabi muhammad saw.
cuba kita melihat ajaran budda yang mengutamakan jalan 8 lapis dalam mencapai nirnana.siharta gautama buddha tidak pernah menyuruh pengikutnya menyembahnya tetapi boleh kita andaikan bahawa beliau ialah nabi kerana belaiu hanya menyampai ajaran untuk kebaikan semula berbalik kepada definisi nabi yang diketahui seseorang yang menerima wahyu dan hanya untuk dirinya sahaja.hamba pernah berjumpa dengan seorang yang menganut agama buddha dan pernah berdebat dengan beliau.beliau juga merpersoalkan diri beliau kenapa lah akan dilahirkan dalam agama patung.beliau pernah berkata 'buat apa aku sembah patung'bukannya patung bagi apa-apa kepada ku.
syukur alhamdullilah kerana beliau sekarang dalam proses mendalami ilmu islam......

sesungutpatah said...

KOMEN tuan Razihan sangat menarik, kerana hasil pengalamannya bertemu dengan seorang penganut Buddha.

Saya juga melihat agama dalam konteks `addin' yang saya fahami sebagai fitrah atau jalan kemanusiaan. Dalam peringkat ini, agama tidak berwajah.

Wajahnya muncul di peringkat nabi - Muhamad bin Abdullah membawa syariatnya, yang dikatakan sama asal dengan Ibrahim (hanif), Musa dan Isa. Begitu juga di peringkat benua lain, Shinto di jepun, Socrates di Greek, Gautama Buddha di India juga membawa satu versi agamanya.

Namun, di peringkat kemanusiaan kita boleh melihat garis persamaan. saya cenderung melihat garis persamaan, berbanding melihat garis perbezaan. Ini berdasarkan satu ayat surah al-imran (saya terlupa ayat berapa) yang ertinya lebih kurang: "ajaklah ahli-ahli kitab kepada satu kalimah...."

Patung hanyalah simbolik, seperti simboliknya perkataan 'ibnullah' (anak Allah) dalam terminologi Kristian.

Masihkah kita ingat ada satu contoh yang diperlihatkan Muhammad apabila beliau bertanya kepada seorang wanita berkulit hitam, di manakah tuhan? Wanita itu memberi isyarat tangan, menunjukkan tuhan di langit. Respons Muhamad, wanita itu muslim.