Tuesday, March 13, 2007

KHUTBAH KITA 'KENA' BERSYUKUR

PERHATIKAN di sekeliling kita, ramai suka berkhutbah. Dalam skala rendah, suka berleter. Seolah-olah ayat khutbah dari Tuhan. `Kita kena beryukur'; `kita kena berterima kasih kepada kerajaan'; `Kita patut bersedih dengan kematiannya.'

Semalam, dalam satu perbincangan dengan siswi, aku bertanya: mengapa kita perlu beryukur?

Tuhan mencipta alam dengan sempurna. Tuhan memberikan kita makan minum. Tuhan membela kita. Justeru, kita perlu beryukur?

Aku bertanya: perkataan `kena' bersyukur itu di-impose'kan kepada kita oleh siapa? Mereka jawab, oleh tuhan lewat ayat sucinya.

Aku bertanya lagi, jika tuhan tidak `impose', apakah kita bersyukur atau tidak?

Jika kita tidak pernah mendengar khutbah datuk nenek kita supaya kita berterima kasih kepada ibu dan ayah kita, apakah kita tidak berterima kasih kepada mereka?

Khutbah seperti membunuh manusiawi, menyebabkan kita hidup terlalu mekanistik - seperti robot.

4 comments:

fahima said...

pe maksud khutbah membunuh manusiawi?

sesungutpatah said...
This comment has been removed by the author.
sesungutpatah said...

The nature of man dalam kepercayaan aku ialah seseorang yang tumbuh sempurna ialah seperti pokok yang mendapat bekalan makanan yang sempurna, fizikal (seperti air, mineral) dan rohani (cahaya matahari). Manusia akan mengunyah makanan yang dimakan untuk mebolehkan makanan itu menyumbang kepada pembesarannya. Inilah sebabnya manusia ditakdirkan mempunyai gigi. Makanan yang tidak dihadam, sebaliknya ditelan terus memasuki perut, akan merosakkan diri manusia, walaupun ada mekanisme diri yang membolehkan manusia terus hidup, walaupun beberapa kali memakan makanan tanpa dihadam.

Namun, jika berterusan dalam hidupnya tidak menghadap makanan yang dimakan, apa yang akan berlaku?

Begitu juga bahan-bahan pemikiran. Jika ianya tidak dihadam, apa akan berlaku?

Khutbah ialah satu pengucapan seseorang kepada seseorang atau sekumpuylan yang lain. Biasanya ianya untuk diterus percaya, tanpa perlu mengunyahan atau pencernaan. Ini kerana kata-kata yang dikelompokkan dalam `khutbah' seperti: `kita wajib percaya tuhan wujud'; `Jangan sekali-kali engkar kepada perintah Allah' dan sebagainya.

Oleh sebab Fahima hanya ingin penjelasan, maka demikianlah penjelasan.

Setuju?

Tidak bersetujupun tak apa, kerana aku tidak mahu menjadi pengkhutbah. Barangkali, mahkamah akal budi sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman betul atrau salah?

Anonymous said...

khutbah dah memang ada rukun..setiap apa yg diutarakan itu mengikut tertib..klu tak itu bukan khutbah namanya..takkan yg ni pun tak tau basic rukun bc khutbah..tak guna belajar tinggi, klu benda asas pun tak dpt kuasai..