SINTOK: UUM dikatakan universiti pengurusan terulung. Siswanya wajib berteler leher. Sentiasa kemas. Termasuk ketika memasuki toilet!
Jika universiti pengurusan, warganya mesti berimej korporat.
Yang siswanya bolehlah dikategorikan kemas dan berimejkan korporat. Bagaimanapun, siswinya rata-rata berbaju kurung. Tidak kira hari. Dalam dunia korporat, baju kurung biasanya pada hari Jumaat sahaja.
Sungguh boring melihat kiri kanan - semuanya berbaju kurung.
Jika hutan dan pokok-pokok terdiri dari pelbagai spesies yang asli dan menarik, siswi di UUM tidak kelihatan asli, umpama bunga plastik.
Aku teringat satu madah guruku, Fritz Perls:
A thousand plastic flowers,
Don't make a desert bloom,
A thousand empty faces,
Don't fill an empty room.
56 comments:
tuan apakah imej korporat yang sesuai dengan uum siswi.saya sebenarnya amat bersetuju dengan pendapat tuan uum tidak seharusnya berimej bj kurung dahla tinggal dalam lembah yang dipenuhi pokok-pokok.sekurangnya tirulah imej uitm
Tuan Razihan,
SAYA perhatikan, mungkin saya salah, siswi dan kakitangan UUM (termasuk pensyarah wanita) bukan sahaja berbaju kurung, fikiran juga banyak yang terkurung.
Semacam ada korelasi di antara berbaju kurung dengan fikiran terkurung dan sikap malu-malu.
Saya membayangkan bagaimana agaknya siswi semacam ini nanti memasuki dewan interview untuk mendapatkan pekerjaan di agensi swasta (mungkin di agensi kerajaan tidak mengapa?)
Begitupun, saya tidaklah setuju dengan Tuan supaya kita meniru UiTM. Elok kita mencari imej sendiri sebagai kekuatan UUM.
Tanpa mahu berpolemik mengenai aurat, saya cenderung mencadangkan supaya siswi membiasakan diri dengan tidak bertudung, berseluar panjang (tetapi tidak perlu seksi) atau pakaian `moden' ala western.
Kerja saya seringkali membuat saya merayau-rayau ke seluruh tempat dalam Tanah Melayu ni, termasuk ke Sintok.
Dan terus terang terang saja, siswi di universiti pengurusan terulung ini mati rasa semuanya.
Jauh lagi jika kita ingin bercakap tentang cita rasa yang berkelas dunia.
Setahu saya para perempuan, khususnya sang gadis di mana-mana saja di pelusuk dunia ini ingin kelihatan cantik, dipuji kecantikannya, kecuali mungkin di sini.
Dalam hutan hujan Amazon Brazil atau hutan Tropika Burma sekalipun, mereka tetap mempunyai cita rasa kepada kecantikan. Jadi, saya tidak tahu apakah gadis di sini nak dirujuk sebagai kumpulan apa?
Sebab itu dunia fesyen tak mungkin berkembang di sini. Baju kurung hanyalah salah satu fesyen, yang mungkin jika dalam sepuluh fesyen akan menduduki tangga ke sebelas..hehe
Saya tidak ingin merendahkan kumpulan yang dikatakan 'akan mewarisi kepimpinan negara' ini (sebab nisbahnya 70:30) dengan mengasosiasikan mereka dengan 'pakai baju kurung, otak pun terkurung'.
Tapi jika anda berjumpa dengan sekelumit mereka yang tak bertudung dan berpakaian moden, anda akan terasa ketara sekali perbezaannya samada dari segi isi perbualan mereka, gaya dan profesional sebagai student.
Dan amat berbeza jika anda bercakap dengan si baju kurung, apatah lagi dengan yang memakai busana muslim. Mereka akan menunduk-nunduk kepalanya, dan melarikan anak mata mereka sewaktu kita bercakap dengan mereka.
Apakah attitude sebegini anda harapkan untuk meneraju sebuah syarikat multinasional?
Saya amat berharap jika dalam masa setahun akan datang saya bertandang lagi ke sana, saya akan menemui lebih banyak gadis berbusana moden dengan rambut lepas ke bahu (jangan disalahertikan moden dengan seksi) yang akan bercakap dengan senyum mesra dan penuh profesional.
Kata saya kepada seorang teman, untuk bertemu dengan siswi semacam ini sekarang, umpama mencari antah dalam seguni beras siam bermutu cap naga- HAMPIR MUSTAHIL
menjawab soalan Rozihan, saya rasa modelnya pasti ada. Sekadar contoh,ahli LPU kita, Dato' Zuaidah Atan. Nampak profesional amat pakaiannya dalam apa pun majlis yang belaiu hadiri. Jangan terlintas soal harga pakaian tu dulu, tapi tanya diri, sanggupkah buat perubahan dengan menukar sedikit design pakaian di badan.
Masalahnya, bukan kami tak nak pakai saudara kori wooiii, tapi awal-awal lagi dah disekat kebebasan dengan etika pakaian oleh TNC HEP yang jumud tu.
Pensyarah dan pengetua kolej juga banyak yang jumud. Pelajar free hair dipandang negatif dan dicop mcm2 gelaran.
Hak orang cina memakai seluar pendek pun disekat (masa di foodcourt kolej) sedangkan bagi mereka berseluar pendek masa sembahyang tidaklah menjadi kesalahan dan masih dianggap bersopan.
Rumusnya, yang salah bukan student tapi TNC jumud dan sebahagian besar kakitangan UUM yang kolot.
Kalau tak percaya, hapuskan etika pakaian, pasti hutan akan berbunga setiap musim (tapi mana mungkin si jumud mahu mengubahnya)
saya ingin menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara razihan tentang isu pemaikan baju kurung.saya rasa pemaikaian baju kurung ini masih releven dikalangan mahasiswa uum.
Hal ini kerana baju kurung merupakan salah satu warisan yang melambangkan indentiti sesuatu bangsa. jika kita tengok masyarakt melayu dengan pemaikaian baju kurung, kaum cina dengan cheomsam dan india dengan sarinya. selain itu juga ia melambangkan kekuatan sesebuah bangsa dalam menjaga warisanya. bagi saya isu pemakaian baju dikalangan mahasiswa uum bukanlah sesuatu yang jumud atau ketinggalan zaman, hal ini kerana baju kurung sudah pun berada di tahap yang global. cuba kito tengok kebanyakkan tokoh2 koprat negara mengenakan baju kurung pada majlis rasmi dan ini telah mengangkat taraf si pemakain baju kurung.
bagi saya isu pemaikan baju kurung di uum bukanlah satu isu yang besar, kerana pemakaian baju kurung juga boleh mencerminkan imej koprat. bukan hanya perlu memakai skirt atau seluar untuk menunjukkan imej koprat, tapi dengan etika pemaikain baju kurung juga boleh menunjukkan imej koprat cuma si pemakain hendaklah bijak dalam mengenakan baju kurung di badan mereka. tak perlulah kita meniru etika pemaikan studen uitm. saya rasa itu bukanlah satu contoh yang bagus.
cuma yang saya nak ingatkan pada kaum wanita ialah aurat mereka...janganlah sampai buka aurat semata-mata untuk mengejar imej koprat.....
"aurat terjaga maruah terpelihara"
-Ydp CAKNA'S
Tuan YDP Chakna,
Ulasan tuan (atau puan?) itu sungguh bagus sekali.
Cuma nadanya berbau seperti ibu tiri atau berkhutbah.
Sayapun tidak mahu berbahas hukum aurat (jika sesiapa yang berminat, boleh membaca majalah Al-Islam beberapa tahun lalu yang menyatakan rambut bukan aurat). Saya cenderung untuk berkata-kata dalam ruang falsafah atau jalur sufi - bukan bidang fiqh.
Saya selalu mencintai sesuatu yang seksi baik suara, pakai apa, kelenturan body, gaya rambut, jari-kuku kaki tangan halus bersih dan semua, asal saja seksi.
Masa sama 'gaya' apa saja termaktub di atas itu sentiasa berkeadaan bersahaja dan selesa.
Bagaimana jika anda mahu 'exist' dalam keadaan ini?
Tumpahkan cinta anda pada hal-hal itu hanya, hanya untuk diri anda, bukannya sibuk, sesak otak merewang apa pandangan mata orang, apa di fikiran kepala orang bila anda membawa diri bersosial.
Marilah berdiri, menapak walau di mana lingkungannya sebagai manusia bebas!
TUAN Puan,
identiti tidak semestinya di sensasikan.pada pendapat saya banyak lagi benda yang perlu diperbaiki dari segi moral,nilai dan etika.Peradaban masa kini menjurus kepada anjakan paradigma.walaupun berpakain sopan namun dari segi sepatah haram pun tidak boleh buat kerja jadi apakah kejadahnya.cuba kita imbas kembali kejayaan rugaya daripada bahrin yang mana beliau menjadi pemenang pingat emas dalam acara 200 meter masih menutup aurut beliau dan cara berpakaian boleh diimpentasikan mengikut masa dan kesesuaian tempat.sebagai contah adalah student law pakai baju kurung dalam kelas ini memang tidak sesuai,marketing just poakai baju kurung.
Syabas Kori. Sekarang kau dah ada pengaruh, ubah saja peraturan tu. Aku dulu pun dah cabar orang UUM dengan berpakaian jeans dan kemeja western semasa interview. Mereka tanya tahu tak peraturan pakaian UUM, aku jawab tahu tetapi sengaja pakai begitu. Mereka terkejut dan hanya mampu minta aku ikut peraturan tu kelak. Seperti diduga, aku dapat juga masuk. Cuma hati aku memilih Quebec untuk melanjutkan pelajaran. Sejuk, berbalut tetapi tak terkurung. Bebas untuk menimba ilmu tanpa peraturan2 bodoh yang tak akan menjadikan kita lebih baik daripada orang lain. Malangnya, kebodohan itu amat banyak di negara kita ini. Fikirlah.
takut betul saudara kori ngan fiqh,takut kerana tidak boleh berhujah dengan hukum, hujah sufi boleh disepak terajangkan.
cekna, mung bertudung pun tapi tetap nampak seksi gak,so apa guna mung tutup aurat. bertudung tak semestinya sudah menutup aurat. Gaya berjalan mung yang cukup seksi, so nak tutup mcm mana?
whb, saudara kori ni orang kuat kat uum ke. kalau betul, baik eden cabar jer dia suruh ubah banyak peraturan kuno kat uum tu. apa guna saudara kori ada tempat disitu tapi duk jadi pak turut juga. tak larat turut duk menyalak pulak dlm blognya mahasiswi tak reti berpakaian.Menyalak lah di depan tnc tu.....
-sapa ada no contact saudara kori bleh bg dak, banyak lagi cadangan nak bagi supaya dia sampaikan ke pengurusan tinggi uum, takat ngomel dalam ni buang masa je
tima kasih atas komen-komen yang bernas dan padat dari tuan, puan encik dan cik.
saya cuma nak mengulas kata-kata yang diucapkan oleh sahabat kita :
cekna, mung bertudung pun tapi tetap nampak seksi gak,so apa guna mung tutup aurat. bertudung tak semestinya sudah menutup aurat. Gaya berjalan mung yang cukup seksi, so nak tutup mcm mana?
kita sebenarnya perlu mengetahui sebenarnya konsep mentutu aurat. antara aurat lelaki dan perempaun ada bezanya.jadi jika seseoarang itu mentup aurat tapi tetap kelihantan seksi itu maknanya dia tidak memahami konsep mentup aurat.
bagi saya jika dia mengikuti keadah sebenarnya dalam mentup aurat saya rasa ia takkan menjadi isu.yang penting kita perlu tahu konsep aurat itu sebenarnya.jika dia tahu cara berpakian yang betul maka dengan sendiri ia akan menjaga tingkah lakunya...
semuannya ini bergantung pada niat dan ketulusan hati seseoarang itu...
cakna
mana saudara kori tak muncul ni. inilah masalah org yang fanatik kepada falsafah dan sufi.
golongan ini biasanya akan lembab sedikit kerana perlu mengambil masa untuk berhujah. Ambil masa untuk membaca buku mencari teori yang difikirkan sedap utk dilontarkan. kalau tidak akalnya jadi mati.
nak berhujah sendiri mungkin mustahil....(buktinya, rujuk setiap jawapan saudara kori,pasti bermula dgn bacaan buku tertentu)
nampaknya ada kalangan netters cenderung mengasosiasikan cara berpakaian dengan rasa bertuhan..
Pada hemat saya, kaitan itu sangat dipengaruhi pengalaman beragama masing-masing. Orang Islam (sebahagiannya) akan merasa bertuhan apabila mereka berpakaian lengkap, mungkin sewaktu beribadah. Ini adalah satu pemisahan (sekularisasi?).
Bandingkan dengan satu pandangan-anonymous- yang menyatakan orang Cina boleh merasa bertuhan dengan berseluar pendek. Ini semuanya relatif.
Macam selalu, orang islam akan cepat merasa jengkel dengan pandangan sebegini.
Saya pernah menonton satu rancangan berkenaan kumpulan penari pom-pom Amerika yang seksi. Selepas latihan, dengan pekaian yang masih berbikini-mereka berdoa supaya pasukan bola sepak amerika yang disokong mereka mencapai kemenangan. Mereka berdoa bersungguh-sungguh sehinga menangis-nangis. Sekali lagi, apa tanggapan kita terhadap cara berpakaian dan rasa bertuhan?
Masihkah kita ingin merasa tuhan itu milik kita saja?
Azizi.
jelas... tak ramai yang tahu tentang fesyen termasuk yang tuan blog...
hahahaha =)
MEMANG betul saya sendiri kurang arif mengenai fesyen. Siti seperti mahu saya mengulas lebih detail mengenai fesyen. Memang saya tidak ikuti perkembangan terbaru.Tapi, saya tahu dan melihat pelbagai jenis wanita di Malaysia ini dalam `setting' yang official dan separa official. Sangat jarang yang terlalu taksub dengan baju kurung.
Rakan-rakan ada juga memaklumkan mereka bukan tak mahu memakai pakaian lain, tetapi kerana `budaya' berbaju kurung, menyebabkan mereka terikat dengan culture itu.
Tidak ramai yang berani keluar daripada terkurung berbaju kurung.
Mengenai dakwaan rakan-rakan bahawa saya tidak berminat berbahas dalam konteks fiqh, memang betul buat masa ini. Lagipun bidang fiqh merupakan salah satu cabang agama, kecuali usul fiqh. Jika ingin melihat usul fiqh, saya juga boleh join perbincangan. Fiqh terlalu banyak teknikaliti, yang memerlukan rujukan - mesti saya akan merujuk. Jika tidak, saya tidak asas untuk berpijak. Saya mahu memperkatakan sesuatu yang `real'.
Mengenai kata anonymous saya takut untuk muncul, saya sebetulnya tidak berjumpa dengan internet dalam sehari dua ini.
Kini muncul kembali.
Salah satunya pakaian, yang lain tidak terpisah: bagaimana gerak badan, ton suara, raut wajah, jari-jemari, kaki melangkah, leher keras atau fleksibel, mata yang relaks atau semacam dsb.
Lagi pun apa benda yang boleh kita pisah-pisahkan pada seseorang. Essence seseorang itu, itulah personalitinya.
Dari itu gue tidak begitu cenderung menghibur, menikmati hidup hanya pada pembolehubah pakaian. Apatah lagi 'baju kurung berkadar terus dengan otak terkurung' seperti ditimbul Kori. Boleh lumpuh getaran hidup jika ini pemandangan gue tempuh saban hari! Lebih afdal dan nikmat gue menyendiri melayan sunset di gigi laut bandar KK.
Jika benar Kori seorang kakitangan di Sintok, sampaikan salam pada VC di sana supaya mewartakan 'baju kurung sama sekali bukan pakaian wajib, apa lagi rasmi. Tambah sedikit di bawah, 'apa-apa perkara bersifat homogeneous mungkin mengganggu alam hidup universiti yang mendokong kebebasan berfikir dan bereksperimentasi.
Kepada peminat-peminat Lsintok, gue ingin bertanya. Apa itu seksi? Apa itu erotik? Keduanya perkataan pinjam.
kepala mereka,
manusia memakai apa yang ada dalam kepala mereka,
kalau sopan dan adat ketimuran itu wujud di dalamnya, maka terserlah ia fizikal dan mental.
durian yg dimakan itu bukan kerana durinya tetapi kerana rasanya...menjadi durian bukannya mudah tetapi enak rasanya.
- HASBULLAH
Tidak semestinya manusia memakai apa yang ada dalam kepala mereka.
Manusia memang berkepala, tetapi pada umumnya banyak berlaku di sini kepala manusia telah dibawa arus yang mengelilingi mereka.
Belum pun sempat mereka membina sesuatu dalam kepala, unsur-unsur sekeliling menerobos masuk dengan berkesan sekali.
Dan abadiii selamanya buat mereka yang tidak pernah berani menyoal.
Orang sibuk mengerumun durian mutu rendah, kita pun sama-sama sibuk mengerumun juga. Kemudian beli dengan gembira.
Bila makan, rasanya tidak enak. Tapi musim depan mengerumun juga.
Abadiii selamanya...
apa ni?? saya tetap dengan pendirian, baju kurung sesuai dalam semua keadaan. sesuai dengan identiti melayu.
Tak panas ke pakai baju kurung, tertutup semua... kain dalam lagi, tudung lagi.
Saya pakai sarung dengan baju melayu pun dah rasa panas. Itu pun sekali seminggu aje.
kepada hati nurani,
Yang kita nak tahu apa pandangan anda, bukannya pendirian. Pendirian yang tidak disokong hujah bukan pendirian namanya, tetapi kepala batu!
habis itu tak kena ini tak kena pe.bangga sangat ker kalu pelajar PAKAI SKIRT YANG NAMPAK LUTUT N BAJU YANG NAMPAK PUSAT N TERDEDAH SANA SINI tak salah kan kalu nak pakai baju kurung bukan nya jakun sangat inin memang dah diamalkan sejak dahulu kala so kalau seseorang tu nak berubah bergantung pada diri sendiri............lawa n seragam per kalu pkai baju kurung.alah asalkan tak menyusahkan orang sudahlah..........
HUIAM terus menggunakan ayat seolah-olah alternatif kepada setiap hari berbaju kurung kepada "PAKAI SKIRT YANG NAMPAK LUTUT N BAJU YANG NAMPAK PUSAT N TERDEDAH SANA SINI."
Bukankah pelbagai jenis pakaian ada dalam dunia ini, yang tidak semestinya dedah sana sini. Ekstremis dalam pakaian juga mungkin tidak eleok, seperti ekstremis dalam agama.
Agaknya Bernard Chandran pun tidak dapat berkreatif, jika `selera' kita hanya pada baju kurung.
assalammualaikum... fenomena berbaju kurung siswi uum tak pandai berfesyen? emm bg pendapat sy ... pemakaian yg digayakan oleh seseorang perlulah mengikut keadaan dan tempat. di uum ni... cube kite lihat... kawasan disini adalah pedalaman dan jauh tersorok... jike ingin berfesyen... untuk ape.. kite datang ke sini adalah untuk blaja... berfesyen ini akan berubah dengan sendirinya apabile kite gi praktikal atau bekerje.. tidak dinafikan memakai baju kurung adalah mudah dan cepat... at least.. ciri-ciri ketimuran masih wujud dalam diri siswi. tak salah nk berfesyen... asalkan tau gaya pemaikaian dan bersesuaian dengan diri siswi tersebut..
komen di atas (ke26) contoh terbaik sudah dibawa arus. besar barangkali tidak sedar.
sekali lagi: abadi selamaanya...
kepada comment 27... sile jelaskan skit maksud yg tersirat tu... nanti tersalah taksir pulak.
amboi.... banyak nya komen yang tak boleh diterima oleh akal ku... aku selaku si pemakai baju kurung sentiasa... amatlah marah dengan kritikan2 yang tak munasarawak tu.... suka hati korang je ye nak kata camtu.... ada masalah ke kalau pakai baju kurung ? aku tengok ok je... selama aku pakai ni, tak ada pulak aku terbakar.... ala, si orang yang asyik komen tu, nape tak suka kitorang asyik pakai baju kurung... nak kitorang pakai camane lagi?? korang ni datang nak tengok orang ke ape? ingat ni fesyen show ke?? suka la kalau tengok pempuan2 yang pakai ketat2 dan seksi2?? peraturan pakai baju kurung ni, aku rasa ada baiknya jugak. sekurangnya ada limit cara nak berpakaian. kalau la diberi kebebasan nak pakai apa, aku rasa macam2 fesyen yang pellik akan muncul... kalau korang tak suka kitorang pakai baju kurung tak pe, mungkin kita leh pakai jubah lak pasni... PERHATIAN kpd boy yang cakap panas pakai baju melayu walaupun seminggu skali.... putera lilin ke oi? kalau yang tu pun tak leh tahan... nanti matahari sejengkal atas pala camane... biasa2kanlah yea... yang tu je aku nak cakap...
betapa 'bodoh' nya fikiran org yg mengatakan baju kurung itu tak moden dan tak up to date..bukankah bj kurung itu bj kebangsaan..dan yg plg penting menutup aurat.tidakkah itu boleh mengurangkan dosa c pemerhati lelaki sekiranya mereka ingin melihat aurat yg terdedah namun terhijab dek bj kurung..bukankah itu lebih baik..jgnlah ikut fesyen budaya barat..yg saya fikir amat bodoh dan bangang utk ditiru oleh umat islam itu sendiri..
Apehalnye dengan berbaju kurung. Biar la, bukannye tak elok. Selain meutup aurat, ia juga adalah baju tradisional. Perempuan, kalau pakai seluar, memang akan menampakkan susuk tubuh typically. Yang kau sebok, susah fikir pasal imej2 diorg ni apehal? Kau ni patut fikir pasal perkara2 yg lebih patut didiskusi bersama, mcm global warming ke, perang di Iraq ke... Ape la...
Kau ni poyo nak mampos, biar la diorg berbaju kurung, kan lagi sopan dan beretika. Yang kau susah ape hal? Selain meutup aurat, baju kurung juga adalah pakaian tradisional. Bagus la tu. Perempuan, kalau pakai seluar, memamg akan menampakkan susuk tubuh, typically. Kau ni patut fikir pasal bende2 yg lebih patut deberi perhatian seperti global warming ke, ape ke.. Ape bende la kau ni.. Poyo..
bila masa ko org semua ni nak bebas dari belenggu aurat fekah?
ko org tahu tak yg kita duk ikut sangat sekarang ni semuanya tafsiran cikgu fekah. kerja cikgu fekah ni nak menfekahkan semua perkara. nada batuk pun mereka boleh tafsir mengikut prosedur agama sbb kerja mereka menfekah. kalau tak menfekah, tak ada kerja pula.
jika kita penganut agama, hal-hal peribadi kita, spt nak makan pakai sudu ke pakai tangan, nak letak kepala tidur atas bantal ke atas buah kelapa, suka buat zaitun ke suka buah kurma atau suka duku langsat, suka pakai baju kebaya ke suka pakai seluar dan hal lain-lain, semuanya hal diri kita sendiri dan Tuhan Maha Mengetahui ini urusan hidup kita, makhluknya. jadi tak payah difekah-fekah oleh cikgu fekah.
diri saya, saya tak rela. saya buat keputusan sendiri la.. inikan hidup saya!
pasal tudung, kdg2 ok juga buat pelindung panas dan tak mahu habuk melekat di kepala. tapi saya tidak sesekali nak ikut cikgu fekah, begini la, begitu la, haram la.. letih dibuatnya!
utk pengetahuan saya memang tak bertudung dan tak pernah rasa bersalah apa-apa pun. sebab apa, sebab saya tak pernah ikut cikgu fekah.
takkan la pasal pakaian saya nak pakai bagaimana, tak nak pakai yang mana, nak pakai yang mana kena ikut kata manusia lain pulak.
loo.. inikan hal saya. bila hal saya ia hidup saya la...
kpd manis.. membaca komen anda membuatkan saya amat2 marah. memang la tu hal awak tapi awak tak patut kata macam tu. knapa plak kutuk2 tentang fikah plak. ingat la sikit, kita ni ikut peraturan fikah yang datang daripada Allah. kau ni orang agama apa sebenarnya?kau ingat peraturan tu orang ke yang buat. yang aku nak marah, kau ni main2 plak dgn sunnah Rasulullah s.a.w. kalau kau dah tak nak ikut, duk diam sudah lah. kau tak nak dapat pahala dah lah, buat pa nak heboh2 kata kau tak nak ikut. lantak kaulah...kalau tak pakai tudung tu, baik la ko pakai. jangan degil sangat.
BODOHNYA..... CIK MANIS KITA NIE... AWAT HANG INGAT KITA HIDUP NI KAT DUNIA JA KA.....
saya x faham mengapa isu ini perlu dibangkitkan,pada hal perkara ini tidak mendatangkan masalah sama ada dari aspek fizikal atau mental.Adakah mata anda sakit melihat gadis-gadis memakai pakaian yang menutup aurat seperti baju kurung.Adakah kerana gadis-gadis memakai baju kurumg menyebabkan diri anda dilukai.Mengapa perlu memandang rendah terhadap baju kurung.Saya x boleh menerima ini dan membaca komen2 dan pandangan sesetengah individu membuatkan hati saya menangis kerana saya adalah salah seorang individu yang sentiasa kemana-mana dengan baju kurung.sepanjang kehidupan yang saya lalui dengan memakai baju kurung,saya dapati ianya tak pernah memudaratkan saya,sbaliknya saya rasa lebih selesa,rasa dilindungi dan rasa bebas...saya juga pernah memakai jeans dan seluar yang lain tapi saya dapati baju kurung tetap sedap dipakai...
di pinggir diri...
di sudut hati...
Dan naluri ini menagis lagi...
tercari-cari...identiti diri..
Betul kata tuan blog, saya ingin mengulas lanjut fesyen-fesyen mahasiswi di sintok ini. Memang ada benarnya komen-komen anda bahawasanya berbaju kurung tidak salah. Juga memang ada kebenaran, nak pakai apa pun ikut suka hati, hal diri sendiri. Tapi saya rasa, tuan blog hanya memperkatakan tentang siswi UUM tidak pandai berfesyen. Tak kata pun tentang hal berfesyen hal sendiri atau tidak.
Anonymous kedua menyatakan TNC HEPA begitu jumud. Benar ke begitu?? Mungkin anonymous tak mengenali TNC HEPA kita dengan baik. Atau mungkin anonymous hanya mengikut apa yang telah orang lain lakukan. Anonymous yang takut berfesyen kot??? Baru-baru ini, TNC HEPA mengumumkan, baju kurung tidak wajib di UUM. Saya pun tidak pernah mendengar baju kurung diwajibkan. Kelakar juga bila timbul isu ini. Siswa dan siswi UUM ini mudah terpengaruh dengan rumours.
Saya sendiri tidaklah begitu terikat dengan berbaju kurung sepanjang masa, walaupun ramai rakan-rakan dan sahabat-sahabat menyatakan pandangan, saya nampak comel berbaju kurung. Itu saya tak nafikan. Saya melihat diri saya sendiri sopan dan manis berbaju kurung (mungkin sebab bertutup semua). Namun, saya tidak sempitkan fesyen untuk menjadi manis dan comel dengan hanya berbaju kurung. Kebelakangan ini terlalu banyak pakaian berfesyen baru yang sopan dan manis dikeluarkan. Jubah, baju kemeja, blouse, dress, skirt begitu banyak sekali di pasaran.
Sesetengah pengomen blog seperti cekna, anonymous, huiam, dan hati nurani membuat saya ketawa membaca komen anda. Benarkah baju kurung itu sopan??? Sekali lagi saya menjelaskan, berbaju kurung memang NAMPAK manis dan sopan, tapi benarkah baju kurung sudah betul-betul menutup aurat macam yang dinyatakan oleh fahima??? Saya rasa saudari fahima jarang-jarang mendengar ceramah, mendengar orang berkhutbah. Atau mungkin saudari fahima hanya berkata-kata mengikut alunan mulut berbicara. Hakikatnya, ramai yang tidak sedar, sekali angin bertiup, baju kurung pun boleh nampak keseksiannya.
Tentang fesyen. Fesyen sendiri is not easily define. Terlampau subjektif. Terpulang pada kita menilainya.
Betul kata tuan blog, saya ingin mengulas lanjut fesyen-fesyen mahasiswi di sintok ini. Memang ada benarnya komen-komen anda bahawasanya berbaju kurung tidak salah. Juga memang ada kebenaran, nak pakai apa pun ikut suka hati, hal diri sendiri. Tapi saya rasa, tuan blog hanya memperkatakan tentang siswi UUM tidak pandai berfesyen. Tak kata pun tentang hal berfesyen hal sendiri atau tidak.
Anonymous kedua menyatakan TNC HEPA begitu jumud. Benar ke begitu?? Mungkin anonymous tak mengenali TNC HEPA kita dengan baik. Atau mungkin anonymous hanya mengikut apa yang telah orang lain lakukan. Anonymous yang takut berfesyen kot??? Baru-baru ini, TNC HEPA mengumumkan, baju kurung tidak wajib di UUM. Saya pun tidak pernah mendengar baju kurung diwajibkan. Kelakar juga bila timbul isu ini. Siswa dan siswi UUM ini mudah terpengaruh dengan rumours.
Saya sendiri tidaklah begitu terikat dengan berbaju kurung sepanjang masa, walaupun ramai rakan-rakan dan sahabat-sahabat menyatakan pandangan, saya nampak comel berbaju kurung. Itu saya tak nafikan. Saya melihat diri saya sendiri sopan dan manis berbaju kurung (mungkin sebab bertutup semua). Namun, saya tidak sempitkan fesyen untuk menjadi manis dan comel dengan hanya berbaju kurung. Kebelakangan ini terlalu banyak pakaian berfesyen baru yang sopan dan manis dikeluarkan. Jubah, baju kemeja, blouse, dress, skirt begitu banyak sekali di pasaran.
Sesetengah pengomen blog seperti cekna, anonymous, huiam, dan hati nurani membuat saya ketawa membaca komen anda. Benarkah baju kurung itu sopan??? Sekali lagi saya menjelaskan, berbaju kurung memang NAMPAK manis dan sopan, tapi benarkah baju kurung sudah betul-betul menutup aurat macam yang dinyatakan oleh fahima??? Saya rasa saudari fahima jarang-jarang mendengar ceramah, mendengar orang berkhutbah. Atau mungkin saudari fahima hanya berkata-kata mengikut alunan mulut berbicara. Hakikatnya, ramai yang tidak sedar, sekali angin bertiup, baju kurung pun boleh nampak keseksiannya.
Tentang fesyen. Fesyen sendiri is not easily define. Terlampau subjektif. Terpulang pada kita menilainya.
Woi, mangkuk! Org belajar tengok buku le, bukan tengok orang. Patut le bangang. Student UIA pakai jubah, pakai jilbab tak jadi hal pun. Member aku, anak "Datuk Seri" rumah kat Taman Tun, K.Lumpur, tapi bila masuk UIA, dia pakai jubah dan bertudung labuh. Korang anak petani dan anak peneroka Felda kat UUM berlagak nak suruh siswi buka tudung le, suruh pakai pakaian medern, apehal. Bukannya student yang pakai tudung tu kolot, tapi korang tu yang kolot. Korang tak pernah datang KL ke. Pergi Pizza Hut, KFC, RHB Bank dan KLCC, ramai staff perempuan pakai tudung! Bahlul!!!!!!
Ini yang suruh siswi buka tudung dan pakai pakaian modern ni, sebenarnya adalah anak-anak peneroka felda. Patut le dalam felda banyak gejala sosial dan sumbang mahram (haruan makan anak). Kitorang kat KL pun tak pernah suruh orang buat camtu. Kat KL pun ramai staff pakai tudung. Datang le KL ke, Shah Alam ke Putrajaya ke ataupun Petaling Jaya ke, ramai yang pakai tudung. Kitorang dalam bandar pun ramai yang pakai tudung, korang dalam "hutan belantara Sintok" pula nak buka tudung. Nak tunjuk kepada siapa? Nak tunjuk kat monyet dan orang hutan dalam hutan Sintok itu agaknya ??? Ha! Ha! Ha!
Korang yang suruh siswi pakai pakaian seksi, modern dan tanpa tudung ni memang kolot. Lepas tu cakap nak tengok "keseksian" le. Gua budak KL, lahir kat KL, skolah kat KL, membesar kat KL, skg keje kat KL. Setahu gua lah, orang yang macam korang ni kat dalam KL, yang suka tengok body pompuan, leher pompuan, lepas tu meleleh air liur, adalah Bangla dan Indon saje tau. Rupanya korang ni pun sama je macam Bangla ngan Indon. Kitorang kat dalam KL ni lagi suka tengok pompuan pakai tudung tau. Jenis pompuan yang pakai seksi-seksi ni kitorang dah puas tengok dah. Kalau korang suruh adik ke kakak korang ke pakai pakaian seksi macam tu kan bagus. Kalau tak pakai pakaian langsung lagi bagus. Barulah sama kakak korang, adik korang ngan orang hutan yang duduk kat dalam Hutan Sintok tu. Lepas tu orang utan jantan tengok adik ngan kakak korang, dia pun naik "steam" dan "main" ngan adik ngan kakak korang. Lepas tu kan, korang pun jadi le abang ipar atau adik ipar orang utan kat dalam Hutan Sintok tu. Lepas tu korang pula tengok orang hutan betina, korang pula "steam" dan korang pula "main" ngan orang utan betina kat dalam Hutan Sintok. Lepas tu korang pun mampus terkena AIDS ngan Siplis. Padan ngan muka korang!
Kepada siswi-siswi kat UUM tu, nasihat abang-abang kat KL ni jangan layan budak lelaki kampung kat UUM tu (bukan semua). Diorang cakap adik-adik tak modern le, tak seksi le, kalau diorang tak suka, kita orang kat KL ni suka. Dia orang tu pun bukannya modern sangat pun, anak peneroka felda, anak petani, anak nelayan dan anak penoreh getah je. Berlagak saje lebih. Silap-silap rumah diorang elektrik pun tak ade, mandi pun pakai air perigi, nak berak pun pergi cari sungai. Saya tahu le pasal saya pun pernah gak pergi UUM 2 kali dengar Ucapan Dr. Mahathir kat sana, lepas tu berpeluang le berkenalan ngan student kat sana.
Kepada adik-adik (siswi) jangan layan sangat le monyet-monyet ni. Yang penting belajar rajin-rajin, lepas tu datang KL cari kerja. Insya-Allah lebih ramai lelaki-lelaki yang lebih handsome kat KL ni yang sudi berkenalan dengan anda. Malahan, anda sendiri pun mungkin akan terkejut, yang kitorang (lelaki kat KL) ni , kebanyakannya sporting-sporting belaka. Kitorang kat sini tak kisah pakai tudung ke, tak pakai ke, janji otak sempoi. Jiran saya, bapa company director, emak surirumah sepenuh masa (datin), kakak dia seksi, tapi dia sendiri (kawan saya) punya isteri pakai baju kurung dan bertudung labuh. Semua saling hormat-menghormati. Kitorang kat KL ni takde masa le nak tengok orang ni seksi, orang tu seksi pasal banyak lagi benda yang nak kena buat. Saya sendiri pun tak suka adik saya pakai seksi pasal nanti bimbang jadi "lauk" Indon ngan Bangla. Diorang tu memang "miang" macam sesetengah "student kampung" kat UUM tu jugak! Untuk pengetahuan adik (siswi UUM) kat KL ni memang ramai Bangla ngan Indon. Oleh itu adakah cara atau mekanisme supaya mereka ini (Indon & Bangla) dapat dipindahkan ke Kampus UUM, Sintok supaya mereka dapat berjumpa dengan "makhluk yang sewaktu" dengan mereka iaitu sebahagian siswa-siswa UUM (budak kampung/anak peneroka felda) kat Sintok tu. Adakah kami dibenarkan untuk menyewa bas-bas UUM untuk tujuan pemindahan? Jika ya, berapakah kadar tambangnya?
Buat saudara Kori
Nasihat saya anda perlu berhati hati bila bicara soal agama. Islam itu syumul dan menyeluruh…jgn mengambil nas tertentu yang tidak jelas faktanya. Begitu banyak rujukan mengenai penutupan aurat yang jelas dan diterima pakai dengan meluas oleh ulama dan umat islam sejagat kenapa anda harus rujuk pada hujah yang tidak jelas dan keluar sekali dalam sekian tahun lama dan dikritik serta ditolak oleh ulama secara menyeluruh. Saya memang tidak nafikan sejarah fahaman demikian telah sekian lama wujud pada segelintir umat islam yang malu mengaku mereka Islam dan mempertikaikan soal hukum yang jelas dan nyata. Fahaman begini juga meluas di Turki. Pengalaman saya di luar negara (US) kadang kala agak menyedihkan apabila orang Islam (dari Turki) sendiri mempertikaikan mengapa perlu memakai tudung sedangkan dalam masa yang sama rakan-rakan lain yang beragama kristian dari US dan German yang backup dan mereka mengatakan mereka boleh terima kalau itu tuntutan agama, dan itu hak masing-masing. Lebih menyedihkan lagi orang yang mengaku Islam itu sebuk merungut mengatakan ada Hotel lima bintang di negara mereka sekarang ini tidak mahu sediakan arak jika tahu mereka itu Islam.
Berbalik kepada saudara Kori, kami kenal benar anda di UUM…sikap bodek..mengampu…keras hati…dan jumud jelas ada pada anda dan bukan pada para siswa dan siswi UUM. Tentang soal agama, setiap hujah perlu berteras kan ilmu dan amal yang jelas. Terpulang pada anda apa yang anda amalkan tetapi jangan keluarkan hujah yang memperlihatkan kejahilan dan ceteknya ilmu agama anda…ianya amat memualkan….fikir-fikirkanlah wahai umat Islam…Wallahua’lam
bukan mahu bermadah, tapi, siswa siswi UUM sgt2 mengikut dress code nye. peradaban semasa belajar, tidak menjadi masalah jika menutup aurat.
manis di pandang jika perempuan nya berbaju kurung, lelaki nya kacak2.
btw, UUM adalah U yg ke arah dunia perniagaan, jadi tidak heran la jika mereka berpakaian formal. knp kamu tidak mempertikaikan UPSI yg sentiasa berpakaian formal ? setiap U ada dress code nye sndiri.
Salam
I feel very sad and disappointed when a Muslims argues about the practicality of the teaching in Islam. Islam is Ad-Din which will never be obsolete forever and wherever. To those who appose this, remember one thing... death is a sure thing that everyone will face. and when your time comes.... it will be between you and Allah and you'll be judge on what you have done in your life. At that time, even the greatest speaker or debater will be powerless to use their tongue to argue against the truth.
For brother Kori and his alliance, I dedicate this song ... May Allah bless us all
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan mengigil
Terkujur badan nan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
sebelum masa keranda diusung
wahai semua insaflah diri
selimut putih pembalut badan
tinggal semua yang dikasihi
berbaktilah hidup sepanjang zaman
Salam
I feel very sad and disappointed when a Muslims argues about the practicality of the teaching in Islam. Islam is Ad-Din which will never be obsolete forever and wherever. To those who appose this, remember one thing... death is a sure thing that everyone will face. and when your time comes.... it will be between you and Allah and you'll be judge on what you have done in your life. At that time, even the greatest speaker or debater will be powerless to use their tongue to argue against the truth.
For brother Kori and his alliance, I dedicate this song ... May Allah bless us all
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan mengigil
Terkujur badan nan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
sebelum masa keranda diusung
wahai semua insaflah diri
selimut putih pembalut badan
tinggal semua yang dikasihi
berbaktilah hidup sepanjang zaman
Salam
For everybody who would like to know how easy Kori's arguments on 'jilbab' issue was denied and broken into pieces by brother Hafiz Firdaus. Bravo brother HF... may Allah bless you always
Petikan daripada : http://www.al-firdaus.com/artikel/auratWanita.htm
Syubhat di dalam batas aurat wanita.
Assalamualaikum waRahmatullah
Berikut adalah ulasan dan jawapan saya kepada hujah-hujah yang dikemukakan oleh Kori Ariff dalam usaha beliau untuk mendefinasikan semula apakah itu aurat wanita.
Hujah asal Kori boleh dibaca di akhir posting ini.
Sememangnya kebelakangan ini biasa ditemui dalam beberapa pihak yang ingin menafsirkan semula apakah itu aurat wanita. Mereka berhujah berdasarkan dalil dan pendapat ulama’ , akan tetapi sayang sekali di sebalik itu terdapat banyak penyelewengan dan pendustaan. Hendaklah kita sama-sama waspada ke atas golongan ini.
==============================
Kori:
Orang awam biasanya mengambil `hukum' aurat dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31 yang ertinya kurang lebih meminta mukminah memakai jilbab. Iman Alalamah Rashid Ridha, murid pintar Muhamad Abduh, menjelaskan bahawa ayat ini bukan berbentuk hukum, tetapi sekadar kenyataan umum. Sama seperti ayat-ayat lain seperti iqra' adakah hukum wajib setiap muslim membaca?. (Rujuk: Nidaa' lil Jinsillatif oleh Rasyid Ridha).
Ulas HF:
Ayat yang dimaksudkan ialah firman Allah: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. [Maksud surah al-Nur 24:31]
Petunjuk hukum yang terkandung di dalam ayat di atas adalah kewajipan bagi perempuan beriman untuk menutup aurat mereka. Hukum “wajib” ini adalah sesuatu yang disepakati oleh semua ahli fiqh dahulu dan sekarang. Kesepakatan ini adalah terlalu masyhur sehingga tak perlu saya menyebut sumbernya.
Adapun manhaj penafsiran Rashid Ridha, seandainya ia benar, maka ia tertolak kerana kaedah usul fiqh menyatakan setiap ayat perintah di dalam al-Qur’an hukum asalnya adalah wajib melainkan wujud petunjuk lain yang mengarah kepada hukum yang lain. Maka ayat 31 surah al-Nur di atas bersifat memerintah, maka hukum asalnya adalah wajib dan bukannya sunat atau sekadar anjuran.
Jika hendak diamalkan manhaj penafsiran Rashi Ridha tersebut, maka apakah tafsiran beliau ke atas firman Allah:
Katakanlah: "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (satu); Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". [Maksud al-Ikhlas 112:1-4]
Adakah dengan ini bererti ayat di atas juga adalah satu kenyataan umum yang tidak memiliki hukum wajib sehingga bererti tidak wajib untuk orang Islam beriman kepada Allah sebagai tuhan yang Satu ? Dan jika ada orang lain dan agama lain yang beriman kepada kepelbagai Tuhan dan beranak-pinak, mereka juga dianggap benar dan sama-sama beriman ? Pasti tidak dan pasti sahaja orang yang benar-benar pintar tidak akan berkata sedemikian.
Seterusnya dikatakan: “Sama seperti ayat-ayat lain seperti iqra' adakah hukum wajib setiap muslim membaca ?”
Jawab: Ayat Iqra’ adalah petunjuk kepada kewajipan menuntut ilmu dan ini diperkuat oleh hadis Nabi s.a.w.: Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslimin [Hadis mutawatir berdarjat sahih sebagaimana dalam Sahih Jami’ al-Sagheir] Kaedah usul fiqh menyatakan jika sesuatu perkara itu adalah wajib maka wajiblah juga segala jalan-jalan yang mengarah kepada perkara tersebut. Membaca termasuk jalan menuntut ilmu maka ia adalah wajib juga. Justeru ayat Iqra’ tersebut memang memiliki nilai wajib, sama ada daripada dilalah lafaz atau petunjuk (qarinah) al-Sunnah.
=
====================
Kori:
Ibnu Al-Arabi dalam Futuhat Makkiah, Jilid 1, muka surat 521 membahaskan menegani aurat lelaki dan perempuan. Dalam batas aurat wanita, beliau berkata:
"Sebahagian ulama menyatakan keseluruhan tubuh perempuan aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Ada pula ulama yang menyatakan demikian dengan tambahan bahawa tapak kakinyatidak termasuk aurat. Ada juga menyatakan keseluruhan perempuan adalah aurat.
"Ada pun pada saya (ibni Al-Arabi), aurat pada perempuan hanyalah dua kemaluannya juga sebagaimana Allah berfirman `mulailah mereka menutup atas kedua mereka dengan daun dari syurga (al-araf ayat 22).
Ulas HF:
Pengarang asal kitab Futuhat Makkiah ialah Ibn Arabi dan bukan Ibn al-Arabi. Ibn Arabi ialah sang Sufi yang berkata Aku adalah Tuhan dan Tuhan adalah aku.
Ini jauh berbeza dengan al-Imam Ibn al-Arabi di mana beliau ialah seorang ahli hadis, ahli fiqh dan ahli tafsir yang terkenal bagi Mazhab Maliki. Perlu dibezakan tambahan alif lam bagi nama Arabi.
Sang Sufi Ibn Arabi bukanlah seorang mujtahid mahupun ahli fiqh, justeru apa-apa pendapatnya tidak boleh dijadikan sandaran hukum yang muktamad.
===========================
Kori:
Imam Ibni Rushdi dalam Bidayatul Majtahid, Jilid 1, muka surat 114; " Para ulama keseluruhan ittifak menyatakan menutup aurat wajib, tetapi mereka berselisih faham mengenai penutupan itu sesuatu syarat sah sembahyang atau tidak. Mereka juga berselisih pendapat mengenai batas-batas aurat lelaki dan perempuan, tetapi ternyata dalam Mazhab Malik bahawa menutup aurat itu termasuk dalam bahagian sunat di dalam sembahyang sahaja. Dalam mashab Abu Hanifah dan al-Syafie, menutup aurat adalah amalan fardhu. Sebab berlawanan pendapat itu kerana hadis dan pendapat sahabat nabi saling berbeza pendapat dan para sahabat berbeza pendapat dalam memahami ayat al-araf 31.
Ulas HF:
Nukilan di atas mengandungi beberapa penyelewengan ke atas Imam Ibn Rusyd rahimahullah (595H) dan Mazhab Maliki. Justeru saya akan cerita panjang sedikit.
Pertama:
Kori telah menterjemah perkataan “Sunan” di dalam teks Arab kitab Bidayah al-Mujtahid sebagai “Sunat” padahal yang benar perkataan “Sunan” tersebut adalah satu istilah yang perlu difaham mengikut standard Mazhab Maliki.
Seolah-olah Kori ingin mengambil kesempatan mudah daripada hukum “Sunat” ini bagi menyatakan nak tutup aurat silakan, tak mahu tutup tak apa kerana ia hanya sunat hukumnya.
Berikut ialah terjemahan saya terhadap kata-kata Ibn Rusyd, rujukan saya ialah Bidayah al-Mujtahid (Dar al-Fikr, Beirut tp.thn.), jld. 1, ms. 82, (Kitab Solat, Bab ke 4 berkenaan menutup aurat dan pakaian dalam solat, fasal pertama):
Bersepakat para ilmuan bahawa menutup aurat adalah fardhu secara mutlak. Dan mereka berbeza pendapat sama ada ia adalah salah satu syarat daripada syarat-syarat sah solat atau tidak. Dan demikian juga mereka berbeza pendapat tentang batas aurat bagi seorang lelaki dan wanita.
Dan yang zahir di dalam Mazhab Maliki bahawa ia adalah daripada Sunan Solat manakala Abu Hanifah dan al-Syafie berpendapat bahawa ia adalah daripada kefardhuan solat.
Sekian perenggan pertama kata-kata Ibn Rusyd.
Soalnya, apakah yang dimaksudkan dengan Sunan ?
Al-Baji rahimahullah (474H) di dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh al-Muwattha’ (Dar al-Kitab al-Islami, Beirut tp.thn.), jld. 1, ms. 247 (Bab Rukhsah dalam bersolat dengan sehelai pakaian) telah berkata:
Maka adapun berkenaan pakaian (solat) maka sesungguhnya baginya terdapat dua jumlah, jumlah yang fardhu dan jumlah yang utama. Maka adapun yang fardhu bagi seorang lelaki maka ia adalah apa yang menutupi aurat dan tidak wujud perbezaan pendapat tentang kefardhuannya.
Akan tetapi para sahabat kami berbeza pendapat tentang tafsir yang sedemikian. Berkata al-Qadhi Abu al-Faraj, ia adalah salah satu fardhu daripada kefardhuan solat dan ini adalah juga pendapat Abu Hanifah dan al-Shafie.
Dan berkata al-Qadhi Abi Ishaq sesungguhnya ia adalah daripada Sunan Solat, dan ini adalah juga merupakan pendapat Ibn Bukair dan al-Syaikh Abu Bakr.
Adapun faedah perbezaan pendapat ini, bahawasanya jika kami berkata sesungguhnya ia adalah daripada kefardhuan solat maka solat akan batal dengan ketiadaan penutup aurat manakala jika kami berkata ia bukanlah daripada kefardhuan solat (ertinya ia adalah Sunan) maka berdosa orang yang meninggalkan penutup aurat akan tetapi tidaklah batal solatnya.
Sekian al-Baji.
Ringkasnya terdapat dua pendapat di kalangan ahli fiqh Mazhab Maliki tentang hukum menutup aurat dan kaitannya dengan syarat sah solat. Yang pertama berkata ia adalah Fardhu, sesiapa yang tidak menutup aurat maka batal solatnya. Yang kedua berkata ia adalah Sunan, sesiapa yang tidak menutup aurat maka tidaklah batal solatnya tetapi dia berdosa besar.
Ini jauh berbeza dengan istilah Sunat yang sedia kita fahami, bahawa jika buat dapat pahala, tak buat tak dosa. Ertinya, menutup aurat dalam solat dapat pahala manakala tak tutup aurat tak dapat apa-apa dosa. Padahal yang dibahas dalam Mazhab Maliki dengan istilah Sunan ialah sah atau tidak solat, menutup aurat sah solatnya, tidak menutup aurat tetap juga sah tetapi mendapat dosa.
Perlu juga diperincikan bahawa tidak menutup aurat yang dimaksudkan dengan istilah Sunan adalah untuk jangka waktu yang singkat dan bukan keseluruhan solat.
Mujtahid Mazhab Maliki, al-Haththabi rahimahullah (954H) dalam kitabnya Mawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar al-Syaikh Khalil (Dar al-Fikr, Beirut 1398H), jld. 1, ms. 498 (Kitab Solat, Fasal: Menutup aurat dalam solat) berkata:
(Jika) Imam jatuh penutup auratnya ketika rukuk lalu dia menarik semula selepas mengangkat kepala (daripada posisi rukuk), berkata Ibn al-Qasim daripada Musa: Tidak apa-apa ke atasnya (yakni solatnya tidak batal) jika dia menarik semula. Akan tetapi jika dia tidak menarik semula maka perlu diulangi solat dalam waktunya kerana pada asalnya menutup aurat adalah daripada Sunan Solat.
Sekian al-Haththabi.
Ringkasnya yang dimaksudkan dengan Sunan Solat dan kaitannya dengan menutup aurat adalah, jika aurat terdedah dan ia ditutup semula maka solat tetap sah. Jika ia dibiarkan terdedah maka batal solat tersebut dan perlu diulangi semula.
Demikian maksud sebenar istilah Sunan dan kaitannya dengan hukum menutup aurat sebagai syarat sah solat bagi Mazhab Maliki. Ia bukanlah sunat dan tidak boleh diterjemahkan sebagai sunat.
Kedua:
Asal perbincangan dan penghujahan Kori ialah berkenaan batas aurat wanita. Saya hairan kenapa Kori hanya mengemukakan perenggan pertama perbahasan Ibn Rusyd yang hanya merupakan “muqaddimah” dan mendiamkan perenggan seterusnya yang merupakan hujah yang menutupi segala penyelewengan beliau.
Berkata Ibn Rusyd di mukasurat seterusnya (Bidayah al-Mujtahid, 1/83), fasal ketiga:
Dan adapun masalah ketiga, ia adalah berkenaan batas aurat wanita, maka kebanyakkan ilmuan berpendapat bahawa keseluruhan badannya adalah aurat kecuali wajah dan tangan. Dan Abu Hanifah berpendapat kaki bukanlah aurat. Dan Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman dan Ahmad (bin Hanbal) berpendapat seluruhnya adalah aurat.
Sekian Ibn Rusyd.
Jadi sekalipun wujud perbezaan pendapat di kalangan fuqaha, tiada sedikitpun ia mendekati hujah yang cuba dibangkitkan oleh Kori bahawa aurat wanita hanyalah dua kemaluannya dan buah dada.
============================
Kori:
Mujadid milinium ini, Syah Waliullah Ad-Dahlawi dalam Hujjatul Al-Balighah pada halaman 688, jilid 2 berkata: "Menutup aurat ialah anggota-anggota yang mendatangkan keaiban (terasa malu) dengan sebab ianya terbuka di hadapan khalayak ramai dan ini diakui sah oleh semua manusia bertamadun, dan ini membezakan manusia dengan haiwan. Inilah sebab syariat mewajibkan menutup dua kemaluan (qubul dan dubur) dan anggota yang terdekat dengan kedua-duanya."
Ulas HF:
Seandainya benar ia berasal dari al-Dahlawi, ia adalah pendapat yang sangat dha’if. Sebabnya,
Pertama:
Malu atau tidak seseorang terhadap anggota tubuhnya adalah sesuatu yang relatif. Ada orang malu, ada orang tidak malu. Ada orang merasa bangga dia menutup aurat manakala ada orang merasa bangga dia tidak menutup aurat.
Justeru bagaimana mungkin hukum aurat disandarkan kepada aib atau tidak aib, tamadun atau tidak bertamadun padahal kesemua faktor ini adalah sesuatu yang relatif bergantung kepada individu dan persekitarannya.
Yang benar aib atau tidak bergantung kepada pencipta manusia, iaitu Allah ‘Azza wa Jalla. Hanya Allah yang berhak menetapkan batas aurat manusia kerana Dialah yang Maha Mengetahui tentang urusan manusia.
Kedua:
Menutup aurat di sisi Islam bukanlah untuk menutup keaiban tetapi adalah sebagai identiti Muslimah yang baik dan ditutup jalan-jalan yang bakal mengganggu mereka.
Firman Allah yang membatalkan teori al-Dahlawi:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Ahzab 33:59]
=====================================
Kori:
Mari saya perjelaskan. Hasbi Asshiddki, ulama hadis Indonesia, dalam
bukunya Koleksi hadis-hadis hukum, menjelaskan bahawa keempat-empat ulama -
Syafie, Hambali, Hanafi dan Malik ada berbeza pendapat mengenai batas aurat,
meskipun mereka setuju bahawa aurat wajib ditutup. Abu Hanifah membezakan
dua jenis aurat - aurat mughalazah (berat)dan aurat mughafafah (ringan).
Jika kita mengambil petua Abu Hanifah, maka pada saya kita tidak lagi
keliru. Pertamanya, kita wajib menutup aurat tetapi batas-batasnya boleh
diperbincangkan.
Aurat dalam pengertian bahasa adalah sesuatu yang memalukan apabila dibuka
didepan khalayak.
Sama seperti Abu Hanifah, saya berpegang aurat yang wajib mutlak ditutup
hanyalah dua kemaluan utama, depan dan belakang dan pada perempuan ditambah
satu lagi, susu. Yang lain boleh disesuaikan dengan budaya dan adat resam
tempatan. Justeru, rambut boleh ditutup dan boleh dibuka.
Ulas HF:
Di atas adalah pendustaan ke atas nama Imam Abu Hanifah dan Syaikh Hasbi as-Shiddiqi.
Kori cuba menyeleweng maksud aurat besar dan aurat kecil mengikut takrifan Abu Hanifah dengan merujuk kepada penulisan Hasbi as-Shiddieqie. Dengan takrifan ini, Kori berkesimpulan aurat wanita yang perlu ditutup ialah dua kemaluannya dan buah dada manakala rambut (dan selainnya) boleh dibiar buka. Dalam erti kata lain, ciri-ciri wanita Islam yang menutup aurat mengikut Kori ialah mereka yang memakai 2 piece bikini sahaja.
Padahal di dalam buku yang sama: Koleksi Hadis-hadis Hukum (Yayasan Hasbi as-Shiddiqi, Jakarta 1987), jld. 2, ms 229-230, Hasbi as-Shiddiqi telah menulis:
Abu Hanifah dalam suatu riwayat, asy-Shafi’i dalam suatu riwayatnya, Malik, al-Hadi dan al-Qasim dalam salah satu pendapatnya, menetapkan bahawa aurat perempuan adalah seluruh badannya selain muka dan tangan. Menurut pendapat Abu Hanifah dalam suatu riwayat yang lain, ats-Tsauri dan Abul Abbas, kaki dan tempat gelang bukan aurat.
Sekian Hasbi as-Shiddiqi.
Jelas kepada kita pendustaan Kori ke atas nama Abu Hanifah dan Hasbi as-Shiddiqi.
Adapun pembahagian Mazhab Hanafi kepada aurat besar dan kecil, ia hanyalah bagi membezakan aurat yang darurat dan bukan darurat. Yakni, Jika seseorang itu hanya memiliki pakaian yang terhad setelah dikerah segala usaha termampu, maka bahagian tubuh badan yang perlu diberi prioriti untuk ditutup ialah aurat besar. Saya pasti semua orang faham hal ini.
Di sisi Mazhab Hanafi, aurat besar dan aurat kecil adalah dua pembahagian yang sama-sama duduk di bawah kemutlakan hukum wajib. Jauh sekali daripada penafsiran Kori bahawa aurat besar adalah wajib manakala aurat kecil tidak wajib.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: http://groups.yahoo.com/group/suaraulama/message/2
Sumber : Persatuan Ulama Malaysia
[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]cheap microsoft office word, [url=http://firgonbares.net/]buy photoshop price[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] faculty discount software your software super store
nero 7 serial number [url=http://firgonbares.net/]software for academic use[/url] office like software
[url=http://firgonbares.net/]6 Leopard FileMaker Pro[/url] adobe director software
[url=http://firgonbares.net/]i purchase software to[/url] cheap software for sale
educational software applications [url=http://firgonbares.net/]discount software store[/b]
[url=http://murudobaros.net/][img]http://murudobaros.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]price finder software, [url=http://murudobaros.net/]price watch software[/url]
[url=http://murudobaros.net/]buy software windows xp[/url] microsoft picture software cheap childrens software
to buy adobe software [url=http://murudobaros.net/]free adobe video editing software[/url] software product price
[url=http://murudobaros.net/]store front software[/url] and software store
[url=http://murudobaros.net/]adobe photoshop cs4 download[/url] its software store
buy open source software [url=http://murudobaros.net/]superkids educational software[/b]
[url=http://hopresovees.net/][img]http://hopresovees.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]buy microsoft word software, [url=http://bariossetos.net/]avid media composer software academic[/url]
[url=http://hopresovees.net/][/url] downloadable games software business order software
office furniture software [url=http://vonmertoes.net/]CS4 Extended Mac Retail[/url] windows vista serial
[url=http://vonmertoes.net/]windows vista theme for xp[/url] teacher discounts software
[url=http://vonmertoes.net/]softwares downloads[/url] coreldraw for mac
practicas de coreldraw [url=http://vonmertoes.net/]acdsee distributed with scanner[/b]
eeee...germ sgt baca komen2 yg kutuk kaw2 sal owg yg pkai bju kurung nie.. ermm..maaf..nak bgi pndpt cket..kualiti keje seseorg bukn bergntung pda bju yg dya pkai tpi cra dya bekerja n kekuatan yg dya ade utk menyelesaikan keje yg diberi.. kalu bergya mcm artis vvvip sklipown..tpi otak xley pkai..xley jgk..xguna jgk nak bntu bgunkan negara...
bju kurung nie bju kebngsaan...n septtnyer sape2 yg pkai bju kurung ptt wase bgga.. salh satu fgsi bju kurung yg owg xnmpak...ermm..menutup aurat... kewajipan seorg perempuan islam..sebuah tuntutan syariat.. dan mslh gejala sosial sedikit sebnyk dpt dikurgkan.. konsep pemakaian bju kurung tue kna la fham..
bju kurung satu gaya xakan diteln zaman.. sya wase smpi kiamat sklipown permintaan terhadap bju kurung trus ade...
bergaya melalui bju kurung jauh lebih sopn dri bergya dgan mengenakan skirt...sya lebih yakin ble kenakan bju kurung utk pgi keje or pgi kelas berbnding dgan pkai skirt..keselesaan tue xsme..tpi syukur la sbb sya xpnah nak ase pkai skirt..huuu..
so,utk suma permpuan muslimah...fhami konsep penutupan aurat vs bergya....
Post a Comment