KOTA KINABALU: Rasanya dah empat tahun tidak ke sini. Gambarannya berbeza. Mood dulu juga berbeza dengan sekarang. Rakan-rakan bersama juga berbeza. Pemikiran, cara bekerja, cara menganalisa sesuatu juga tidak sama.
Sempat berjumpa seorang kawan lama. Xcousemate. Isterinya juga seorang anak Sabah. Juga x-cousemate. Anaknya kini dah tiga. Beliau juga bercakap slang Sabah. Setahu aku beliau anak Johor. Aku cuba update profile lama. Mungkin ada yang sudah berubah.
Ketika di kampus dulu, dia tidaklah rapat. Aku kenalnya dan jarang kami bersama. Jumpa hari ini, aku rasa sudah berkawan begitu lama. Kami bertukar nota. Dia yang banyak menceritakan. Seperti biasa, aku lebih gemar mendengar. Akrabnya hingga terasa seperti adik beradik. Begitu juga dengan isterinya kini. Walaupoun sudah tiga anak, isterinya masih macam dulu. Kilogramnya tidak bertambah banyak. Aku agak sekitar 65 kilogram. Masa kampus dulu, agaknya, sekitar 58 kilogram. Kini bekerja di sebuah bank di KK. Mengimbau kenangan lama, masa kampus, amat mengasyikkkan. Betapa terasa belajar rupanya jauh lebih sukar daripada bekerja. Pun begitu, kenangan itu kini semua menarik. Menyemak kembali wajah-wajah pensyarah. Mengutuk dan mencaci. Ada juga penyarah kami kini Naib Canselor sebuah universiti. Kami bersetuju tidak malu belajar di sana. Universiti itu kinipun dah terkenal.
Rakanku kini dah berjaya di Sabah. Beliau seronok tinggal di sini. Sudah membeli dua rumah. Satu rumahnya disewa RM1,500 sebulan. Oleh sebab orang Semenanjung, elaun juga mencecah RM1,400. (RM900 elauan rumah dan RM500 elaun wilayah). Keretanya sudah habis dibayar. Isterinya mempunyai kereta sendiri - Honda CRV. Beliau kini sudah mula berjinak dengan golf. Keahlian kelab golf sahaja RM60,000. Tiap-tiap bulan dibayar RM800. Katanya, orang Semenanjung membayar rumah dan kereta guna duit gaji. Beliau hanya membayar menggunakan elaun kerana bekerja di Sabah. Kedudukannya dalam agensi kerajaan juga kini 44, menunggu untuk ke-48.
Aku tak fikir masih perlu ada orang Semenanjung takut ditugaskan ke Sabah. Apalagi jika ditakdir berkahwin dengan orang Sabah. Banyak orang Sabah cantik-cantik. Putih kulitnya.
2 comments:
Gue menjadi manusia hairan bila khususnya orang Malaysia tidak mengkagumi Tanah Sabah.Topografi dan variasi etniknya tidak wujud di mana tempat lain atas bumi Melayu kita melainkan Sabah.
Corak hidup orang Sabah relatif bebas berbanding Semenanjung. Mahu pegang beer dan santai berjalan malam hari melilau-lilau melangkah tanpa arah, silakan saja. Mahu menikmati sunset di gigi laut, mahu meratah sayuran segar murah, mahu menikmati hasil seni pasar Filipino, seafoodnya, hiburan tanpa kos mencengkik kota KL, indahnya puncak Kinabalu balik awan dll membuat gue sering rindu untuk lagi ke sana.
Pernah seorang teman sebaik memandang puncak Kinabalu, bait-bait puisi muncul di benaknya.
Gue pula takkan mungkin lupa kala 'high' kala bayu laut hinggap ke muka, kala menikmati suria menjemput senja dan gadis-gadis seksi sebelah meja.
Gue ingat juga yang tentunya kebetulan, warna minuman di meja mereka sama seperti atas meja gue.
Patut bala
Post a Comment