Friday, August 15, 2008

MUBAHALAH SAIFUL: BUKTI PALING KUKUH

PETANG tadi, di Masjid KL, Saiful Bukhari bermubahalah bahawa dia diliwat Anwar (oleh anunya).

Hakim yang bersidang tiga orang yang membebaskan Anwar di Mahkamah Rayuan sebelum ini selepas melihat secara terperinci kes ini, turut mengakui Anwar meliwat. Cuma, hal teknikaliti Anwar dibebaskan.

Kali ini penggunaan konsipirasi seperti kurang berkesan.

Isunya Anwar buat atau tak?

Dalam kes kali ini dengan barisan sembilan peguam yang diketuai Peguam tersohor Sulaiman Abdullah, ada kemungkinan sekali lagi Anwar dibebaskan. Sesungut mengharapkan Sulaiman dapat memerhatikan kes ini dengan teliti, dan mengambil sikap sebagai seorang Islam sama ada Anwar buat atau tidak. Jika beliau melihat banyak kemungkinan Anwar meliwat, elok beliau tinggalkan kes itu. Memang menjadi dilema antara ingin membebaskan klien atau ingin melihat kebenaran yang sebenarnya.

Dalam sistem mahkamah, hal2 teknikaliti boleh mebebaskan seseorang.

Langkah Saiful dengan penuh upacara keagamaan memang sukar untuk dinafikan lagi. Mengapa Anwar tidak juga mahu bermubahalah? Bukan kali ini, dulupun begitu. Namun, dulu kesnya yang sudah beberapa tahun sebelum terdedah di mahkamah menyebabkan saksi utama juga boleh lupa akan tarikh. Dan, dengan kelupaan itu, dieksploitasikan sebagai bangunan itu belum wujud. Perkara seperti inilah diperbesar-besarkan.

Namun, persoalan kepada orang Melayu beragama Islam atau sesiapa sahaja yang memberi penekanan utama terhadap moral seseorang untuk menjadi pemimpin, Anwar buat atau tidak.

Pemimpin PAS yang sebelum ini bersekongkol dalam pakatan rakyat nampak seperti semakin sedar betapa Anwar tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri, sebaliknya Hadilah orang yang paling elok.

Apakah ada seseorang yang tidak buat tetapi berani untuk memasuki upacara sumpah dilaknati Allah? Dari segi akal, jika seseorang itu boleh melakukan perbuatan di luar tabie, tentunya melanggar perintah Allah, tidak mustahil mereka boleh juga bersumpah dengan nama Allah? Mengapa Anwar tidak juga mahu bersumpah? Anwar menyatakan ulama besar seperti Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan sumpah tetapi Nik Aziz juga sekarang memberi kelonggaran kepada Anwar untuk bersumpah. Kini, Anwar mencari ulama lain pula untuk membolehkan beliau tidak bersumpah!

Elok kita sama-sama mohon dengan Allah supaya menunjukkan kebenaran dan keadilan dalam kes ini.

Melihat kepada kelam kabut Anwar seperti ada sesuatu. Kerana secara tiba-tiba:
1. Membuat laporan BPR terhadap AG, Abdul Ghani dan KPM, Musa Hassan.
2. Membuat laporan di Mahkamah Syariah agar Saiful membuktikan ada empat saksi yang melihat Anwar meliwatnya. Kerana, tidak mungkin Saiful boleh tunjukkan ketika Anwar meliwatnya ada empat saudaranya sedang turut sama memerhatikan. Ini bukan pembikinan vedeo lucah!
3. Membubarkan Parlimen Permatang Pauh.

Kata Ebit G Ade, mungkin Tuhan sudah bosan, melihat tingkah kita....

Apakah saudara-saudara kita di Permatang Pauh mahu memilih pemimpin yang menggunakan segala kekuatannya untuk mengelirukan kebenaran atau kita juga ingin bersekongkol dengan dosa?

Sesungut setakat ini tak keliru!

6 comments:

Unknown said...

Sesungguhnya hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui segalanya.

Berani kerana benar

Tiada siapa yang tahu Saiful @ DSAI adalah di pihak yang benar!

Namun, isunya sangat mudah. Jika Saiful berani bersumpah, mengapa anwar tidak pula!

Saya bersama dalam ceramah DSAI anwar malam tadi ketika beliau bersedia untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, tetapi beliau hanya menyatakan Saiful berbohong dan ini hanya mainan politik untuk menjatuhkan beliau.

Umum umat Islam mengetahui jika bersumpah dengan Al Quran, sebesar-besar Laknat dan Azab akan menimpa orang yang berbohong dengan kitab Suci itu.

Sungguh mudah jika DSAI Bersumpah bagi membuktikan beliau di fitnah dan tidak melakukanya!

Mengapa berdolak dalih!

Berani kerana benar.

Kalau benarlah DSAI seperti yang dituduh, MAKA

APA KATA AHLI PARTI KEADILAN RAKYAT DAN PAS YANG SEKIAN LAMA JUMUD TERHADAP DSAI

Fikir2kanla wahai Bangsaku!

Jangan ulangi kesilapan sama kejatuhan Empayar Melaka ke tangan Penjajah ketika mana Pemerintahan adalah di tangan Melayu, tetapi kerana tamak,belot,tidak mengenang budi dan tidak pasti,

ada diantara orang melayu sanggup menjadi Duri Dalam Daging menjahankam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Hari ini nampaknya seolah sejarah sama bakal berulang dalam versi lain.

Dah elok nak elokan lagi, tapi tidak pasti benarkah elokan lagi akan terjadi.

Bersyukur dengan Negara Islam Bertuah ini tidak seperti negara Islam yang lain serba kekurangan dan sentiasa di tindas. Apa guna negara kaya dan mengamalkan corak pemerintahan Islam kononnya Seperti Arab Saudi, tapi gagal membantu Palestin yang tidak jauh dari sempadan negaranya dan negara Islam yang menghadapi krisis dalam kenaikan harga Minyak dunia.

Patutlah Melayu di jajah 446 tahun, majoriti tidak bersyukur, kurang cerdik menilai dan membuat keputusan serta terburu-buru membuat keputusan seolah-olah keputusan mereka paling tepat.

Apa yang penting, matlamat DAP menjadikan Singapore ke 2 hampir tercapai atas pertolongan orang2 Melayu itu sendiri.

Tahniah orang2 Melayu PKR dan PAS yang terlalu Bijak Berpolitik.

Sejarah akan menyanjung tinggi perjuangan anda sekalian.

Anonymous said...

Saya adalah penyokong Pas totok. Sebaik sahaja Presiden berdolak dalih untuk bersekongkol dengan peliwat, hapuslah Pas sebagai parti Islam.

Pas menjadi parti politik yang jahat sejahat parti lain.

Menggunakan Islam dan menjual Islam sesuka hati lebih laknat daripada orang yang menjual tubuh. Menjual tubuh hanya rosak seorang dua, tetapi menjual agama merosakkan berjuta-juta minda.


Nasharuddin Karim
Pas Pengkalan Chepa.

Anonymous said...

Belalang di sini ingin bertanya kepada sesungut patah...kenpa di dalam akhbar baru-baru ini Saiful mendkwa di dalam akhbar semalam bahawa Anwar adalah peliwat pertama dan dari sini sah la bahawa Saiful seorang yang gay...
So dari sini kita tidak payah nak bising2 kerana perkara kecil kerana ia adalah satu konspirasi yang terancang dan teratur untuk menjatuhkan Anwar. Saru lagi belalang hairan kenapa surat salinan report tidak dapat di oleh Anwar? Kenapa mubahalah atau sumpah tidak di tempat ramai contohnya di stadium? masalah keselamatan tidak timbul kerana negara kita banyak tentera n askar.
Sebenarnya perkara ini adalah satu way untuk menghapuskan kerjaya anwar di dalam politik kerana Anwar vpernah menjanjikan penurunan hargs minyak dan pada masa yang sama UMNo merasa bimbang di atas kebangkitan suara rakyat yang amat membebankan dewasa ini. Ingatlah Tun Mahathir pernah berkata bahawa Anwar bukan peliwat dan perkara yang terjadi pada masa 1998 adalah satu perkara yang zalim yang di lakukan oleh beliau...Belalang harap sesungut paham perkara ini dan bukan hemtam sebarangah sahaja..n mestilah berlandaskan Quraqn n Hadis.

Anonymous said...

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari pada 15 Ogos 2008 lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding merungkai kekeliruan.


Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela.
Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?

Kenyataan bahawa 'beliau diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008' sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan dangkal ke atas Datuk Seri Anwar, apabila dalam laporan akhbar utama akhir Jun dan awal Julai lepas melaporkan bahawa Saiful mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Datuk Seri Anwar, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.


Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali.
Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa semalam?

Persoalan timbul mengapa wujud percanggahan ketara di dalam dua fakta utama kes ini.


AMK berpegang teguh atas prinsip yang ditegaskan oleh Ulama' tersohor dunia, Sheikh Taha Jabir melalui fatwanya bahawa 'persoalan sumpah langsung tidak disebut oleh para ahli Fekah'. Adalah lebih tepat bagi Saiful untuk membawa kes ini mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 berbanding sumpah laknat yang tidak boleh digunapakai dalam kes ini.


Pendakwaan yang dibuat oleh Dato' Seri Anwar di bawah hukum Qazaf yang dikemukakan kepada JAWI adalah lebih menepati kehendak syariat sepertimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 dan ayat 11 hingga ayat 19.


AMK juga percaya sepenuhnya bahawa sumpah laknat Saiful ini lebih bersifat politik, meskipun beliau menafikannya. Malah jelas terbukti di blog Saiful sendiri pada tarikh 1 Ogos 2008 bagaimana beliau mengucapkan 'selamat bertanding' kepada Dato' Seri Anwar.


Justeru adalah sangat memualkan tatkala Islam terus disalahguna untuk tujuan mengaibkan sesama insan demi menyempurnakan perencanaan siasah songsang caturan pihak tertentu.


AMK penuh yakin dan percaya, melihat kepada sokongan hebat 70,000 penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon hari ini, adalah diyakini bahawa gelombang kebangkitan rakyat akan terus menang akhirnya, sekaligus menyanggah konspirasi politik yang dicatur untuk menjatuhkan Dato' Seri Anwar.

Anonymous said...

DNA Tak Dapat Sumpah Pun Bolehlah
Syukur Alhamdulillah, selepas Saiful melaksanakan ..Sumpah Permatang Pauh'nya di Masjid Wilayah, sokongan terhadap DS Anwar semakin bertambah. Mengapa saya menganggap sumpah Saiful tersebut sebagai ..Sumpah Permatang Pauh'? Sebab utamanya saya tidak berani bersubahat dengan mereka-mereka yang jahil, terutamanya Saiful yang berani mempermainkan hukum Allah. Adalah lebih sopan jika saya menganggap sumpah Saiful sebagai ..Sumpah Permatang Pauh' sempena dengan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Saya harap Saiful bersetuju dengan gelaran itu.


Sejak dari mula isu liwat ini timbul, media-media perdana saban hari menceritakan tuduhan Saiful bahawa DS Anwar melakukan liwat secara paksa berulangkali dengan Saiful dan kali terakhir adalah pada 26 Jun 08. Maka, laporan Polis dibuat oleh Saiful tetapi laporan Polis tersebut tidak diperolehi oleh DS Anwar walaupun berkali-kali diminta. Saiful membuat pemeriksaan perubatan di Hospital PUSRAWI, dan bocor pula maklumat dari hospital tersebut yang mengesahkan tiada kesan liwat ke atas Saiful.


Tidak selesai di situ, beberapa pemimpin UMNO dan menteri-menteri heboh meminta DS Anwar menyerahkan sampel DNAnya. Atas kebijaksanaan DS Anwar yang mendapatkan pandangan pakar undang-undang dan pakar perubatan, kehendak mereka untuk mendapatkan DNA DS Anwar gagal. Setelah Menteri Dalam Negeri mengarahkan agar kes ini diselesaikan secepat mungkin, maka DS Anwar dibawa ke Mahkamah. Pertuduhan di Mahkamah memeranjatkan ramai pihak kerana pertuduhan yang dibacakan bertentangan dengan laporan-laporan media sebelum ini. Maka, timbul kes liwat ..suka sama suka'.


Kununnya untuk mempertahankan maruah dan menegakkan kebenaran, Saiful beralih pentas ke arena ..sumpah menyumpah'. Maka, bagaikan lagak pengantin baru yang akan di akad nikahkan, Saiful bertandang ke masjid bersama beberapa ahli keluarganya dan wartawan untuk melaksanakan ..Sumpah Permatang Pauh'. Saya jangkakan tentu ramai alim ulamak atau para mufti yang akan menyaksikan kejahilan ini, tetapi yang ada cuma dikatakan beberapa kakitangan JAWI dan Imam. Mungkin Saiful beranggapan semua Imam adalah Ulamak. Upacara ..Sumpah Permatang Pauh' tetap dilakukan dengan skrip ditangan, dengan tutur kata kelam kabut, tarikh kejadian berlaku liwat (26 Jun)tersasul disebut tarikh Pilihanraya Permatang Pauh (26 Ogos), maka selesailah hajat Saiful untuk ..bersumpah'.


Sejurus selesai, Saiful membuat kenyataan kepada wartawan dengan menyatakan beliau diliwat secara paksa oleh DS Anwar. Kejadian liwat hanya sekali sahaja berlaku. Maka, kita dikelirukan sekali lagi. Akhir sekali, di dalam berita TV sebentar tadi dimaklumkan bahawa pertuduhan ke atas DS Anwar sebenarnya boleh dipinda sebelum kes tersebut dibicarakan pada 10 Sep 08 nanti. Saya tidak mahu mengulas isu mahkamah, tetapi ianya mengingatkan saya terhadap kes DS Anwar berkaitan isu yang sama 10 tahun dahulu yang mana pindaan terhadap pertuduhan dibuat sebanyak 3 kali. Saya tidak pasti apakah ianya akan berulang lagi. Sekiranya masih berulang juga, rakyat tentu akan mempertikaikan pihak yang menjalankan siasatan kerana tidak cekap dan sempurna atau mungkin ada sesuatu yang kita mungkin tidak ketahui atau kita ketahui.


Sekali lagi kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana isu ini mendatangkan hikmah kepada kita semua.


Isu ini mengajar kita betapa hukum Islam itu lebih adil daripada hukum-hukum yang lain. Sehari dua ini banyak pemimpin-pemimpin UMNO sudah mula berminat berbicara tentang kaedah Islam seperti sumpah secara Islam, tapi malangnya mereka hanya ambil sebahagian tetapi meninggalkan sebahagian. Mereka ingin berbicara soal Islam, tetapi mereka lah yang menentang hukum Islam dilaksanakan secara syumul di negara ini. Orang yang dahulunya pernah menghina hukum hudud, menghina janggut Nabi dan serban, orang ini mula percaya kepada sumpah secara Islam. Kenapa? Tidak lain hanya keranamu DS Anwar.




Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri.
Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

Anonymous said...

Mengapa Anwar Takut Bersumpah?

Untuk mengelak dari bersumpah boleh menggunakan pelbagai alasan.

Saya sendiri bukanlah percaya hatta Anwar bersumpah sekalipun kerana jika liwat dia boleh lakukan, apatah lagi kesalahan lain.

Namun, jauh di sudut hati saya, masih berharap beliau berani bersumpah...sekurang-kurangnya, concious saya clear. Bukan mudah untuk mendapatkan seseorang yang berani bersumpah dilaknak sehingga ke hari kiamat, biarpun betapa jahatnya kita.

Jika melihat patern, nampak semacam ada bibit kebenaran apabila wajah Saiful dan Sukma, tidak jauh bezanya, dan, Hakim Mahkamah Rayuan turut ijmak bahawa Anwar peliwat, cuma teknikal sahaja dia dilepaskan.

Sebagai peminat Pas yang rasional, saya ingin melihat keadilan yang lebih adil. Anwar nampaknya tidak mahu bersikap adil kepada pembantunya, Saiful, dan apa tah lagi kepada rakyat biasa.


Marhaen