Wednesday, March 21, 2007

Pengangguran siswazah: menunggu mukjizat penyelesaian

SINTOK: Sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh yang dipetik akhbar The Star hari ini melaporkan Setiauasaha Agung Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong mencadangkan supaya lebih banyak lagi universiti awam dibina.

Ini kerana, kata Dr Wee, tahun ini sahaja terdapat seramai 135,000 memohon memasuki IPTA, manakala tempat yang disediakan di 20 IPTA sedia ada, hanyalah sekitar 70,000.

Apakah pandangan Dr Wee itu perlu diberi tepukan gemuruh atau ianya akan menambah lagi beban negara dalam melahirkan ramai siswazah baru yang tidak mempunyai pekerjaan? Atau, apakah pandangan Dr Wee itu (kerana tersiar dalam akhbar berbahasa Cina dan Star - milik MCA) hanya menyuarakan rasa hati orang Cina yang tidak pernah takut kepada pengangguran kerana kekuatan ekonomi negara rata-rata dikuasainya?