Thursday, December 16, 2010

SEKOLAH MUSIK

15 DISEMBER 2010. Aku ke sekolah musik (SM). Bersama dua rakan lain. Kami bertiga sahaja. Itulah kali pertama aku ke SM. Pada mulanya aku ingin beralasan sakit gigi, tapi tak berjaya. Niat aku nak golfing. Game yang aku cintai. Tapi, tarikan SM tu juga kuat.

"Golf, dah main tiap-tiap hari," kata kawanku memujuk.

Kami sampai di SM sekitar jam 7pm.

Kami membuat lawatan selama tiga jam. Dalam tiga jam itu, agak menyeluruh juga lawatan kami; meninjau dari pelbagai sudut. Ianya untuk mengelak perspektif juling. Aku semakin faham betapa SM mampu memulihkan perasaan dan emosi seseorang, sekurang-kurangnya pada tempoh itu. Malah, alasan sakit gigi tak boleh digunakan langsung. Bayangan SM masih terasa kepadaku sehingga tulisan ini tercatat. Rupanya SM juga mampu merapatkan jurang dan mengakrabkan persahabatan. Meninggalkan nostalgia yang sama.

Di tengah-tengah lawatan itu, kawanku bertanya kepada seorang lagi kawan: "Lulus atau tak ?" Kedua-dua berkonsensus. Aku lepasi ujian di SM.
"
Yang penting aku berjaya lepasi audition....yea!

Selamat tinggal Pelangi Petang dan datanglah malam untuk menyambuit mentari pesok pagi.

Salam sekolah musik itu seperti mengajak aku mengunjungi lagi....

Monday, December 13, 2010

DIA PERNAH AKRAB

PETANG tadi aku berjumpanya. Di The Mall. Sedikit datang debar lama.

Aku pernah suatu ketika sangat rapat dengannya. Pernah bersama-sama di banyak tempat di sekitar Alor Star. Jitra. Changloon. Perlis. Sulaman kerja dan hal-hal peribadi menjadikan kami rapat. Melihat kepada keadaan ini, ramai menyatakan kami bercinta. Aku mengenalinya agak rapat. Mengenali ibunya. Boleh berbual mesra dengan bapanya.

Hati aku mati. Aku tak pernah berniat untuk bercinta. Dan, aku tak mahu ianya hidup. Biarlah ianya kekal sehingga ke akhir hayatku.

Dia tak pernah kahwin sehingga ke hari ini.

Aku memutuskan hubungan di Lembah Sintok ini. Memutuskan hubungan yang dianggap orang ramai sebagai bercinta. Aku sesungguhnya menganggap dia hanya kawan, seperti aku berkawan rapat dengan beberapa lelaki. Cuma, kebetulan dia wanita. Sehingga kini hatiku masih terasa rapat dengannya.

Debar berjumpanya bagaikan debar seorang kawan yang rapat, yang lama tidak dijumpai.

Demi memastikan nama baiknya dan reputasi diriku kekal, kekallah hubungan kami sebagai seorang sahabat. Pada awalnya, dia tak dapat menerimanya. Dia, setahuku, tidak juga ramai kawan sejenisnya. Dia pernah mempunyai lelaki yang mahu dikahwininya. Bapanya menolak.

Aku doakan suatu hari nanti sang suria menyinar jua...membaluti luka-luka psikologinya, dan dia akan berjaya di Lembah Sintok ini.

*******

Kenangan menjumpai dia di The Mall mengingatkan aku kepada satu peristiwa lain. Pernah satu ketika aku meminati seseorang. Ketika di kampus dulu. Aku juga seorang yang aktif dalam aktiviti persatuan. Jarang sekali aku bercuti balik kampung. Aku suka bersama kawan-kawan. Pernah suatu ketika, ketika zaman pelajar, kami menangkap ikan puyu dalam parit hanya semata-mata mengisi perut untuk persediakan kepada satu aktiviti. Pernha juga aku dan Basir, hampir mati kesejukan di Cameroon Highland, kerana datang untuk meninjau tempat dan menempah penginapan, tanpa mempunyai penginapan. Ah...waktu itu, masjid juga ditutup menyebabkan Cameroon Highland tidak sedikitpun bersimpati kepada kami. Tuhan menakdirkan ada seorang insan yang membawa kami menumpang tidur di rumahnya waktu itu.

Zaman derita itu tidak lagi terasa derita kini. Begitulah lumrahnya. Derita di rasai pada masa 'here and now', tidak pada 'future' atau 'the past'. Kami pernah berjalan kaki dari Dataran Hilir Melaka ke Dataran Merdeka sempena sambutan 31 Ogos. Kami pernah berkali-kali mendaki gunung beremban di Cameroon Highland. Kami pernah menjejak kaki meneroka khazanah sejagat di Lembah Lebir Gua Musang. Pernah juga ke London, yang ketika itu aku hanya membawa RM300, dan kerana itu bukan sahaja aku ditahan di Hethrow Airport, tapi semua kami. Mereka tidak percaya dengan hanya duit sebanyak itu kami boleh survive. Bukan salahku juga. Mengapa pegawai HEP tak memberikan aku sedikit wang sekurang-kurang untuk menjawab di Imigresen.

Ini bukan cerita yang berkaitan.

Cerita berkaitannya aku pernah meminati seorang gadis. Usianya lebih setahun dariku. Pernah juga kami bersama-sama menaiki bas ke Fraser Hill. Ketika itu, dua couple. Pernah juga dia melentok dibahuku. Wajahnya putih. Mungkin kerana kulit agak gelap, aku lebih meminati yang berkulit putih. Ada juga siswi-siswi berkulit gelap meminati ku waktu itu, tapi tak berlaku dipihakku cetusan balas. Perkataan 'cetusan' begitu akrap dengan diriku, waktu itu. Ada cetusan memakan masa lama, ada cetusan hanya ketika pekena teh tarik sambil menikmati kesejukan Cameroon Highland.

Gadis yang aku minati ini juga tiba-tiba diminati juga oleh seorang pegawai HEP. Pegawai ini yang terlalu akrab denganku tiba-tiba semakin berlaku jurang. Ketika itupun pegawai HEP tidak ada jurang kepegawaian denganku. aku pernah tidur di rumahnya berkali-kali. Mengenali isteri dan anak-anaknya.

Aku doakan perkara seperti ini tidak berlaku terhadapku.