Wednesday, November 23, 2011

ANTARA DAKWAH DAN KASIH SAYANG


KEBETULAN sama-sama breakfast, seorang rakanku bertanya, bolehkah di masjidnya memasang tape mengajar agama selepas waktu magrib?

Aku kata, aku tidak tahu sangat mengenai hukum. Persoalannya terlalu fekah.

Namun, aku kata, apakah salah jika pengajaran itu memberi manfaat dan keinsafan kepada pendengar.

"Saya hanya dengan dua kali. Bila ustas dalam kaset itu mengutuk dan menyalahkan semua orang, saya terus meninggalkan,"

Komen aku, inilah yang selalu berlaku. Ramai ustaz suka berkhutbah. Ramai jenis suka berfatwa.

Kemurtadan, yang khabarnya bermaharajalela, pada aku, turut disumbangkan oleh golongan ustaz sebegini.

Apakah tiada metodologi lain bagi ustaz dalam usaha mahu menyampaikan dakwah?

Sejenis lagi ustaz yang biasa aku jumpai ialah ustaz yang suka membuat orang ketawa. Ustaz jadi raja lawak. Ini juga satu metod yang biasa digunakan.

Aku masih ingat, pesan guru aku, katanya, guru mursyid ialah guru yang dapat membawa seseorang merasai kasih sayang Allah, takut kepadanya, dan boleh membawa kebijaksanaan kepada anak murid. Dua ciri itu - bijaksana dan rasa takut kepada Allah - beliau mentafsirkan, perkataan Muttakin, iaitu ciri mereka yang sanggup menjunjung keadilan dalam hidup.

Guru aku itu telah meninggal. Malah, beliau meninggal sebelum aku lahir. Aku mencarinya dua ciri itu, namun masih belum jumpai, sehingga sekarang. Mungkin pengembaraan aku masih belum berlangsung secara meluas, seperti dilakukan Imam AlGhazali.

Untuk metod kasih sayang, aku berpendapat - ulama kristian seperti paderi itu lebih handal sehingga dapat memikat orang ramai yang kosong spiritual.