Wednesday, August 20, 2008

MAHUKAH PEMIMPIN KITA PELIWAT?

ADA yang berpendapat apa salahnya peliwat menjadi pemimpin selagi dia boleh menurunkan harga minyak kerana berkawan rapat dengan penentu induk harga minyak, Amerika Syarikat.

Ada yang membela peliwat kerana perbuatan itu hanya membabitkan dua insan yang mungkin setuju sama setuju pada waktu berlakunya kejadian.

Liwatan yang berlaku bukan menjadi satu kesalahan di negara maju lain, malah ada perjuangan dan demonstrasi untuk menghalalkan liwatan secara rasmi.

Bagaimanapun, apakah implikasi jika yang meliwat itu pemimpin no satu negara?

1. Blackmail. Pemimpin yang melakukan perbuatan salah di sisi masyarakat akan dijadikan oleh pihak-pihak tertentu untuk memeras ugut pemimpin itu sehingga keputusan yang dibuat demi kepentingan pemeras ugut. Jika US menjadi pemeras ugut, maka sagala kepentingan negara ini akan tunduk patuh kepada US.

2. Oleh sebab perbuatan liwat merupakan perbuatan di luar tabii, maka mereka boleh melakukan perbuatan jahat lain dengan lebih mudah.

3. Jika pemimpin itu boleh menggunakan pembantu atau orang terdekatnya, apa akan jadi kepada kita, keluarga kita dan orang terdekat kita jika pemimpin itu mahu menodainya?

Apa sahaja alasan untuk kita menghalalkan peliwat menjadi pemimpin, kita bersekongkol dengan perbuatan itu. Jika PAS nampaknya mahu membela, sedangkan pemimpinnya juga dulu yang menentang habis-habisan peliwat seperti Muhamad Sabu, maka eloklah dinilai kembali 'dosa dan pahala'. Adakah PAS pemilik pahala?

Elok Ustaz Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyemak kembali dengan Taib Azimuddin dan cuba mendapatkan maklumat sulit mengenai perbuatan liwat berkenaan dan mengambil pendirian agama, bukan pendirian politik.

6 comments:

Anonymous said...

Amat jarang sekali kita mendengar mahasiwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) keluar beramai-ramai untuk berdemonstrasi bagi menyatakan bantahan terhadap sesuatu pihak samada kerajaan mahupun pihak lainNamun peristiwa semalam (Selasa 12 Ogos) amat menarik untuk diperhalusi dimana lebih 5000 mahasiswa UiTM berdemonstrasi di hadapan Bangunan Setuausaha Kerajaan Selangor (SUK) bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka 10 peratus kuota kemasukan UiTM kepada bukan bumiputera.

Sebelum ini umum mendengar laporan bahawa pernah beberapa orang mahasiswa universiti berkenaan diambil tindakan berikutan menyertai himpunan aman anjuran persatuan-persatuan mahasiswa.

Sebagai contoh, seorang mahasiswa UiTM Shah Alam, Herman Sanuddin pernah ditahan polis dalam himpunan aman di hadapan Masjid Negara pada tahun 2000 bagi membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalamdan Negeri (ISA).

Berikutan itu, Herman digantung pengajiannya hingga kini meskipun ketika digantung, pelajar terbabit belum pun dibuktikan bersalah di mahkamah atas dakwaan menyertai perhimpunan aman.

Ketika itu UiTM ditadbir oleh Naib Canselornya yang cukup popular, Ibrahim Abu Shah yang juga dikenali sebagai penyokong Umno.

Malang sekali, kali ini dengan bukti yang kukuh, dengan gambar yang cukup jelas, 5000 mahasiswa yang berhimpun di hadapan SUK semalam tidak pun diambil tindakan oleh universiti yang ditadbir Ibrahim Abu Shah.

Jauh sekali kata-kata amaran dikeluarkan UiTM kepada pelajarnya untuk menghalang dari menyertai himpunan aman tersebut.

Cukup terbuka dan cukup bebas nampaknya Ibrahim Abu Shah kali ini, membiarkan mahasiswa UiTM berdemonstrasi sedangkan sebelum ini beliau begitu anti kepada kelompok yang berdemonstrasi.

Apakah yang tersirat di sebalik keterbukaan Ibrahim Abu Shah kali ini atau sebenarnya ada pihak yang 'menyalakan api' supaya mahasiswa-mahasiswa ini berdemontrasi tanpa memikirkan siapa dibelakang tabir peristiwa bersejarah ini.

Umum mengetahui, sejarah-sejarah penglibatan mahasiswa dalam himpunan-himpunan aman banyak berkisarkan kepada gerakan yang dibawa daripada beberapa universiti terkemuka antaranya Universiti Malaya (UM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sekitar tahun 1998 hingga 2001, ramai pelajar dari UM, UKM dan UIAM ditahan kerana menyertai dan menganjurkan himpunan aman membantah dasar-dasar kerajaan ketika itu.

Namun, jarang sekali kita mendengar kelompok pelajar UiTM menyertai himpunan aman, dan jika ada sekalipun hanyalah menjadi peserta dan bukan penganjur.

Amat pelik sekali isu yang dibantah berdasarkan kepada cadangan yang dikemukankan oleh Khalid yang hanya semata-mata cadangan tanpa boleh mengganggu dasar sedia ada UiTM yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.

Khalid sendiri tidak ada kuasa kerana beliau hanyalah Menteri Besar dan bukannya Menteri Pengajian Tinggi yang ada kuasa ke atas UiTM.

Atas dasar itulah, ramai tertanya mengapa kerajaan Selangor yang menjadi tumpuan mahasiswa UiTM berhimpun di hadapan SUK membantah cadangan Khalid sedangkan MB Selangor itu tiada kuasa dalam menentukan dasar universiti berkenaan.

Mulalah akhbar arus perdana melaporkan kenyataan-kenyataan yang mengecam Khalid kononnya MB Selangor itu tidak memperjuangkan hak orang Melayu dengan cadangan ini, sedangkan beberapa tahun lalu cadangan yang sama pernah dikemukankan oleh kerajaan Umno-BN sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Apakah Umno ketika itu 'prihatin' kepada orang Melayu/bumiputera dengan cadangan itu?

Mungkin ramai yang tidak menyokong cadangan Khalid, namun amat pelik sekali apabila isu ini sengaja diperbesarkan dalam media sedangkan cadangan Khalid tidak akan menjadi barah kepada kerajaan pusat untuk mengubah dasar UiTM.

Dalam hal ini boleh dianggap bahawa himpunan yang dibuat seperti 'seorang doktor yang merawat pesakitnya yang demam, namun ubat yang diberikan ialah ubat kencing manis'.

Siapa di belakang pelajar ini mungkin persoalan ini boleh dilontarkan kepada Ibrahim Abu Shah sendiri yang hingga kini tidak membuat sebarang kenyataan berhubung tindakan pelajar berhimpun.

Mungkin himpunan sebegini nilainya diharuskan oleh Ibrahim atau Umno-BN merelakan himpunan sebegini kononnya demi kepentingan menjaga kepentingan Melayu.

Satu persoalan yang perlu dijawab mahasiswa yang terbabit dengan himpunan, sejak bilakah Umno-BN menjadi benteng kepada hak dan kepentingan Melayu hingga gula-gula sedemikian termakan oleh mereka?_

Anonymous said...

Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.

Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN). Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.

Anonymous said...

Tidak sedikit yang mengetahui Saiful seorang yang naif.

Kenaifan itulah yang menyebabkan nasib yang menimpa dirinya.

Walau betapa naif dan jahatnya kita, orang Melayu, tidak ramai yang berani bersumpah dilaknak Allah sehingga hari kiamat. Jika Saiful naif dalam hal ini, apakah ayahnya, Pengarah Jawi juga naif mengizinkan Saiful bersumpah diliwat Anwar?

Jika Anwar tidak buat, ramai orang kata, dah lama Anwar bersumpah kerana dia juga ingin menunjuk-nunjuk dirinya lebih Islam berbanding dengan orang lain. Bekas Presiden ABIM. PKPIM. Beliau pernah berkhutbah di mimbar masjid. Pernah membaca ayat-ayat al-Quran. Berkawan dengan ulama-ulama besar dunia seperti Gus Dur dan Al-Qaradawi dan ini dihebah-hebahkan seluruh dunia, walaupun jarang sekali beliau menghebahkan kepandaian menyanyi bersama Aisyah dan menari-nari dengan mengoyangkan tangan dan pinggul ketika di pentas untuk kempen pilihan raya di Ijok.

Saya sendiri bersedia mengubah pandangan terhadap Anwar, jika dia melakukan sumpah di masjid, lepas waktu Jumaat (dengan atau tanpa al-Quran) dan menyebut walilllahi, wabillahi, watallahi tidak memasukkan zakar ke dubur Saiful?

Tentunya tidak cukup dengan hanya sumpah main-main sebelum ini seperti dibuat pada 1998/1999 apabila beliau bersumpah "walillahi, wabillahi, watallahi, saya tidak buat" kerana ayat `tidak buat' itu boleh membawa maksud pelbagai. Mungkin dalam hatinya 'tidak buat' itu tidak buat membunuh, berzina atau bergaduh'.

Jika saya sendiri meliwat, dan orang meminta saya untuk bersumpah dengan nama Allah, saya sendiri tidak lakukan. Dalam konteks ini, Anwar betul. Lebih elok dia tidak bersumpah atas nama Allah, demi menjaga laknat Allah sehingga kiamat.

Anonymous said...

Rakyat berbilang kaum di Permatang Pauh bukannya 'tunggul' yang boleh dipergunakan oleh Barisan Nasional (BN). Mereka akan memberikan sokongan besar dan dijangka majoriti calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan meningkat.

Ikuti wawancara Harakahdaily dengan Pengarah Pilihanraya KeADILan Negeri Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Mohd Yusuf.

Harakah: Apa pandangan saudara mengenai sambutan terhadap sokongan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini?

Mustafa Kamal: Gerakerja sekarang ini berjalan dengan lancar malahan lebih baik lagi berbanding pilihan raya umum lalu.

Lagipun perpaduan kita hari ini lebih mantap dengan parti lain seperti PAS dan DAP.

Hasilnya dapat menyalurkan maklumat dengan lebih cepat sehinggalah menepati sasaran. Selain melaksanakan program ceramah kita juga tidak lupa mengadakan ziarah ke kampung-kampung.

Melihat kepada suasana penamaan calon di Institut Perguruan Tunku Bainun tempohari adakah ia mengambarkan sokongan pada Pakatan Rakyat masih kuat?

Tidak boleh dinafikan sokongan masyarakat daripada bukan Melayu makin meningkat dan yang paling penting bagi saya ialah kewujudan kesepakatan yang belum pernah berlaku dalam pilihanraya kecil lain.

Selama pengalaman saya belum pernah melalui suasana sebegini kerana setiap malam ada sahaja gerakerja yang dihalusi.

Adakah sumpah Saiful Bukhari Azlan boleh menjejaskan kempen Anwar di Permatang Pauh?

Saya rasa perkara liwat tidak langsung memberikan kesan pada pengundi di sini malahan mereka lebih matang untuk melakukan perubahan. Kita juga yakin rakyat di Permatang Pauh tidak akan berganjak daripada meneruskan reformasi terhadap negara yang mereka cintai.

Bagaimana pula sokongan terhadap masyarakat Cina di parlimen ini?

Sokongan masyarakat Cina jauh lebih tinggi berbanding dalam pilihan raya umum lepas. Kaji selidik kita mendapati angka majoriti akan bertambah daripada apa yang Dato' Seri Dr Wan Azizah perolehi. (Mustafa Kamal - gambar).

Ada pendapat mengatakan jika Anwar memperolehi majoriti rendah berbanding PRU lepas, sokongan terhadap Pakatan Rakyat mula menurun. Adakah ia benar?

Kita kena ingat pilihan raya kali ini bukan pilihan raya umum. Tetapi pilihan raya kecil yang menyaksikan semua jentera terutamanya BN akan turun berkali ganda bahkan akan mempergunakan semua jentera kerajaan dan wang ringgit

Saudara yakin undi Anwar akan meningkat?

Ya! saya yakin kerana ramai anak muda memberikan sokongan yang cukup padu. Bila kita ke kampung-kampung pun nampak jelas banyak jentera muda membantu dengan sungguh hati tanpa sebarang bayaran.

Alhamdulliah semangat jentera KeADILan kini jauh beza dengan KeADILan di tahun 1999 yang mana waktu itu ramai jentera KeADILan agak kaku maklumlah dulu dalam Umno semuanya diuruskan oleh jentera kerajaan seperti Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), polis dan seumpamanya.

Apa komen saudara tentang cara jentera BN berkempen BN tetap mengamalkan cara lama untuk berkempen. Perayu mereka masuk kampung gertak orang yang makan gaji dengan kerajaan dan ada yang pujuk agar pengundi jangan undi orang yang suka liwat bahaya terhadap masyarakat.

Tindakan mereka itu seolah--olah negara ini tiada undang-undang. Corak kempen sebegini merupak politik yang sudah ketinggalan. Rakyat sekarang sudah berfikiran matang tidak lagi mengamalkan corak politik 'tunggul'.

Adakah media membantu kempen KeADILan atau sebaliknya?

Memang ada tetapi masih lagi mengamalkan media yang berat sebelah Namun, bila ada saluran alternatif kita dapat juga menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat keseluruhanya dan rakyat menerima dengan baik.

Cuma media arus perdana sahaja yang masih main kotor untuk memenangkan BN dengan memberi gambaran salah Pakatan Rakyat serta mahu memecahkan ikatan perpaduan yang jitu.

Media utama harus bebas dengan mengambil sama berita-berita pembangkang kerana KeADILan dan Pakatan Rakyat juga parti yang sah di negara ini.

Harapan saudara kepada pengundi Permatang Pauh

Saya berharap pengundi dapat membuat pemilihan yang bijak dan tidak terpengaruh dalam politik sempat BN. Apa yang dimainkan oleh Umno-BN terutamanya kes khianat terhadap bangsa melayu, ejen Cina dan sebagainya saya rasa sudah tidak lunak di mata rakyat yang kini sudah celik politik.

Bukan macam dulu mereka diperbodokan melalui media elektronik dan cetak kononya pembangkang tidak boleh memerintah. Kini, lima buah negeri diperintah Pakatan Rakyat dan ini sekaligus dapat membantu kempen pada pilihanraya kecil ini.

Menteri Besar dan Ketua Menteri Pulau Pinang semuanya turut sepentas menerangkan sebenarnya Pakatan Rakyat memerlukan seorang kepimpinan ternama untuk memerintah negara yang sedang menuju kehancuran. - mr _

Anonymous said...

Kalau dia main golf tentu dia tak sibuk nak masuk anu dalam lubang. masuk bola dalam lubang lagi baik. Bila kau nak main lagi. - Sahabat

Anonymous said...

Kau lihat apa dah jadi kepada Perak dan Selangor? Itulah akibatnya apabila membiarkan selain daripada Umno memerintah," kata Ramlan, anak buah Menteri Dato' Syahid Hamdi kepada Roslan dengan ekor pandangan matanya penuh bernafsu hantu. Roslan hanya diam membatu.Roslan yang masih muda itu mati akal untuk menjawab hujah Ramlan yang memang tua dengan pengalaman politik. Ramlan dahulunya Pas dan dia jadi 'murtad' kerana gagal mendapat jawatan yang diinginkannya dalam parti. Barangkali didorong dan dihasut rasa sebal dan marah, maka Ramlan kini bergantung paut pula kepada dahan Umno kerana kononnya mahu mengembangkan Islam Hadhari di bumi bertuah ini.

Memang sedih ketika mengenangkan banyak kekuatan Melayu yang tumbang. Roslan, seorang anak muda lulusan USM pun terasa begitu juga. Tapi, mahu dibuat bagaimana lagi? Ramlan yang kuat menyokong Abdullah Ahmad Badawi itu tidak pernah menaruh kekesalan terhadap dosa-dosa para pemimpinnya sendiri. Beliau tidak pernah menghukum Abdullah dengan kata-kata.

Apa-apa yang terlintas dan terkeluar daripada lidahnya cuma maki hamun kepada pembangkang, dan selebihnya mengangkat darjat Islam Hadhari tanpa sebarang kesilapan langsung di pihak parti penguasa. Mereka bercanda dan berbual mengenai masalah masa depan negara secara santai saja pada mulanya.

Tapi, akhir-akhir ini, bualan itu berubah seperti pergaduhan dewa-dewa hingga meletupkan lahar sengketa antara mereka berdua. Puncanya, cuma satu. Jalur percakapan Ramlan itu berbaur dendam dan berpuas hati dengan nasib dan masalah yang menimpa rakyat Perak dengan sebab peralihan kuasa lama kepada kuasa baru.

"Itulah akibatnya memilih selain Umno," tambahnya lagi, mengulang ayat-ayat bersifat menghukum. "Sekarang, majoritinya bukan Islam yang membuat keputusan dalam mesyuarat exco dan menteri besar tidak dapat memainkan peranannya."

Matanya membulat bersinar garang. Denyut marah merayap ke urat kepala lalu menebas tangkai jantung Ramlan. Ketika itu bunyi tangisan alam mengalir dalam sebak petir dan guntur silih-menyilih lalu membungkus kegelapan alam. Hujan Kuala Lumpur tidak hanya mengundang pilu dan hati hiba penduduk kota kerana tidak dapat menunaikan urusan harian mereka, malah bagi Roslan dan Ramlan yang cekal dan tabah bergebang hal politik, hujan mengusir kemarahan dan meredakan ketegangan yang berombak di dada.

"Abang kena faham," dengan tenang Roslan melipat hujahnya. "Sebelum ini, ahli-ahli parti pembangkang telah pun lama mengundi pembangkang, tapi mereka tak pernah menang. Tiba-tiba, dalam pilihan raya baru-baru ini pembangkang menang. Kenapa agaknya?"

Ramlan terkebil-kebil. Deruan angin yang menghempas jendela rumah sewa mereka di Jalan Raja Alang tak sedikit pun mengganggu tumpuannya. Kembara pengalaman politiknya terlalu tinggi dan dia cuma mahu tahu apa hujah terbaru teman serumahnya itu. Pada jendela yang terbuka, mata hati Roslan terkial-kial pula menadah harapan dari langit tertinggi, semoga teman serumahnya dapat menyedari kesilapan mereka sendiri.

"Yang undi pembangkang hingga Umno kalah adalah orang-orang Umno sendiri. Jangan salahkan pembangkang. Ini kerana dengan undi ahli pembangkang selama ini pun, mereka tidak pernah berganjak dan mengusir Umno daripada Perak dan Kedah.

Marahkan ahli Umno sendiri

"Yang perlu abang dan Umno marahkan ialah ahli-ahli Umno yang mengundi pembangkang sendiri. Cuma, bersediakah abang dan Umno mendengar kembali hujah-hujah kenapakah undi mereka bertukar kiblat baru-baru ini?" Roslan melepaskan geram yang bersarang di dadanya. Padanya, baik Umno dan teman serumahnya itu tak habis-habis menyalahkan pembangkang di atas kejatuhan mereka selama ini. Tidak pernah mereka mengkaji apakah sebabnya ahli-ahli mereka sendiri di Kedah dan Perak telah mengundi pembangkang.

Benar kata pujangga. Bumi yang kita huni selama ini telah lama menyimpan sekian banyak khazanah derita di perut batinnya. Dan tiada siapa pun yang mengetahui apa yang sedang berlaku di bawah bumi. Tahu-tahu saja bumi akan begegar dan kiamat tiba. Dan, Umno pun begitu juga. Tak pernah peduli apa yang ada di sebalik jantung hati ahli-ahlinya. Tahu-tahu sahaja mereka tumbang.

Ramlan patah hujah dan dia tertunduk sebentar mendengar perkataan Roslan itu. Mata hatinya menjala kerdipan bintang di balik tirai awan yang telah lama membasahkan mimpi dara-dara. Ketika itu sudah dinihari jam 3 pagi. Mereka berbual hal politik itu sejak Isyak tadi. Mulanya, tema perbualan mereka beralun lembut dan tiba-tiba ia membadai setinggi gunung, sehebat tsunami.

Pada waktu ini, Ramlan teringat kembali sejarahnya ketika dia berpentas menjadi pemimpin pelajar. Saat berpidato sekali pun, matanya asyik memanah kepada kelibat Hazwani, seorang siswi Fakulti Pengajian Media, Universiti Malaya. Wajah siswi itu bagai purnama pada malam Nisfu Sya'ban dan saling tidak tumpah bagaikan rupa paras Nawal Zoughbi, seorang penyanyi Lubnan.

Sehebat garangnya api cintanya bergelora, sehebat itu juga Ramlan berpidato dengan semangat menunjuk-nunjukkan jaguhnya pada Hazwani. Biarlah api cintanya terbakar sehangat cinta antara Samson dan Delilah. Cuma, tidak disangkanya Delilah curang pada cinta mereka. Bapanya Ketua Bahagian Umno. Cinta mereka terputus suku jalan. Dan, hal itulah yang membawa dirinya merana dan akhirnya dirawat duka laranya ke dalam Umno pula. Cinta mereka terhalang dengan sebab perbezaan parti.

Siswa UiTM mengamuk?

Tapi, kekecohan percekcokan 'chaos' pada zamannya itu tidaklah 'sehebat' dan seganas aksi demo mahasiswa UiTM yang 'berjihad' untuk menemui syahid dalam menghalang sebarang usaha memasukkan kuota 10 peratus kemasukan pelajar bukan Bumiputera di dalam universiti mereka. Apabila mahasiswa itu mula merayakan pesta huru-hara, dunia ini bagaikan syurga perusuh.

Ramlan menghela nafasnya yang entah kali ke berapa. Padahal dia memang menyedari hakikat betapa meluatnya orang-orang Umno ke atas Abdullah Ahmad Badawi. Perasaan menyampah yang asalnya bergerak dengan alunan ombak memutih di gigi pasir itu akhirnya dengan garang menyerang, merempuh tembok keangkuhan dan memecahkan bingkai kesetiaan ahli Umno itu sendiri pada akhirnya.

"Tetapi, kenapa pembangkang enggan bersatu apabila Umno menawarkan perpaduan, menyerahkan kerusi pemerintahan kepada mereka pada negeri-negeri tertentu?" Ramlan rupa-rupanya enggan mengalah walaupun hatinya cedera parah dipukul ombak kata-kata dari Roslan tadi. Rumah batinnya terlempar dan jadi tersesat haluan dalam belantara resah ini. Dia mula menggunakan hujah lain.

"Saya tidak fikir bahawa Umno jujur dan ikhlas ketika mereka membuat tawaran itu. Mereka sebenarnya mahu memecahkan ikatan antara Pakatan Rakyat. Jadi, kalau mereka tidak menang, mereka akan cuba memecahbelahkan ikatan PR. Sebab itulah pembangkang menolak tawaran tersebut," kata Roslan lagi. "Itu cuma perangkap, padahal Umno bukannya mahu tolong sangat."

Pada riak-riak wajah Ramlan masih belum nampak tanda-tanda isyarat bahawa dia akan berhenti dan mengalah. Usia mudanya telah lama menghilang ditelan waktu dengan penuh sia-sia dalam kepura-puraan dalam perjuangan yang entah ke mana bersama Umno. Dia tidak sedikit pun mencebik amalan rasuah dan politik wang, misalnya. Jadi, bagaimana sikap ini boleh mendatangkan rasa hormat pada hati rakyat.

Roslan teringatkan pengalamannya ketika menghadiri program di Persada Johor Bahru Mei lalu. Dalam bengkel tersebut, seorang pensyarah dengan terang-terang mengeluarkan saki-baki daki amarah yang lama terkepung dan terkurung dalam dadanya apabila dia mendengar seorang perwakilan berkata, "Umno patut dibubarkan, parti itu sudah tidak relevan."

"Tarik balik kata-kata awak, saya tidak setuju," ujar pensyarah dari Universiti Malaya tersebut. Pantang betul dia mendengar pandangan sebegitu. Padahal, dia sendiri meminta perwakilan bercakap apa saja dan bersetuju kebebasan bersuara menjadi teras perbincangan dalam bengkel tertutup pada malam itu. Pada Roslan, itulah pengalaman terbarunya melihat sesama Umno berdebat secara 'sihat'. Esoknya, ketika sarapan, dia berpura-pura menjadi ahli Umno untuk mengorek rahsia-rahsia dalaman perwakilan.

"Kami sendiri dah minta Pak Lah meletakkan jawatan. Dia setuju akan turun, tapi masalahnya dia nak bagi kepada Najib pun dia tidak mahu. Sebab itu Muhyiddin sekarang sudah mula tunjukkan kekuatannya dalam berbicara," kata seorang ahli Kelab Pengundi Melayu di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Roslan mengangguk-angguk. Namun, itu cerita khabar angin yang bertiup sekitar Mei lalu.

Peranan Umno veteran

Malam itu, tatkala dia sedang makan malam, kebetulan dia sedang duduk semeja dengan seorang ahli Umno veteran berketurunan syed dari Johor. Wajahnya tenang perawakannya bersih. Dia bersikap cermat dan berhati-hati apabila menyusun bicara. Roslan amat senang kepada perwatakan seumpama itu. Banyak kisah yang diperbualkan. Namun, ada sesuatu yang mencuit hatinya.

"Sekarang, hubungan raja-raja Melayu dengan rakyat semakin kuat. Raja-raja sudah dapat bertemu dan bermuafakat sesama mereka. Sebab itu MB Terengganu dan Perlis boleh jatuh," kata tuan syed. "Kami terdiri daripada golongan profesional, pensyarah yang selalu bertemu secara rahsia dengan raja-raja Melayu ini."

Perlahan-lahan baru dia mengerti. Sejak dulu lewat tulisannya, dia dapat menduga bahawa kejatuhan kedua-dua menteri besar itu didalangi pihak tertentu. Cuma, dia tak tahu siapa mereka. Kehadirannya di Persada telah menjawab segala-galanya. Mereka ini bergerak ala Freemason; sulit dan terancang.

Tuan syed tersenyum mendengarkan celoteh Roslan apabila disamakan gerakan mereka dengan kumpulan purba itu. Lalu disambungnya perbualan, "Kalau tidak bergerak seperti itu, susah kita nak tumbangkan Umno. Kami, Umno veteran sudah tidak dapat menerima perbuatan pimpinan sekarang."

"Ini semua kerja-kerja kami," tambahnya lagi. "Raja dah mula bersatu dengan rakyat untuk menentang pemimpin yang zalim. Dan, raja-raja sekarang pun sudah mula ada kesepakatan antara mereka."

Dan, hal itu pula yang jadi modal bualan Roslan kepada Ramlan kini. Bahawa yang menolak Umno melalui undi bukan kalangan Umno bawahan saja, malah Umno veteran pun sanggup membuat rancangan sulit bersama istana untuk membuang Umno daripada pemerintahan di bumi Malaysia ini.

Apabila Roslan berhujah bahawa Umno di bawah pimpinan Abdullah kini dihentak dari belakang oleh kalangan umno veteran, sekali lagi Ramlan tertunduk. Mungkin kesal kerana tidak disangkanya bahawa yang meluat kepada Umno sekarang bukan orang lain, malah orang-orang Umno pihak atasan yang lama-lama juga.

Ramlan menggosok leher yang seakan-akan mahu patah akibat dihentak penjelasan dan soalan bertalu-talu daripada temannya itu. Khabar yang didengarnya daripada Putrajaya memang seperti itu juga. Dia mengaku temannya itu walaupun muda, tetapi sudah tahu banyak cerita. Dia tak tahu apakah hal ini mahu diriwayatkan atau tidak kepada Roslan. Tapi, untuk apa dia menyimpan rahsia?

"Aku tak tahu sama ada kau tahu atau tidak. Sekarang ini pun, kalau pihak istana mahu bercakap, mestilah melalui istana Perak dan bukan semuanya yang bercakap," kata Ramlan. "Jadi, biar cuma ada satu suara saja, agar tidak bercampur-baur."

Roslan tidak tahu apakah teman debatnya itu sudah mahu ambil iktibar atau tidak. Bukan saja Umno bawahan, malah Umno atasan pun sudah menolak rakan mereka sendiri. Tapi, kalau pegawai Putrajaya seperti Ramlan belum mahu sedar diri, mustahil Abdullah akan sedar diri. Demikianlah fikir Roslan. Jam menunjukkan angka 4 pagi. Ayam bersahutan dan kegelapan malam yang membungkus alam menebarkan wajah dingin yang menyeramkan hari-hari esok. Ya, hari esok yang dinantikan semua dengan penuh waspada.

umno sudah lama dan macam kereta buruk,,,